Monday, January 4, 2010

Sambil Menyelam Minum Air

Semalam kami singgah di Taman Rekreasi Ulu Bendul. Aku bukan nak citer aku menyelam dan minum air kat situ. Siapa yg sanggup nak minum air yg mcm air tebu tu? Sebenarnya aku tak menyelam kat situpun jauh sekali dari minum airnya.

Aku sebenarnya mengambil kesempatan membawa keluarga aku "makan angin" di akhir cuti sekolah kerana aku menghantar Afifah balik ke asrama dia di Serting.
(PMR MRSM Serting yg tertinggi peratus pelajar mendapat straight A's tahun lepas di kalangan semua MRSM)

Kami sampai di Ulu Bendul pukul 5:30 ptg. Masih ramai org di situ. Semuanya muka Melayu. Nak parking pun susah.

Haikal dan Adam seronok dapat main air.

Kopak emak Adam RM10 beli pelampung ni. Bila dah beli tengok org jual tepi kolam cuma RM6 huhuhu. Niat tolong peniaga yg kat gerai di atas tu lah hehehe

Sebelum tu semasa lalu di Kuala Pilah sempat beli daging salai. Sekilo cuma RM35. Daging batang pinang lembu tempatan. Ikan keli salai 5 ekor cuma RM6. Dah plan nak beli lain kali.

Selain dari daging dan ikan keli salai, terdapat juga itik, puyuh dan ayam kampung

Kami lalu Lavendar Height dlm pukul 6:45ptg. Nak singgah rumah Tijah atau al-lavendari segan sebab tak roger awal2. Lain kali ajelah ya hehehe

46 comments:

  1. daging salai masak lemak cili api, perghhh sodapppp...

    ReplyDelete
  2. Che'Pit,
    mmg dah rancang nak masak lemak cili api. Semalam dah terliur masa beli daging salai tu hehehe

    ReplyDelete
  3. Lain kali roger lah awal2, boleh minum2 kopi sambil menikmati udara Gunung Angsi. jalan kuala pilah tu ada juga jual benda2 lain ... misalnya lomang peneh, gula anau, buah nago dan banyak lagi. tak apalah fasal pelampung tu ... kira menolong merancakkan ekonomi orang NS, lagi pun mandi free kan?

    ReplyDelete
  4. err... lenkali belikan saya itik salai seekor ya?? Hihihihihih :P :P

    ReplyDelete
  5. al-lavendari,
    insyaAllah lain kali saya roger awal2. Raya Cina ni rasanya ke sana lagi sebab hantar anak tu balik asrama.

    Smlm mula tu ada juga niat nak makan lomang paneh tapi dah pekena makan tghari kat R&R Seri Jempol, tak jadi nak beli lemang. Akhirnya beli jagung cawan tu aje hehehe

    Mmg niat tolong peniaga pelampung tu lah. Kalau fikir2 buat grrrrr aje pun tak guna ngeeee.

    ReplyDelete
  6. syah,
    awak makan itik ke? Kalau nak rasa lemak cili api daging salai jemputlah ke rumah.

    ReplyDelete
  7. cbestnye...berkelah di ujung minggu...

    ReplyDelete
  8. ~O~,
    ooii best. Haikal dan Adam nak pergi lagi hehehe

    Kalau pergi lain kali nak bawa makanan. Nak ikut jomlah. Kita ajak kawan2 blogger sekali

    ReplyDelete
  9. psttt...Adam,Kak Juliet nak pinjam pelampung buleh?

    ReplyDelete
  10. juliet,
    Adam kata nanti koyak pelampung dia sbb kat juliet besar sgt hehehe

    balik nanti jgn makan banyak sgt tau

    larikksss

    ReplyDelete
  11. aku rasa paling ramai kat situ sambil menyelam buang air kut. kalau tak caya cuba rasa airnya. masin atau tidak!!!!

    ReplyDelete
  12. Salam Paman,

    Kalau nak singgah O.L xyah roger2 pun bole.. Lain kali eik!!

    Nsib baik x mengandung, tliur gak dibuatny

    ReplyDelete
  13. ONE ZABA,
    aku syak pun mcm tu lah. Itulah sbb nya aku bawa anak2 aku ke sebelah hulu dari tempat org ramai2 main tu.

    Ko dah biasa rasa ke air yg masin tu? wakaka

    mimi,
    kalau tak roger takut dpt air jarang aje nanti. Kalau bagi tahu awal untung2 dpt makan tengahari muahaha

    Terliur tengok itik salai tu ke? Itu baru tngk gambar. Kalau kena dgn bau daging salai tu, perghhh

    ReplyDelete
  14. Selamat kembali ke sekolah untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  15. teringin mahu cuba rasa daging itik, tak pernah makan... heheheheh :D :D

    ReplyDelete
  16. salam YB,
    saya declare saya dah sampai Ulu Bendul,walau cuma bawah pintu gerbang dia...he he he...

    ReplyDelete
  17. ckLah,
    Selamat kembali ke sekolah utk cikgu2 juga termasuk ckLah.

    syah,
    Lalu ke awak nak makan daging itik? Mcm tak best aje ngeee

    AZANI,
    kira dah sampai jugaklah tu. Banyak kemudahan telah disediakan skrg termasuk free wifi hehehe

    ReplyDelete
  18. bestnyerr mndi manda...
    dengki2..

    ReplyDelete
  19. puspa,
    saya pun jeles jugak tengok budak2 tu mandi. Siap main slide lagi.

    Smlm kena jaga Adam. Tak dpt nak berenang huhuhu

    ReplyDelete
  20. Semalam aku pun macam ko jugak...pagi2 dah ke TUC - lepas tu ke KMS & lepas tu ke SMKTM...sibuk 1 hari semalam - sempat lagi ko bercanda2 di Ulu Bendul....aku dah kepeningan - berdentum aku zzzzzzzz......

    ReplyDelete
  21. sonata,
    Penatpun takpe kalau anak2 ko berjaya dgn cemerlang. Anak aku yg Tingkatan 2 tu tak payah susah2 sbb dia sekolah dekat rumah aje walaupun UPSR boleh tahan.

    Itulah aku kata sambil menyelam minum air sbb sambil hantar anak boleh juga pergi bercanda2 hehehe

    ReplyDelete
  22. aku kekadang petang2 xde keje saja pegi UB. 5 menet jer dr umah. aa...tapai pulut kat foodcourt UB tu ok gak bang....

    ReplyDelete
  23. alamak daging salai yang den tak boleh tahan ni, menitik air liur

    ReplyDelete
  24. abahnye x menyelam..
    adam yg kena berpelampung dalam air tebu!

    ReplyDelete
  25. Salam YB.....

    Nak hekotttttt gak ke UB.
    Tapi dah terlambat daaaaaa.... ni semua pasal sambung tido pagi2 buta tadi nihhhh. Haiyaaaa.....

    ;)

    ReplyDelete
  26. tijah,
    aku terfikir jugak nak roger ko semalam tapi takut kacau daun ko nak bermanja dgn carlos petang2 minggu. Lain kali bolehlah aku ajak ko ke UB.

    anjang,
    dlm sehari dua ni emak adam akan masak daging salai tu. Tak sabar nak tunggu dia masak lomak cili padi hehehe

    ReplyDelete
  27. sI tEDI,
    ayah adam dah siap salin seluar utk berenang. Tapi sbb Haizam tak nak turun ke air jaga Adam, terpaksalah ayahnya pendam aje hasrat nak menyelam semalam.

    Menyelam kat bathtub ajelah ngeh3x

    Air tebu tu sejuk tahu. Kalaulah boleh diminum, mesti best hehehe

    ReplyDelete
  28. Zyma,
    belum terlambatlah. Lain kali kita buat rombongan mak kiah. Kita mintak tijah jadi ketua sbb dekat aje UB tu dari rumah dia.

    Ko sambung tido sampai pukul berapa pagi tadi? Patut senyap aje rumah ko hehehe

    ReplyDelete
  29. balik kg baru ni aku borong pekasam... buat stok sampai hujung tahun... hehehe

    ReplyDelete
  30. Shifu,
    wah ini yg dikatakan alang2 menyeluk pekasam . . . hehehe

    ReplyDelete
  31. Ishh!!

    Buat terliur je bila sebut daging salai tu.. tengok itik yang tergantung tu pun dah tergoda.. dah lama tak makan itik. Balik nanti nak rembet itik mentua, hehe..

    ReplyDelete
  32. Tie,
    Awak suka makan itik ke? Saya tak berapa nak masuk. Tapi daging salai dan ayam kampung tu cukup menggoda.

    Nanti bila awak dah rembat itik mertua buatlah n3 - boleh kongsi dgn kami.

    ReplyDelete
  33. masak lomak campur belimbing buluh, tak pun campur pucuk ubi

    licin....p

    ReplyDelete
  34. mak pak Adam tak mansi sama ke? guna pelampung...........

    ReplyDelete
  35. teringin plak nk tgk YB berendam cengitu... tntu seksi... ekeke

    ReplyDelete
  36. wahhh, buat gulai lemak daging salai sedap ni, taruh kentang, taruh belimbing besi...wow!

    ReplyDelete
  37. muker melayu sokmo ghitewww.. ehehe

    ReplyDelete
  38. sayangsayangibu,
    nak cari belimbing kena balik kampung dulu sbb kat rumah kg ada banyak. Kalau pucuk ubi kat sini pun ada.

    Rozita,
    Ayah Adam jadi tukang tarik pelampung ajelah. Emak Adam segan nak mandi. Dia jadi tukang beli pelampung hehehe

    ReplyDelete
  39. Teja,
    aku takut ko tak tahan godaan kalau tengok aku berenang ngeh3x

    Mak Su,
    taruh kentang tu ok tapi ada ke org taruh belimbing besi?

    en_me,
    org Melayu kan gemar bersuka ria ngeee

    ReplyDelete
  40. aku ingat nak bukak bisnes jual pelampung aa pahni.untuk kalu ade seratus orang yg macam yb.hehe

    ReplyDelete
  41. Penyuk,
    tapi pastikan pelampung ko tu bentuk penyu hehehe

    ReplyDelete
  42. pergi tak ajak.nak kena betul..

    ReplyDelete
  43. best juga main air........... heheheheh.............

    kenapa air dia macam tak baper nak jernih ajer huhuhu

    ReplyDelete
  44. oh Adam pun dah pandai berenang..........

    ReplyDelete
  45. ybtoo,
    ok raya cina ni kita pergi sama2 nak?
    Jgn lupa cari pelampung hehehe

    ReplyDelete
  46. NL,
    seronok mandi situ sbb air dari gunung. Air tu tak berapa jernih sbb kami sampai lepas hujan.

    NL lagi,
    Adam belum pandai berenang. Itulah sbb nya kena belikan pelampung ngeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails