Thursday, October 8, 2009

1 Down More To Go

Semalam aku ke tapak projek di Saujana Utama, Sg Buloh kerana ada lawatan tapak oleh pegawai dari Jabatan Bangunan, PBT yg mentadbir daerah ini. Aku membawa staff baru aku tu sekali utk memberi dia pendedahan. Aku sampai sebelum pukul 10 pagi kerana menurut pegawai tersebut dia akan melawat tapak kami pada pukul 10 pg. Semasa kami tiba, hanya ada wakil kontraktor di situ. Wakil dari PMC (direct client aku) belum kelihatan. Wakil sykt minyak mmg tak datang kerana mereka telah outsource kan tugas ini.

Ini merupakan projek pertama yg sykt aku laksanakan tahun ini setelah aku mengambil alih pengurusan sykt tersebut pada Feb lepas. Pelan bangunan dan pelan2 lain yg berkaitan telah dimajukan kpd PBT pada Mac lepas dan setelah hampir 7 bulan inilah hasilnya.

Bangunan stesen yg telah siap dan menunggu kelulusan CCC sebelum boleh beroperasi

Untuk mendapatkan CCC (sebelum ini dikenali sbg Sijil Layak Menduduki atau CFO) kami perlu mengemukakan borang G1 -G21. Sebahagian besar borang tersebut mensyaratkan mendapat sokongan dari pihak2 berwajib seperti IWK, Bomba, Syabas, TNB, Telekom, JKR dan jabatan2 di dalam PBT sendiri spt jabatan kejuruteraan, bangunan, landskap dan perancang.

Bukan satu tugas yg mudah utk memastikan pemeriksaan dapat dijalankan dan yg lebih penting surat sokongan dikeluarkan. Itulah tugas utama sykt aku. Kami diberi masa hanya 4 minggu dari stesen ini siap dibina (CPC) utk mendapatkan CCC. Kalau lambat bayaran kami akan dipotong huhuhu. Bagaimanapun utk stesen ini kami diberi kurang daripada 4 minggu kerana telah berlaku kelewatan dlm pembinaan tetapi pihak pengurusan masih mahu mengekalkan tarikh stesen dibuka. Punyalah tak aci. Org lain buat hal, kami yg kena tekan. Tapi takpe. Saya sukakan cabaran. Macamana nak mencapai objektif separuh gila ni? Mulakan pemeriksaan sebelum stesen ini siap sepenuhnya! Kena pandai ayat supaya pihak berkuasa mahu datang melakukan pemeriksaan. Sudah tentu bagi kerja yg belum siap, spt landskap janganlah panggil pihak berkuasa ni. Buat kena 'sembur' percuma aje. Jadi sebelum aku kena sembur, aku suruh wakil PMC sembur dulu kontraktor landskap yg datang terhegeh2 semalam semasa kami menunggu pegawai Jab Bangunan. Sepatutnya dia dah mula tanam pokok2 ini Khamis lepas. Kalau susah2 sgt, biar aku aje yg jadi kontraktor landskap ngeh3x

Pihak pemaju sedang menurap jalan. Janji nak disiapkan sebelum Raya hari tu huhuhu

Kakitangan TNB sedang memasang meter. Mulai semalam stesen ini dah ada bekalan elektrik

Telefon punya telefon dan tunggu punya tunggu akhirnya pegawai Jab Bangunan yg sepatutnya tiba pukul 10 pagi, tiba di tapak pukul 12:30 tgh. Beliau telah singgah ke tapak projek lain dulu. Ini bukan perkara baru. Apapun, satu pemeriksaan dari berbelas2 telah selesai semalam. Lebih banyak pemeriksaan akan dijalankan minggu depan terutama pada hari Isnin akan datang.

Dan ini merupakan satu projek dari beberapa projek lagi yg sykt aku kendalikan. Prestasi mendapatkan CCC dalam tempoh yg singkat akan memberi keyakinan utk klien kami memberi lebih banyak projek lagi.

psst - kelulusan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan Pelan Kerjatanah diperolehi hanya dalam masa 2 bulan lebih. Rekod terpantas bagi sebarang projek Shell tahun ini.

39 comments:

  1. Semoga Allah permudahkan segalanya...Amin

    ReplyDelete
  2. aci aci buka pintu hehe..

    bila sebut jabatan bangunan teringat dulu zino bertugas di sana lebih kuranh 4 tahun .. maybe juga pernah periksa projek YB kot hehe..

    memang banyak cabaran tu.. semuga segalanya dapat di atasi .. inshaallah..

    ReplyDelete
  3. Na Shari,
    Amin. Terima kasih di atas doa awak itu.

    ReplyDelete
  4. itu la sebahgian drpd keja saya jgk.. penat berurusan dgn PBT nie tp mencabar la...

    pernah dpt sokongan tanpa final inspection tau.. hahaha.. jgn kasi tau org lain..

    ReplyDelete
  5. zino,
    Lain kali saya kena bawak parang kontot agaknya utk kejar 'hantu2' yg lambat ni.

    Mungkin juga Zino pernah periksa projek saya. Tapi kadang2 saya suruh jurutera saya saja yg handle kalau takde masalah besar. Itu yg mungkin tak jumpa Zino tu huhuhu.

    Sykt saya skrg lebih tertumpa kpd beberapa PBT di Selangor aje. DBKL kami tak terlibat.

    ReplyDelete
  6. kuina,
    Mmg mencabar terutama kesabaran kita. Kalau kena gaya dpt ramai kawan baru kat PBT tu. Tapi kalau silap haribulan dpt 'musuh' baru pulak huhuhu

    Kira awak tererlah dpt surat sokongan tanpa final inspection. Itupun yg saya nak buat ni. Semalam clear G1 -G3. Kalau ikut dia kena dtg buat final inspection. Tapi tengah nak ayat kawan saya tu hehehe

    ReplyDelete
  7. ONE ZABA,
    ish tk baik rasuah. Kalau setakat belanja makan ok lah

    ReplyDelete
  8. ngeh..ngeh...

    saya tumpang sengeh ngan komen ONE ZABA .

    ReplyDelete
  9. LiNda,
    Gejala 'itu' masih belum dpt dibenteras sepenuhnya. Itulah sbbnya lambat kita nak maju huhuhu

    omaQ,
    Terima kasih kerana sudi singgah.

    ReplyDelete
  10. agak-agak kalau dah settle suma, YB buleh dapat isi minyak free tak kat situ?? atau dapat diskaun ke?? kalau dapat, saya pun nak join buat lah... har har har har :P :P

    ReplyDelete
  11. syah,
    Jgn haraplah. Paling kuat dealer tu bagi free air mineral sebotol huhuhu

    ReplyDelete
  12. selamat berjaya abg yb ittewww..

    ReplyDelete
  13. en_me,
    TQ. Saya mencari kejayaan dunia dan akhirat. Di stesen ini disediakan surau berasingan utk lelaki dan wanita yg boleh memuatkan 10 org jemaah. Hampir kesemua stesen Shell ada surau sebegini sejak saya masih dgn sykt itu lagi.

    ~O~,
    TQ juga. Tghari ini kami nak mengemukakan pelan bangunan dan permohonan kerja2 awalan utk sebuah projek di Klang pulak.

    ReplyDelete
  14. err..bila stesen ni nak bukak? kebiasaanya, 1st day bukak tentu diorang bagi minyak petrol free atau hadiah misteri.hehe..

    ReplyDelete
  15. PenyuBiru,
    Target nak buka awal Dis. Nanti aku bagitahu exact date bila semua dah settle.

    Samada dpt minyak free atau hadiah misteri bergantung kpd dealer tu ngeh3x

    ReplyDelete
  16. selamber uncle..bila lagi nak kerja bawah tekanan kan?
    apa-apa pun, moga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  17. zaren,
    Uncle dah biasa kerja mcm tu. Dulu uncle di pihak client hehehe

    ReplyDelete
  18. OZ.. kita tak main sistem hulur ya... yg penting KEPERCAYAAN... Bila kepercayyan tu ada senang urusan kita.. org kata dah ada Link.

    buknkh stesn kulit kerang juru sy dpt dlm 3 bulan ...

    ReplyDelete
  19. kuina,
    Saya tak kata awak main sistem hulur. Professional fee yg sykt kulit kerang bagi yg ciput tu mana cukup nak hulur sana hulur sini.

    Saya tahu awak dah dpt kepercayaan pihak berkuasa spt MPSP. Tapi MPPP jgn main2 ooh. Kadang2 setahun pun tak dapat CFO lagi huhuhu

    ReplyDelete
  20. berat jugak kerjanya tu... moga sentiasa sukses utk yb, aminn

    p/s: saya ni baca peta pun tak pandai, camneler nak buat kerja kontraktor, ahaks

    ReplyDelete
  21. air mineral jaa sebotol?? Err... kalau mintak up milo ke, jus oren ke, agak-agak boleh tak?? Har har har har :P :P

    Aumm... sensitif wooo cerita sistem hulur-hulur nih...

    ReplyDelete
  22. semoga YB akan terus dapat projek, insyaAllah...

    * kagum dengan ketekunan anda:)

    ReplyDelete
  23. ONE ZABA,
    Aku tak marah kerana pesepsi sbhgn dari masyarakat mmg macam tu. Ko tak keseorgan dlm hal ini ahaks.

    Mak Su,
    Mmg mencabar kerja ni. Mujur saya dah ada bnyk pengalaman dan kontek yg boleh sy gunakan sbg sandaran.

    Kelebihan Maksu dlm hal lain. Jadi tak perlu rasa rendah diri dlm hal ini.

    ReplyDelete
  24. syah,
    Itu semua bergantung kpd dealer stesen ni. Ada dealer yg bagi hamper kpd pelanggan pertama dan air mineral kpd pelanggan lain di hari pembukaan.

    Kalau aku yg jadi dealer aku bagi bukan setakat milo atau oren juz, aku suruh org ramai ambik apa saja yg ada kat kedai tu. Buat stail Abd Wahub. Lepas sehari lingkup kedai wakaka

    cHeRyNa PiReS,
    Terima kasih atas doa awak dan semoga makbul. Bukan senang nak cari rezeki utk keluarga huhuhu

    Saya ni mana ada tekun sgt. Kalau betul2 tekun bekerja mesti tak sempat nak blogging muahaha

    ReplyDelete
  25. 30....eh 31- akhirnya sampai giliran ku....


    Bekerja dalam santai....tenang...sabar...jujur...dan ikhlas untuk keluarga, dan mereka yang berhak.


    Allah al kafi....
    Allah yang bersifat 'mencukupkan'...memberi dan memberkati...

    ReplyDelete
  26. patutnya landscape tu ko sub kat aku je! sabo - sabo aje le...bukan senang nak senang....

    ReplyDelete
  27. nanti dah siap bagi YB tijah datang potong reben yer bang?

    ReplyDelete
  28. Salam YB....

    Aku curik2 guna tenet jap...
    Tak tahan la tak tgk n3 kengkwan.
    Kepala berat giler....

    **Keje tanpa rasuah adalah keje yg diredhai oleh-Nya. :)

    ReplyDelete
  29. byk yg aku kurang paham, kurang arif, kurang cekap... err.. semua ni bisa memeningkan aku...

    oleh itu, tak jadi aku apply kerja ngan ko... kensel eh... :)

    ReplyDelete
  30. ckLah,
    pandai awak mengambil kesempatan dlm kesempitan waktu hehehe

    ckLah lagi,
    yg tu no 30 lah bukan 29. Tapi yg mula2 tadi no 29.

    ckLah lagila,
    Terima kasih atas tips itu. InsyaAllah kerja akan menjadi satu amal.

    ReplyDelete
  31. sonata,
    Bukan aku yg jaga perlantikan sub kon. Kerja aku memastikan pemeriksaan berjalan lancar dan surat sokongan serta CCC dpt dlm masa yg ditetapkan oleh klien.

    Takpe ada projek lain yg aku tengah tender. Boleh runding nak buat landskap kalau aku dpt projek tu.

    Tijah,
    ok nanti aku bagi tahu kat Dato Mohzani, MD Shell tu.

    ReplyDelete
  32. Zyma,
    Kiranya ko dah masuk kategori blogger tegar. Welcome to the prestigious club hehehe

    Hapuskan rasuah, hidup merdeka.

    kts,
    aku bukan suruh ko jadi runner kalau ko kerja dgn aku. Ko kata nak buat kerja yg satu lagi tu! ahaks

    Minggu depan jadi ke nak interview?

    ReplyDelete
  33. nanti saya tolong tanamkan pokok bunga tahi ayam....

    rasanya sesuai untuk landskap stesn tu huhuhuh


    kalau tanam pokok buah2an kang berebut pulak nanti....

    ReplyDelete
  34. kagumnye!! KM, Pelan Bangunan, kerja tanah bole lulus cepat!

    selalu nye terhegeh2 nak bagi lulus

    psst... ape name kontraktor landskap tu??
    meh sini sy tolong 'basuh' suh cepat sket wat keje.. heh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails