Sunday, January 3, 2010

2 Malam Dapur Tak Berasap

2 malam dapur kat rumah tak berasap. Bukan sebab rosak - kalau rosak kan ada doktor dapur utk baiki. Tapi sebab kami makan luar.

Malam Sabtu tu ibuku belanja cucu2nya makan kat pijahat. Anak dia (bapa kpd budak2 tu) pun tumpang sekakilah hehehe

Masa kami sampai org ramai sedang menunggu giliran nak dapat tempat duduk. Adalah 20 minit kami terpaksa tunggu.

Adam bersama neneknya

Malam tadi emak Adam pula belanja kami sekeluarga makan di gerai sup gearbox AU3 yg femes tu. Dah banyak kali masuk suratkhabar tempat ni kerana supnya yg power tu. Emak Adam kata sebelum anak2 balik tempat belajar masing2 hari ni, eloklah kami makan di luar sama2. Kumpul semua org semula esok Raya Cina agaknya.

Antara keratan akhbar tentang gerai ni. Siapa pula yg sempat enterframe tu?

Gearbox yg siap utk 'kerjakan'

Hazwan order sup tulang rusuk kambing, emak Adam order sup perut dan aku order sup tulang. Yg lain tak order sup. Mereka order mee dan nasi goreng.

Cukuplah n3 kali ni. Kami dah nak bertolak ke Serting ni menghantar Afifah balik ke MRSM Serting. Doakan perjalanan kami selamat ya.

18 comments:

  1. hmm yg untung bapa kepada budak2 tu lah kan, ngeh ngeh ngeh.. 2 hari jimat duit poket, ahaks

    ReplyDelete
  2. mulia sungguh hati nenek dan emak anak2 YB, naluri keibuan tu sntiasa mau yg terbaik utk anak2. bertuah YB boleh tumpang kan kan

    ReplyDelete
  3. macam best je rupabentuk sup gebox tu, teringgat cuti di Kedah lepas, makan sup gebox mak menakan yg buat.

    ReplyDelete
  4. saya tinggal setaman dengan tijah. jauhnya nak pergi try sup gearbox tu. kalau pergi serting, mesti lalu belakang rumah saya. jalan bukit putus yang baru dah siap. perjalanan makin pendek dan cepat. pemandangan pun cantik.

    ReplyDelete
  5. moga selamat semuanya...

    pastikan minyak gearbox tu cukup.

    ReplyDelete
  6. tersenyum saya baca komen ONE .

    and.. saya tahu gerai tuh .Dulu setiap seminggu sekali mesti pergi . Pandan Indah ke AU3 tak jauh ..

    now, saya kena cari Sup yang tersedap di Pantai Timur .

    ReplyDelete
  7. salam YB,
    lama tul nak makan pijahut...

    ReplyDelete
  8. power tu sup gear box, kat mana tu?

    ReplyDelete
  9. Salam YB.....

    Aku dtg baca n3 ko jam 3:40 PAGI BUTA nihhh wehhhhhh....

    Makan...jgn tak makan.

    ;)

    ReplyDelete
  10. Che'Pit,
    Makan malam saya tumpang mereka tapi breakfast dan lunch saya yg kena belanja huhuhu

    kenari,
    itulah kasih sayang seorg nenek dan seorg ibu. Kalau tak bawa cucu2 dan anak2 makan semasa semua ada kat rumah, lain kali kalau nak makan luar teringat pula yg takde. Itu yg buat tak selera nak makan.

    Saya tumpang rezeki anak2 lah hehehe

    ReplyDelete
  11. sayangsayangibu,
    sup tu mmg sedap. Kalau tak tak keluar kat suratkhabarlah hehehe

    Untung awak ada emak menakan yg rajin buatkan sup gearbox. Lain kali bolehlah saya tumpang semangkuk kalau ke Kedah ngeee

    al-lavendari,
    kalau kebetulan ke KL bolehlah singgah rasa sup tu. Tijah selalu ke sini. Lain kali nak ajak dia makan sup tu hehehe

    Semalam saya lalu Lavendar Height dah petang. Kalau tak boleh jugak singgah rumah awak atau tijah. Jalan baru kat Bukit Putus tu sedap nak pecut ngeh3x

    ReplyDelete
  12. ONE ZABA,
    Alhamdulillah kami selamat dlm perjalanan semalam walaupun banyak juga kereta yg bercium sesama sendiri sepanjang perjalanan. Kereta yg roda 4 kat sebelah atas pun ada semasa lalu dekat Nilai.

    Minyak gearbox mmg nak kena check sbb dah overdue utk servis ni hehehe

    ReplyDelete
  13. LiNda,
    ONE punya komen mmg kelakar kadang2 tu.

    Wah sampai setiap minggu awak pergi makan sup tu dulu! Patutlah Fadzil tu kata dah kurang pelanggan dia satu keluarga - dah pindah Terengganu hehehe.

    Nanti kalau dah jumpa tempat sup yg power kat pantai timur bagi tahulah kami.

    ReplyDelete
  14. Azani,
    Ramai org baru dpt bonus agaknya. Itu yg kena berbaris tunggu giliran. Masa bulan puasa lagi teruk kat tempat tu. Dah azan pun ramai yg masih berbaris. Tak tahu pukul berapa mereka dpt berbuka hehehe

    anjang,
    sup tu kat AU3. Kalau dari Setiawangsa, gerainya lepas roundabout dan simpang ke Kelompok. Sebelah kanan gerai tu ada tangki air. Ada banyak banner sepanjang tiang lampu kat gerai tu yg tulis sup selera utara. Rentak Selera namanya.

    Harap anjang dpt jumpa tempat tu. Kalau tak jumpa roger saya.

    Mcmana Wong Solo hari tu? Dah cuba ke?

    ReplyDelete
  15. Zyma,
    wsalam.

    Gigih sungguh ko melawat rumah kengkawan malam tadi. Aku nampak ko kat rumah tijah kol 3:30 pagi.

    Terima kasih sudi dtg malam2 buta. Maaflah tak dpt nak sediakan air hehehe

    ReplyDelete
  16. ko patutnya kena order sup gearbox atau sup ekor.baru power.hehe

    ReplyDelete
  17. Penyuk,
    malam jumaat nanti aku order sup yg power tu hehehe

    ReplyDelete
  18. panas badan nanti makan sup banyak2 huhhu............

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails