Wednesday, October 21, 2009

Terlepas Peluang

Petang semalam selepas balik dari Klang dan sambil menunggu emak Adam menanam bunga, aku buat satu mug air Milo. Semasa aku sedang membasuh mug itu selepas minum, aku teringat anak pokok mangga yg kami baru tanam di luar pagar. Aku pun isilah mug itu dgn air paip untuk menyiram pokok tu.

Sebaik aku keluar dari pintu belakang emak Adam kebetulan ada berhampiran pintu. Dia senyum. Aku pun balas senyuman dia. (hehehe)

Akupun dengan selamba dog membawa mug itu ke pintu pagar dan menyiram anak pokok mangga dari situ. Adalah dlm jarak 2 m. Zassss

Ini dia anak pokok mangga tu. Perhatikan gate kecik tu. Dari situlah aku curahkan air semalam

"Laa ingatkan abg buatkan air utk sayang," kata isteriku separuh hampa.

"Manalah abg tahu sayang nak minum. Tadi kan tengah sibuk tanam bunga tu?" balasku tersengih2 mcm kerang busuk seolah-olah mencari justifikasi.

Yang sebenarnya aku telah terlepas peluang menggembirakan dia dengan menyediakan air setelah dia penat2 menanam pokok2 bunga di pasu2 yg kami sama2 pindahkan dari rumah lama pada pagi semalam.

33 comments:

  1. selamba dog??

    hahahaha

    kesian dog itu :P

    ReplyDelete
  2. 3, 4 thn nanti dptla merasa buah mangga tu..

    tp klu nak cepat lagi, hari2 ko siram ngan air milo.... minum milo anda jadi sihat dan kuat!!

    hikkkssssss

    ReplyDelete
  3. sape kata peluang ko terlepas??
    belum lagi...

    cuba ko ajak shopping... kompem isteri ko gumbira..

    hihihi

    ReplyDelete
  4. ok ke ko tanam pokok mangga kat situ??
    nanti bila dah besar, susah... akarnya boleh merosakkan lantai rumah..

    errr...
    cepat!!!
    gali balik dan tanam kat tmpt lain!!!

    hikksssss...





    ok... cukup x 4 komen??

    ReplyDelete
  5. Arr... kalu YB kasi air kosong pun musti emak Adam sangat gumbira... Mueheheheheh :D :D

    ReplyDelete
  6. err...memula baca aku ingat ko siram pokok ngan air milo.hihi...

    ReplyDelete
  7. peluang terbuka sepanjang hari ehehehe....

    ReplyDelete
  8. len kali jgn lepas peluang ye yb

    ReplyDelete
  9. len kali jgn lepas peluang ye yb

    ReplyDelete
  10. lain kali buatlah air milo satu jug bukan satu mug...

    ReplyDelete
  11. YB,

    penat tau tanam pokok. sha selalu gak kadang2 tuh buat2 merajuk dengan adik2 bila sha dok tanam pkok dan diorg buat selamba. nasiblah ibu amikkan ait.

    * so...silalah amik air ye! air kosong pon takpe;)

    ReplyDelete
  12. pokok mangga kat luar pagar? kalo dah berbuah nanti bulehlah ku petik,hahahaha.

    Mogok tak payah masak kak lina, mogok, saya menyokong kak lina.

    ReplyDelete
  13. huh...sungguh x ikhlas...siram pokok pun dr jarak 200 ela....
    huhuhuhuh

    syian mak adam.... lansung x perihatin laaa bapak adam nih

    ReplyDelete
  14. Salam YB....

    Patutnya ko buat la barang 1 jag air milo ais.....kasik mak Adam minum. Adam dan ko pun boleh tumpang minum sekaki,kannnn.
    Huhuhuhu....
    :)

    ReplyDelete
  15. peluang datang sekali - tp kadang2 tu lah kita tak kisahkan peluang itu...akhirnya terlepas - jadi bukan rezeki untuk kali ini...he3x

    cari lain kali aje le.....

    ReplyDelete
  16. nnt buah mangga dah masak..pos kat puchong sket ek..hehehe..

    ReplyDelete
  17. kts No 1,
    Kat tempat aku ni banyak dog terutama sebelah malam. Takyah ko nak kesian dgn dog tu sbb silap2 ko yg digigitnya.

    psst - aku dengar ko suka menggigit hehehe

    kts No 2,
    Org yg jual pokok tu kata 2 tahun dah buah. Tapi kalau nak cepat jgn siram dgn milo tapi siram dgn susu. Ko ada susu nak bagi aku kan? ngeh3x

    kts No 3,
    Kalau bawak shopping banyak aku kopak. Milo secawan baru berapa sen hikks

    kts No 4,
    Kat situ oklah sbb jauh dari kawasan rumah aku. Akar mangga bukan mcm akar betik.

    Mana cukup 4 komen. Ko kena balas balik komen aku kat atas tu.

    ReplyDelete
  18. kalu aku pun...misti aku sedehhh bang. hehehehe

    ReplyDelete
  19. syah,
    Aku ingat dia belum habis tanam pokok.

    pB,
    Senyum tu mmg lah ok tapi kalau saya hulur dia air satu cawan bertambah2 ok.

    PenyuBiru,
    Dari aku siram pokok dgn air milo lebih baik aku bagi emak adam air tu hehehe

    ReplyDelete
  20. ONE ZABA,
    mmg aku bancuh lain lepas tu tapi dah takde elemen surprise. Dah tak best huhuhu

    Ms. Lilies,
    Boleh awak bagi contoh2. Awak org perempuan tentu lebih memahami pompuan. Please.

    ~O~,
    oh sudah tentu ngeee

    ReplyDelete
  21. NL,
    Mula2 tu saya aje yg nak minum. Kalau buat satu jug sapa pulak yg nak minum nanti.

    citahrudin,
    ko kesian kat emak adam atau kat aku? hehehe

    Sha,
    Mmg penat tanam pokok. Angkat pasu sebelah pagi smlm pun dah letih.

    Saya terpaksa jaga Adam smlm sbb dia dah bangun. Itulah tak dpt nak tolong ngeh3x.

    ReplyDelete
  22. juliet,
    Haah kat luar pagar kat bekas pokok kipas DBP tu. Ko pun ada jugak parking situ kan.

    Kalau dah buah dan ko nak rasa, bagi tahu aje emak adam. Dia suka sedekah kat org.

    Gara2 ko jadi batu api, malam ni aku makan maggi aje huhuhu

    dcrysz,
    Aku cepat2 keluar dan masuk semula takut adam nak ikut.

    Oklah aku ngaku. Lain kali aku buatkan dia milo ais hehehe

    ReplyDelete
  23. Zyma,
    Masa aku jengah dia sblm aku bancuh milo tu dia sedang sibuk tanam bunga. Tiba2 aje dia muncul masa kau keluar nak jirus pokok mangga tu.

    Nasi dah jadi bubur, opps milo dah jadi air paip hehehe

    sonata,
    Betul kata ko. Itulah sbbnya aku masukkan dlm n3 ni supaya aku beringat lain kali.

    Sesiapa nak ambil pelajaranpun silakan.

    ReplyDelete
  24. DaliaLiyana,
    Bila tiba masa pokok tu berbuah 2 tahun lagi mungkin LRT yg lalu dekat rumah saya ni dah sambung sampai Puchong. Jemputlah dtg sini utk menikmati mangga tu.

    Tijah,
    Aku rasa emak adam tak sedih sgt smlm cuma sedikit terkilan.

    Carlos mesti suami yg baik kerana selalu menggembirakan ko.

    ReplyDelete
  25. OOooOOoo... hari2 minum milo ke... patutlah sihat dan kuat huuuuuuu

    ReplyDelete
  26. NL,
    kalau dikira dari kecik mungkin dan boleh buat tasik air milo tu hehehe

    ReplyDelete
  27. tak perlu tunggu sampai dia habis menanam YB... Kalau YB hulur aje air kosong pun time dia tengah sibuk menanam tu, mesti dia dah cukup happy... :D :D

    ReplyDelete
  28. kena tebus balik tu... sila pikirkan cara lain

    ReplyDelete
  29. ada laa yg 'kering' minggu ni... muwaaahaaaa

    ReplyDelete
  30. syah,
    Saya sibuk main dgn Adam masa tu. Kalau tak jgnkan air minum, nasi goreng saya buatkan wakaka

    ArPeGGiOS,
    Ko ada cadangan yg bernas tak?

    Shifu,
    takkan pasal tu dah nak kering kot ngeh3x

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails