Tuesday, January 5, 2010

Letih Bukan Main

Hari ini aku bukan main letih. Baca betul2 tau - bukan main letih bukannya letih kerana main!

Semuanya kerana mencari rezeki utk keluarga. Semoga dikira sebagai amal aku.

Aku keluar rumah pukul 10 pagi setelah membuat kerja di rumah sikit. Mula2 aku ke Hentian Duta menjemput staff aku yg aku suruh parking kereta kat situ (parking free maa). Ini staff aku yg biasanya kat opis. Yang seorg lagi baru saja meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan (dia kata dia kena santau - semoga dia cepat baik. Walaupun berat kami nak lepaskan dia tapi demi utk kebaikannya kami terima perletakan jawatannya.)

Dari Hentian Duta, kami ke opis klien di Mont Kiara menghantar invois. Tak banyak -cuma beberapa puluh ribu ringgit aje. Lebih separuh duit cagaran pelan yg kami dahulukan utk klien. Kalau semua ok 45 hari baru dpt bayaran. Maknanya lepas Raya Cina lah huhuhu. Nak berniaga kena ada modal.

Dari opis klien kami ke Subang Indah (depan Sunway Piramid) utk mengambil pelan2 utk projek stesen minyak di Ijok. Untuk mempercepatkan kelulusan kami terpaksa menghantar dan berbincang sendiri dgn jabatan2 yg berkaitan. Hari ini konsultan cuma sempat menyediakan pelan utk 5 jabatan saja tetapi di 5 tempat berbeza di Selangor! Jauh2 pula tu antara satu tempat dgn yg lain.

Dari opis konsultan kami ke Bali. Bukan pergi makan angin ke Bali, Indonesia tapi bangunan yg dipanggil Bali yg terletak berhampiran jambatan gantung LDP dekat Motorola tu. Di situ kami jumpa pengerusi sebuah surau utk rundingan terus pembinaan surau di tempat beliau. Ada beberapa perkara yg kena diselesaikan sebelum mereka boleh memberi projek itu utk sykt kami laksanakan. Niat aku nak buat amal dgn projek surau ini. Untung dari segi kewangan tak banyak takpe asalkan di Akhirat ada bahagian kami. Sebut harga yg aku beri minggu lepas jauh lebih murah dari yg diberi oleh beberapa kontraktor lain.

Di Bali itu juga kami berjumpa dgn 2 org jurutera dari konsultan yg lain. Kami bincang projek di Bukit Kemuning yg telah kami kemukakan kpd MBSA sebulan yg lepas.

Oh ya semasa di Bali itu rakan kongsi aku yg seorg lagi pun ada. Aku nak dia terlibat dlm perbincangan projek surau baru tu.

Dari Bali kami ke Shah Alam. Destinasi pertama pejabat Jabatan Alam Sekitar Selangor. Tujuan mengemukakan pelan utk projek di Ijok tu. Lepas tu kami ke bank kerana ada urusan. Penat juga aku dan staff aku tunggu rakan kongsi aku yg melencong ke pejabat lain. Ceit buang masa kami betullah mamat ni.

Dari Shah Alam, aku dan staff aku (rakan kongsi aku ke tempat lain) ke Kuala Selangor pula. Kami berhenti solat di Masjik Jamek Jeram. Aku tengok meter kereta dah lebih dua marhalah. Jadi kami pun solat jamak qasar. Masa kami berhenti solat tu waktu dah pukul 3 ptg. Kerja punya pasal solat sampai lambat. Tapi ada ustaz beritahu aku kalau solat jamak qasar ini elok dibuat di akhir waktu pertama.

Lepas solat kami meneruskan perjalanan ke pejabat Syabas Kuala Selangor. Kami masuk ikut pintu tepi sedangkan org lain menggunakan pintu depan. dan kena ambil pas Terus berjumpa dgn pegawai yg berkenaan. Lama juga kami bincang tentang mendapatkan bekalan air utk projek di Ijok itu. Aku harap tak kena buat 'pipe jacking' (iaitu menyambung paip dari seberang jalanraya yg kosnya agak mahal). Caranya aku nak sambung kepada paip yg baru dipasang oleh pemaju projek di sebelah stesen minyak itu.

Dari Kuala Selangor kami bergegas ke Balai Bomba Sg Buloh, Kepong. Aku hanya sempat menunjukkan tapak projek di Ijok kpd staff aku semasa kami lalu di Ijok. Tak sempat berhenti kerena takut pejabat Bomba tutup kalau kami lambat sampai. Aku kenal ketua balai bomba tu tapi tak naklah kacau dia hal2 kecil mcm ni. Masa kami sampai dah hampir pukul 5 ptg. Pegawai yg bertugas memproses permohonan bercuti pula hari ni. Tapi pegawai yg seorg lagi sanggup terima pelan kami. OK lah tu. Kami kena buat susulan kemudian.

Ada lagi dua pelan yg tak sempat kami nak hantar hari ni. Satu utk TNB di Rawang dan satu lagi utk telekom di Seri Gombak. Esoklah sambung.

Aku pun menghantar staff aku ke kereta dia yg di parking di Hentian Duta. Dari Sg Buloh hujan begitu lebat. Nasib baik masa sampai di Jalan Duta hujan dah mula reda.

Aku sampai rumah dekat pukul 6 ptg. Aku rasa begitu letih sehingga aku berbaring sebentar. Lepas aku mandi badan rasa segar sikit. Cukup utk aku gagahkan diri ke surau utk solat Maghrib. Balik dari surau aku tergolek di sofa. Isyak aku cuma mampu berjemaah di rumah. Lepas Isyak baru aku makan malam. Lepas makan aku telan panadol extend 2 biji.

Sekarang ni barulah aku tenaga sikit nak blogging. Wakaka

Ok lah aku nak tidur kejap lagi.

38 comments:

  1. Business man besar macam tulah...kan!

    ReplyDelete
  2. sibuk btol...moga YB terus murah rezki

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. KITA SERUPA.....lagu Zainal Abidin....opppss...tak - tak sama jantina...kita serupa dari segi kekalutan / kesibukan tuntutan keje....

    aku balik pukul 5 petang! dah 2 hari macam ni....sebulan ni macam ni lah...seme nak keje kena mesyuarat...seme sekolah macam ni lah ( agaknya ) - tapi cikgu lain - lain la...cuma aku ni "luar-biasa" sikit - tu yang tiap2 hari kena attend meeting / chair meeting!!!

    apa2 pun ade sepucuk warkah wasiat untuk ko...ngeh3x

    ReplyDelete
  5. ckLah,
    Jgn perut yg besar sudahlah. Saya baru nak belajar merangkak.

    ~O~,
    Kadang tu lagi sibuk. Sampai ke malam. Cuma hari ni tenaga kurang. Mungkin sbb tak makan nasi tengahari tadi huhuhu

    ReplyDelete
  6. sonata,
    betul tu. Kita serupa. Sibuk2 pun masih tetap blogging ngeh3x

    Awak guru yg berdedikasi. InsyaAllah ada ganjaran utk awak di sini dan di sana.

    ReplyDelete
  7. Kita baca apa yang awak huraikan ni pun dah terasa penat..salute u laa!!

    ReplyDelete
  8. Shifu,
    main mmg meletihkan. Kena pulak 2-3 round wakakaka

    hani,
    terima kasih kerana sudi baca huraian ini sehingga meletihkan awak.

    Ada seorg blogger minta saya tulis apa saya buat semalam. Itu yg saya buat n3 agak panjang ni.

    ReplyDelete
  9. YB letih bukan main sbb kerja..
    CP letih (tapi x le sampai tahap bukan main) nak habiskan baca entry, ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  10. Che'Pit,
    kalau tak citer secara detail nanti org tak faham kenapa boleh jadi letih bukan main.

    Maaflah pagi2 dah buat awak letih hehehe

    ReplyDelete
  11. Aderk !

    Tie pun letih gak ! Baca entry ni macam pergi buat kerja dengan YB pulak !! Err... tak nak belanja air ko ?

    ReplyDelete
  12. main main pun letih...inikan kerja.

    ReplyDelete
  13. kalau ke telekom seri gombak waktu tengahari singgahlah makan di gerai seri ayu yg terletak bersebelahan ngan petronas, ada berbelas jenis lauk,harganya pun berpatutan.

    ReplyDelete
  14. salam YB,
    selamat maju jaya dalam perniagaan dunia dan akhirat anda....semoga saya juga dapat turut jejak langkah anda....

    ReplyDelete
  15. Tie,
    Terima kasihlah 'menemankan' saya pergi merata2 tempat semalam walaupun di alam maya saja. Sekurang2nya boleh menambahkan semangat saya utk hari2 mendatang.

    No hal. Bila2 senang jomlah kita ngeteh.

    ONE ZABA,
    betul tu. Mungkin kita semakin dihambat usia huhuhu

    ReplyDelete
  16. juliet,
    Saya baru aje balik dari Telekom Sri Gombak. Tak sempat nak makan tghari kat gerai seri ayu sbb saya ada meeting dgn klien pukul 1:30 ni.

    psst - kawan kita yg sorang tu tak bagi tahu awak ke saya ajak awak berdua pergi minum tadi? Sampai hati dia huhuhu

    ReplyDelete
  17. hari2 sibuk macam ini ke ? letih sebab banyak kerja, tak apa ... sebab kalau tak ada kerja, lagi 'letih' .

    ReplyDelete
  18. haha takper, YB punya pasal. letih baca pun CP gagahkan juga, ngeh ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  19. kerja yang tak busy pun letih juga

    ReplyDelete
  20. AZANI,
    wsalam.

    Antara sebab saya berhenti dari kerja bergaji bulan yg agak lumayan kerana nak memajukan diri dan bangsa dlm bidang perniagaan. Cita2 saya satu hari nanti perusahaan saya mampu mengambil ramai pekerja dari kalangan org Islam terutama org Melayu. Ada ustaz bagi tahu kalau kita memberi org pekerjaan dan dia menggunakan gaji itu utk menampung keluarga, itu lebih besar pahalanya dari kita memberi sedekah. Sedekah berkala manakala gaji setiap bulan.

    ReplyDelete
  21. saya letih goyang kaki... Hahahahah :P :P

    Satu Selangor YB pusing ya? Heheheheh :D :D

    Ayah saya pernah dapat satu ayat sebab kasi quotation dengan margin yang rendah untuk projek kat satu sekolah bestari...

    "Amboi, nak masuk syurga cepat sangat ke harga rendah-rendah sangat ni?"

    Walaupun nada orang itu gurau, tapi cam tak petut lak cakap camtu kan? Huhu~~

    ReplyDelete
  22. hadoiyaiiii..Sally yg baca n3 ni pon kepenatan hehe..

    ReplyDelete
  23. "Nak berniaga kena ada modal." ~ camane nak dapat modal puluh puluh hibu ghitewww.. uhuhu

    ReplyDelete
  24. al-lavendari,
    jadual kerja saya tak tentu. Kadang lebih teruk dari itu dan ada hari saya agak rilek. Boleh main dgn anak (dan isteri) hehehe

    Ada ketika saya kena pergi outstation spt Pasir Gudang atau Kuantan balik hari aje (memandu seorg diri).

    Kalau time kira tender kerja sampai nak Subuh tu biasalah.

    Bukan senang nak senang. Niat kena betul.

    ReplyDelete
  25. Che'Pit buat saya terharu huhuhu

    (sungguh cakap ni)

    DAUN BIDARA,
    betul tu tapi mungkin kepuasannya kurang.

    ReplyDelete
  26. syah,
    awak kerja jadi tukang jahit ke goyang kaki ni? hehehe

    Nasib pusing satu Selangor aje. Kalau pusing satu Malaysia lagi parah. Dulu biasalah pusing satu negara. Skrg dah letih huhuhu

    Kalau niat ayah awak mmg nak bersedekah sambil melaksanakan projek tu apa salahnya. Kat syurga esok ayah awak boleh senyum balik kat org yg cakap mcm tu hehehe

    ReplyDelete
  27. tchersally,
    Kesian kawan2 yg ikut penat membaca. Lain kali saya cuba ringkaskan.

    Dalam penat2 semalam bila balik rumah nak juga main dgn anak2 terutama Adam. Cuma dgn emak Adam aje tak larat nak main smlm muahahaha

    Gaji en_me kan agak besar. Kumpullah sikit2 buat modal. Lebih 20 tahun saya kumpul. Itu pun kira tak berapa nak cukup lagi kalau nak buat bisnes yg besar huhuhu

    ReplyDelete
  28. Memang sibuk. Kami yang baca ni pun rasa penat...
    tapi rasa aje la wakakaka :D

    ReplyDelete
  29. Akmal,
    Org kerja sendiri ni bukan kesibukan yg menjadi ukuran tetapi keberhasilannya. Setakat sibuk ke sana sini kalau takde hasil tak guna jugak huhuhu

    Kira penat ajelah. Kesian rakan2 blogger yg turut penat kerana membaca kisah2 begini ngeh3x

    ReplyDelete
  30. harap2 anak2 YB turut membaca entry kali ni. harap2 mereka faham dan appreciate pengorbanan YB dan isteri demi anak2 dan keluarga

    ReplyDelete
  31. Salam YB.....

    Ko main ape sampai penat sgt nihhhh??? (aku saje je buat tak faham......konon2 la). Muahahaha...


    All the best, YB.

    ReplyDelete
  32. kenari,
    Kadang2 mereka baca n3 saya dan kadang2 tidak. Tak kisahlah. Tapi mereka tahu mcmana susahnya ayah mereka nak cari rezeki. Susah2 skrg kerja saya di atas darat. Dulu masa mula2 kerja, ada masanya saya kena kerja di laut berhari2.

    Zyma,
    wsalam.

    Semalam aku main kejar2. Itu yg letih giler tu ngeh3x

    all the best to you too.

    ReplyDelete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. YB....

    Ko kejar mak Adam ke atau mak Adam kejar ko?? Hahahahaha......
    (larikkkkkkk....nanti YB lastik kepala aku dgn batu).


    ;)

    ReplyDelete
  35. Zyma,
    kami sama2 kejar mengejar hehehe

    ReplyDelete
  36. er.... last2 telan ubat juga........


    lenkali makan ler tongkat ali banyak2 huhuhu

    pasti yang Ori........... huhuhuhu

    ReplyDelete
  37. NL,
    aku telan panadol extend sbb aku rasa lutut aku lengoh2. Kalau aku makan tongkat ali spt yg ko sarankan mahu tercabut terus lutut aku tu wakakaka

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails