Sunday, February 28, 2010

Mujurlah Kebahagiaan Bukan Terletak Pada Kekayaan

Semalam kami ke majlis perkahwinan sepupu emak Adam di Sekinchan. Kami singgah di kedai Masri di simpang masuk ke kampung tu. Hj Masri terkenal dgn bahulu dan kuih2 tradisional beliau. Sudah banyak menyertai pameran spt MAHA dan MIHAS dan bergesel bahu dgn pemimpin2 negara.

Kami beli bahulu dan kerepek di sini semalam

Kami sampai di rumah pengantin pukul 12:15 tgh. Kami sengaja parkir kereta agak jauh kerana jalan di depan rumah telah penuh dgn kenderaan lain terutama motorsikal. Setelah bersalam dan bertanya khabar dgn pakcik isteri saya dan sepupu2 yg lain kami ke bawah khemah utk menjamu selera. Di kampung, jemputan lelaki diasingkan dari tetamu wanita walaupun keluarga. Aku dan Haikal ke makan di tempat jemputan lelaki manakala emak Adam dan Atikah ke tempat wanita yg dipisahkan oleh meja buffet saja. Sebenarnya hanya ada dua buah khemah yg dipasang sebelah menyebelah.

Ini khemah wanita dan sebelah belakang tu khemah lelaki. Meja buffet di tengah2.

Hidangan agak ringkas tapi sedap: nasi putih, kurma daging, ayam goreng potong kecil2 (aku sebut potong org anak ramai), paceri nenas dan pecal (makanan femes org Jawa). Tiada bekas basuh tangan disediakan di atas meja tetapi ada tong air di kiri kanan khemah utk membasuh tangan.

Tepat pukul 12:30 pengantin pun tiba. Tiada kompang, tiada silat dan tiada pelamin. Juga tiada barang iringan berdulang2. Ikut kemampuan.

Pengantin hanya berbaju Melayu warna hijau diiringi beberapa org dari pihak pengantin perempuan (3 buah kereta dtg dari Tapah)

Makan adab2 di ruang tamu rumah. Duduk bersila. Tiada jurugambar professional. Yang ada cuma saudara mara dan kawan2 yg membawa kamera atau menggunakan telefon bimbit.

Bergambar kenangan sebelum makan. Perhatikan 'jurugambarnya'

"Selepas kita menjadi suami isteri ni, adalah menjadi tanggungjawab abang menyediakan makan minum untuk sayang"

Bapa pengantin lelaki (berbaju hijau) yg dah berusia > 70 tahun bersama adik beliau yg di sebelah kanannya itu. Adiknya tu datuk Adam.
Mungkin bila Adam kahwin esok, usia aku dah lebih kurang pakcik ini kalau aku panjang umur hehehe

Majlis ini sangat sederhana jika dibandingkan dgn majlis2 perkahwinan yg saya hadiri sebelum ini - baik yg di rumah, dewan2 atau hotel2. Mujurlah kebahagiaan perkahwinan itu tidak terletak pada betapa hebatnya majlis perkahwinannya.

29 comments:

  1. tak keduri besar pun bahagia jugak - insyaAllah....tadi pun pegi kenduri jugak...ade 2 - tapi sebab sesak dgn kenderaan - yang pertama tu lalu aje depan rumah pengantin! pas tu pergi yang ke 2....semalam pun 2....dah tak kira cuti sekolah ke tidak la ni...bantai semacam aje le!

    ReplyDelete
  2. sonata,
    haah. Tapi kebanyakan pasangan mahu majlis mereka dibuat secara besar2an. Sekali seumur hiduplah kononnya. Tadi kat rancangan Nona ada org buat 6H/6M.

    Org skrg mmg dah tak kira cuti sekolah utk buat majlis kawen. Org yg femes mcm ko dan pak sheikh mesti tak menang tangan nak hadiri jemputan kawen. Nanti bila tiba giliran korang kawenkan anak, khemah mahu panjang sebatu wakaka

    ReplyDelete
  3. mungkin majlis tu sederhana bg ko, tp bg org lain tak.

    .
    .


    ct nurhahiha pun claim yg majlis kawin dia sederhana... camane tu... ;D

    ReplyDelete
  4. semoga pasangan pengantin ini menemui kebahagian yang mereka cari!

    ReplyDelete
  5. kts,
    semua perkara ni relatif. Tapi kalau majlis tu tak sederhana, tak kan nak kata itu majlis yg gah pulak.

    Ko pun nak buat majlis yg sederhana bila ko kawen nanti kan? Kalau ko nak buat yg besar pun takpe. Ko kawen cuma sekali aje (harap2nya). Apapun jgn lupa jemput aku.

    ReplyDelete
  6. al-mankaraqi,
    Salam kenal dan terima kasih sudi tinggalkan komen.

    Ya. Semoga mereka menemui kebahagiaan yg dicari2 oleh semua pasangan.

    ReplyDelete
  7. YB,
    Kita banyak membaca dan menonton majlis perkahwinan yang dibuat secara besar-besaran dan berhabis-habisan. Tapi belum pun lama dah degar pasangan tu tak sehaluan.
    Sungguh setuju, kebahagiaan tidak terletak pada kemewahan.

    ReplyDelete
  8. Kak Long,
    Itulah kan. Hutang tak habis lagi dah bercerai. Org yg datang menolong pun tak hilang penat mereka lagi, rumahtangga yg dibina dah goncang.

    Saya pernah tengok majlis yg lebih simple dari ni tapi itu dulu. Skrg kebanyakan buat yg grand. Keluarga ini buat ikut kemampuan mereka sbb mereka bukan org berada.

    ReplyDelete
  9. kenduri kecil lebih baik daripada kawen kat lambok....

    ReplyDelete
  10. kawin kat mana2 pun lebih baik dari kawin tanpa restu dan sijil yg halal..hehe..opss..ada kaitan ke..
    cara karangan dan gambar yg cantik.pandai susun.oh ya..
    Salam kenal..saya tengok page ko smart la..tu pasal la saya follow..hehe..byk info lak tu..kalau nak download free software atau apa2..jemput la

    SYokNYAdownload.blogspot.com ,saya
    baru bukak blog.mai la follow me back serta download dan komen skit pasal page..saya budak baru belajar,thanks.

    ReplyDelete
  11. kalau kebahagian diukur daripada kemeriahan majlis kahwin...rasanya golongan artis adalah paling bahagia.
    tapi sebaliknya..kan!!

    ReplyDelete
  12. mungkin enpakwe sya kenal dengan beliau, sbb masa enpakwe duk di LPP N.Selangor dari tahun 2002-2007, serata ceruk selangor kena pergi, melawat projek IKS,Peladangan,Pertanian&Penternak
    huhuhu..kalau beliau melawat projek
    haruslah memacam buah tangan orang kampung bagi,pastu sya agih2kan dengan jenjiran
    rezeki jangan di tolak..musuh jangan di cari..
    dak g2?
    erpp..adakah komen ini sesuai dengan n3 ini?
    heheheee..larikkk.....
    apapu selamat berbahagia kepada pasangan anak Hj Masri, dan kebetulan pulak masa kami perjalanan balik ke TPG terserempak dengan kenduri di satu taman tu, tp lorong lain2, jdnya ada 2 khemah
    enpakwe komen, alangkah bagusnya kalau mereka bermuafakat, sekali saje, tema ikut yg mereka mahu, selain dari jimat, bermuafakat tiada pembaziran akan berlaku.
    Opsss..terlebih sudah panjang nya komen..larikkk......lagi sekali ;p

    ReplyDelete
  13. jangan jangan abang yunus yang nak kahwin,

    salamm,

    ReplyDelete
  14. ONE ZABA,
    betul3x (ala2 Upin dan Ipin hehehe)

    alif,
    salam kenal.

    Jgnlah puji sgt. Saya bukan penulis blog yg hebat. Cuma cuba menyampaikan apa yg saya lihat mungkin dari sudut yg bukan lazim.

    Saya dah linkkan blog awak. Bila2 rasa nak guna software tu, saya download. Page awak tu kira oklah utk permulaan ni. Nanti kalau dah terer boleh ubah lagi.

    ReplyDelete
  15. cikgu_math,
    betul tu. Golongan tersebut mungkin menganggap perkahwinan ini sesuatu yg boleh ditukar mcm menukar baju. Kalau rasa tak sesuai, cerai. Kahwin lg, cerai lagi. Kadang naik mual baca kisah mereka.

    ReplyDelete
  16. k'eja,
    Hj Masri tu dah femes. Dia ada kilang di seberang jalan besar dari kedai jualannya itu. Bahulu dan kuih2 lain beliau ada dijual di pasaraya dan pasar tani. Tak mustahil enpakwe kenal dia.

    Yg kahwin semalam bukan anak Hj Masri tapi sepupu emak Adam. Anak pakcik dia yg tinggal di Sekinchan.

    Sikap awak yg rajin berkongsi rezeki dgn jiran2 patut dipuji. Ini boleh merapatkan hubungan dgn jiran2 lebih2 lagi kalau keluarga jauh dari tempat tinggal kita. Jiranlah yg menggantikan keluarga kita kalau kita sakit pening.

    Jarang dua pengantin nak buat kenduri kawen serentak. Nanti org yg datang nak salam cangkuk takut tersalah tuan rumah hehehe

    ReplyDelete
  17. tunbegia,
    hish takdelah.

    psst - nape awak cakap mcm tu?

    ReplyDelete
  18. salam YB,

    kalau terima kad jemputan kahwin kena tengok heading nyer sama ada 'walimatul urus' atau 'ya-qadzial hajat'. Kalau yg pertama tu kena bayar lepas makan, tp yg kedua tu makan free. Biasanya kenduri di umah pompuan kena hulur duit, tp di umah lelaki makan free. tp ada gak majlis sambut menantu kena byr. memang tak patut. bagi daddy lah kan... buat kenduri kahwin ni biarlah sederhana mengikut sunnah nabi. x yah grand2 nak buat di hotel. membazir je. yg penting kehidupan selepas kenduri itu tamat kan? tul tak YB?

    ReplyDelete
  19. Daddy Zuki,
    wsalam.

    Di sini tak kira samada sebelah perempuan atau sebelah lelaki, jemputan biasanya memberikan sumbangan wang dgn niat meringankan bebanan tuan rumah. Ada juga yg membawa hadiah utk pengantin. Kalau dah bagi hadiah kadang2 tu dah tak bagi sumbangan.

    Di kampung emak Adam, jiran tetangga dan saudara mara terdekat memberi sumbangan dlm bentuk barangan spt beras, gula, bawang, telur dsb.

    Bagi kita org biasa ni mungkin tak perlu (tak mampu sebenarnya!) buat yg grand.Tapi bagi sesetengah pihak merasa apalah salahnya sekali seumur hidup buat yg grand tu. Terpulanglah. Duit masing2 ngeh3x

    ReplyDelete
  20. kesederhanaan amat dituntut dalam Islam..boleh buat majlis grand kalau mampu..klu tak mampu buat ala kadar shj..ditakuti nanti dibebani byk hutang slps kawin yg mana sedikit sebanyak boleh mengugat kebahagian rumahtangga pasangan itu sendiri..

    ReplyDelete
  21. Nadri,
    Sebaik2 perkerjaan biar yg sederhana. Kalau boleh jgnlah berhutang utk buat majlis perkahwinan.

    Tapi bukan sikit belanja kalau nak kahwin skrg ni huhuhu

    ReplyDelete
  22. kalau jawa yg masak mmg sedap.

    :)


    .

    ReplyDelete
  23. salam YB
    yang penting mempelai bahagia berpanjangan...

    ReplyDelete
  24. tasek,
    betul sgt. Sekali makan mesti nak lagi. Mcm aku ni lah hehehe

    ~O~,
    eh tak sabar nampak.....
    Bukan pertengahan tahun ni ke kenduri ko? ngeeee

    ReplyDelete
  25. AZANI,
    buat majlis tu utk beritahu org yg mereka dah jadi suami isteri. Kalau dapat majlis yg indah dan hebat boleh jadi kenangan sepanjang hayat. Tapi kalau bahagia tak berpanjangan, itu yg sedih.....

    ReplyDelete
  26. saya dulu masa nak kawin buat loan dgn majikan..kawin pd usia 22 tahun, mana cukup duit kanss??

    ReplyDelete
  27. Nadri,
    Kalau ambil loan utk perkara yg penting spt nak kahwin dan bukan utk menunjuk2, itu satu perkara yg bagus.

    Awal jugak awak kahwin hehehe

    ReplyDelete
  28. Salam YB,

    Memang sungguh simple majlis perkahwinan tu. Insyaallah di doakan mereka selamat berbahgia hingga ke akhir hayat.

    Zaman sekarang, memang Auntie rasa kecut perut la tengok majlisnya.Bukan saja kenduri kawin, kenduri bertunang pun dah siap berpelamin bebagai...malah kenduri potong jambul pun tak kalah.Mungkin orang sekarang 'berwang-berwang' belaka... :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails