Monday, October 5, 2009

Makan, Makan & Makan

Semalam hari makan2 sedunia - setidak2nya utk kami sekeluarga.

Ianya bermula dgn sarapan pagi cucur udang, kek ikan, tauhu goreng dan timun yg disediakan oleh emak Adam. Belumpun turun sarapan ni kami ke rumah jiran selorong yg mengadakan rumah terbuka. Macam2 makanan ada. Tuan rumah dah naik pangkat jadi pegawai kanan tentera.

Emak Adam sedang mengambil kuah laksa Johor

Balik dari rumah terbuka tu kami bergegas pula ke Taman Titiwangsa utk menghadiri majlis perkahwinan jiran setaman kami yg buat kat sana. Makan lagi.

Emak Adam (bertudung beige) bersama jiran kami (yg baju biru tu) sedang menikmati hidangan di tepi kolam renang

Balik dari majlis ni, kami solat Zohor dulu sebelum ke Shah Alam utk satu lagi majlis kenduri kahwin. Dah tak larat nak makan nasi. Nasib baik ada yong tau foo.

Emak Adam sedang memilih yong tau foo - self serve. Perhatikan perkataan "sedollor" pada khemah tu. Itu maknanya utk sanak saudara lepak2 dan makan minum sampai pecah perut hehehe

Untuk menghilangkan dahaga (dan menambah kalori) disediakan cendol

Pengantin pun teringin juga nak rasa cendol ya

Malam tadi lepas Isyak kami ke dua buah rumah sepupu aku di Taman Melawati. Makan lagi. Habis menziarahi rumah kedua dah pukul 11:45 malam. Dah banyak sangat makan hari ni kami puasa.

Penghargaan: Terima kasih kpd emak Adam yg menjadi model n3 ni walaupun tanpa rela ngeh3x

22 comments:

  1. lihat pada gambar aku dpt satu teori,sebulan pose tuk turun berat badan hanya diganti beberapa hari je beraya,berat badan bertambah kembali.hehe

    ReplyDelete
  2. DAH SAMPAI SHAH ALAM NGAPA TAK CALL? BULEH KASI MAKAN KAMBEN PANGGANG... HAR HAR HAR HAR HAR :P :P :P

    Eh, ter caps plak... Sori sori... kikikikik :P :P

    ReplyDelete
  3. Sabtu dan ahad lepas memang penuh dengan undangan makan. Dah tiga hujung minggu dapur KM tak berasap...Dari pagi sampai ke malam cuba jugak memenuhi undangan orang :)

    ReplyDelete
  4. semalam saya makan sampai mengah... nyesal plaks dibuatnya.. lauk ikan masin :), sendiri yang masak

    ReplyDelete
  5. makan makan dan makan lagi.. hehe

    ReplyDelete
  6. aritu lalu dpn umah yb, mak adam senyum, adakah itu tandanya dia nak jemput masuk makan? kekekekkeke.

    ReplyDelete
  7. rekod raya...
    7 rumah. back to back.

    ReplyDelete
  8. juliet, adakah senyuman kepada bakal madu...? hehehe..

    :P



    .

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. oooooo....makannnzzzzz lagi.
    Hidup utk makan? Atau makan utk Hidup?? Muahahhaa....

    ReplyDelete
  11. ONE ZABA,
    Betul! Kalau dah sakit atau dah kena berpantang, jgn pulak menyesal kerana tak sempat nak makan semasa sihat hehehe

    PenyuBiru,
    Aku rasa itu bukan teori tapi hakikat huhuhu

    pB,
    Jangan lupa minum, minum, minum jugak ngee

    syah,
    Nanti kalau aku pegi rumah sedara yg di Jalan Kebun tu aku call ko. Jgn lupa pulak ko siapkan kamben panggang tu ngeh3x

    ReplyDelete
  12. Na Shari,
    Dah jadi mcm tradisi hidup di bandar. Seminggu lepas raya sampailah habis Syawal ramai yg buat rumah terbuka. Yg buat majlis kawin pun ramai jugak. Hingga tak cukup masa nak pergi semua tempat terutama yg jauh2.

    Untunglah KM boleh cuti masak kalau hujung minggu.

    Mak Su,
    wah bestnya ikan masin. Nak sikit hehehe

    ReplyDelete
  13. zino,
    rezeki murah di Msia ni.

    juliet,
    dah sampai apasal tak masuk. Emak Adam baik tau. Tengok tu tak kenal ko pun dia senyum. Kalau dia tahu itu ko, mesti dia ajak masuk.

    Akmal,
    Bila tu? Mesti dah tak muat perut nak makan.

    Hariraya tahun ni rekod 9 rumah back to back. Ada dua kali mcm tu. Setakat ni dah 36 rumah kami ziarahi.

    tasik,
    tak pasal2 saya kena pukul oleh pakwe juliet karang huhuhu

    ReplyDelete
  14. kalau masa tu ada stok, boleh la nak panggang... kalu takde, YB minum air kosong ajelaa... hihihhihih :P :P :P

    ReplyDelete
  15. sedap sugguh dapat makan selalu...

    bubur pengantin pun best... semnagt dorang makan huhuhuu

    ReplyDelete
  16. ckLah,
    Awak sedang diuji dan semoga awak sekeluarga tabah menghadapinya.

    kakngah,
    bukan femes tapi kalau tak gunakan emak adam sbg model nak gunakan siapa lagi hehehe

    en_me,
    ya makan dan terus makan.

    Zyma,
    Kat Msia hidup utk makan sbb banyak sgt makanan. Kalau tak dimakan membazir hehehe

    ReplyDelete
  17. Rumah yang pertama tuh, rumah makcik saya :)

    ReplyDelete
  18. +a.z.i.e+.
    Oh Puan Saadiah tu makcik azie ya. Hari tu azie ada kat sinilah. Lain kali kalau pergi rumah makcik singgahlah rumah saya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails