Monday, February 22, 2010

Shopping - Banyak Pilihan Pada Harga Murah Giler

Semalam emak Adam mengajak aku ke Plaza GM. Dah lama sebenarnya dia nak ke sana tapi kerana dihambat masa, kami terpaksa menundanya sehinggalah semalam.

Plaza GM terkenal dgn jualan perhiasan wanita dari batu2 dan kristal. Di samping itu, banyak lagi barang2 yg dijual secara borong dgn harga yg murah (betul2 murah) terdapat di sana. Plaza GM terletak di Lorong Haji Taib di kawasan Chow Kit. Bagi sesetengah org, Lor Hj Taib sinonim dgn sarang penagih dan pelacur. Tapi di situ juga terdapat banyak kedai yg menjual barang secara borong.

Terpulanglah kpd individu: kita dapat apa yg kita cari. Kalau cari yg baik dapat yg baik. Kalau cari perkara maksiat, itulah yg dapat.

Pandangan Plaza GM dari luar

Rantai dari manik dan batu pelbagai jenis ada terdapat di sini. Syurga bagi mereka yg sukakan barang2 begini

Kedai menjual barang2 kulit seperti beg tangan, dompet dan tali pinggang juga terdapat di sini

Lampu dari batu garam cuma RM7 - RM10 sebuah. Di tempat lain harganya mencecah sehingga RM80. Berapa banyak ambil untung daaaa

Pengunjung bukan saja dari warga tempatan malah terdiri dari pelancong luar

Lama juga kami membeli dan membelah di sana. Kami dapati di sinilah tempat para peniaga runcit dan pasar malam mendapatkan bekalan mereka pada harga yg sangat berpatutan dan menjualnya semula dgn keuntungan berlipat ganda.

Atikah telah menjumpai satu barang yg dia ingin jual. Sekarang ada org yg menjual barang tersebut di kampus dgn harga yg murah dan mendapat sambutan yg baik. Tetapi harga di GM cuma satu pertiga dari harga yg dikenakan oleh penjual di kampusnya. Semalam Atikah sudah membeli sedikit barang tersebut dgn meminjam modal dari ayahnya.

(tak payahlah saya beritahu apa barangnya takut ramai yg mahu menjual barang yg sama hehehe)

44 comments:

  1. aku syak anak ko buat bisnes jual lampu garam kut.hehe

    ReplyDelete
  2. garam lagi la murah kut kat sana...

    ReplyDelete
  3. kat kk manik2 dgn rantai tu rasanya lg murah YB...

    ReplyDelete
  4. NL,
    jgn lupa bawa duit banyak2 hehehe

    Penyuk,
    takkan student U nak beli lampu garam tu. Ada benda lain yg lebih senang dibawa dan margin pun bagus.... ngeh 3x

    ReplyDelete
  5. ONE ZABA,
    mmg ada juga jual garam pelbagai jenis tapi bukanlah garam masak tu...

    MENTIBANG,
    semalam kami bawa jiran kami org Sabah yg dah biasa buat rantai dari manik2 dan batu2 dari sana. Dia kata kat sini lagi murah. Banyak betul dia beli utk berniaga semalam sampai pinjam2 duit dari aku hehehe

    Td dia dah bayar balik lah ngeee

    ReplyDelete
  6. ada jual henset yang 1/3harganya ke??hehe

    ReplyDelete
  7. apa barang yang aku boleh buat niaga kat sini? ko tolong beli...dapat komisyen untung pakai jadi la...

    ReplyDelete
  8. oo..plaza gm ada bnd2 ni sume ke..taktao lak..nak kena ushar skali kt sana ni..

    ReplyDelete
  9. apa yang awak membeli dan membelah tu. ada jual durian ke kat situ ?

    ReplyDelete
  10. hahahahaha ... pakcik AL. ada jual udang galah kot kat sana. kehkehkeh


    atikah ada busniess minded. cool! kene terapkan ngan anak2 n org2 kita. meniaga ni bagosss! keh3x

    ReplyDelete
  11. sy cuma dapat bershopping dalam bayangan...jauh sangatnak pergi YB

    ReplyDelete
  12. di dunia ni ada putih ada hitam...pilih la mana satu...

    dulu slalu ke lorong hj taib gi bundle...heheheheh...

    ReplyDelete
  13. uiks, mcm tau2 jer..

    baru ptg semalam lepak dgn member kat giant kinrara pas habis keje..

    dia pun citer pasal Plaza GM ni..

    ReplyDelete
  14. kau telah menggodaku bang
    .
    .


    .
    .
    jgn la sebut manik.... mulalah aku teringin nak pergi SEKARANG juga!!!!


    .
    .


    CEPAT!! bawa aku gi skrg!!!
    huhuhu....





    kat mana plaza gm ni?? aku tak pernah nmpk la...


    serius... aku nak gi...

    ReplyDelete
  15. n@m@n,
    di Plaza GM tak banyak barang elektronik. Kalau nak cari handset lebih elok ke Low Yatt.

    ReplyDelete
  16. err... saya tatau nak komen apa... sebab bukan minat saya... hohohohohoh :P :P

    Err... pinggan mangkuk periuk belanga senduk sudip ada jual tak kat sana?? Hihihihihihih :P :P :P

    ReplyDelete
  17. sonata,
    aku rasa ko boleh jual barang yg Atikah nak jual tu. Tak susah pun sbb permintaannya baik. Cuma ko rajin nak kena bukak mulut tanya bakal pelanggan ko.

    Nak tahu apa ko kontek aku via emel atau call/sms aku ngeh3x

    JMR,
    usha jgn tak usha. Bawak mem ko sekali. Mesti korang teruja hehehe

    ReplyDelete
  18. ada masa nanti sy g survey.. skrng sy dpt direct dr Guanzou, China.

    ReplyDelete
  19. al-lavendari,
    emak Adam yg banyak membeli barang perhiasan utk dirinya. Anak2 saya beli rantai yg ada nama masing2. Satu huruf cuma seringgit.

    Selain tu kami beli barang utk jualan Atikah.

    Dah habis membeli kami belah (tinggalkan tempat tu) hehehe

    Durian kat Lorong Hj Taib tu banyaklah. Tapi kami tak minat sangat Thorny Fernandes ni ngeh3x

    ReplyDelete
  20. Frodo Baggins,
    Galah jolok bag adalah kat situ hahaha

    Anak2 saya mmg minat berniaga sejak dari kecil lagi. Atikah sdg ambil CAT skrg sebelum mengambil ACCA. Eloklah praktikkan apa yg dia belajar hehehe

    ReplyDelete
  21. cikgu_math,
    Cuti bulan depan ni bolehlah rancang ke KL dan pergi ke situ. Kalau nak kira jauh, kami yg dari KL ni nak ke KB pun jauh jugak. Tapi pasal nak pergi Rantau Panjang bershopping utk org rumah, ramai yg sanggup ke sana tu ngeh3x

    ReplyDelete
  22. ~O~,
    Betul apa yg ko kata tu tapi ramai yg kelabu mata - tak dpt bezakan antara yg putih dan yg hitam.

    Bundle kat Lorong Hj Taib tu pun boleh tahan murah dan banyak pilihan. Pernah juga ke sana masa muda2 dulu ehem ehem

    ReplyDelete
  23. Che'Pit,
    member tu lelaki ke perempuan? Yg selalu minat nak ke sana org perempuan tau ahaks

    kts,
    aku tahu kelemahan ko dan cara nak goda ko. Saja aku buat n3 biar ko tergoda wakakaka

    Kalau ko nak pergi, aku boleh tolong tunjukkan. Bukan susah pun. Kedai2 tu buka sampai pukul 8 mlm kalau hari kerja. Hujung minggu pukul 6 ptg dah tutup kecuali kedai jam yg tutup jam 4 ptg.

    Ok jgn lupa roger aku bila ko ready.

    ReplyDelete
  24. syah,
    saya tahu minat awak ialah masak memasak dan makan memakan (ada ke istilah ni?)

    Periuk belanga, pinggan mangkuk takde kat situ. Kat kawasan pasar Chow Kit tu banyaklah. Emak Adam biasalah beli kat sana.

    Bahan2 buat kek banyak jual kat Lorong Hj Taib. Hotel2 dan restoran besar pun beli kat situ secara pukal sbb murah. Kalau nak raya, ramai org Melayu dtg situ.

    ReplyDelete
  25. Alimaz-Kembara Terasing,
    wsalam.

    Bagi yg suka barang2 mcm ni mmg seronok bila kat situ. Emak Adam dah plan nak ke situ lagi hehehe

    kuina,
    elok ko survey kat situ kerana barang2nya dtg dari merata tempat. Ada yg dari China, ada Korea dan tempat2 lain. Kalau kedai tu jual barang dari China dia tak campur dgn yg dari Korea.

    ReplyDelete
  26. saya selalu beli belah buah durian .. lepas beli baru belah. kalau tak belah tak dapat nak makan.

    ReplyDelete
  27. al-lavendari,
    tak payah susah payah nak beli belah buah durian tu. Ada 2 cara utk mengelakkan membeli belah durian.

    1. makan durian free - tak payah beli dan jimat duit. Cari org yg ada kebun durian jadi kawan hehehe

    2. beli (ya kena beli jugak) tapi yg dah siap kopek. Yg dah diletak dlm plastik.

    Amacam. Masih nak membeli belah jugak ke? ngeh3x

    ReplyDelete
  28. alang2 ko tolong tunjukkan, apakata ko tolong bayarkan sekali...

    .
    .

    hikhikhik


    .
    .
    kat mana sbnrnya plaza GM ni?? hankyu jaya dulu ke??

    ReplyDelete
  29. kts,
    nak tolong bayarkan no problem tapi pakai duit ko lah.

    Kalau beli sikit2 ni mereka tak terima kad kredit hehehe

    Bukan kat Hankyu lama tu tapi kat belakangnya lagi. Ko kena ikut Lrg Hj Taib kalau bawa kereta kancil ko tu.

    ReplyDelete
  30. bangunan baru ke plaza GM nih? tak penah perasan pulak. Macam mana nak perasan pegi cokit pun setahun sekali je,eheheehe.

    psttt : kts, kalo nak gi roger aku berkali2 ok :P

    ReplyDelete
  31. juliet,
    nak kata baru tak lah baru sgt sbb dah bertahun2 jugak bangunan tu ada kat situ.

    Apa kata ptg ni lepas kerja aku bawak korang berdua ke situ? Roger aku sekali pun dah cukup. Aku tunggu kat Shell tu.

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum YB lama tak berkunjung ke sini, rindu benor rasanya

    ReplyDelete
  33. anjang,
    waalaikum salam. Haah lama betul anjang menghilangkan diri. Ingat saya pun nak menyorok tapi belum ada kekuatan berbuat demikian. huhuhu

    Selamat kembali ke dunia blogging.

    ReplyDelete
  34. modal ..ayah bagi...
    untung...50:50??
    :)

    ReplyDelete
  35. jauh la pulak nak pegi sampai chow kit sanun... kalau jalan jem harus incik firdaus jadi incredible hulk dalam kete dulu sebelum sampai... hahahahah :P :P

    Aaa... Saya nak beli banyak-banyak pun nak buatpe... Nanti tunggu saya bukak restoren dulu laa kalu nak beli pinggan mangkuk periuk belanga senduk sudip tu suma secara pukal... Har har har har :P :P :P

    ReplyDelete
  36. DrSinga,
    Tak. Modal ayah pinjamkan aje sekejap pasal dia tak expect ada barang yg boleh dijadikan barangan jualan kat situ. Jadi dia tak bawa duit yg banyak. Balik rumah Atikah dah ganti.

    Untung dia ambil semuanya. Tapi dia dah lantik kawan sebiliknya yg jenis pot pet pot pet utk jadi ejen dia. Commission basis.

    ReplyDelete
  37. syah,
    saya tak suruh awak beli pinggan mangkuk ke bagai tu. Tapi kalau awak nak buat cupcake utk dijual (awak kan pandai buat benda tu) mungkin berbaloi beli bahan2nya di Lrg Hj Taib tu. Org kata kat situ murah. Saya tengok pun ramai org beli kat situ termasuk org berniaga kek ni.

    ReplyDelete
  38. sy x pernah supping kat sana, hubby tak nak bawak...tempat sesak sesak

    ReplyDelete
  39. Mak Su,
    masa kami pergi tu taklah sesak sgt. Mungkin masih ramai org belum balik dari kampung hehehe

    ReplyDelete
  40. Kalau kursus area tu, selalu g GM Plaza tu.
    Memang banyak barang murah-murah.Kalau balik bawak meniaga kat kawan-kawan, duit minyak dan tol confirm lepas kan YB!

    p/s Semoga Atikah jadi usahawan berjaya nanti.

    ReplyDelete
  41. Kak Long,
    Salam kenal.

    Kak Long mmg terer bisnes. Tapi mmg gila kalau tengok barang2 kat situ yg jauh lebih murah dari yg dijual di tempat lain. Kita jual kat kawan2 bukan saja kita yg dpt untung tapi mereka juga dpt untung sbb harga kita lebih murah jika dibandingkan dgn yg mereka biasa bayar utk barang yg sama.

    Terima kasih di atas doa itu. Semoga dia jadi usahawan dari muda ni lagi. Tak seperti ayahnya yg lambat nk mulakan usaha huhuhu

    ReplyDelete
  42. kedai yang jual manik dengan banyak pilihan dan murah adalah kedai my collection tradig di tigkat 3.15.. 0122803334

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails