Sunday, April 4, 2010

Aku Letih Hari Ini

Badan aku sengal2 sehari dua ni. Mungkin sebab selalu balik ke rumah lewat malam selain dari kerja yg tak habis2. Pagi tadi aku ke Sijangkang menziarahi saudara yg meninggal dunia semalam. Allahyarhamah berusia 96 tahun. Aku dapat sms dari anak2 arwah petang semalam waktu aku dalam perjalanan pulang dari pasar malam selepas membeli yong tau fu.

Memandangkan hari dah malam, aku dan emak Adam pergi pagi tadi. Banyak jasa arwah semasa hidupnya. Arwah berbangsa Cina dan masuk Islam setelah bercerai dgn bekas suaminya yg berbangsa Cina (ada anak 3 org kalau tak silap saya dgn suami yg mula2 tu). Arwah rajin beribadat dan banyak menginfaqkan hartanya ke jalan Allah. Aku yang lahir Islam ini rasa malu dgn amal org mcm arwah tu. Al-fatihah utk arwah.

Sampai rumah tadi dekat pukul 12 tengahari. Lepas mandi (walaupun pagi tadi dah mandi ngeee) aku main dgn Adam kejap. Mungkin kerana letih aku boleh terlelap. Tinggallah Adam bermain sendirian. Itulah aku kata aku keletihan.

Nak update blog lagilah aku takde semangat. Petang ni emak Adam dan anak2 ajak pergi main bowling. Mungkin kami try alley yg baru di Wangsa Walk tu. Kalau balingan aku masuk longkang ada alasan kukuh - sbb aku tak fit hehehe.

Cerita pasal letih ini aku teringat gambar yg aku ambil semalam. Ini hah

17 comments:

  1. lame tak visit, ngomen belog YB...
    alfatihah utk arwah...

    iklan tu, nk tumpu pada yg tgh2 tu ke??
    spring tu ape ek??

    ReplyDelete
  2. yg jual obat kuat tu sama macam tukang gunting rambut. teror gunting rambut orang tapi rambut sendiri tak tergunting.

    ReplyDelete
  3. Chekgu BH,
    tahniah! Kalau dapat lagi 2 kali berturut2 lepas ni boleh claim hadiah hehehe

    Chekgu BH lagi,
    skrg sibuk dgn FB ya?

    terpulanglah nak tumpu bahagian mana iklan tu. Jgn lupa ada iklan silat kat billboard sebelah belakang tu jugak hehehe

    ReplyDelete
  4. ONE ZABA,
    betul agaknya apa yg awak cakap tu.
    Spring si penjual tu dah patah kot muahaha

    ReplyDelete
  5. salam akhi YB..

    sebut pasal sijangkang , Isnin lepas hubby ummi kesana , temankan jiran n adik2 kerumah seorang pengamal perubatan , hj Basirin kalu x silap ummi , umurnya dah 126 thn tp msh sihat lg ,dia berubat guna duit syiling 1 sen ,Alhamdulillah adik ummi yg sakit jantung tu sblm ni bertongkat sakit kaki,balik dr situ dah leh jln tanpa tongkat .

    eh eh dah sembang melalut ke lain plak ..
    apa2 pun hrp YB segar semula.

    ReplyDelete
  6. Cite ko ni macam sama je dengan aku punya cite...baik ko pegi baca cite aku...tapi kalau dah tau tajuk tak yah la...isinya sama aje... cuma lain versi letihnya aje!!! ngehx3

    ReplyDelete
  7. hehhehe.. igt YB nk beli rmh baru

    ReplyDelete
  8. Alfatihah dan takziah
    dah sampai sijangkang dekat dah dgn sya tu
    tp sya tak ada balik s'bn dan ke melaka

    opss... itu iklan?
    pernah tengok iklan superman tak? hehehheee... opss nak buat en3 superman. ;p

    ReplyDelete
  9. ummi,
    wsalam.

    Mungkin jodoh adik ummi utk baik dgn Hj Basirin tu. Semua tu kuasa Allah tapi kita kena usaha berubat. Saya tak pernah pula dengar tentang Hj Basirin ni. Nanti saya tanya saudara saya yg tinggal di sana.

    Takde melalutlah. Kat blog ni kita bebas nak tulis atau komen apa saja asal tak mengata org atau menggunakan bahasa yg tak manis.

    Pagi ni saya dah segar semula. Mesyuarat surau malam tadi agak tegang dan telah ditangguhkan. Polis dari IPD menghantar anggota2 mereka utk memerhatikan perjalanan mesyuarat.

    ReplyDelete
  10. sonata,
    aku dah baca dan komen n3 ko yg letih tu. Nampaknya ko kena makan supplement kalau tak nak cepat letih hehehe

    ReplyDelete
  11. zonaku,
    cukuplah yg ada buat masa ini hehehe

    ReplyDelete
  12. MENTIBANG LAUT,
    dah terlebih kuat. Itupun bahaya jugak. Kena fine tune hehehe

    ReplyDelete
  13. Eja,
    Sijangkang dgn TPG mmg dekat. Buat u turn kat Jalan Waja tu. Ingat juga nak roger Eja tapi takde no hp huhuhu.

    Bestlah awak dpt balik S'ban dan Melaka. Ada beli jajan utk saya tak? hehehe

    Iklan Superman yg mcmana? Kalau yg along punya tu pernahlah

    ReplyDelete
  14. salam..sape yg meninggal kt sjngkang tu..kak ct kenal ke..arwah tua 10 thn dr mak kak ct sbb mak kak ct baru sambut ulangthn ke 86 pada 2 apr lalu cantik tarikh lahir mak - 2.4.24

    ReplyDelete
  15. kak ct,
    wsalam.

    Yg meninggal tu Hjh Fatimah emak kpd Hj Nordin Selamat Kg Medan.

    Selamat harilahir kpd cik piah. Ada buat sambutan ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails