Friday, October 9, 2009

Alahai SSP

Semalam petang semasa isteri aku balik dari rumah lama utk mengambil surat2 kami, dia ada mendapat satu surat P&C dari BSN. Setelah dibuka ada ucapan tahniah kerana no sijil simpanan premium emak adam telah memenangi hadiah ke 12 bagi cabutan bulan Sep. Nak tahu apa hadiahnya?

SSP bernilai RM100 yg boleh dituntut di mana2 cawangan BSN dgn membawa surat makluman kemenangan tersebut bersama dokumen pengenalan diri.

Dah bertahun kami beli SSP baru ini emak Adam menang. Takpelah, aku cuba berfikiran positif. Mungkin bulan Okt ini giliran aku pulak menang hadiah yg lebih besar lagi. Mana tahu dapat kereta Mercs atau BMW sebijik hehehe

Sijil yg aku beli semasa bekerja di JB dulu tu entah kat mana aku letakkan. Masa tu Afifah belum lahir lagi tapi sekarang dah Ting 4.

Korang tolong doakan aku menang bulan ni. Nanti bolehlah aku tunjuk gambar aku pegang kunci kereta yg besar gergaji tu kat blog ni ........

26 comments:

  1. doakan utk saya jugak moga dpt pegang keta tu..

    dah bertahun tunggu nie...

    ReplyDelete
  2. sha doakan...semoga berjaya ek!

    *rm100 pun okay gak..leh bwk fam gi minum petang ke, makan kfc ke:)

    ReplyDelete
  3. 100 pun ok juga kalau masuk dalam akaun ana tengah sesak ni...

    ReplyDelete
  4. ameennnnn...

    bolehlah bawak keta baru ke pendang yekkk...

    encik YB, emelkan alamat rumah anda yekkkk...

    rujuk post aku yekkk... :)

    ReplyDelete
  5. aku doakan ko menang SSP bulan oct dan doakan hati ko terbuka tuk hadiahkan kemenangan tersebut pada aku.bleh gitu? hehe...

    ReplyDelete
  6. doa untuk aku sama...

    tak merasa apa pun lagi ni.

    ReplyDelete
  7. huiyoo! bestnyer! tahniah!

    moga2 dapat keta plaks lepas ni :)

    ReplyDelete
  8. kuina,
    ok set. nanti solat jumaat aku doakan kita sama2 menang kereta bulan Okt ni.

    cHeRyNa PiRes,
    semoga doa Sha tu makbul.

    Yg menang RM100 tu emak adam. Bapak adam tak menang lagi dan masih mengharap huhuhu

    Che La,
    Ok sgt tu masa kita tengah sesak ni. Tapi tadi nak pergi pasar sy masih kena bagi duit kat isteri sbb belum claim lagi hadiah tu huhuhu

    cik konfius,
    apa alamat emel ko? Mungkin aku tak perasan. Tapi aku ada bagi alamat emel aku kat komen aku di n3 ehem ehem ko tu ngeeee

    ReplyDelete
  9. ~O~,
    Dah bertahun2 aku simpan sijil2 aku tu pasal percaya aku boleh menang hadiah satu hari nanti. Tapi entah bilalah hari itu akan tiba huwaaaaaaa

    PenyuBiru,
    Ya Allah makbulkan doa bahagian pertama dari doa En Penyu ini. Amin.
    (yg bahagian kedua tu tak payahlah ya hehehehe)

    ONE ZABA,
    aku doakan ko menang lepas aku dpt hadiah aku bulan ni

    Mak Su,
    Hadiah yg maksu dpt dari Era masa nak raya tu lagi besar. Tapi harap ini hanya permulaan ngeh3x

    ReplyDelete
  10. ok. dah dapat esok, aku anggap ko ni adik beradik aku yek...? hehehe...

    :P

    ReplyDelete
  11. Semoga Allah s.w.t. memperkenankan hajat YB itu dan semoga murah hati jugalah incik YB menghadiah sebutir kereta hitam depan rumahnya tu kat aku lepas tu... Amin Ya Rabbal 'Alaminn...

    ReplyDelete
  12. haaa, yer la, saya dah lupa terus pasal ssp saya tu....

    ReplyDelete
  13. mudah2an makbul hajat ko tu YB...
    (sambil bermuke2 buat muke jeles...)
    haha

    ReplyDelete
  14. YB....

    Aku doakan ko dpt pegang kunci tu la ye....kete nyer ko kasik kat aku. Biar aku yg pegang....huhuhu.

    ReplyDelete
  15. tolong doakan aku menang gak eh...

    .
    .
    .


    ihihihi..
    SSP pun takde.. ada hati nak menang....


    nanti klu ko menang, kita kongsi hadiah tu eh :D

    ReplyDelete
  16. pkZahan pernah dapat 'rice cooker', lamaaaa dulu. Saya tak ada SSP pun...sebab memang tak pernah berurusan dengan BSN sejak zaman Universiti 20 tahun yang lalu....

    ReplyDelete
  17. tahniahnyerr wat isteri abang yb tewww.. hmmm, dh lamer tak menang kete merc ghitewww.. ehehe, x tau xperr

    ReplyDelete
  18. tasik,
    skrg ni ko anggap aku apa?
    kansel nak bagi ko alphard sebijik hehehe

    syah,
    semoga makbul doa ko tu walaupun ada niat di sebaliknya.
    Kereta hitam tu ada yg dah kenen aku jadikan kereta sykt utk dia pakai kalau dia masuk sykt aku ngeh3x

    hani,
    Mungkin lepas ni no ssp awak pulak terpilih utk jd pemenang. Masa tu baru nak cari sijil tu hehehe

    Chekgu BH,
    tak baik jeles tau. Aku pun belum menang kereta tu lagi huhuhu

    ReplyDelete
  19. Zyma,
    Ko nak pegang kereta banyak2 pun nak buat apa? Aku nak buat kereta sykt sbb staff aku kena travel merata. Aku lagilah jauh berjalan.

    kts,
    duit raya yg ko dpt tu bolehlah belikan SSP. Baru ada can nak menang.

    Nak kongsi mcmana tu? Kalau setakat ko nak tumpang pergi outstation no problem. Pergi kerja ko bukan naik kereta hehehe

    ckLah,
    Kalau hadiah rice cooker tu mesti no SSP Pak Zahan 6 atau 7 angka aje mcm SSP saya. Skrg dah 10 angka atau lebih.

    Oh lama awak tak pergi BSN ya. Dulu teller dia ramai yg cun. Skrg dah biasa aje hehehe

    en_me,
    tq bagi pihak emak Adam.
    nanti bila dpt mercs tu saya bagi tahu en_me.

    ReplyDelete
  20. aku doa kan....tp jgn lupakan kwn2...kurang2kan pos le koci sebungkus okeh

    ReplyDelete
  21. A`ah kan.....aku nak buat menatang apa ekkkk kalau pegang kete byk2....yg dua ekor aku bela tu pun tak larat nak cuci, kasik minum RON97......mana lagi nak pam angin.
    Setakat ni aku hanya mampu bela 2 ekor tu je (Cik VIOS dgn Cik Kancil).....tu pun boleh demam panas dan kancing gigi woooo..

    :)

    ReplyDelete
  22. INTAN,
    Ko punya pasal mana boleh lupa walaupun lamanya ko bercuti blogging huhuhu.

    Dah lama aku tak makan koci pasal yg mengopeknya berehat hehehehe

    Zyma,
    Eloklah ko bela yg 2 ekor tu baik2. Ko masih bagi mereka minum RON97? Aku punya minum RON95 aje pasal kebnykan stesen tak jual RON97. Mengelat betul.

    ReplyDelete
  23. lama juga nak tunggu menang...
    dapat rm 100 kira duita raya lah tu huhuhuh

    buleh pi makan2 whoaaa best...

    ReplyDelete
  24. Kekadang 2 ekor tu minum RON97... tapi Ringgit M`sia aku lari bajet la....
    Kalau aku rasa nak bagi minum RON95, tgk keadaan la. Huhuhu....
    Kekadang aku ni "Tuan Tanah Kedaung" gak dgn 2 ekor tu.
    Huhuhuu.....

    ReplyDelete
  25. doakan semua kat sini dpt menang..amin

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails