Monday, November 16, 2009

Semuanya Mahal

Aku ke Gardens, Midvalley tghari semalam selepas aku balik dari lunch dgn keluarga aku di Jusco AU2 tu.

Tujuan aku utk bertemu dan berbincang dgn rakan bisnes. Seorg tu dari KL dan seorg lagi dari JB. Kedua2 mereka ini kaya raya. Yg seorg tu dah jadi jutawan semasa umur baru 26 thn!

Dalam mencari kedai utk minum kopi cum tempat berbincang sempat juga jutawan ni masuk kedai pakaian jenama Boss. Semuanya mahal2 belaka (bagi bukan jutawan mcm aku nilah). T shirt sehelai sampai dekat RM300. Bos besar aje yg mampu kot. Bos kecik mcm aku ni pakai ajelah t shirt free dari sykt lama aku hehehe

Dari kedai pakaian dia singgah pula kedai Tag Heuer. Kawan aku ni tertarik dgn hp yg dipamerkan. Nak tahu berapa harganya? Tengok ni

Mak ai mahalnya. Tepon cap ayam pun boleh buat calling2 dan sms ngeee

Nasib dia tak jadi beli. Akhirnya kami sampai tempat minum ni yg terletak di tengah2 atrium

Kami pun orderlah minuman masing2. Aku order black coffee ikut mcm yg diorder oleh jutawan tu. Untung2 aku jadi jutawan mcm dia satu hari nanti ngeh3x

Secawan kopi ni RM7. Kalau kat warong biasa boleh dapat satu ceret

Kawan aku yg seorg lagi tu order salad dgn hirisan salmon dan cavier. Aku tak tengok pulak berapa harganya tapi mestilah mahal sbb salmon dan cavier bukannya murah.

Inilah rupa benda alah tu

Dah lama berbincang kami terasa nak buang air. Kami pun ke tandas berhampiran. Terkejut beruk aku bila melihat bayaran masuk ke tandas eksklusif tu RM5. Kalau nak berak emas bolehlah masuk!

Aku pun terfikir: Ini baru di dunia. Kalau nak masuk syurga yg jauh lebih bagus dan indah dari semua ini, mestilah lebih mahal harganya. Sudahkah aku bersedia untuk itu?

47 comments:

  1. betul betul betul..

    apakah 'pakaian iman' kita sudah cukup 'mewah' utk masuk ke gedung Allah yang paling "MAHAL" itu?..

    Sentiasakah kita berdoa dan sudahkan cukup usaha kita untuk ke 'SANA' kelak??..

    Semoga kita semua dirahmati dan diberi keampunan bagi berpeluang menikmati dan abadi di syurga Allah..

    (Ya Allah... ampuni kekhilafan kami..) amiin...

    ReplyDelete
  2. KAK TINY,
    Itulah hakikatnya bagi kebanyakan dari kita termasuk saya ni. Sibuk dgn dunia dan sibuk nak jadi kaya tapi tak cukup berusaha utk Akhirat kita.

    Setakat amalan yg wajib tu, tak tentu lagi boleh menarik rahmat Allah. Oleh itu marilah kita berusaha menambah amalan kita dan berdoa semoga Allah redha dgn kita.

    ReplyDelete
  3. toilet rm5??
    kim salam saya nak masuk yb...
    tahan yo la sampai jumpa stesen minyak ke hahahaha

    ReplyDelete
  4. ko jmpa saz ke bang? kem salam eh? hehehe!

    ReplyDelete
  5. Cara hidup orang kaya la katakan.

    ReplyDelete
  6. Ms Lilies,
    Nasib baik toilet yg di Grd floor tu aje yg cas RM5. Yg di tingkat lain tu free aje. Kalau tak mahu saya pancut aje kat pasu bunga muahaha

    Tijah,
    Haah. Dia ingat lagi dgn ko lah masa aku tanya dia semalam.

    Esok dia dtg KL lagi. Nanti aku sampaikan salam ko.

    psst - mana alamat emel yg ko nak bagi aku tu?

    ReplyDelete
  7. Jas,
    Mungkin jugak. Yg hairannya tempat tu ramai betul org. Tempat parking semua penuh.

    Ramai betul org banyak duit kat KL ni.

    ReplyDelete
  8. Hahaha...First time dengar kena bayar RM 5 untuk masuk toilet. Anyway, one of the reason Na nak kurus, sebab tak mampu nak bayar harga baju mahal2 macam kat Boss tu la. Kalau baju lady like pulak kena beli kat Ms Read.Juling mata nak bayar harga sehelai baju. Kalau kat kedai biasa, memang susah nak dapat saiz... :(

    ReplyDelete
  9. Psstt...Baru perasan la. Cik Abang kita (Jas) masuk blog YB... :)

    ReplyDelete
  10. ish..ish... mahalnya henpon tu..

    sib baik dia tak beli...tapi kalau dah tarap2 jutawan..ribu-raban tu..berapa sen sangat lah bagi depa..

    bagi putu...buat ape lah beli mahal2... asal dapat sms dan call org pun cukup lah kan..

    * pun pakai hp cap ayam...huhu

    ReplyDelete
  11. mak aih Yb...masuk jamban pun RM5...huih...Fast service ke hape??

    ReplyDelete
  12. Sally suka n3 nih..bg kesedaran..

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. harap-harapnyer kita mampu untuk memiliki semua ini diSANA nanti

    ReplyDelete
  15. kami pon dok meronda kat jusco semlm,takde jodoh,ishhh,ishhhh

    kalo pancut kat pasu bunga nak cuci di mana ye? takkan istinjak kot?kakakakkakakakakakkaka.

    ReplyDelete
  16. Na Shari,
    Saya pun first time tengok cas mcm tu.Sblm ni pernah dengar kat KLCC mereka cas RM2.

    Saya percaya KM bukan tak mampu tapi saja tak nak membazir beli baju mahal2.

    Na Shari lagi,
    Eloklah cik abg KM pun masuk sini. Meriah sikit tempat saya ni hehehe

    ReplyDelete
  17. salam YB
    semoga makbul doa YB nk murah rezeki mcm diorang berdua ,tapi mdh2an orangnya tetap macam YB yg ada sekarang , tidak sombong dan masih berpandukan alquran dan sunnah .. he he he ummi ada sahabat OKB lps nih.tp jgn lupa kami....

    ReplyDelete
  18. err..weekend baru ni aku baru je pekena cappucino rm7. skang ni aku tgh berkira² bila gaji nak masuk ni, duit makan dah takde ni.hihihi..

    ReplyDelete
  19. PUTUBAMBU,
    Mahal bagi org biasa mcm kita ni. Kawan saya tu tak beli sbb dia tunggu bayaran dia yg berjuta2 belum masuk lagi hehehe

    Bagi org kaya, benda tu dianggap pelaburan. Kalau klien tengok baru ada konfiden nak bagi projek juta2.

    Bagi kita tepon cap ayam pun dah oklah kan.

    ReplyDelete
  20. tasek,
    ko pun mcm cikgu BM ko - tukang periksa ejaan n3 aku hehehe

    Aku nak cepat pergi surau tadi. tak check sgt. Lain kali aku hantar deraf n3 aku kpd ko boleh tak?

    ReplyDelete
  21. mak ia, tak mampu nak makan sini..

    ReplyDelete
  22. Salam YB,

    Cute lah you, bila nak hantar draft entry kat tasek sebelum posting. Heeeee.. Sejak keluar n3 nasi lemak tepi jalan dekat umah YB tuh, Pagi2 tadi saya pi kat situ..beli lima bungkus utk anak2, angkut semua lauk tiap2 satu bungkus... Memang lemak nasik nya dan sambal..wow..cowww...
    Memang berbaloi makan..TQ

    Kawan YB tuh masih muda, memang lah nak pakai benda2 nerjenama.. it is norm for high flier circle of business members. You such a humble person. May Allah grant us richness in this planet and in his Sorga..Amin.

    ReplyDelete
  23. ~O~,
    tak tahulah pulak sbb saya tak masuk. Mungkin mereka siap cebokkan kalau org buang air kot wakakaka

    sally,
    semoga ada pengajaran di sebalik kisah ni. Saya tersentap semalam.

    ReplyDelete
  24. ckLah,
    Terima kasih atas teguran dan pembetulan itu.

    Kesilapan ejaan tidak disengajakan tapi tetap dikesali.

    Saya harap para pembaca masih boleh menangkap maksudnya.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. Mana ada ckLah buat pemeriksaan, teguran atau pembetulan.....


    Ceret tu cakap Jawakan?


    Itulah maksud ckLah...


    Minta maaflah kalau tersinggung...

    ReplyDelete
  27. pB,
    mungkin tak memadai utk berharap sahaja. Kita kena berusaha dan berdoa juga.

    juliet,
    Kalau korang terus dtg ke Jusco tanpa pergi tengok Pisau Cukur di Galaxy mungkin kita sempat jumpa! Takpe lain kali aku roger ko dulu.

    Kalau pancut kat pasu tu boleh gunakan daun pokok utk istinjak ahaks. Tentu gemuk pokok bunga tu nanti hehehe

    ReplyDelete
  28. ummi,
    terima kasih atas doa ummi tu dan semoga makbul bukan saja utk saya tapi utk ummi juga.

    InsyaAllah saya akan tetap spt ini. Nak sombong buat apa kalau setakat jadi jutawan. Ramai lagi yg lebih kaya tapi tetap tawaduk. Kalau Allah nak ambil balik apa yg dipinjamkan kpd kita, bila2 masa Dia boleh ambil.

    ReplyDelete
  29. Penyubiru,
    Nasib baik kawan aku yg bayar semalam. Kalau tak aku pun harus mcm ko jugak ni hehehe

    Daun Bidara,
    Tak makan kat situ pun tak rugi. Bnyk tempat lain yg lebih sedap tapi lebih murah hehehe

    ReplyDelete
  30. Marina,
    Saya selalu buat n3 main dan aje. Takde semak kerana adakalanya terburu2 nak ke mesyuarat, lawatan tapak atau yg lebih utama mendirikan solat jemaah di surau atau masjid. Jadi kalau ada silap atau salah saya minta maaf kpd semua yg sudi membaca blog saya ini.

    Rumah saya bukan kat tempat org jual nasi lemak tu tapi dekat stesen LRT ngeh3x
    Alhamdulillah Marina dan anak2 suka nasi lemak tu. Kalau tak org kata saya ni kempen tak kena tempat.

    Kawan saya tu bukanlah muda sgt - awal dan mid 40's. Cuma yg seorg tu dah jadi jutawan sejak umur dia 26 tahun.
    psst - tapi kalau tengok orgnya tak percaya dia dah 40an. Nampak muda dan bergaya.

    Saya hanya seorg insan kerdil yg tak dikenali ramai. Tapi saya mahu menjadi hambaNya yg bertakwa. Thanks for your doa. Same doa to you.

    ReplyDelete
  31. ckLah,
    Saya berbesar hati kalau cikgu BM yg tersohor spt awak sudi menegur kesalahan saya terutama dari segi tatabahasa atau ejaan. Begitu juga pembaca yg lain kalau sudi.

    Emak Adam dan ibu saya menggunakan bahasa Jawa di rumah. Mungkin kerana itu kami terikut2 dgn penggunaannya walaupun ketika berkomunikasi dgn mereka yg bukan Jawa.

    Tak perlu minta maaf kerana awak tak buat apa2 kesilapan terhadap saya.

    ReplyDelete
  32. NL,
    apa yg terasa murah tu? Maaf lambat sikit saya tangkap malam ni huhuhu

    ReplyDelete
  33. errr... tak ade apa-apa...
    sekadar menyatakan yang mahal itu tidaklah murah sebenarnya ngeh3x

    kerana banyak keraknya huhuhu, pakai periuk karan kurang sikit keraknya huhuhhu

    ReplyDelete
  34. NL,
    Kalau tak nak kerak jgn masak nasi - masak bubur aje hehehe

    Kalau saya yg jutawan tu punya kawan (saya jumpa semalam) bayar income tax lebih sejuta setengah. Bayangkan berapa pendapatannya huhuhu

    ReplyDelete
  35. takkan hari2 nak makan bubur. errrrr


    kena kukuslah nasi nampaknya, baru tadek langsung kerak...

    errrr income tax 1.5M Wowww! huhuhu

    ReplyDelete
  36. NL,
    Makan bubur jadi sihat tau. hehehe

    Nak kukus nasi pun idea yg baik. Skrg pun dah bnyk nasi lemak kukus.

    Rezeki org. Kita pun kalau ditakdirkan kaya satu hari nanti mungkin bayar tax dan zakat lebih dari itu ngeh3x

    ReplyDelete
  37. betul ker jadi sihat... hmmm
    bagi yang tadek gigi elok juga hahahahaa

    errr kalau gitu saya pun nak jadi kaya jugalah ... bukan saja kaya tapi pemurah dan baik hati ermmmmm... insyaAllah... err
    mimpi ajerlah huhuhuhu


    nasi lemak kukus senang jr nak masak tapi sambal dia tu yang susah nak buat jadi sedap dan menyengat heheh

    ReplyDelete
  38. Salam YB....

    Aku kayap....so, aku nak makan roti kaya je la. Tak mampu aku nak makan kat tempat canggih manggis cenggitu......

    Kang aku kata kaya, aku kene belanja seluruh rakyat jelata negeri Jelapang Padi ni pulak...
    mau pitam aku.
    Baik aku kata aku ni kayap....
    Muahahahaha....

    ReplyDelete
  39. NL,
    yalah. Kan org sakit yg selalu makan bubur. Kalau dah sihat balik dia dah tak makan. Jadi bubur jadi sihat - boleh pakai tak logik aku ni? ngeh3x

    Kalau ko tak mimpi jd kaya susahlah ko nak kaya. Bnyk perkara bermula dgn mimpi dan cita2. The power of dream ecece.

    Kalau ko nak sambal yg sedap dan menyengat ko boleh ke gerai kat setiawangsa yg aku cakapkan hari tu. Kak Marina Monroe pun kata sambal dia syok.

    ReplyDelete
  40. Zyma,
    Wsalam.

    Ko kaya tapi tak nak ngaku. Tak payahlah ko belanja seluruh rakyat jelata negeri Kedah tu. Ko belanja org mcm aku ni cukuplah. Aku pun bukan nak ketuk ko yg mahal2. Laksa Pak Din Teluk Kechai tu pun dah kira ok hehehe.

    ReplyDelete
  41. YB....

    Laksa Pak Din Teluk Kechai tu mmg best la. Tapi main dgn musim hujan cenggini, air bah bertakung di setiap kampung.

    Tungguh surut boleh la kita pegi ngabiskan Laksa Pak Din tu.
    :)

    ReplyDelete
  42. berapa harga tiket syurga agaknya ye...

    ReplyDelete
  43. betul3x ...
    tak per nanti saya pergi ngorat itu makcik nasi lemak hahahahahaaa

    untung dapat makan free setiap hari... :)

    ReplyDelete
  44. Zyma,
    ok aku tunggu lepas musim banjir.

    dude,
    syurga itu milik Allah dan semua yg kita ada di dunia ini juga milikNya. Mana bisa kita membeli sesuatu milikNya menggunakan pemberian atau pinjaman dari Dia?

    Hanya dgn rahmatNya kita boleh masuk ke syurga. Marilah kita melakukan perkara2 yg akan menarik rahmat Allah dan berdoa Dia akan redhakan syurgaNya utk kita.

    ReplyDelete
  45. NL,
    baik2 kalau ko nak ngorat makcik nasi lemak tu sbb suami dia sentiasa ada bersama!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails