Wednesday, January 27, 2010

ek alah - kisah chow kit

Pagi semalam dalam pukul 10 pagi aku menghantar emak Adam ke Chow Kit utk cari barang dapur. Time kerja tu tapi org yg kerja sendiri macam aku ni mana ada time kerja. Company aku ikut suka hati akulah cuma sendiri mau ingatlah.

Sampai kawasan Chow Kit aku nampak ada parking kosong depan kedai mamak yg sebelah tujuh sebelas tu. Aku bagi tahu emak Adam parking kat situ ajelah sebab kalau nak cari yg dekat belum tentu ada. Lagipun yg akan mengangkat barang2 dari pasar ke kereta nanti tu aku. Lagi jauh lagi banyak exercise (konon2nya lah).

Sementara aku pergi bayar parking dan peraga tiket parking tu dalam kereta, emak Adam dah ke pasar. Tapi aku tahu gerai mana dia tuju dulu. Dah bertahun2 aku dah hafal routine dia. Dia beli ikan, tauge, tauhu dan bawang serta beberapa barang lain. Aku pun hantar pergi kereta - trip pertama.

Trip kedua emak Adam beli santan, kelapa parut, cili bo dan sayur. Aku hantar ke kereta lagi. Tapi ini bukan kisah Chow Kit yg aku nak ceritakan tu. Ini kira mukadimah saja kuang3x. Kisahnya seperti berikut:

Kisah 1
Dalam perjalanan ke kereta pada trip kedua tu, aku terlihat dua org lelaki Melayu berpakaian kemas dan segak. Salah seorg tu siap pakai jaket hitam. Entah kenapa aku terus teringat al-lavendari pula bila melihat lelaki itu. Mereka berdua rancak berbincang sambil berjalan menuju ke satu arah yg aku pun tak tahu. Aku cuma mengikut dari belakang. Dari cara mereka cakap macam sedang berbincang masalah negara. Mereka terus berjalan dan aku terus mengekori mereka kerana kereta aku masih jauh. Sampai di simpang dekat BSN tu mereka melintas jalan dgn selambanya sehingga kereta pun terpaksa berhenti memberi mereka laluan. Mungkin drebar kereta itu ingat ini mesti pegawai kanan kerajaan. Jadi kenalah hormat.

Lepas dari simpang tu, mereka masih rancak berbincang sambil menghayun langkah dgn segaknya. Tak jauh lepas tu, mereka corner. Tahu ke mana mereka pergi?

Kedai mamak tempat aku parking tu. Laaa nak minum pagi rupanya.

Ini dia kedai tu

Kisah 2
Pada trip ketiga, aku terlihat ada satu parking kosong depan City Villa Hotel. Aku berkira2 nak pindahkan kereta aku ke situ lepas aku masukkan barang dlm kereta kerana dekat sikit nanti bila emak Adam nak masuk kereta. (Ini kes sayangkan isterilah hehehe)

Belum sempat aku sampai kat kereta ada seorg perempuan (ya pompuan!) menunggang motorsikal dgn selambanya meletakkan motorsikal dia kat parking tu. Cis, ini parking utk kereta cik adik. Dahlah awak tak bayar parking janganlah pulak ambil parking yg dikhaskan utk kereta.

Terbantutlah niat murni aku tu.

Setelah meletakkan barang trip ketiga itu dalam kereta, aku pun ke pasar lagi utk trip keempat. Masa lalu di tempat tadi aku lihat ada sebuah kereta mau parking di situ. Mungkin drebar tu kata dalam hati bagus punya port kenapa takde kereta parking kat sini. Tapi elok dia nak masuk dia nampak motor tu. potong stim betul Mesti dia bengang. Dia turun dan alihkan motor tu. Handle motor tu dikunci pula. Kesian aku tengok brother ini nak tolak motor tu ke tepi supaya muat kereta dia nak parking. Aku nampak ada seorg perempuan dalam kereta dia. Mungkin isterinya. Duduk aje dalam kereta di saat suami terkial2 mengalihkan motor.

"Rasa dah muatlah kereta aku ni. Kalau tak boleh juga, aku campak aje motor ni nanti dalam Sg Klang"

55 comments:

  1. dulu daun selalu patahkan plate nombor motor yang gangguan macam ni tapi sekarang dah insaf

    ReplyDelete
  2. saya memang benci orang naik motor tapi ambil parking kereta, dan likewise... pegila parking kat designated parking lot, apsal mahu susahkan orang untuk kesenangan diri sendiri?? Tatau ka bila orang caci maki tu suma buleh jadi doa??

    Hishhh... Kan dah emo pagi-pagi... YB laa ni punya pasal... Hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  3. Daun Bidara,
    wah brutal betul awak ni dulu ya. Tapi mmg geram kalau org parking motor merata2 ni. Kadang2 tu terutama kat pasar malam, mereka letak motor belakang kereta sehingga tak boleh nak keluar grrrrrrr

    ReplyDelete
  4. syah,
    sabar2. jgn emo pagi2 ni nanti stress.

    Saya rasa kalau susah2 awak langgar aje pakai JET awak tu hehehe

    ReplyDelete
  5. zino,
    bolehlah zino rekomenkan mana2 sykt suratkhabar yg nak pakai pemberita sambilan hehehe

    ReplyDelete
  6. Ooooh kisah Parking rupanya, sabau je lah..itulah uniks nya chow kit kan, kemarin saya kat hotel grand season sempat juga jengok2 kat chow kit..

    ReplyDelete
  7. 1. awak memang suami mithali .. susah nak cari kecuali ada seorang kat Lavender Heights.

    2. saya dah guna nama sebenar sekarang .. nak ikut contoh yang baik seperti Yunus Badawi .. betul itu nama awak ikut i.c kan ?

    ReplyDelete
  8. HABIHA69,
    ada 2 kisah tu. Tapi ramai yg nak komen ttg parking tu sbb selalu merasainya agaknya.

    Tak jumpa pun semalam kat Chow Kit tu huhuhu

    ReplyDelete
  9. mmg tensen klu empunya moto tak sedar diri cam besar nak parking tpt kete.... huhu..

    ReplyDelete
  10. mmg tensen klu empunya moto tak sedar diri cam besar nak parking tpt kete.... huhu..

    ReplyDelete
  11. hamzah@al-lavendari,
    1. belum cukup bukti utk mendakwa yg di LH tu juga seorg suami mithali ngeh3x (jgn marah bang)

    2. eloklah tu guna nama sebenar. Berani kerana benar. Tapi nama tak lengkap. Mcm tak cukup berani aje hehehe

    Nama saya mcm dlm IC dan pasport. Saya tanya En Google hari tu dia kata dah 96,000 org tanya tentang nama saya. Ini yg buat mula nak perasan ngeeee

    ReplyDelete
  12. aku pernah makan roti tisu kat restoran tu.....

    tapi bukan aku la yg ko nampak tu.

    ReplyDelete
  13. ~mrs azmi~,
    itulah. Kebencian org jgnlah dibuat. Barulah hidup aman sentosa hehehe

    ONE ZABA,
    ko tak bagi tahu mamak kedai tu yg ko ni kawan aku. Kalau tak mesti dapat diskaun hehehe

    ReplyDelete
  14. bravo kat abang yg alih motor tu.. keh keh keh..

    waaahh syok btul ye Paman, dapat pi chow kit waktu orang lain bekerja.. saya selalu dapat pi hujung minggu je.. tapi orang macam Paman ni, selalunya bila hari orang tak bekerja, Paman kena kerja kan?

    ReplyDelete
  15. sekali pegi pasar bertrip2, tak jadilah nak ikut mak adam kalo camnih,ekekekeekke.

    ReplyDelete
  16. awak belum baca entri saya yang terbaru rupanya..!

    ReplyDelete
  17. YB...knp pegi pasar di tengah2 minggu? bukan ke selalu pegi dating dgn emak adam pd hujung minggu? (busy body la pulak)

    sy pun gerrrraaaammm kalau pemilik motor masuk parking utk kereta. motor tu tak bersalah kan :)

    ReplyDelete
  18. jgnlah marah pada pemilik motor dan juga motor...

    lagipun KL kan dah tak cukup tanah hehehehehe....

    ReplyDelete
  19. hehee. ko beli je smart for 2 tu bang. senang nyelit tepi longkang

    ReplyDelete
  20. ye lah.. geram pd org yg ske parking motor kat tempat letak kereta.. dapat2 waktu sesak

    ReplyDelete
  21. last pergi chow kit pertengahan tahun lepas. terasa mcm berada kat Jakarta saje :P

    ReplyDelete
  22. kekadang ada gak kete parking kat ruang motor.err..aku selalu buat camtu kat depan maybank kat umah aku.hehe..

    ReplyDelete
  23. mcm2 kisah kalo g chow kit..dari dulu smpai la nih, chow kit mmg tmpt terbaek nak cari brg dpor..murah lol...

    ReplyDelete
  24. Owh, tak bleh... Tapi kalu naik kete YB bulehla saya tolong langgarkan... Mueheheheheh :P :P :P

    ReplyDelete
  25. Salam en Yunus..Jangan campak motor tu kat Sg Kelang tapi campak aje kat Sg Pahang hehe!

    ReplyDelete
  26. sbb tu aku jrg sgt pergi chow kit.... setahun sekali pun nak jejak... susah sgt nak cr parking... klu ada pun, kena menapak jauh.... penat2 kumpul lemak, terbakarlah lemak2 aku nanti... wat penat je kumpul...

    hihihihi

    ReplyDelete
  27. wkn 7655 nombor motor kapcai itu,

    salamm,

    ReplyDelete
  28. tumpang lalu ye, tkde mood la arini YB... aku rasa mcm nk demam je! huhu...

    ReplyDelete
  29. S-a-B-r-I-n-A,
    abg tu terpaksa alihkan motor tu sbb kalau tak kereta dia tak muat. Itupun seksa dia nak buka pintu.

    kalau kat rumah dgn emak Adam kadang lagi syok ngeh3x. Org lain kerja kita buat kerja lain wakaka

    Org kerja waktu pejabat mcm Sabrina mmglah kena tunggu hujung minggu utk shopping atau beli barang dapur.

    Tapi bila ada kerja mmg paman kena kerja tak tentu masa huhuhu

    ReplyDelete
  30. juliet,
    kalau ko dah tinggal sama nanti kenalah pergi pasar sekali muahaha

    hamzah@al-lavendari,
    masa saya pergi blog abg pagi ni masih kisah bilangan pelancong 2.3 juta yg ke NS tu. Dua kali saya masuk pagi tadi kisah yg sama jugak huhuhu.

    Pengikut blog abg dah ramai ni kena update awal pagi abg hehehe

    ReplyDelete
  31. kenari,
    ikan bilis utk makanan Adam dah nak habis. Tk sempat sampai hujung minggu. Tapi dah pergi pasar tu, macam2 yg lain pun turut dibeli ngeh3x
    Hujung minggu ni kami nak pergi makan angin hehehe

    Mmg geram terutama bila kita dah pusing2 cari parking utk kereta tapi takde yg kosong. Bila ada, disapu oleh motor pulak.

    ReplyDelete
  32. NL,
    nak marah pun tak boleh sbb lepas letak motor terus dia cabut huhuhu

    Tijah,
    kalau barang yg dibeli sampai 4 trip, nak sumbat kat mana kalau pakai Smart for 2 tu?

    psst - aku tunggu motor SSP aku naik hujung minggu ni. Untung2 dapat BMW sebijik hehehe

    ReplyDelete
  33. sI tEDI,
    selalu yg buat mcm tu penunggang motor lelaki tapi semalam budak pompuan. 2x5 jugak rupanya huhuhu

    Rozita,
    kalau ko pergi masa nak raya lagilah terasa mcm kat Jakarta. Silap2 jual beli pakai rupiah ngeee

    Penyuk,
    laa kereta ko tu? Nasib aku tak suruh polis saman aje. Sarjan Selamat (Ketua Balai) tu kawan aku hehehe

    ReplyDelete
  34. JMR,
    ko pun ke chow kit jugak ke utk cari barang dapur? Boleh lah kita jumpa lain kali. Kita pekena roti canai kat kedai mamak tu hehehe

    syah,
    kalau awak nak tolong langgarkan motor tu nanti saya pinjam jengkaut CASE dari kawan saya. Kalau pakai CASE jgn setakat langgar. Awak hempok sekali motor tu biar penyek ngeh3x

    ReplyDelete
  35. relevan,
    wah jauh tu nak angkut sampai Sg Pahang. Tapi takpe. Hujung minggu ni saya nak ke sana. Kalau dia parking motor dia kat situ lagi, siap dia hehehe

    ReplyDelete
  36. kts,
    apa susah pasal parking? Ko park lah kat hotel mcm aku ajar hari tu. Cuma aku tak nak pergi dgn ko ke Chow Kit tu kalau ko parking kat hotel sbb bila kita keluar dari hotel aku takut org ingat lain pulak ahaks.

    Betulke ko nak kumpulkan lemak? 2 minggu lepas sibuk ko nak kuruskan badan lagi sampai tak makan nasi.

    Esok aku belanja ko makan donut. Tapi ko kena pergi sendiri sebab aku malas nak ke opis ko time Thaipusam ni. Aku tunggu kat kedai donut tu pukul 1 esok. Kalau juliet nak ikut ajak dia sekali.

    ReplyDelete
  37. tunbegia,
    salam kenal.

    Rajin awak besarkan gambar utk tengok no motor tu. Nasib awak tak besarkan gambar yg satu lagi utk tengok no kereta saya hehehe

    Teja,
    ko nak demam sbb banyak kerja atau sbb ko krisis dgn buah hati ko tu?
    Ko nak aku call dia kalau itu boleh tolong selesaikan kemelut kalian berdua?

    ReplyDelete
  38. salam perkenalan dari kawie...:)

    terima kasih kerana singgah di blog kawie tuh... hehhehehehhe...

    skrg ni zaman dimana manusia sibuk fikirkan tentang diri sendiri tanpa melihat kepentingan awam kan...

    Ramai juga yang mahu berubah tetapi kadang kadang kita juga selalu bertindak seperti itu... hehehhehehe... (merujuk diri kawie...hehehehhhehe)

    ReplyDelete
  39. kawie2020,
    salam perkenalan dan semoga berpanjangan dan bertambah intim oops rapat.

    awak ada blog yg menarik dgn ramai pengikut.Tahniah!

    Makin maju sepatutnya manusia semakin bertamadun tetapi sayang ramai yg semakin kurang beradap. Ramai yg cuma mementingkan diri sendiri.

    Niat yg baik satu permulaan kearah yg lebih baik. Kenalah diikuti dgn usaha bersungguh2.

    ReplyDelete
  40. macih je la YB, nnt aku kol dia sndiri... tu pun klu dia nk jawab... huhu!

    ReplyDelete
  41. Jgn lah terlalu memuji... blog kawie biasa2 sahaja...

    apa2 pun pencapaian kita, kawie masih lagi seorang hamba allah yg x lekang dari salah dan silap...

    ReplyDelete
  42. kisah 1: politician x dikenali kot

    kisah 2: anak politician tu memang boleh parking kat mana2

    kisa 3: anak buah politician terpaksa ler sebab tu kan anak politician punya moto

    ni semua salah polician ler

    ReplyDelete
  43. Teja,
    nape ko tak nak kasi aku call dia? Ko takut kami gaduh ke? Jgn risau. This will be man-to-man talk ecece.

    Aku rasa dia tak akan jawab panggilan ko sbb hati dia masih marah.

    Last offer - ko nak tak aku call dia?

    ReplyDelete
  44. kawie,
    bukan mahu memuji berlebih2an tapi itulah kenyataannya. Teruskan berblog.

    Selagi kita sedar kita tak lekang dari melakukan salah dan silap, insyaAllah kita tak akan tergelincir jauh dari landasan.

    ReplyDelete
  45. kapten,
    wah cekap ko membuat kesimpulan. Tapi I beg to differ.

    Kisah 1: mcm org gomen aje. Tapi mungkin bercita2 nak jadi politician hehehe

    Kisah 2: lupa pulak nak tanya awek tu samada dia anak ahli politik.

    Kisah 3: eh ada ke kisah 3?

    apa2 yg tak betul kita salahkan ahli politik? Kalau mereka baca blog saya nanti kena gam pulak kalau cakap mcm tu ngeh3x

    ReplyDelete
  46. haaaa tak sempat nak marah dia dah cabut....


    errr minah rempit kot huhuhu.... ganas tuuu.............



    *nak menyibuk sikit...
    si teja tu belum habis lagi ker drama dia hehehe panas cam kisah cinta artis hmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  47. ko kol aku je le... esok pg² ye, huhu...

    NL, ko tanye YB watpe? klu berani tanye aku la... hehe

    ReplyDelete
  48. minta laluan YB...

    opsss.... tuan punya badan ada akt sini rupanya hehehe


    err. ok aku tanya ko pulak....

    pakwe baru ada sihat kaaa hehehee
    nape dia merajuk... errr....


    yer ke merajuk....... kalau burung dah terbang...



    bermakna sarang kekosongan lah yer...



    esok lusa dah malam jumaat............ melepas ler huhuhu...

    ReplyDelete
  49. NL,
    ada ciri2 minah rempit budak pompuan tu. Ko pun biasa merempit ke?

    kisah cinta teja mmg makin panas sampai demam2 dia. Demam panaslah tu sepanas kisah cintanya wakakaka

    ReplyDelete
  50. Teja,
    ok kejap lagi aku kol ko. Line clear ke pagi2 ni? hehehe

    NL lagi,
    kalau kat blog kts nak minta laluan ke bayar tol.

    Teja mcm tahu aje ko ada kat sini mlm tadi. Aku biarkan teja jawab pertanyaan ko tu.

    ReplyDelete
  51. terima kasih...

    tapi kenapa????????

    ReplyDelete
  52. kts,
    sama2 kasih.

    smlm kan ko mintak aku bayar bila aku tumpang lalu kat blog ko. Biarlah aku settle skrg dari ko tuntut di akhirat huhuhu

    ReplyDelete
  53. NL tu aku dh remote control... aku tau je prgerakan dia, ekeke...

    leklok tido mlm tu NL, trsingkap abeh...

    ReplyDelete
  54. Teja,
    mcmana ko boleh pasang remote control kat NL tu? Kira tererlah ko ni.

    Ko skodeng NL tidur ke? Dah lama buat kerja ni hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails