Saturday, September 26, 2009

Statistik Beraya di Kampung

3 Hari 2 Malam
21 buah rumah
4 daerah di Selangor
444 km perjalanan (tak masuk jalan kaki keliling kampung di dini hari)
1 matlamat - merapatkan silaturahim


Haikal dan Haizam berserta ayah mereka meniti permatang di sawah milik abg kpd datuk Adam di Sekinchan (gambar ihsan dari Hazwan)

29 comments:

  1. Laporan raya paling lengkap dan detail abad ini...






    Hiksss...

    ReplyDelete
  2. Tengok imej yang dirakam Hazwan...itu bukan separuh profesional lagi tu. Dah macam amatur....

    Sebuah imej pegun...yang berjiwa. Ada cerita yang boleh dibaca didalamnya (komen dari bekas pelajar fotografi yang dah pencen)

    ReplyDelete
  3. ckLah,
    Nak citer berjela2 kesian org nak baca. Semua sibuk nak beraya lagi.

    ckLah lagi,
    Lepas tengok gambar yg dia ambil terus rasa malu tempek gambar2 yg saya ambil guna kamera cap ayam saya.

    Apa cerita yg awak boleh baca di dlm gambar tu? Kongsilah dgn kami.

    ReplyDelete
  4. Errr....ngape aku terasa ni?





    Ha..ha..ha..

    ReplyDelete
  5. tlamat yg baik... tulus ikhlas suci... akan mendapat berkat..

    mengalahkan statistik kemalangan nie...

    ReplyDelete
  6. bilangan rumah cukupkan ke 44....
    jangan guna kenderaan - tu dah cukup km nya...ko perabiskan mana rumah2 yang ada....

    ReplyDelete
  7. aa ar betul kata Cklah... ada jiwa ada cerita ada kisahnya....

    langit unggu... yang sayu....
    kelapa nan sebatang...
    perjalanan yg jauh.... hmmmm

    ReplyDelete
  8. mau nyer tak cantik gambar! dia guna Nikon D80.... oh...

    bilakah aku dapat memilikkinya hehehehehehehee

    ReplyDelete
  9. ckLah lagi & lagi,
    Mahu awak tak terasa? Kan awak berjiwa sensitif

    kuina,
    Tujuan berziarah mesti jelas baru tak sia2.

    Hari2 dok tengok statistik ops sikap, terpanggil nak buat sendiri punya lak hehehe

    sonata,
    Bnyk rumah tak sempat pegi. Ada tu org nya pulak takde kat rumah (tak masuk dlm statistik saya).
    Mungkin kena balik kg sekali lagi.

    Hari ni ada 2 jemputan kawin termasuk di Sban. Lepas tu nak pulun ziarah sedara mara saya pulak.

    ReplyDelete
  10. NL,
    Ko juga berjiwa halus. Membaca komen ko lantas aku teringat org2 tua di kg yg ditinggalkan anak2 yg merantau. Laksana nyior nan sebtg tu.

    NL lagi,
    Itu kamera Hazwan. Aku punya cap ayam aje huhuhu

    ReplyDelete
  11. tengoklah cikgu saya sapa.... kalau tak CkLah huhuhuhuhu



    a'ar macam dalam berita tv tu...

    ReplyDelete
  12. NL,
    Sejak bila ko jadi anak murid ckLah? Aku pun nak ikut ko lah kalau mcm tu.

    Pandai ko mentafsir.

    ReplyDelete
  13. Ya murid-murid...
    Bangun...sila berbaris kat luar..



    ha..ha..ha..tak jadi nak slow down...ada orang sebut-sebut nama ckLah ni..

    ReplyDelete
  14. itulah yang mahal tuh...raya dengan pemandangan yg cantik. sha suka betul area sekinchan tuh...slalu bila surfing, taip sekinchan, mesti jumpa gambo sawah...sangat cantikkk!!!

    * nieh gambo time siang ke malam ye?
    (kena tanya hazwan ke?)

    ReplyDelete
  15. ckLah,
    Suruh berbaris ni nak bagi duit raya ke?

    psst - pecal tu jgn habiskan. Cakap kat murid2 pompuan tu murid2 lelaki pun nak rasa jugak ahaks.

    Bagus jgn slow down. Takde speedtrap kat blog saya ni. Sikit lagi awak jadi top komentor lah.

    cHeRyNa PiReS
    Biar cuma satu gambar asalkan sedap mata memandang. Gambar sblm ni mcm apa entah huhuhu.

    Ko tahu Sekinchan jugak? Tak ramai yg pernah dengar tempat tu. Shin Chan kartun jepun tu org kenallah hehehe

    Ini gambar siang - dlm pukul 5:30 ptg. Saja dihitam putihkan.

    ReplyDelete
  16. YB...
    masa di Kedah dulu, byklah pemandangan spt ini...syahdunya!

    Yang seronoknya - jalan-jalan hari raya tu...

    ReplyDelete
  17. Salam. Hebat demo mengalahkan statistik bukit aman

    ReplyDelete
  18. ragbar,
    Awak pernah mengajar di Kedah ya? Bila nampak pemandangan spt ni baru terasa suasana kampung yg ori.

    Ada org mengaku balik kg tapi sebenarnya balik ke taman perumahan yg di luar Lembah Klang aje. Lebih baik balik Kg Datuk Keramat mcm saya ni - ada juga nama kampung ngeh3x

    abu muaz,
    Wsalam.
    Terima kasih atas pujian. Saya sedang kumpulkan statistik utk seluruh musim raya kali ni.

    Baru balik dari rumah ke30 raya ni sekejap tadi hehehe

    ReplyDelete
  19. Nawaitu yg murni....teruskan. Aku sokong ko,YB.

    ERATkan SILATURAHIM. Yg jauh kita dekatkan, yg dekatkan kita rapatkan, yg rapat kita mesrakan, yg mesra kita mintak duit raya lebih....huhuhuhu.

    **Huhuhuu....aku masih di tangga yg ke-3. CkLah dan Teja mmg PENGOMEN TEGAR lagi KETEGAQ!!!! :)

    ReplyDelete
  20. ooOO kena beratur nak dapatkan duit raya CkLah... kalau gitu saya paling depan sbb saya paling rendah...

    mesti dpt yg paling byk huhuhhuuu


    rasanya dari dulu lagi YB nak jadi murid CkLah... takkan tak dapat lagi ngeeee

    ReplyDelete
  21. Zyma,
    Yg mesra kita mintak duit raya lebih. Aku nak minta duit raya utk Adam lebih sikit dari ko boleh kan sbb kita kira dah mesra kan? Bisnes ko sblm raya pun masyuk hehehe

    Ko dgn teja dah seri cuma ko perlukan 2 lagi komen utk menyamai bilangan komen ckLah. Caiyok, caiyok.

    NL,
    ckLah tak kira tinggi atau rendah utk bagi duit raya. Betul tak ckLah.

    Aku dah lama daftar nak jadi murid dia tapi dia risau aku kacau anak murid dia yg semuanya pompuan tu huhuhu

    chekgu BH,
    Semalam aku dengar ceramah kata antara sbb utk menarik rahmat Allah ialah menyambung silaturahim. Semoga kita semua mendapat rahmatNya.

    ReplyDelete
  22. tengok gambar sawah, aku teringat zaman aku kecik2 main kat tengah sawah.........

    ReplyDelete
  23. betul betul abang yb itteww.. yg jauh kita dekatkan.. yg dekat, kita rapat2 kann kannns.. ehehe

    ReplyDelete
  24. YB.....

    Aku tgh gila kuasa utk konker blog "Yunus Badawi" nihhh.
    Aku cuba nak jadi pengomen yg TEGAR dan KETEGAQ ni.

    **Nanti aku sediakan hadiah utk diri sendiri.....tgh motivate diri sendiri ni nk jadi pengomen TEGAR lagi KETEGAQ.

    Caiyok...caiyok

    ReplyDelete
  25. kakpah,
    Kg kakpah ada sawah ke lagi sekarang? Saya nk ke Serting kejap lagi. Boleh singgah sana kalau ada org kat kampung kakpah hehehe

    en_me,
    Kalau tak buat mcm ni, anak2 saya mungkin tak kenal dua atau tiga pupu mereka.

    zyma,
    Aku tabik kesungguhan ko ni. Bila ko cakap nak sediakan hadiah utk diri ko sendiri, aku pulak rasa malu. Ko tolong emel aku yunus.badawi@gmail.com

    Sekali lagi aku doakan ko berjaya menjadi pengomen no1 bulan ni walaupun saingan dari yg lain mula datang setelah mereka balik dari cuti.

    ReplyDelete
  26. YB....
    Nampak gayanye aku kene buat senaman jari-jemari supaya kuat typing utk komen di blog "Yunus Badawi" ni....

    :) Nanti ku e-mailkan ke e-mail ko ye. :)

    ReplyDelete
  27. Salam YB
    Wow...ini baru betul semangat Raya...merapatkan Sillaturrahim...
    Tak lembut lutut ke?

    ReplyDelete
  28. zyma,
    Saloon ko ada menawarkan senaman utk jari jemari tak? Apakata ko tambah bidang perkhidmatan yg ko tawarkan.

    Aku tunggu emel ko.

    hazeleyed,
    Wsalam.
    Kita kenalah buat perubahan.
    Lutut aku tak lembut tapi lutu emak Adamlah yg mahu lembut sbb dia yg banyak kena buat kerja hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails