Masa aku balik dari Giant petang tadi, aku dapati ada se tupperware (tipuware kot) bubur sumsum di atas meja makan di dapur. Aku tak sempat bertanya dgn emak Adam sebab dia sedang bercakap dalam telefon. Kakak dia memberitahu emak saudara mereka (adik kpd ibu mertuaku) meninggal dunia kerana kemalangan jalanraya. Baru saja berlaku dan informasi pun masih sketchy. InsyaAllah kami akan balik kampung esok pagi.
Berbalik kpd bubur sumsum tu, aku agak mesti dari keluarga pengantin yg semalam tu. Ibu pengantin perempuan org Jawa dan sudah menjadi adat org Jawa utk membuatkan bubur sumsum dan diberikan kpd org2 yg menolong pada majlis semalam. Tujuannya utk mengembalikan kekuatan setelah penat bekerja.
Bila aku tanya emak Adam mmg betul dari emak pengantin perempuan.
Berbalik kpd bubur sumsum tu, aku agak mesti dari keluarga pengantin yg semalam tu. Ibu pengantin perempuan org Jawa dan sudah menjadi adat org Jawa utk membuatkan bubur sumsum dan diberikan kpd org2 yg menolong pada majlis semalam. Tujuannya utk mengembalikan kekuatan setelah penat bekerja.
Bila aku tanya emak Adam mmg betul dari emak pengantin perempuan.
Bagi yg tak pernah tengok bubur tu ini ada gambarnya.
Aku dah makan sikit semasa makan malam tadi. Malam ni aku kuatlah balik. Nasib aku makan sikit aje. Kalau aku habiskan satu tipuware tu mesti kuat habis aku malam ni hehehe
mak aiii... ni yg aku tk leh tgk ni! nyum2...
ReplyDeleteTeja,
ReplyDeletekalau ko nak rasa dtglah sini. Ada sikit lagi tu tapi aku takut ko pun jadi kuat jugak nanti
sedap tu.. yummy
ReplyDeletelama tak makan.. nak sikit
macam bubur bawang putih bawah merah ke?
ReplyDeleteChe'Pit,
ReplyDeleteSekali sekala makan mmg sedap.
Cian dah lama tak makan bubur ni ya. Jomlah dtg sini kalau nak rasa.
sI tEDI,
awak maksudkan bubur merah yg ada toncit putih tu ke? Itu dipanggil bubur merah.
Bubur sumsum ni lain. Bubur merah tu selalunya utk budak baru belajar berjalan.
Oh, kalau tengok dari segi rupa...Ada nama lain selain bubur sum sum...Na panggil 'Lompat tikam'. Pernah jugak buat lompat tikam ni masa bujang-bujang dulu. Serik rasanya nak buat lagi coz lenguh tangan nak mengacaunya...
ReplyDeletehmmm..bubur sum2 eh..ade nama lain tak..nape Sally x familiar ha?
ReplyDeletewah sesudu bole menguatkan kembali tenaga ya..bayang satu tipuware tuh..ahakkss..
Err... tak tahu pulak bubur sum sum tu untuk ubat kuat !
ReplyDeleteSelama ni mak buat untuk minum petang je.. Tie dah lama tak buat, budak2 tu suka makan, hehe...
aku makan tembikai pun jadi kuat jugak.asyik ke tandas je!!!!
ReplyDeleteNa,
ReplyDeleteMungkin jugak ada nama lain.
Emak Adam kata mmg lama nak kacau bubur sumsum atau lompat tikam ni.
tchersally,
tak tahulah samada bubur ni sama dgn lipat tikam yg Na cakap tu tapi mungkin juga betul. Org Jawa kat Selangor ni yg panggil bubur sumsum (takde kena mengena dgn tulang sumsum hehehe).
Org tua2 yg kata makan bubur ni boleh mengembalikan tenaga yg dah banyak digunakan masa rewang tempat pengantin. Itulah sbbnya org2 yg rewang tu diberi bubur ini.
Tie,
ReplyDeleteikut kepercayaan org tua2. Tapi kuat tang mana tu tak tahulah pulak wakaka
Buat minum petang pun memang sedap cuma nak buatnya tu makan masa. Rajin Tie buat bubur ni ya.
ONE ZABA,
khasiat tembikai kalah viagra tahu. Aku pernah terbaca satu kajian tentang perkara ni.
Yang ko asyik ke tandas tu apahal? ngeeee
tak pernah dengar langsung nama bubur ni. inilah untungnya baca blog org lama, macam2 buleh belajar,ahahahahhahaha.
ReplyDeletejuliet,
ReplyDeleteterima kasihlah kerana ko rajin baca blog aku ni.
Org lama ni banyak kelebihannya dan bnyk yg ko boleh belajar darinya hehehe
aaaaaa! sedaptu!! dok sapu air liur meleleh neh...
ReplyDeletejarang org ada jual bubur ni kan? klu kenduri kawen yang ada adat2 jawa yang mengamalkan gotong royong jek wujud bubur ni..
oh bubur sum2... datanglah padaku..
rasa macam mana tu YB, belum pernah rasa bubur sum2.
ReplyDelete"Jomlah dtg sini kalau nak rasa"
ReplyDeletehaa itulah ayat yg ditunggu2.. aritu masa di masjid muaz, xde lak YB ajak ke rumah.. yg sy tahu ajak cgu sonata dgn kak ummi jer, huhu..
YB,
ReplyDeleteklu abis se tipuware...sure ada kes katil patah plak :P
Salam YB .
ReplyDeleteBetul . nak buat dia kena lama atas dapur, pastu api kena slow motion, barulah menjadi .
Kalau saya sejukkan dulu dalam esbox, barulah sedapp.
errr... selalu tu tanpa bubur tu tak kuat ke... musykil ni :)
ReplyDeletefirst time dgr dan tgk psl bubur sumsum ni...
ReplyDeleteada resipinya tak?? boleh ai masak...
hikhikhik... sila percaya ;D
salam perkenalan... sy KTS
ReplyDelete:D
in case YB dah lupa.... errr.. mmg dah lupa ke??
.
.
.
k... bye :P
sodapnyerrr..
ReplyDelete~mrs azmi~,
ReplyDeletesaya harap awak tak mengandung ketika ini. Takut air liur anak pulak meleleh sbb emak dia tak dpt merasa bubur sum2 ni hehehe
Setahu saya takde bubur ni. Mungkin sbb leceh dan makan masa nak buatnya.
Nantilah kalau ada org Jawa buat bubur sum2 ni saya roger awak ngeee
shaliza,
ReplyDeleterasanya lemak2 sbb tepung beras tu dimasak dgn santan sampai pekak. Kemudian disiram dgn air gula merah. Pergh
Che'Pit,
kalau datang arini bubur tu dah habis. Emak Adam habiskan dari membazir katanya hehehe
Hari tu nak ajak CP takut CP sibuk sbb awak kan org kuat majlis tu. Tapi kalau nak dtg rumah saya, bila2 masa boleh. Beritahu aje sblm dtg. Takut saya takde kat rumah.
Rozita,
ReplyDeleteMujur katil saya pakai roda. Jadi tak senang nak patah kaki dia - cuma mengelongsor aje muahaha
LiNda,
wsalam.
oh awak pernah buat bubur ni ke? Betul apa yg awak cakap tu. Itupun saya tanya kat emak Adam tadi masa dlm perjalanan balik kampung.
Masuk peti ais mmg lagi sedap tapi semalam tak dan nak masuk peti ais dah masuk perut terus hehehe
Shifu,
ReplyDeletemenurut kepercayaan org Jawa tua2 kalau tuan rumah tak buatkan bubur ni, para penanggah dan mereka yg menolong kerja2 di majlis kawen tu akan merasa lemah2 utk satu tempoh yg agak lama. Tapi kalau makan bubur ni, tenaga mereka akan pulih dgn segera selepas memakannya.
Aku harap penerangan ini dpt menjawab kemusykilan ko.
Tepung tu diwarna-warnikan pun boleh...dengan pati daun pandam, lagi sedap!
ReplyDeletekts,
ReplyDeletekalau nak tahu ttg bubur sum2 dan lain2 perkara mengenai adat Jawa ko kenalah berkawin opps berkawan dgn org Jawa mcm aku ni ngeh3x
Kalau ko nak resipi dtglah ke rumah. nanti ko boleh belajar dari emak Adam. Kalau nak belajar dari aku pun boleh jugak tapi takut jadi bubur lain pulak wakaka
Betulke ko nak masak ni? Sukar aku nak percaya lebih2 lagi setelah aku kenal ko setahun. (eh dah setahun kita kenal rupanya ya. Happy aniversari hehehe)
kts yg baru ku kenal,
ReplyDeletesalam perkenalanmu ku sambut. Saya YB.
Oh awak masih ingat saya rupanya. Lama menghilang diri - kemana awak pergi? Kalau masih ingat saya bolehlah hubungi saya. Kalau rindu, boleh jumpa tempat selalu wakaka
en_me,
ReplyDeletekat Johor pun ada jugak bubur ni kan? Mmg sodap.
ckLah,
Kalau pakai pati daun pandan tak jadi warna hijau aje ke?
Macamana nak buat ia berwarna warni?
mungkin jugak sbb aku suka mkn mende tu tk yg jd cengini... haha
ReplyDeleteTeja,
ReplyDeleteyg ko suka makan tu tulang sum2 bukannya bubur sumsum hehehe
nama dia bubur sum sum ker? aku pernah makan tu
ReplyDeleteKapten Luffy,
ReplyDeletehaah. Nama dia bubur sum sum. Ko makan kat mana? kat Sabah ke?
ku baru makan bubur ptg tadi.. ehehe
ReplyDeleteJard,
ReplyDeleteko makan bubur apa tu jard? Bubur cacar ke?
owh... dah lama saya tak makan... tapi takpe, saya tak berapa gemar makanan manis (ayat pujuk diri seniri...)
ReplyDeletesyah,
ReplyDeletemakna awak pernah makan bubur sum2 ni sblm nilah.
Kalau tak gemar makanan manis kurangkanlah air gula dia ngeh3x
kerana terbaca n3 yb ni terus terasa nak makan.. so wiken lepas paksa hubby belikan sume barang2 terus masak! hehe
ReplyDeletesaya dah dapat makan bubur sumsum! ::wink::wink::