Thursday, November 26, 2009

Shopping Nak Hari Raya Haji

Semalam aku dan emak Adam ke pasar Chow Kit utk membeli barang2 utk sambutan hari raya. Jadi pagi semalam aku tak kerja lagi - aku cuma sempat menghantar beberapa emel dan tepon beberapa org tentang urusan kerja. Kerja sekarang ni asal ada tenet dan tepon dah boleh jadi.

Sampai di Chow Kit jalan dah jam. Ingat Khamis baru ramai org pergi pasar tapi Rabu pun dah penuh. Mereka ni kerja macam aku juga ke? Bila2 rasa nak keluar shopping boleh keluar. Tapi nampak sebahagian daripada mereka ada yg bekerja opis siap dgn name tag atau pas kerja tergantung. Meng'ular'lah kot hehehe

Emak Adam bercadang buat mee bandung aje malam ini utk org yg datang bertakbir di rumah kami. Malam ni ada 5 rumah dan rumah kami yg terakhir. Selalunya org yg bertakbir tu akan dijamu di rumah2 yg mereka ziarahi. Tapi kalau rumah yg akhir mereka boleh rilek2 lama sikit. Itulah sebab kami nak sediakan mee bandung dan lemang. Jemputlah datang ke rumah kami malam ni. Lebih kurang pukul 10:30 sampailah agaknya rombongan takbir tu tak mereka tak tersangkut makan banyak di rumah2 lain tu. Datang tau jangan tak datang. Penat emak Adam masak tu.....

Di Chow Kit semalam dah ramai yg menjual barangan utk raya seperti daun kelapa utk ketupat, daun palas jazz, daun kunyit, lengkuas dan mcm2 lagilah.

Daun ketupat yg dah siap anyam pun ada utk yg tak tahu mengayam sibuk bekerja

Semalam dah ramai yg beli daging. Sekilo RM12. Hari ni mau naik lagi harga daging tu

Kalau nak bajet, buat rendang ayam pencen aje

Raya haji pun ada yg jual kuih. Jangan stok raya puasa sudahlah

*************************************************************************************

Hari ini aku ke NSK Seri Rampai nak cari sayur dan beberapa barang lain yg kami tak beli semalam. Mak ai ramainya manusia. Semua nak kena baris panjang. Ini baru di dunia. Macamana di Padang Masyar kelak?

Selamat menyambut Aidil Adha dan semoga berbahagia di samping org yg anda sayangi.

46 comments:

  1. maksu tak fikir lagi nak prepare apa.... :(

    ReplyDelete
  2. aku lepak umah je tak kemana². malam nnt masuk keje.pagi besok balik keje.lalala...

    ReplyDelete
  3. masak ape esok YB...

    malam nie daku pulang ke desa...yeahhhaaa

    ReplyDelete
  4. intai2 blog via mobile, dari kandang lembu embah wedok



    'mooooooooooooooo'
    Eh....diamlah kau Mbu!

    ReplyDelete
  5. hmm opis kosong
    yg ada budak2 klang valley..
    budak2 johor mcm diri ni, semua dah cuti..

    hmm esok nak g raya umah sape ek, nak g ngantar perut kosong utk dipenuhi haha..

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya haji.... yg belum naik haji, kira tumpag raya je laa

    ReplyDelete
  7. hehehhee.. x g kot.

    dah kat kg nie... rendang daging tok mami atas dpr, tepung betawi dah siap.... rebus nasi impit jer.. pulut kureng sket

    ReplyDelete
  8. Mak Su,
    Buatlah ala kadar demi anak2. Kita yg dewasa ni tak kisah sgt

    Penyuk,
    bolehlah ko dpt anugerah pekerja berdedikasi. Ko bekerja di malam dan pagi raya supaya rakan2 ko dpt beraya di kpg. Mulia sungguh pengorbanan ko ni ngeh3x

    ReplyDelete
  9. ~O~,
    Esok terpulang pada emak Adam nak masak apa. Yg penting malam ni sbb ramai jiran2 nak dtg bertakbir ke rumah.

    Dapat jugak ko balik kg. Kata tiket bas dah habis? Ko naik apa bro?

    ReplyDelete
  10. ckLah,
    Inilah kehebatan wanita gajet hehehe

    Berapa ekor lembu embah wedok yg akan dikorbankan? Korban buat esok atau Sabtu? Sabtu ni insyaAllah kami balik kg tg karang. Jemputlah ke rumah datuk Adam.

    ReplyDelete
  11. Che'Pit,
    Opis kalau semua org Melayu mcm ni lah. Bila raya aje kosong kecuali org yg takde kampung dan duduk di KL ni.

    Awak dah sampai kg jugak ke? Raya haji kat Johor ada rumah terbuka jugak ke? Selalunya raya haji org sibuk di masjid dan surau buat korban.

    ReplyDelete
  12. Shifu,
    Kiranya aku pun tumpang raya jugaklah ya huhuhu

    zonaku,
    alasan aje tu. Kalau ko ada kat Bangi pun belum tentu ko dtg malam ni hehehe

    Sibuk nampak ko masak. Rendang tu kalau ada lebih bawak lah balik utk aku rasa sikit ngeh3x

    ReplyDelete
  13. nanti malam saya sampai kalau incik Firdaus sihat dan kuat... Hik hik hik :P :P

    tapi sila jangan terlalu berharap... besar kemungkinan adalah sibuk mengqada' rehat... Hohohohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  14. biasa kalau raya haji kami cuma buat rendang ayam, sebab nanti mesti dapat daging korban sampai berkilo-kilo... lepas tu kami faraid kat orang sekeliling sorang sikit dan kami masak sikit... Heheheheheh :D :D

    ReplyDelete
  15. ..slamat aidiladha uncle..

    ReplyDelete
  16. syah,
    alright! harap2 awak dan Incik Firdaus dpt datang. SMS saya nanti tau sbb lepas Isyak saya akan ikut bertakbir ke rumah2 lain dulu sebelum sampai ke rumah saya.

    Malam ni korang datanglah ya. Esok lepas solat raya boleh qada' rehat kalau takde buat korban. Korban kebanyakan org buat hari Sabtu hehehe

    ReplyDelete
  17. syah lagi,
    Rendang ayam pun dah oklah tu. Ada org tu tak buat apa2 special time raya haji. Mcm makan tengahari biasa aje ngeh3x.

    Berapa ekor lembu tumbang kat tempat awak sampai boleh dapat daging berkilo2? Kat surau kami cuma 2 ekor lembu aje sbb tak larat nak kerjakan kalau bnyk sgt. Yg lebih tu kami buat korban di Kemboja.

    ReplyDelete
  18. dah malam sangat tu nak ke rumah yb, terpaksa lupakan saja mee bandung kak lina,huhuhu.

    petang ni saya lalu tepi rumah yb ambik bau sajalah,kekekekekeke.

    slm aidiladha but yb sekeluarga, berhati2 ketika memandu blk kg di musim hujan.

    ReplyDelete
  19. zaren,
    Selamat aidul adha kpd awak jugak. Malam ni jemputlah bertakbir kat rumah uncle.

    ReplyDelete
  20. juliet,
    alaa setahun sekali apa salahnya. Bukan takde lampun jalan dari rumah saya ke rumah juliet tu. Ajaklah kts sekali buat kawan. Kalau nak ajak yg lain pun saya alu2kan.

    Kalau petang ni awak lalu tepi rumah, apa salahnya singgah sekali. Tapi mungkin belum masak mee tu sbb takut kembang kalau masak awal sgt. Bagaimanapun rendang dah siap petang ni. Tinggal tunggu nak belikan lemangnya aje.

    Salam aiduladha kpd juliet sekeluarga. Berhati2 memandu walaupun sekitar KL saja ahaks

    ReplyDelete
  21. maunya tak banyak... kat masjid lagi, kat surau lagi... kat sekolah-sekolah tahfiz lagi... dari raya pertama sampai raya ketiga, bergilir-gilir... tu yang banyak dapat tu... Huhu~~

    ReplyDelete
  22. macam-macam, rasa macam nak ke situ pulak, mesti meriah kan

    ReplyDelete
  23. syah,
    ooo kisahnya. Itulah untungnya kalau duduk kawasan kampung ini.

    anjang,
    Jemputlah ke sini. Sudah menjadi tradisi masyarakat di tempat saya buat takbir dari rumah ke rumah bila raya haji sbb ramai tak balik kampung. Satu malam biasanya 5 buah rumah.

    ReplyDelete
  24. malam raya sibuk nak mengemas rumah... klu tak boleh gi bertakbir rumah abang...
    ahakssss... lagipun ai tak makan mee la bang... lemang pun tak gemar... donut takde ke

    hihihi

    ReplyDelete
  25. selamat hari raya...

    .
    .
    .
    .
    .
    .





    nak duit rayaaaaaaaaaaaaaaaa.....

    ReplyDelete
  26. kts,
    takkan malam raya baru nak kemas rumah sayang ooi?
    Malam raya org bertakbir. Baru datang rasa kesyaduan dan keinsafan.
    Bila dah dpt merasakan santapan jiwa tu makanan zahir dah tak penting sangat. Tapi kalau nak donut jugak nanti abg pergi jusco belikan setengah dozen hehehe

    ReplyDelete
  27. kts yg nak duit raya,
    kalau tak datang rumah mcmana nak bagi duit raya? ahaks.

    ReplyDelete
  28. salam aidiladha abang yb ittewww.. ehehe

    ReplyDelete
  29. en_me,
    salam aidiladha kpd me jugak. Raya di mana tahun ni?

    ReplyDelete
  30. Salam YB

    kawe sapa kapung pukul 12 setengoh tengoh hari. Alhamdulillah jalae tok jem lasung. Hujae pun tidok.

    Bok'tea bersiarae dari Kla'tae , hok tu lah komen pun dalae bahaso Kla'tae...
    He he he


    Selamat Hari Rayo Haji ....

    ReplyDelete
  31. Itu perjalanan semalam.

    Kawan pB bertolak dari PutraJaya jam 7 pagi. Sms tadi jam 630 petang , masih sangkut di Kuala Krai. Ramai yang balik , katanya ....

    ReplyDelete
  32. mantaappp pak YB, semoga semakin ceria di aidil adha. shopping bebyk pun bagus jugak...baru ekonomi berjalan. salam eidul adha utk pak YB sekuarga

    ReplyDelete
  33. salam aidil adha utk YB sekeluarga

    ReplyDelete
  34. tak sompek datang... kepenatan tolong mak menggodek rendang... hihihihih :P :P :P

    ReplyDelete
  35. mee bandung...dapat tangkap word tuh.

    sorilah YB..sha sakit mata, pembacaan macam kurang sikit.

    salam aidiladha buat YB dan keluarga.

    dtg juga rumah org nie, dah namanya raya...

    ReplyDelete
  36. lama tak ke pasar chow kit tu...

    ReplyDelete
  37. Dah seminggu tekak Na teringin nak makan Mi Udang Kuala Sepetang yang masuk Majalah Tiga tu. Tapi takde rezeki...Time raya haji ni diorang tutup gerai. At last, kakak Na buat Mi bandung, letak udang banyak-banyak...Boleh la tahan. Tapi 'baby' masih mencari-cari mi udang kuala sepetang... :)

    ReplyDelete
  38. pB,
    Nasib awak mmg baik sbb balik KB awal. Ramai yg terperangkap dalam jam teruk petang Khamis tu.

    Kami balik kg hari Sabtu jd takde jam hehehe

    pB lagi,
    Demi berjumpa dgn mereka yg tersayang, apalah jam tu kalau dibandingkan dgn berenang di lautan api hehehe

    ReplyDelete
  39. "Awak dah sampai kg jugak ke? Raya haji kat Johor ada rumah terbuka jugak ke?"

    alamak, baru terbaca..

    sob sob tahun ni tak balik raya haji kat johor sbb mak ayah jauh nun di sana..

    tapi x per, balik umah adik ayah kat sepang.. so kira ok lah tu kan, haha..

    ReplyDelete
  40. Tijah,
    kat sini 12 hinggit tu biasalah. Ini daging parcel bukan sembelihan tempatan. Kat tempat ko berapa sekilo?

    nahmy,
    shopping banyak2 mmg boleh menggerakkan ekonomi tapi kalau kita aje yg bershopping mahu kita jadi ekonomoney hehehe

    ReplyDelete
  41. kenari,
    nak balas salam aidil adha pun dah terlambat. Maaflah ya.

    syah,
    takpe tahun depan kalau saya buat majlis takbir tu bolehlah datang. Ramai juga jiran2 yg dtg walaupun rumah saya rumah yg last. Pukul 10:45 mlm baru mereka sampai rumah saya.

    ReplyDelete
  42. sha,
    cian sha sakit mata ya. Skrg ni musim sakit tu. Adam pun dah kena masa kami balik kampung baru2 ini.

    Terima kasih kerana sudi singgah rumah saya. Saya dah lama tak sempat ke rumah rakan2 termasuk sha. Cuma sempat baca ringkasan di bloglist aje. Petang ni baru ada masa sikit nak bersiar2 ke blog kenkawan.

    ReplyDelete
  43. zino,
    Mmg jauh kalau nak ke Chow Kit dari BTR tu. Lagipun tempat ni jam. DBKL selalunya saman kereta yg dah tamat tempoh meter parking tapi tak saman kereta yg menghalang jalan. Zino boleh tolong bagi tahu rakan2 di bahagian penguatkuasaan tak? Kadang tu bengang jugak

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  44. Jasnia,
    Ini kena pergi sana lagi kalau tak nak baby tu keluar air liur esok ngeee

    Tapi ada org beritahu tempat tu banyak lalat. Saya pun tak tahu betul ke tidak sbb tak pernah pergi ke Kuala Sepetang tu. Selalunya bila teringin nak makan mee udang kami ke Sg Dua, Penang.

    ReplyDelete
  45. Che'Pit,
    semoga ibubapa awak dpt menyempurnakan ibadat haji dan pulang dgn haji mabrur.

    Raya kat rumah pakcik pun oklah tu. Ada org tu raya sebatang kara di perantauan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails