Wednesday, February 17, 2010

Adakah Lebuhraya Tol Macam Org Bercinta?

Kalau kita duduk di Lembah Klang ni, sekeliling kita ada lebuhraya bertol. Ada org benci dengannya sebab kena bayar setiap kali menggunakannya tetapi tak kurang juga yg rasa bahagia lega kerana setidak2nya dapat mengurangkan waktu perjalanan.

Bagi aku, lebuhraya tol ini macam org bercinta!

Bukankah org yg sedang dilamun asmara sanggup berbuat apa saja utk kekasihnya? Duit habis bayar bil telefon atau top up prepaid tak kisah asalkan dapat bergayut. Begitu juga kita yg menggunakan lebuhraya tol: kena bayar tak kisah sangat asalkan jangan terperangkap dalam kesesakan jalanraya.

Org bercinta kalau dapat berjumpa kekasihnya lupa segala masalah di dunia ni. Begitu juga bagi yg menggunakan highway. Kalau dapat tekan 140 -150 km/j sedangkan org yg menggunakan jalan biasa merangkak2 mcm siput - fuh seperti dunia ini ana yg punya.

Jumaat lepas aku ke Pusat Khidmat Pelanggan PLUS yg terletak berhampiran plaza tol Subang utk top up kad Touch 'n Go aku. Selalunya aku top up di plaza tol yg menyediakan perkhidmatan ini tetapi sempena perayaan Tahun Baru Cina semua lorong top up di plaza tol dijadikan lorong Touch 'n Go biasa utk mengurangkan kesesakan.

Persada PLUS di Subang. Sebahagian wang membina bangunan ini adalah sumbangan aku melalui tol yg aku bayar huhuhu

Bila aku sampai di PKP PLUS tu ada beberapa org sedang menambah nilai kad mereka. Sampai ke giliran aku, aku pun beritahu minah yg jaga kaunter di situ yg aku nak menuntut diskaun seperti yg ditawarkan kerajaan. Nak tahu berapa aku dapat?

*
*
*
*
*

RM94.52

Diskaun 20% diberi kpd pengguna yg membayar sekurang2nya 80 kali tol dalam sebulan. Tak kira jumlahnya. Bagi aku tak jadi masalah utk mencapai angka 80 itu sebab di sekeliling rumah aku ada lebuhraya tol. Kemana saja aku nak pergi kena bayar tol. Sebagai contoh hari Khamis (sehari sebelum aku top up tu) aku membayar tol sebanyak 13 kali. Pecahannya:

DUKE - 6 kali
NKVE - 2 kali
Federal Highway II - 2 kali
NPE - 2 kali
AKLEH - 1 kali

Baki aku selepas top up RM420.68. Jauh boleh pergi ni ..... hehehe

Semalam semasa menghantar anak2 aku balik ke tempat mereka belajar aku melalui 9 lebuhraya:

DUKE, NKVE, Federal Highway, LKSA, KESAS, ELITE, PLUS, LEKAS dan Grand Saga.

Seperti org bercinta, tak semuanya indah semasa menggunakan lebuhraya ni. Contohnya .......

Dah bayar tol pun sesak juga. Ini yg bercinta betul ini

64 comments:

  1. sesak tu yg best bg org tgh brcinta... boleh lama² sikit dlm kete.. haha

    ReplyDelete
  2. salam ....


    biasalah NEGARA NAK MAJU ....

    ReplyDelete
  3. salam ....


    biasalah NEGARA NAK MAJU ....

    ReplyDelete
  4. semoga negara akan tetap maju, aman damai sentosa sejahtera senantiasa,

    salamm,

    ReplyDelete
  5. aku rasa jika ade award tuk pengguna tol paling kerap, oklah calon yg paling layak tuk dapat award tu.hehe

    ReplyDelete
  6. hehhe...bukak bisnes tol kaya nie...heheheh

    ReplyDelete
  7. jika aku bercinta...ko samakan dengan melalui tol...aku akan putuskan cinta ku! apa taknya...aku malas nak bising2...ade ke masa aku nak ke Seremban hari tu....T & G tak berfungsi kat Tol Ayer Keroh...dah tu berderet jem kat pintu tol!!!
    ( kata pak Syeikh tak ambik gambar...aku jawab ...malassss...!)
    hangin jugak...tapi mengenangkan aku sedang bercinta dengan laluan tol...buat cool aje le...hangin - hangin jugak! pulak tu time cuti...beribu gamaknya kete masuk & keluar Ayer Keroh ni....

    ReplyDelete
  8. Teja,
    ko cakap dari pengalamanlah ni? hehehe


    pB,
    ada harga yg perlu dibayar utk menjadi negara maju.

    ReplyDelete
  9. tunbegia,
    amin. Semakin bnyk lebuhraya tol semakin banyaklah kena keluar duit tol huhuhu

    wsalam

    Jard,
    Dari rumah ko ke Angkasapuri mana ada tol.

    ReplyDelete
  10. Penyuk,
    siapa calon tu? Ko ke aku?

    Maaf aku tak dapat tangkap apa yg ko tulis tu ngeee

    ~O~,
    kena ada kabel yg besar sebelum boleh bukak bisnes tol ni. Dapat bukak stesen minyak kat highway tol pun ok jugak hehehe

    ReplyDelete
  11. sonata,
    ceit ko ni baru kena ujian sekali aje dah nak putuskan cinta? Org bercinta mestilah banyak cabarannya. Lautan api sanggup direnangi. Jadi apalah sgt berbaris kat tol ayer keroh tu wakaka.

    Aku suka pak sheikh tanya ko tak ambik gambar ke. Maknanya dia peka bahan2 yg boleh jadi n3 ko muahaha

    ReplyDelete
  12. bukan kita ke tu? ngeeee...

    nyata, klu sebelum ni suka pandu laju tetiba jln slow ngalahkn siput, tu yg tambah2 jam tu, ekeke...

    ReplyDelete
  13. Yunus Badawi said...
    Salam bang.

    Selasa ni ingat nak ikut LEKAS masa hantar anak balik ke Serting. Kalau lekas sampai boleh singgah rumah abg minum2 ke? hehehe

    February 12, 2010 11:10 PM

    al-lavendari said...

    YB
    Salam kembali. Dipersilakan dengan besar hati !

    February 12, 2010 11:30 PM

    * dikopipes dari teks asal di blog Komensen.

    ReplyDelete
  14. kan ke boleh top up touch n go kat ATM atau kat petrol station je sekarang? Takyah susah-susah nak pegi beratur camtu... Huhu~~

    ReplyDelete
  15. maksu dingin dlm bercinta, tak responsif. maksu tak de touch n go.... huhuhu

    ReplyDelete
  16. Teja lagi,
    sysss jgnlah bocorkan rahsia kita kat sini.

    Itulah ko. Aku ajak ikut highway Bukit Tagar ko nak ikut Batang Berjuntai. Last2 aku terpaksa bawak slow masa lalu Raja Musa sebab banyak bumping. Ko sukalah tu ngeh3x

    ReplyDelete
  17. al-lavendari,
    Saya tahu abg persilakan saya dgn besar hati tapi hati saya yg kecik semalam sbb teringat anak 2 org lagi yg kat rumah. Entah makan entah tidak dah malam tu bila kami sangkut kat jam.

    Lain kali kalau sempat saya singgah rumah abg. Suruhlah makngah siapkan apa yg patut. muahaha

    ReplyDelete
  18. syah,
    betul tu tapi kena bayar 50 sen. Ada org yg komplen tentang bayaran tu.

    Saya selalunya tambah nilai di lorong khas di plaza tol. Tapi di situ tak boleh guna kredit kad dan yg lebih penting tak boleh tuntut rebate.

    Masa saya pergi hari tu cuma ada seorg di depan saya di kaunter yg gunakan kredit kad. Di kaunter tunai pun ada sorang.

    ReplyDelete
  19. saje la aku ajak ikut situ... ko kn tau ape yg aku suke...

    bagus juge park kat bwh pokok besar tu... ekeke

    ReplyDelete
  20. Mak Su,
    ya ke maksu dingin dlm bercinta? Nanti saya tanya paksu hehehe

    Maksu selalu pakai motor aje kalau pergi kerja kan. Jadi tak perlu bayar tol.

    ReplyDelete
  21. ~mrs azmi~,
    itu menunjukkan dah banyak betul highway di sekeliling kita. Dah macam spaghetti hehehe

    Teja,
    aku dah syak dah.

    Lain kali kita pergi kat kunci air buang ajelah. Kat situ lagi best hehehe

    ReplyDelete
  22. bercinta dengan juru tol pun best jugak...

    ReplyDelete
  23. tensen kan kalau byr mahal2 tapi sesak jugak..aduii


    T-Tunggu
    O-Orang
    L-lalu

    hehe

    ReplyDelete
  24. aku tgh merajuk tk dpt balik kg... aku mogok.

    harus gi tmpt tu bila dpt balik kg nnt... jaga la!!!! uwaaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  25. dorang balik ke selatan 13hb haritu tersangkut kat bandar sriputra sampai seremban. aku yang dah tau jalan tu jem, ikut lebuhraya LEKAS. memang lekas betul sebab tak jem langsung sampai ampangan seremban.

    ReplyDelete
  26. ONE ZABA,
    ada org kata kalau nak cari awek cun pergi ke MAS, BSN dan tol PLUS hehehe

    Tahun 2000 dulu ada sorang toll girl PLUS yg cun di tol UPM. Org ramai sanggup berbaris di lorong dia dari menggunakan Touch 'n Go atau ke lorong lain yg lebih pendek ngeh3x

    ReplyDelete
  27. n@m@n,
    Itu yg menguji kesabaran. Tapi saya hairan masih ramai yg sanggup berbaris utk bayar tol secara manual.

    ReplyDelete
  28. Teja,
    ko nak merajuk kat sapa ni? Merajuk biar pada yg sayang ahaks.

    Hujung bulan ni jom kita balik kampung. Ada cuti 3 hari hehehe

    ReplyDelete
  29. kakpah pun dah gunakan LEKAS sampai ke Seremban/Ampangan. Tapi kalau dari Ampangan harus tak jumpa jalan nak masuk ke highway tu kalau tak biasa sbb signboard tak cukup.

    Kat LEKAS tu boleh tekan 150 km/j senang. Malam semalam masa saya lalu kereta banyak juga tapi taklah jam mcm kat PLUS tu.

    ReplyDelete
  30. dah lama x bayar tol... camne la perasaan bila membayar tol tu..mesti berbaur cinta gak kot..huhu

    ReplyDelete
  31. banyak2 tol... tol mana yang paling cantik... hhheee


    kalau awek yang jaga tol tu cantik gerenti nak lalu ikut tol tu hari2 hehehe....

    ReplyDelete
  32. majuk pd yg syg la ni tkkan ngan ko pulak,YB. ko bukannye syg aku. ngeeeeeee.....

    ReplyDelete
  33. Mentibang, ko lalu laut mne la ade tol. ekeke...

    NL, ceit nk cari yg cantik aje... pastikan ko juge ensem... hehe

    ReplyDelete
  34. Salam YB....


    Ni yg aku tak gemar ni....tol-tol-tol-tol.

    Ni yg buat aku nak b`cinta gak......mcm Cik One cakap:

    "bercinta dengan juru tol pun best jugak..."


    :)

    ReplyDelete
  35. Salam YB...kome belum bercinta lagi dengan TOL ni..kecuali jika out setesen..itu pun jarang2 juga..seronoknya lalu atas lebuhraya bertol..pemandangan yang luas..

    ReplyDelete
  36. err CP guna TnG Zing Card.. senang, x yah nak g top up..

    auto top-up bila baki dah kurang dari RM50..

    ReplyDelete
  37. ckLah,
    salam cikgu. Tentu boring nak habiskan cuti yg panjang ni.

    Apa kata jalan2 ke rumah bakal besan awak ni. Tapi jgn ikut Tg Karang, ikut PLUS highway biar merasa bayar tol hehehe

    ReplyDelete
  38. Mentibang,
    kat Labuan mmg takde tol. Kalau buat lebuhraya tol mesti tak laku ngeh3x

    bila balik sini lalu2lah highway tol ni utk merasakan BENCINTA ngeeee


    NL,
    Buat masa ini tol yg paling cantik ialah tol Lebuhraya Kemuning- Shah Alam (LKSA) sebab belum kena bayar lagi hehehe
    Tol LEKAS dari Mantin ke Ampangan pun cantik utk 2 minggu ni sementara free. Lepas tu dah tak cantik wakaka

    Aku pernah tanya pengurus PLUS kawasan tengah ini yg ada 500 org tol girls yg kerja dibawah jagaan beliau. Dia kata mmg ramai org mengorat budak2 dia. Ada budak dia yg cari jodoh sementara kerja tu. Itulah sbb kadar berhenti kerja di kalangan mereka agak tinggi. Itu kata dialah.

    ReplyDelete
  39. Teja,
    yg sygkan ko tu dah pujuk ko ke? Aku rasa dia biarkan ko guling2 aje
    larikksss

    Teja lagi,
    Kalau lalu kat laut kena tol, tak terbayar rasanya

    aku sokong cakap ko tu Teja. NL tu kan kira ensem hehehe
    (aku puji ko ni NL. Jgn lupa belanja aku hehehe)

    ReplyDelete
  40. Zyma,
    alaa kat tempat ko mana ada banyak plaza tol. Kalau nak merasa bayar tol ko kena ke highway PLUS tu. Tak mcm tempat aku ni keliling ada tol. Jadi susah sikit ko nak bercinta.

    Tapi kalau ko nak bercinta jugak pastikan ko pilih lorong yg dijaga oleh staff lelaki. Kalau tak apa hal pulak ko nak bercinta dgn yg sejenis wakaka

    ReplyDelete
  41. aku tk pasti, dia atau aku yg guling²... aku rasa guling same² kot, haha...

    errr, bila ko nk lawat blog aku, YB? ke ko tk jumpa jalan... hehe

    ReplyDelete
  42. relevan,
    awak ni boleh dikategorikan insan yg masih beruntung kerana tak perlu bayar tol setiap hari.

    Kalau menggunakan lebuhraya yg jauh jaraknya seperti PLUS atau LPT pemandangannya luas. Tapi kalau kena highway dalam bandar mcm DUKE atau AKLEH, cuma nampak bangunan aje di sekelilingnya. Kalau gunakan SMART langsung tak nampak apa2 kecuali dinding terowong huhuhu

    ReplyDelete
  43. CP,
    tak pernah dengar pulak tentang Zing card ni. Boleh tolong citer sikit.

    Dulu PLUS ada buat auto top up tapi ada masalah dgn sistem mereka. Langsung dihentikan huhuhu

    ReplyDelete
  44. emm.. beselaa, service charge katanya... Hohohohohoh :P :P

    kenapa tak guna Zing? kan senang, auto top up rm100 bila baki kurang dari rm50... takyah sesusah nak beratur kat mane pun... hehehehheh :D :D

    ReplyDelete
  45. Teja,
    kalau guling sama2 dah tak merajuklah tu. Baik2 kena injek pulak nanti hehehe

    Aku baru aje balik dari blog ko. Cantik rumah baru ko.

    Sejak ko blok orgramai termasuk aku dari masuk blog ko hari tu, itu yg aku dah tak ke sana. Skrg dah ok, nanti aku nak lepak2 di situ. Ko sediakanlah apa yg patut hehehe

    ReplyDelete
  46. zing card under maybank kalu tak silap untuk yang ada akaun dengan diorang laa... boleh pi tanya sama depa... :D

    ReplyDelete
  47. syah,
    service tu mahal sgt kata sesetengah org spt al-lavendari. Sepatutnya pihak bank cas pihak konsesenaire tol utk bayaran tu sbb mereka yg nak dpt duit tu.

    Tak pernah dengar Zing card. Mcmana nak dapatkannya?

    Tapi sekali sekala pergi top up kat lorong khas tu pun best jugak. Dapat jumpa tol girl tu. Ramai yg cun muahaha

    ReplyDelete
  48. bukan block la YB, tutup sementara utk kerja² ubahsuai... hehe

    url aku tu dh tuka, harus ko add baru sbb yg lama pun ko tk add, ke nk tunggu anak add kn, wakaka...

    ReplyDelete
  49. syah,
    terer awak. Belum saya tanya awak dah jawab.

    Nanti saya tanya Maybank. Terima kasih.

    ReplyDelete
  50. Teja,
    lamanya ko tutup utk renovation? Nasib rumah baru ko tu kira cantik jugak. Kalau tak, buat frust org yg nak dtg melawat ko aje hehehe

    Nanti aku addlah link ko tu. Yg tu tak payah tunggu anak aku buatkan.
    Dengan ko sekali nanti aku linkkan hehehe

    ReplyDelete
  51. Teja lagi dan lagi,
    aku dah link blog ko. Aku org yg ke 23. Nombor bertuah tu ngeh3x

    ReplyDelete
  52. adoiayyy lalink YB, yg ko buat td tu follow bkn add link... jap aku nk panggil anak lelaki ko,

    haikallll.... meh tlg abah add link auntie teja meh... huhu

    apepun aku bg ko kiss, muahhhh 23x sbb jd follower yg ke 23... hehe

    ReplyDelete
  53. kemuning shah alam dah siap ker... lama tak pergi sana huhuhu


    haaa betul tu PLUS girls mmg lawa lawa hahahaa...

    ooOoo patutlah... dorang dah benti rupanya hmmmmm...

    mmg tension gak jadi tol girl tu sbb salu kena ngorat hehee...

    macamana saya tahu sbb saya juga pengguna lebuhraya bertol hehehe



    * tumpang lalu YB...
    cisss Teja orang lelaki tak perlukan wajah yang hensem kacak dan tampan... hehehee yang penting ayat mau power errkkk!

    ReplyDelete
  54. tumpang lalu YB,

    NL, ayat ko power erk??

    cuba ko duduk bawah pokok kelapa dn baca ayat power ko tu, klu buah kelapa tu gugur dpn ko mmg sah la ayat ko power... haha

    ReplyDelete
  55. Teja,
    ko panggil haikal pun tak guna. Bukannya dia tahu. Yg dia tahu YM dan jaga restoran dia tu hehehe

    Mana dia kiss ko tu? Kalau aku tahu dpt muah aku nak follow ko selalu. Setiap kali boleh dpt kiss muahaha

    ReplyDelete
  56. NL,
    belum siap sepenuhnya. Yg sebelah Kemuning tu dia kornerkan masuk Alam Damai ke apa nama taman I&P tu. Keluar kat Jalan Kebun. Senanglah Syah kalau nak ke Kompleks PKNS dari rumah dia hehehe

    Dulu lagi ramai yg lawa2. Skrg ada kureng sikit ngeh3x

    Ada yg pakai sarung tangan kerana nak jaga dari tersentuh pelanggan lelaki bila pulangkan wang. Baguslah tu. Ada yg pakai inai walaupun mereka bukan lepas kawen. Saja nak biar org ingat dia dah kawen dan tak kacau. Tak percaya lain kali cuba ko perhatikan. Ko kan pengguna lebuhraya bertol jugak mcm aku ahaks

    ReplyDelete
  57. Teja & NL,
    korang nak tumpang lalu kat sini kena tol tau ngeh3x

    Kalau ko nak pengadil utk selesaikan cabar mencabar korang tu, aku sudi jadi org ketiga. Ada berani??

    ReplyDelete
  58. syah,
    tak sempat tanya lagi sebab habis tadi saya keluar jumpa org. Banyak tempat jugak pergi sampai ke Putrajaya semua. Dan sudah tentulah kena bayar tol huhuhu

    ReplyDelete
  59. zing card tu dia link dgn kad kredit..

    so far yg CP tahu cuma ada 2 je kad kredit yg ada offer

    1. Maybank
    2. AEON

    kalau ada kad kredit salah satu bank ni, leh apply utk zing card ni..

    everytime nilai dah bawah rm50, akan auto top-up rm100.. tapi dikenakan caj rm2 utk setiap top-up..

    senang, x risau kalau nak jalan jauh2.. tak yah beratur nak top up..

    ReplyDelete
  60. Che'Pit,
    terima kasih di atas penjelasan yg panjang lebar ni. Saya ada kad kredit Maybank tapi nak balikkan utk elakkan bayaran RM50 cukai kerajaan tu. Nak pakai CIMB punya aje sbb limit dia lagi tinggi (platinum).

    Nampaknya saya kenalah terus top up di lorong khas PLUS. Biasanya kalau di Bukit Raja tak perlu berbaris sbb tak banyak kereta.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails