Thursday, January 14, 2010

Elok Orang Jauh Atau Orang Dekat?

Jiran setaman tempat aku tinggal ni nak buat majlis pernikahan anak mereka esok. Akad nikah akan diadakan di surau kami pukul 5 ptg esok.

Pengantin lelaki dari Sg Petani, Kedah. Anak kpd rakan ibubapa pengantin perempuan.

Kalau nak kahwin ni korang rasa mana elok?

1) cari org jauh atau org dekat?
2) cari sendiri atau keluarga carikan?

Bukan niat aku nak tambah cawangan tapi saja nak tahu apa pendapat kalian.

57 comments:

  1. Salam YB


    biasanya , kalau nak jauh, dpt yg dekat.
    nak yg dekat , dpt yang jauh .

    tak penting semua tu , asalkan bahagiaaaa

    ReplyDelete
  2. No satu ..


    Dah lama tak dpt no satu nie

    ReplyDelete
  3. pB,
    wsalam.

    Macam tulah selalunya. Dan org kata, yg kita tak nak tulah yg akhirnya pasangan hidup kita hehehe

    Tapi kalau dapat yg kita idamkan itu yg seronok.

    ReplyDelete
  4. pB lagi,
    tahniah! Baru balik dari lunch ke?

    Saya nak ke Shah Alam kejap lagi. Lepas tu terus ke Klang dan Port Klang. Tak sempatlah nak singgah hehehe

    ReplyDelete
  5. Masa aku bujang dulu aku tak kenal org TI adeh deh deh

    ReplyDelete
  6. salam YB...
    ni bkn pendapat @ pandangan , saja gatai tangan nk tulis ja...

    pengalaman ummi org Kedah kawin org Johor ...
    ada best ada tak best nya...
    kalu raya @ cuti , mak aiii utara selatan kena terjah ..
    kalu berlaku musibah nk balik segera , tu dia poning gak .

    tp yg best dpt jalan jauh2 , dpt tengok tempat @ negeri org .
    tambah2 kalu adik beradik ramai bersepah negeri ada , kita gi cari ( lawat depa ) oi syoknya jalan .

    yg kena ada tol n air yg nk tuang dlm tangki tu aja la ( poning gak kalu hujung bulan)

    apa2 pun bagi ummi jauh ke dekat ke sama ajer , yg penting kesefahaman , jgn bertengkar giliran balik raya umah sapa .

    ReplyDelete
  7. Salam En Yunus,
    1st time datang sini. Tertarik ngan entry kali ini. Kalau mak sy dia memang suruh we all cari org jauh, katanya ada alasan dia nk berjalan jauh. Sy org Selangor suami org Johor. Lain org lain pandangan. Tapi tu lah mak saya....Bab nk balik raya bg saya tak pernah ada masalah. Ikut giliran

    ReplyDelete
  8. orang jauh pilihan aku...pasalnya boleh tahu adat resam rasmi org lain..contohnya terengganu dengan melaka...hahaha...pilihan pulak..biar pilih sendiri..kalau ada hal kemudian hari takan salahkan sesapa...

    ReplyDelete
  9. dalam konteks ko ni,aku nasihatkan cari yg jauh la,takut kalu dekat kantoi ngan mak adam plak.hik3..

    ReplyDelete
  10. selalunya tak dapat apa yang kita nak, apapun jauh dekat ada lebih kurangnya, sana lebih sini kurang,sana kurang sini lebih

    ReplyDelete
  11. 1. aku da terlekat ngan org jauuh...oh jodoh bukan kita tau


    2. ku cari sendiri...

    moga kekal jodoh kami...

    ReplyDelete
  12. Ha ha... awal2 lagi dah cakap tak de niat nak bukak cawangan!!

    1) Err... jodoh Tie dengan orang jauh, Johor & Kelantan.
    Ada buruk dan ada baiknya. Buruknya time nak meminang, nak langsungkan nikah dan kenduri.. lecehlah sikit sebab jauh. Tapi time raya senang je. Dapat raya puas2 sebab tak payah gopoh2 nak balik rumah satu lagi. Bergilirlah untuk tahun berikutnya, hehe..

    2) Tie tak cari, keluarga pun tak carikan... abang yang cop Tie dulu, ekekeke..........

    ReplyDelete
  13. 1. org dekat.. senang nak balik raya.. kalau gaduh, senang dia nak balik sdiri ke rumah mak bapak dia

    2. sendiri.. tapi sampai umur 35, tak dak gak, hmm suh lah mak cari kan..

    ReplyDelete
  14. yg dekat atau jauh tak penting, asalkan saling memahami & menghormati. saya suka org keramat kalau buleh,ehehehehehe.

    ReplyDelete
  15. kawen org jauh laa... ada alasan nak jalan2

    emmm... dah ada berapa penutup entry dgn'Bukan niat aku nak'... macam ada niattttt je

    ReplyDelete
  16. maksu punya taste masa masih bujang dulu... mesti nak cari sendiri, parents jangan campo tangan (ego ek). mesti nak orang jauh, jiran or orang sekampung or sedaerah tak nak (nak merasa pegi ke negeri lain plaks).

    ReplyDelete
  17. jauh dkt tk kisah sgt..janji memahami dan menghormati smpai ke mati...

    ReplyDelete
  18. jauh @ dekat bukan masalah...
    dulu2 ye la...seme nak dekat2 punya ( kalau boleh la...) - tapi sekarang apa kisah? yang penting hati mau baik beee....aku nye dekat je....sentiasa dekat dihati...ngeh3x

    ReplyDelete
  19. ummi,
    wsalam.

    Takpelah org Kedah dpt org Johor. Sekurang2nya untung PLUS dan sykt minyak ngeh3x

    Betul tu. Yg penting persefahaman. Buat apa nak gaduh2 bila nak balik raya. Tengok macam saya ni. Tiap2 tahun raya dulu kat rumah sendiri. Lepas tu baru balik kampung emak Adam ngeee

    ReplyDelete
  20. ONE ZABA,
    mcm tv9 pulak.

    Aidah,
    wsalam.

    Terima kasih kerana sudi menjengah ke sini dan meninggalkan komen. Saya dah link blog awak.

    Emak awak mesti jenis yg suka berjalan dan melancong. Besannya serata Malaysia lah ya.
    Selangor dan Johor cuma beberapa jam aje skrg. Jadi tak jadi masalahkan? Saya pernah pergi Pasir Gudang dari KL balik hari naik kereta.

    Tolak ansur dan timbang rasa antara pasangan sgt penting demi keharmonian terutama masa hari raya.

    ReplyDelete
  21. suhaila,
    alang2 ko nak yg jauh nape tak pilih org Sabah atau Sarawak? hehehe

    Adat resam dan loghat mereka mmg berbeza dgn kita di Semenanjung ni. Staff saya org Perlis dpt suami org Sarawak.

    Aku doakan ko dapat membuat pilihan yg tepat.

    ReplyDelete
  22. Penyuk,
    Terengganu atau Kedah cukup jauh tak ko rasa? Kalau ok bolehlah aku mintak ko dan wife ko jadi agen aku wakaka

    ReplyDelete
  23. Daun Bidara,
    betul jugak tu. Kadang yg kita nak tu tak dapat. Yg kita tak sangka pulak yg sangkut.

    Nasib baik aku dapat yg aku nak hehehe. Maka keluarlah Adam dan abg2 serta kakak2nya muahaha

    ReplyDelete
  24. ~O~,
    1. kalau hati ko dah berkenan apa ada pada jarak

    2. pandai ko cari ya? Semoga DIA yg terbaik buat ko.

    Ya semoga kekal jodoh korang. Tapi bila nak kawen? hehehe

    ReplyDelete
  25. Tie,
    mana pulak awal2? Itu ayat penutup hehehe

    1) dapat kat mana tu org jauh? Masa tu takde yg dekat ke?
    Susah masa meminang dan majlis nikah tu dah berlalu. Skrg enjoylah hasilnya.
    Jadi awak raya sebelah pihak aje setiap tahun? Raya kan sebulan?

    2)tabik springlah kat abang awak tu. Cepat dia cop awak.

    ReplyDelete
  26. tak kesahlah jauh ke dekat asalkan bahagia. kalau dapat yang dekat pun asek duduk celah ketiak mak je, hmmm... risau gak aku..

    ReplyDelete
  27. Che'Pit,
    1. dekat tu kat Balakong atau kat Johor? Kalau Johor nak yg sekampunglah ya. Susah cari aje org sebelah rumah hehehe

    2. org glamer dan femes amos mcm CP ni ramai yg berminat. Apa kata CP buat satu n3. Mesti berderet menawarkan diri. Kemudian bolehlah buat pilihan ngeh3x. Kalau nak mintak saya tolong dlm proses interview tu no problem muahaha

    35 dah lambat sgt tu.

    ReplyDelete
  28. juliet,
    kalau dpt yg jauh susah jugak kalau nak balik masa raya atau ada kenduri kendara.
    Agak2 org Keramat tu yg umur berapa? Aku pun org Keramat jugak ecece.

    ReplyDelete
  29. Shifu,
    setakat nak pergi jalan2 dgn org dekat pun boleh hehehe

    Aku kena ulang2 ayat tu utk menguatkan semangat ngeh3x

    psst - ko ada niat mcm tu ke? hikks

    ReplyDelete
  30. Mak Su,
    Boleh tahan taste maksu masa muda dulu.
    Dapat tak seperti yg diidamkan tu?

    JMR,
    masaalah yg selalu dihadapi oleh ramai org ialah kita hanya tahu warna sebenar seseorg itu setelah kita bernikah dgnnya. Masa bercinta semuanya elok belaka.

    Semoga awak mendapat pasangan yg memahami dan menghormati awak sehingga ke mati.

    ReplyDelete
  31. sonata,
    kalau masih dlm Malaysia mungkin takde masalah. Tapi kalau dah sampai keluar negara mungkin tak banyak sikit ada juga cabarannya.

    Anak sepupu aku yg kawin beberpa bulan lepas dapat org Turki. Amacam kalau anak ko pun dapat org jauh mcm tu? Ada berani? hehehe

    ReplyDelete
  32. kakpah,,
    semua org berkawen nak mencari bahagia. Jarak bukan penentu kerana kebanyakan org dah ada kenderaan sendiri skrg. (yg hilang tu kena ganti cepat kakpah) hehehe

    Lebuhraya pun dah bagus. Cuma sediakan ajelah duit tol nya.

    ReplyDelete
  33. YB.....

    Jauh atau dekat, yg penting ada toleransi.

    ;)

    ReplyDelete
  34. Zyma Da'Catwoman,
    ewah dah jadi wanita kucing pulak hehehe

    Kalau ada tolenransi insyaAllah boleh bertahan. Cuma takut lama2 sikap tu semakin luntur huhuhu

    ReplyDelete
  35. dah ader calonn blom abang yb tewww.. ammvoiiii

    ReplyDelete
  36. en_me,
    calan apa pulak ni? Jgnlah buat spekulasi hehehe

    ReplyDelete
  37. ermmmmmm...................

    kalau dr segi science elok yg jauh..from different genetic pool..

    ermmmmm...............

    ahhhh..asalkan bahagia aman makmurrrrrr..

    ReplyDelete
  38. dua-dua pun ada pro & kontranya...

    kakak saya kawen dengan orang dari kampung sebelah... ada pro, ada juga kontranya...

    saya kawen dengan orang Baling... pro dan kontra? pun banyak juga...

    apepun, semua terpulang kat diri sendiri laa... :D :D

    ReplyDelete
  39. Jodoh pertemuan di tgn tuhan. ini hanyalah pndpt sekupang saya ek:


    1) cari org jauh atau org dekat?
    bior org jauh. jumpe sekali sekala sentiasa berbau wangi

    2) cari sendiri atau keluarga carikan?
    lebih baik cari sendiri. apa2 terjadi selepas itu..juga tanggung sendiri :0

    ReplyDelete
  40. janji yang bermata biru huhuhu.....

    ReplyDelete
  41. klu dpt org jauh n cari sendiri, best gak. saje nk tgk tmpt org hehehe

    ReplyDelete
  42. tchersally,
    betul tu. Jauh2 sikit mcm org Perak kawen dgn org Johor. Tapi kalau nak elok lagi dari segi genetik, jgnlah Jawa kawen Jawa. Kalau boleh Jawa kawenlah dgn Melayu atau Banjar ke hehehe

    ReplyDelete
  43. syah,
    yg penting pro kena lebih dari kontra. Kalau banyak sgt kontra susah jugak.

    Tapi kalau hati dah suka mungkin itu tak dipandang lagi.

    ReplyDelete
  44. Rozita,
    Betul jodoh pertemuan di tangan Tuhan tapi kita kena berusaha mencari yg terbaik. Mcm awak dulu hehehe

    1) kalau jumpa tu bawa buah tangan sekali. Bertambahlah wanginya ngeee

    2)ada betulnya tu tapi kalau keluarga carikan mereka mungkin nampak perkara yg kita mungkin tak nampak pada bakal suami/isteri kita tu. Kita mungkin dah dikaburi oleh cinta. Bukankah cinta itu buta? hehehe

    ReplyDelete
  45. NL,
    apa susah? pakai aje kanta lekap yg warna biru

    Masy,
    kalau nak yg jauh apa kata ko suruh Jard carikan org Sabah? ngeh3x

    Tapi bila aku fikir2kan balik, Jard pun masih mencari jugak. Aku takut kalau ada yg bagus nanti dia pulak yg sapu dulu wakaka

    (harap Jard tak baca komen aku ni)

    ReplyDelete
  46. saya tak kisah, dua2 pun boleh. orang jauh boleh, orang dekat pun boleh. cari sendiri pun boleh, isteri tolong carikan pun boleh.

    tapi ustaz saya cakap haram kawin orang setaman. betul ke ?

    ReplyDelete
  47. al-lavendari,
    wah abg....

    betulke isteri nak tolong carikan? Atau cuma harapan tak kesampaian wakaka

    tak pernah pulak dengar haram kawin org setaman. Kalau dulu ada org kawan sebab jumpa di Kembang Setaman hehehe

    ReplyDelete
  48. kita cuma dibolehkan kawin sampai empat sahaja. kalau satu taman, ramai sangat tu ! macam kat LH ni mungkin ada beratus-ratus perempuan. mana boleh kawin semuanya !

    ReplyDelete
  49. al-lavendari,
    wakaka. Lawak giler lah abg.

    mcm tu kawin satu kampung pun tak bolehlah ya. Yg kesian lagi kalau kawen satu negeri. hehehe

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  52. ckLah,
    tak baik bersangka buruk kat kami.

    Kalau awak nak campur pun tak salah. Silalah.

    ReplyDelete
  53. ckLah lagi,
    kalau on duty boleh baca blog ke?

    Apa2pun selamat menjaga taman dgn baik. Saya pun baru balik dari surau kerana ada jiran buat persiapan kerja kawen anak dia esok.

    ReplyDelete
  54. Jard,
    jadi ko nak cari org jauh ke org dekat? hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails