Tuesday, February 2, 2010

Cuma RM6.90 Utk Memupuk Kasih Sayang!

Petang semalam sedang aku membalas komen sI tEDI dan ckLah di blog aku, tiba2 hp aku berbunyi.

Aku: "Helo, nak cakap dgn siapa?"
Perempuan: "Itu Encik Yunus ke?"
Aku: "Ya bercakap ni."
Perempuan: "Saya dari Giant Setiawangsa. Kuali yg Encik Yunus nak hari tu dah sampai. Bolehlah datang ambik."
Aku: "OKlah kalau tak hari ni, esok saya ambil."

Lepas mengakhiri perbualan tu aku pun menghabiskan membalas komen aku. (sempat lagi tu) Tengok jam dah dekat pukul 7:00 malam. Aku pun pergi ke dapur mendapatkan emak Adam lalu menyampaikan "berita gembira" tersebut.

Emak Adam dah beberapa kali cuba mendapatkan kuali tak lekat yg diimport itu. Masa aku ke Giant Setiawangsa utk menukarkan setem2 Giant dgn kuali tu 2 minggu lepas, org kat situ kata dah habis. Kalau yg lain tu adalah tapi isteri aku mati2an nak kuali yg itu juga. Aku pun memberi nama aku kpd org di kaunter Giant pada masa itu yg berjanji akan menghubungi aku kalau kuali tu sampai.
Untuk mendapatkan kuali itu kita kena kumpulkan 130 keping setem dan bayar RM6.90


Ini yg aku tukarkan semalam utk mendapatkan kuali 28 cm (yg kedua dlm gambar dari atas sebelah kanan tu)
Bila aku bawa balik kuali dan tunjukkan kpd emak Adam hasil yg aku dapat, dia gembira bukan kepalang.

Bukan susah sangat nak memupuk kasih sayang ni.

psst - utk dapat satu setem kena belanja RM20 di Giant. Kira ajelah berapa banyak aku dah kopak nak kumpulkan 130 setem tu huhuhu

45 comments:

  1. Kata YB:
    'Petang semalam sedang aku membalas komen sI tEDI dan ckLah di blog aku, tiba2 hp aku berbunyi.'




    Kata ckLah;
    'Maknanya...ckLah yang bawa tuah tu....'




    Errr....mana ckLah taruk stem-stem ckLah setiap kali ke Giant selama ini ya...nanti cari!

    ReplyDelete
  2. aku br de 80 nihhhh.. tgh aim kuali tuhh jugakkkkkk.. :P

    ReplyDelete
  3. ckLah,
    kalau mcm ni kena berkawan rapat dgn awak sbb awak bawa tuah. Nak tunggu jadi besan anak2 kita kecil lagi huhuhu.

    (Haizam dah mula kumpul duit utk kahwin 10 tahun lagi ahaks)

    Kalau skrg baru nak kumpul setem, jawabnya kena bayar pakai duit lebih sikitlah. Jgn harap RM6.90 boleh dpt kuali tu muahaha

    ReplyDelete
  4. Puan Konfius,
    Banyak lagi nak kena kumpul tu. Silap2 emak Adam dah dapat kuali yg kedua ko masih terkial2 kumpul setem
    wakaka

    ReplyDelete
  5. siapalah tidak sayang isteri begitu,

    tapi adakan,

    salamm,

    ReplyDelete
  6. Errr...setem berkenaan boleh buat untuk mengepos surat ke YB?..

    ReplyDelete
  7. tunbegia,
    mestilah sayang. Dan kita akan buat apa saja utk org yg kita sayang.

    Tak gitu?

    relevan,
    setem tu tak boleh buat pos surat tapi rasanya bagi mereka yg sedang mengumpul setem utk ditukarkan dgn barang2 yg diidamkan, nilai setem tu lebih mahal dari setem 30 sen pejabat pos ngeh3x

    ReplyDelete
  8. sayang seorang suami kepada isteri mmg tak bebelah bagi..peace;-)

    ReplyDelete
  9. saya ada 3 keping stem giant dan satu bonus stem ... nape tak cakap awai2 hehehehe

    ReplyDelete
  10. JMR,
    awak cakap tentang awak dan saya ni kan? Boleh jadi calon suami mithali kita ni ecece

    ReplyDelete
  11. NL,
    skrg awak dah tahu, bolehlah bagi kpd saya. Kalau setakat 3 keping setem tu pun awak tak boleh nak tebus apa2 barang hehehe

    ReplyDelete
  12. betul betul.. hadiahkan kuali pun boleh menggembirakan siisteri. Apatah lagi kalau sama-sama turun padang masak kat dapur. Laaaaaaaaagiiiilah terpupuk kasih sayang.

    ReplyDelete
  13. heheh betul tu...

    kalau YB nak datang le amik kat sini huhuhu.........

    cepat sementara stok masih ada hmmm....


    dan itu juga bermakna Yb selalu pi shopping kat giant lah yer...

    mmg gian kalau berbelanja kat situ heheheee

    ReplyDelete
  14. Dulu Tie memang ada niat nak kumpul stem tu. Tapi abg pulak yang bising. Jadi stem2 tu budak2 yang buat main, hu hu..

    ReplyDelete
  15. kakpah,
    sudah menjadi adat semua org akan gembira bila apa yg dihajati tercapai. Org perempuan gembiranya lebih kot.

    Saya selalu juga tolong emak adam masak tapi setakat tumbuk bawang dan kacau2. Kalau tak percaya boleh baca n3 saya sempena besday dia 4/2 tahun lepas

    ReplyDelete
  16. maksu dah kumpul stem dan eramkan, tapi jumlahnya tetap tak membiak, huhuh, kuali oh kuali

    ReplyDelete
  17. waaa.. mmg suka shopping kat giant la ye.... ehehee..

    ReplyDelete
  18. NL,
    ajak2 ayamlah ko ni. Suruh dtg tapi tak bagi alamat. Kat mana aku nak jumpa ko kalau mcm tu huhuhu

    Stok ko tu aku rasa ada utk masa yg lama sbb mungkin ramai yg rasa tak berbaloi pergi jauh2 utk ambik setakat 3 setem ngeh3x (jgn marah).

    Kami shopping kat merata tempat termasuk Giant. Barang kat situ (sekurang2nya yg kami kehendaki) lebih murah dari di tempat lain. Tapi tak lah sampai gian nak berbelanja kat situ hehehe

    ReplyDelete
  19. Tie,
    alamak sian nya. Kami pun mcm tu jugak sebelum ni. Entah mcmana kali ni emak Adam beriya2 pulak kumpul. Ada sekali tu saya beli barang dpt lah 6 setem tapi entah misplaced kat mana setem tu. Bengang dia!

    ReplyDelete
  20. maksu,
    kalau mcm tu bagi ajelah kat emak Adam. Mungkin kalau dia yg eramkan biak kot hehehe

    Jard,
    selalunya kalau nak beli barang2 kering dgn banyaknya kami pergi Giant Hulu Klang. Kalau sikit kat Giant Setiawangsa aje.

    Tapi kadang2 pergi juga ke Carrefour atau Tesco.

    Barang basah pun merata termasuk kat Chow Kit. Ingin nak tengok ko berbelanja kat di sana sbb aku tahu ko pun selalu pergi Chow Kit tu hehehe

    ReplyDelete
  21. salam YB
    harga kasih sayang tak ternilai...yang penting spouse gembira.

    ReplyDelete
  22. hmm nape CP x pernah dapat setem giant tu? padahal byk kali CP shoping kat Jusco, huhu..

    ReplyDelete
  23. Salam En Yunus,

    Harga kuali Rm6.90, setem yg perlu dikumpul 130 keping. Untuk dapat satu setem kena berbelanja RM20. Berbaloi ke?

    ReplyDelete
  24. Tak kuasa nak kumpul...selama ni kalau terima stem tu main taruk je sana sini....Nanti saya cari...kalau jumpa,saya pos kat YB ya...rasanya boleh dapat 3 pan lagi kot...


    Ahaks!

    ReplyDelete
  25. CM masih menunggu stem giant kat sini.. Tapi hanya tapak untuk bangunan Giant jer yang kelihatan... dah dua tahun terpacak papantanda tu.. entah bila stem tu dapat dikumpul??

    ReplyDelete
  26. itu baru kuali, kalau kawah entah macam manalah kasih sayang dia kat awak. mesti melimpah ruah kan !

    ReplyDelete
  27. errr mana buleh kasi tau kat sini nanti semua nak datang amik hehee

    stem ada 3 ajer bukanya 3 ratus huhuhu

    ReplyDelete
  28. AZANI,
    betul kata awak tu. Kasih sayang tak dpt dibeli dgn wang ringgit. Walaupun hanya tak sampai tujuh ringgit tapi kalau itu boleh menggembirakan pasangan kita, apa nak disegankan.

    ONE ZABA,
    tak kisahlah ada makna ke tidak. Yg penting saling sayang menyayangi. Malam ni malam bermakna kot wakaka

    ReplyDelete
  29. Che'Pit,
    nanti saya tanyakan bos Tesco hal ni hehehe

    aidah,
    wsalam.

    Tak payahlah panggil saya encik. Rasa segan pulak saya.

    Kalau semata2 beli nak dapatkan setem mmg tak berbaloi. Tapi dah kebetulan kami mmg berbelanja di situ, jadi tinggal kumpul dan lekatkan aje setem tu. Kalau penuh satu troli tu sampai beratus jugaklah.

    ReplyDelete
  30. ckLah,
    emak Adam pun mcm tu sebelum ni. Tapi kali ni dia dah naik semangat.

    Kalau awak tak guna setem tu bagilah bakal besan awak ni. Nanti kuali tu anak2 kita juga yg boleh warisi hehehe

    cikgu_math,
    Giant belum dpt berkembang ke KB kerana masalah supply. Jauh sgt dan tak ekonomikal. Mereka nak buat pusat pengagihan di Kuantan tak lama lagi. Kalau dah siap pusat tu mereka nak buka banyak cawangan di Pantai Timur.

    Sykt tempat saya kerja sebelum ni terlibat dlm pembinaan beberapa pasaraya baru di Lembah Klang dan juga pusat pengagihan di Salak Tinggi.

    ReplyDelete
  31. Hamzah Abd Hamid,
    pasal kualilah melimpah ruah. Kalau kawah besar sgt - lambat nak melimpah hehehe

    NL,
    betul jgn bagi tahu kat sini nanti awak kena serbu. Tapi terima kasih kerana bagi tahu melalui saluran lain tadi.

    bila2 senang saya pergi jumpa awak. Kumpulkanlah lagi setem tu. Setakat 3 mcm tak berbaloi duit minyak dan tol saya huhuhu

    ReplyDelete
  32. hehee saya jarang berbelanja kat situ sbb takut kegiangan hehehehe




    kalau tak dapat periuk Italy tu dpat periuk cap ayam pun oklah hehee


    cakap ajer nak size yang besar mana

    ReplyDelete
  33. NL lagi,
    saya tahu awak bukan saja kurang berbelanja di situ tetapi kurang berbelanja di mana2 pun sebab awak masih bujang.

    Periuk cap ayam mana ok? Periuk yg dari Italy tu pun emak adam tak nak kecuali kuali tu jugak. Rupanya bukan dia saja yg gian kat kuali 28cm tu. (cuba awak baca komen PuanKonfius).

    ReplyDelete
  34. ok sebelum tutup kedai...


    hebat sungguh itu kuali...
    dah ler bersaiz besar....................


    sampai kaum2 ibu gian dibuatnyer ngeh7x

    ReplyDelete
  35. NL lagi dan lagi,
    lepas ni tutup kedai utk menyahut panggilan kaum ibu muahaha

    mana tak hebat kuali tu. Skrg dah ramai nak jadi chef. Untung2 dapat title Datuk mcm Chef Wan hehehe

    ReplyDelete
  36. kalau saya nak mengumpul alamat mau makan masa setahun kot... sebab saya cuma ke pasaraya sekali dalam masa dua bulan... hihihihih :D :D

    ReplyDelete
  37. nak dapat 90 pon seksa nih! adeh... lagi 8 setem diperlukan... maknenye kene berbelanja rm160 lagik!! huhu

    ReplyDelete
  38. syah,
    kalau awak ke pasaraya dua bulan sekali jgn kan setahun, 5 tahun pun rasanya belum dpt kumpul sebanyak tu hehehe

    ~mrs azmi~,
    awak kena cepat sikit pasal tak lama lagi Giant dah tak keluarkan setem ini. Tapi nasihat saya simpan aje setem yg dah ada tu. Mungkin di masa akan dtg mereka buat lagi tawaran ni. Sblm ni pun dah beberapa kali keluar kempen ni.

    psst - kalau tak cukup setem, kena bayar duit lebih sikit pun boleh utk dapatkan kuali atau periuk tu hehehe

    ReplyDelete
  39. tak kiralah berapa harga habis kat setem tu..

    asalkan mak Adam gembira.. tu dah cukup baik le...

    sayang isteri..beli-belikan...
    hehehe...

    ReplyDelete
  40. giant kt melaka ni mcm tak berapa nk maju sbb tesco dekat. jusco dekat. melaka mall dekat. mydin mall dekat. melaka ni dh la kecik... shopping kompleks punyalah banyak.


    .

    ReplyDelete
  41. PUTUBAMBU,
    betul tu. Tak gitu pun kami mmg shopping kat giant.

    Itulah sbb bila dpt call aje saya terus ke giant nk dptkan kuali tu. Takut kalau lambat, org lain sambar. Melepas nanti.

    Emak Adam sdg kumpul lagi setem. Nak tukar dgn kuali lagi. Tengah semangat dia.

    ReplyDelete
  42. tasekM,
    melaka ni dh la kecik... shopping kompleks punyalah banyak.

    aku rasa bukan shopping kompleks aje yg bnyk tapi stesyen minyak pun bnyk. Manalah nak laku meniaga kat melaka ni.

    psst - tapi kedai tayar tak bnyk kan?

    ReplyDelete
  43. YB, CP yakin boss Tesco x tahu menahu pasal setem ni.. Apatah lagi carrefour..

    tadi CP singah econsave, dia kata pi lah tanya kat Pavilion.. hmm YB leh tlg tanya tak? dekat sikit rasanya, huhu

    ReplyDelete
  44. Che'Pit,
    Baru aje saya tepon bos Pavilion. Dia kata Mydin ada setem mcm ni hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails