Wednesday, August 19, 2009

Pokokku Mula Berbuah

Dah lebih 6 bulan sejak aku memulakan usaha bekerja sendiri. Dalam tempoh itu tiada lagi gaji di hujung bulan spt masa aku kerja makan gaji dulu huhuhu.

Kerja yg aku lakukan sekarang pula bukan boleh lihat hasilnya dlm masa sekejap. Aku pernah bandingkan usaha aku ini laksana petani atau peladang yg menanam benih. Berbulan2 malah bertahun2 baru mendapat hasilnya. Ini bukan mcm makcik yg menjual kuih atau nasi lemak.

Kalau calang2 org mesti dah give up. Mujurlah isteri aku dan anak2 faham keadaan aku.

Tapi alhamdulillah sebahagian daripada projek yg aku jalankan telah mula menampakkan hasil. Salah satunya ialah sbg pengurus projek bagi sykt PMC yg menjalankan projek utk sykt tempat aku kerja dulu. Tugas aku memastikan permohonan pelan membina stesen minyak mereka berjalan lancar. Projek pertama aku di sebuah daerah di Selangor telah mendapat kelulusan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan, Kerja Tanah dan Infrastuktur dan landskap dalam tempoh kurang 3 bulan dari tarikh pelan dikemukan kpd PBT. Satu pencapaian yg boleh dibanggakan.

Stesen tersebut sedang dlm pembinaan. Di bawah ini gambar2 yg diambil semasa aku menghadiri mesyuarat tapak semalam.

Pandangan dari luar tapak

Pandangan dari tepi

Sebelah belakang stesen. Terdapat tembok penahan konkrit.

Keseluruhan projek dijangka siap selepas Hari Raya. Tugas aku seterusnya memastikan pemeriksaan oleh pihak berwajib berjalan lancar dan seterusnya mendapatkan sokongan mereka utk CCC (yg menggantikan CFO). Lepas itu aku kena pula mendapatkan sokongan pihak2 terlibat bagi memastikan stesen ini dibuka mengikut jadual.

Projek2 aku yg lain tu akan mengambil masa 1 - 2 tahun lagi sebelum boleh mendatangkan hasil. Doakan aku diberi kekuatan utk menghadapi ini semua.

31 comments:

  1. ada kepuasan kan kalau berniaga sendiri

    bukan semua org berpeluang

    ReplyDelete
  2. Salam YB.. InsyaAllah mudah mudahan dgn berkat kedatangan ramadhan ni, semakin bertambah rezeki/projeknya nanti.. mudah mudahan.

    ReplyDelete
  3. Salam YB..,

    Yup ! disaat ini, sokongan dan dorongan dari keluarga yang paling penting .

    And.. saya juga mndoakan yg baik dan terbaik utk YB. Salam Ramadhani.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.....
    Demi rezeki anak-anak...

    ReplyDelete
  5. sekali tuai hasil...cukup makan 2-3 tahun kut...

    ReplyDelete
  6. kapten,
    Kepuasan dtg dlm berbagai bentuk:
    1) dpt kenal ramai org yg kalau tidak mungkin tak akan pernah jumpa
    2) dpt membuat perkara yg tak pernah aku buat sebelum ini. Ada tu langsung tak pernah terlintas di fikiran
    3)mempelajari perkara2 baru dlm hidup. Banyak benda rupanya yg aku tak tahu sebelum ini tapi org lain dah lama berkecimpung atau terlibat
    4)mendapat hasil yg diharapkan

    Cukuplah kot. Dah mcm n3 baru pulak panjangnya hehehe

    Zaidon,
    Wsalam. Semoga dgn kedatangan Ramadhan ini membawa berkat kpd kita semua. Terima kasih di atas doa awak tu.

    LiNda,
    Ya sokongan dan dorongan dari mereka yg menjadi pembakar semangat utk terus berusaha. Hatta pekerjaan apa sekalipun tanpa sokongan keluarga kita rasa usaha gigih kita tak bermakna.

    Terima kasih kpd LiNda atas doa awak. Saya juga doakan awak yg terbaik.

    ckLah,
    Alhamdulillah rezeki anak2. Anak2 saya ramai kenalah kerja kuat hehehe

    ONE ZABA,
    Yg kali ini kira tanaman kontang. Cukup buat 'bubur' aje ngeh3x

    ReplyDelete
  7. tahniah YB, ko buat la projek tu leklok... pastikan projek tu ko jgn buat kat atas tanah aku... muahahaha!

    ReplyDelete
  8. tahniah YB
    ada usaha, pasti ada kejayaan
    cepat atau lambat...

    ReplyDelete
  9. Salam
    tahniah YB...setiap usaha pasti ada kejayaan...
    Salam ramadhan al mubarak

    ReplyDelete
  10. Teja,
    Terima kasih. Aku buat yg terbaiklah ni. Sekarang kejayaan mendapatkan kelulusan sebegitu cepat utk projek ni telah menjadi perbualan ramai hehehe

    Bukan kat tanah ko lah walaupun dlm daerah yg sama dgn rumah emakbapa ko ngeh3x

    Rozita,
    Terima kasih. Claim dah hantar tapi bayaran kena tunggu 45 hari. Lepas raya lah nampaknya huhuhu

    ~O~,
    Wsalam. Ini baru usaha permulaan. Banyak lagi yg perlu aku usahakan.

    ReplyDelete
  11. wat stsen minyak nie seronok sbb design standard.. infra aja ubah sikit2... pas2 3 4 bulan siap.. 2tup buku.

    apapun gud luck... rezeki tak dtng bergolek2 kan.

    ReplyDelete
  12. aku yakin, ko satu family bleh punyaaaa...

    chaiyok ok!!!

    ReplyDelete
  13. kuIna,
    Kalau dpt tanah yg agak rata senanglah. Tapi dulu masa saya, kami pernah menimbus lombong, mengalih sungai, memaku bukit dan merentas lembah kerana nak dpt site yg strategik. Nak tarik utiliti pun jauh giler.

    Anyway, construction was not the major challenge. It was the approval process! Thats why they engage management agent like me to expedite the approval hehehe

    cik konfius,
    Aku takkan sia2kan kepercayaan ko tu - fulamak.

    ReplyDelete
  14. lainkali kalo jumpa PBT sebut nama saya, mesti dorang sain terus,ekekekekeke.

    jangan lupa bayar zakat nanti kalo dah dapat hasil. psttt: saya layak terima zakat ke?hahahahha.

    ReplyDelete
  15. klu ko tanam pokok durian, 5 tahun baru berbuah tau...

    pokok apa yg ko tanam ni??
    nanti boleh la aku merasa buahnya.. :D hikhikhik


    selamat menyambut ramadhan

    maaf zahir dan BATIN... hiksssss

    ReplyDelete
  16. mau 4 tahun goyang kaki pas nih.... he he.


    .

    ReplyDelete
  17. salam abg yb ittewww.. n selamat menyambut awal ramadhann

    ReplyDelete
  18. insyaallah bakal berjaya jua akhirnya....

    salam ramadhan!

    ReplyDelete
  19. whoaaaa dah mula berbuah mesti lebat buahya huhuhuhuhuhuhu


    bubur pun best juga...



    nanti saya pi buat checking untuk sistem keselamatan pulak merangkap pegawai bomba huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  20. emmmm... dah berbuah eii... esok2 bila dah ranum kena wat karnival makan buah ni.... hehehe

    masih makan kangkung.... hehehe

    ReplyDelete
  21. emmmm... dah berbuah eii... esok2 bila dah ranum kena wat karnival makan buah ni.... hehehe

    masih makan kangkung.... hehehe

    ReplyDelete
  22. juliet,
    Kat PBT nama aku boleh jual nama ko - MPK, MPKj, MBSA atau MDKS? Boleh sebut Juliet aje atau kena bagi tahu nama ko yg sebenarnya? ahaks

    InsyaAllah aku takkan lupa bayar zakar jika cukut syarat2nya.

    Tak tahu pulak aku ko masuk asnaf yg mana?


    kts,
    Tu durian D berapa?
    Aku tanam pokok duit hehehe
    Ada yg cepat berbuah - 6 bulan jugaklah dan ada yg lambat sampai 2 tahun huhuhu. Jgn tak berbuah sudahlah.

    Selamat menyambut Ramadan dan memperbanyakan amal. Jgn nakal2 tau. hehehe

    tasik,
    Aku masih kena kerja sbb anak aku ramai yg masih bersekolah. Adam belum setahun.
    Kalau aku jadi tukang jahit mungkin aku kerja goyang kaki hehehe

    ReplyDelete
  23. en_me,
    Salam ramadan dan semoga diberikan kita kekuatan utk berpuasa di siang hari dan berterawih di malamnya di samping amalan2 lain.

    NL,
    Pokok yg berbuah ni kecik aje. Jadi tak cukup menampung perbelanjaan kami.

    Ko pun suka bubur jugak ke? Makanan org takde gigi dan org yg sedang sakit ngeh3x

    Ko kerja bomba ke? Bolehlah tolong aku dpt sokongan CCC dan pink form.

    psst - aku setiap tahun mesti ada majlis berbuka dgn Pengarah Bomba negeri sebelum ni. Dia dah pindah ke tempat lain. Tak dptlah berbuka dgn dia lagi huhuhu

    ReplyDelete
  24. Shifu,
    Buah buang buruk kata org. Pokok ni kena tanam banyak2 kalau nak buat karnival. Setakat 2-3 btg nak makan sekeluarga pun tak cukup huhuhu

    Makan kangkung terutama yg ditanam sendiri sgtlah sedap. Terliur aku malam2 ni

    ReplyDelete
  25. Arr... bleh ar tumpang makan buah pasnih... hohohohohoh :P :P

    InsyaAllah... Ada usaha, pasti berjaya... Aminnnn... :D :D

    ReplyDelete
  26. selamat bposa, berterawih dan bangun sahur utk ko...

    ReplyDelete
  27. kalau pokok dah berbuah lebat sampai tak terhabis makan YB sekeluarga jangan lupa agihkan pada kawan-kawan.

    selamat berpuasa untuk YB sekeluarga

    ReplyDelete
  28. dah lama tak hapdet.. hehe..

    selamat bersahur dan selamat berposa ye en YB iteww.. ;p

    ReplyDelete
  29. syah,
    Hasil pertama ni dpt lepas raya nanti. Sikit aje - nak tampung kos pun tak cukup sebenarnya tapi alhamdulillah dah mula berhasil. Yg lain tu bertahun2 lagi huhuhu.

    Setakat belanja kawan2 insyaAllah tak jadi hal utk merapatkan silaturahim. Aku ingat nak sponsor majlis berbuka kat surau tempat aku ni bersama jiran2 lain. Nanti aku jemput korang semua.

    INTAN,
    ucapan yg sama utk ko. Semoga ko diberi kekuatan yg lebih kali ini sbb ko dah berbadan dua.

    ArPeGGiOS,
    insyaAllah aku tak lupa.
    Selamat berpuasa kpd ko sekeluarga.

    Jard,
    Lama tak hapdet sbb aku tak tahu guna hp mcm ko ahaks. Dah lah tu hp aku cap ayam aje huhuhu.

    Ko sahur kat rumah atau kedai mamak Jard?

    ReplyDelete
  30. yeahhh bubur beras merah dan bubur kacang i likeeeeeeeee hehehehe


    errrr saya bukan kerja bomba tapi setakat nak pasang CCTV tu buleh ajer.... dan pink form tadek, blacklist ada hehehehehe


    errr kalau dekat2 buleh buka kita buka puasa bersama... ajak KTS dang geng dia tu kompem meriah huhuhuhu.....

    ReplyDelete
  31. NL,
    Tengah posa ni tak nak citer tentang bubur. nanti tambah rasa lapar huhuhu

    Ingat ko kerja bomba boleh tolong aku.

    Kalau ada rezeki aku cadang nak buat majlis buka puasa kat surau tempat aku ni mungkin minggu ke 3. Hari ni jiran2 aku dari Jalan F yg taja. Minggu depan aku ingat nak balik kampung. Jadi minggu ketigalah kot. Ko dtg tahu kalau jadi buat. Nanti aku ajak yg lain.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails