Wednesday, November 18, 2009

Selamat Berjuang

Pagi ini hampir setengah juta remaja (ada yg tak berapa remaja juga kot) memulakan perjuangan menghadapi SPM. Kepada mereka kita doakan semoga berjaya dgn cemerlang kerana keputusan SPM ini nanti banyak mempengaruhi hala tuju mereka dlm hidup ini seterusnya.

Hari ini aku difahamkan kertas Bahasa Melayu dan Sejarah. Dua subjek faberet aku masa LCE kerana aku rasa senang nak skor. Kebetulan aku masa LCE (skrg dipanggil PMR) dulu aku pelajar terbaik kedua2 subjek di sekolah aku. Malangnya aku tak dpt mengambil Sejarah atau masa tu dipanggil Tawarikh semasa MCE sbb aku masuk jurusan Sains.

Malam tadi di surau aku diadakan solat hajat utk anak2 jemaah yg nak ambil periksa. Anak aku takde yg ambil SPM tahun ni tapi aku cuma tolong doakan.

35 comments:

  1. ye semoga berjaaya pada semua calon spm

    ReplyDelete
  2. aku pun doakan YB berjaya dalam SPM.good luck yer YB.

    eh!

    laa..YB tak ambik SPM rupanya.hehe


    good luck kpd semua pelajar yg ambik SPM yer (except YB)

    ReplyDelete
  3. YB ambik LCE ngan MCE? Errrr..jap nak kira umur YB sekarang berapa..kekekekeke.

    ReplyDelete
  4. salam YB
    semoga semua pelajar SPM dpt menjawab dgn tepat soalan yg diberikan...

    ReplyDelete
  5. semuga mereka semua akan berjaya... zino dulu pun ambil LCE hehe

    ReplyDelete
  6. i hate subjek sejarah! hahaha :D
    nasib dapat A2...

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas doa tu bang...

    errr??

    ai ambik spm tahun ni bang...

    hihihihi

    ReplyDelete
  8. peperiksaan hari ni berjalan dengan lancar...errrr...kat sekolah aku le,sekolah lain tatau....ade murid berhenti - dah memang tak periksa...gasak la budak!

    apa2 pun semoga seme calon seluruh M'sia bawak bertenang bila menjawab soalan2 yang mencabar demi untuk masa depan....kurang2 nya tamat SPM!

    ReplyDelete
  9. dua2 tu bukan subjek fevret saya huhuhuhu.....

    dulu saya kelas sastera... mmg tak best huhhuuuu

    kalau lah ada subjek blog.. hmmmmm

    ReplyDelete
  10. SPM datang lagi
    kepada yang berusaha akan menuai hasilnya.
    Kepada yang tak mahu berusaha hanya nasib menjadi penentu.
    Namun berjaya atau gagal bukan penentu kejayaan masa hadapan.
    Namun sedikit sebanyak ia membantu juga kejayaan masa depan.

    ReplyDelete
  11. ~O~,
    itulah harapan kita tapi hakikatnya ada yg berjaya dan ada yg gagal.

    Penyubiru,
    Kalau aku ambil SPM skrg mahu banyak subjek aku tak dpt A skrg sbb sukatan pelajarannya dah berbeza. Lainpun dulu aku guna BI utk kebanyakan subjek termasuk Matematik dan Sains.

    ReplyDelete
  12. juliet,
    Masa tu kalau ada MCE masuk polis terus jadi inspektor percubaan hehehe

    Dah berjaya ke kira umur aku? Klue - campurkan umur ko dan kts dan tolak 5 ngeh3x

    ummi,
    amin.

    ReplyDelete
  13. zino,
    Harap2 mcm tu lah.
    Ambil LCE kena bayarkan? huhuhu
    SRP free aje masa tu.

    Akmal,
    Sejarah nak kena banyak menghafal. Perkara dah berlaku takkan berubah. Kuat hafal senanglah skor hehehe

    ReplyDelete
  14. kts,
    Patutlah ko sibuk kebelakangan ni rupanya menyediakan diri utk repeat spm. Kertas mana yg ko ulang tu? ngeh3x

    Toksah mengadalah. dari ko ambil spm tu balik lebih baik ko pergi kursus kahwin. Kata lepas raya haji ini ada yg nak masuk minang muahaha

    ReplyDelete
  15. Jard,
    biasalah tu si penyu ni. pantang ada peluang nak kutuk kita.

    psst - jadi ke ko buat live blogging utk perkara no 5 kat n3 ko smlm tu? wakaka

    sonata,
    terima kasih utk laporan dari sek awak tu. Murid yg berhenti tu dah tahu kalau dia ambil peperiksaan pun dia tak akan lulus agaknya. Mungkin dia boleh lebih berjaya di bidang lain.

    ReplyDelete
  16. NL,
    ko aliran sastera tapi tak minat 2 subjek tu ke? Cian ko ngeh3x

    Dulu mcmana nak adakan subjek blog sbb komputer pun tak banyak hehehe

    anjang,
    SPM merupakan peperiksaan pertama yg mencorak alam kerjaya kebanyakan pelajar. Betul kata awak, berjaya atau gagal bukan penentu masa depan kerana akademik bukan satu2 jalan menuju kejayaan.

    ReplyDelete
  17. saya lebih minat tgk cikgu yang mengajar... hehehe

    apa yang diajar tak igt juge...
    lagipun cikgu ajar berpandukan buku teks juga adesss....

    saya bukanlah pelajar genius tapi pemikiran jer sedikit kedepan ermmmmm

    zaman saya komputer boleh dikatakan sudah banyak cuma masa tu komputer pakai DOS dan wordstar! pakai disket! hehehehe

    sekolah kampung lah katakan... tak macam kat bandar... dululah... sekarang dah tak byk beza antara sekolah kampung dan bandar...

    tapi sekolah CkLah tadek saper buleh lawan lahhh ... hehehe
    kasi angkat sikit huhuhu

    ReplyDelete
  18. NL,
    Patutlah jadi lagu tu. Ko minat kat cikgu lebih dari pelajaran. Sekolah ko takde pelajar perempuan ke? Sekolah aku semua pelajar lelaki huhuhu.

    Untunglah zaman ko dah banyak komputer. Masa aku, sempoa adalah wakaka. Kami pakai buku log lagi masa tu utk kelas matematik.

    Harap2 ckLah ada baca pujian ko ni. Bukan aje sekolah dia tiada siapa boleh lawan tapi dia pun cikgu BM dan Sejarah yg hebat. Kalau dia yg mengajar aku dulu, mahu aku ambil aliran sastera. Boleh jadi lawyer hehehe

    ReplyDelete
  19. Naqeeb;
    Takkan terangkat nya kau akan ckLah ni....




    Eerrr....eh, bukan blog kau le ni Qeeb, jomlah kita balik duulu!
    la..la..la..

    ReplyDelete
  20. errr sekolah kampung macam biasalah campur laki dan perempuan...
    tapi cikgu perempuan yang mengajar tu yang lawo2 hehehehee

    yer dah banyak komputer, maksudnya cuma ada kelab komputerlah tapi saya tak masuk pun kelab komputer tu...
    sbb nak masuk kena bayar yuran... kalau free nak jugak huhuhu


    errr sempoa, saya tak reti guna sempoa... tengok tauke cina guna kat kedai cam terer jer dia... heran juga.......


    aar CkLah mmg cikgu yang hebat... huhuhuhu tersedak lagilah dia malam nih... nasib baik malam nih masih khamis huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  21. tumpang lalu tuan umah huhhuu

    to CkLah...
    mmg takkan termampu untuk mengangkat CkLah yang mmg slim itu wakakakakaaa

    macam tak biasa pulak... blog YB dah biasa kena spam huhuhuhu

    ReplyDelete
  22. ckLah,
    Dua sebab kalau tak terangkat:
    1) tak makan jack
    2) berat sgt - larikkssss

    ckLah lagi,
    Saya ikhlas cakap ni. Terpulanglah mcmana nak menerimanya.

    ReplyDelete
  23. NL,
    Oh ko kerja usha cikgu yg lawo2 tu ya? Nape tak usha student pompuan aje? mesti ada yg cun kan?

    Sekolah anak2 aku pun kena bayar yuran kelab komputer tapi jarang mereka dpt gunakan komputer tu. nasib baik kat rumah ada.

    Aku pun tak terer guna sempoa. Sikit2 bolehlah.

    Org yg hebat tak mahu dirinya digelar hebat hehehe

    ReplyDelete
  24. tak makan jack tu , heheheheheheee

    ReplyDelete
  25. NL,
    kiranya sebab kedua tu lah ngeh3x
    tak baik tau ko ni.

    Betul kata ko tu. Yg selalu suka spam blog aku ni antaranya ko, kts, juliet dan ko lagi hehehe

    ReplyDelete
  26. errr dalam kelas saya pelajar lelaki lebih kurang 10org ajer dan pelajar perempuan 20 org tapi tak ramai yang lawoooo...

    yang paling lawo pulak sepupu sendiri huhuhuhu

    masa tu salu ajer dpat guru perempuan baru! itu yang excited tu hehehe




    YB pun hebat jugek ngeeeeeeeee

    ReplyDelete
  27. Cessss!!! Tak habis lg tu....









    Nak tidurlah.....katil baru wooooo. Katil lama dah patah! Hik..hik..err..sebab dah lama ya! Bukan sebab berat!

    ReplyDelete
  28. Salam YB...

    Semoga semua adik2 dan anak2 kita yg menduduki exam SPM dpt m`jwb dgn tenang dan yakin. Dan semoga diaorg m`dpt keputusan yg cemerlang.
    Kejayaan diaorg amat penting utk menentukan kemajuan negara kita.
    Insya Allah. Aku hanya mendoakan yg baik2 utk semua org.

    Anak tiri aku lagi 2 tahun baru la exam SPM. Dia baru je abis PMR, YB.
    Yg si adik amik UPSR....tunggu jwpn keputusan je. Harap2 sukses la anak2 aku semua ni. Even diaorg bukan aku yg lahirkan, tapi diaorg tetap anak2 aku jua,YB.

    :)

    ReplyDelete
  29. ckLah,
    wah tidur katil baru. Jgn gegarkan kuat sgt nanti patah lagi hehehe

    NL,
    pukul berapa ko tidur malam tadi?

    Zyma,
    Betul tu, kita kena mendoakan yg terbaik utk semua calon kerana masa depan bangsa dan negara terletak di tangan anak2 dan adik2 kita ni.

    Hari keputusan UPSR akan diumumkan. Aku doakan si adik dpt 5A.

    ReplyDelete
  30. tak igt pulak kul baper malam tadi tidur...

    tapi yg pasti YB yang lena dulu.....

    ReplyDelete
  31. NL,
    Senyap aje malam ni. Ko tidur awal jugak ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails