Monday, August 17, 2009

No Pain No Gain

Beberapa bulan sebelum aku berhenti dari sykt kulit kerang lebih kurang 2 tahun lepas, salah seorg jurutera aku mencadangkan aku berniaga kuih muih di The Garden Mid Valley. Masa tu belum siap lagi tempat tu tapi kalau aku mahu dia boleh tolong dapatkan satu kiosk sbb dia kenal org dalam (kat negara kita perkara ini penting terutama dlm bisnes hehehe). Sewa kiosk tu bukanlah murah dan kalau setakat jual kuih silap2 modal pun tak balik (kata org takde keyakinan mcm aku ni huhuhu).

Sabtu lepas aku berjumpa dgn dia lagi. Dia sekarang dah bekerja dgn sykt hypermarket dari Eropah. Gajinya lebih besar dari di sykt kulit kerang (masa tu gaji dia 5 angka - aku tahu sbb aku bos dia ngeh3x) dan dia juga dapat kereta sykt. Dah rezeki dia.

Dia memberitahu aku seorg kawan dia telah berniaga kuih di kiosk di Mid Valley tu. Sewa kiosk kecik tu RM20,000 sebulan. Untuk balik modal dia kena jual RM50,000 sebulan. Tapi tahukah anda setelah cuma beberapa bulan dia telah mencapai breakeven point tu. Sekarang purata jualan dia RM70,000/bulan. Dan jualan sebanyak RM3,000 sehari sudah agak biasa.

Bukan rezeki aku.

36 comments:

  1. hehe... aku first ye?? YB, nak hadiah... cincin taw.... ngeeeeeee

    ReplyDelete
  2. uwaaaaaaa.... nape tk rebut peluang tu? klu tk tntu aku leh tumpang senang... muahahaha!

    ReplyDelete
  3. ko cari kiosk kat lain pulak..boleh kita JV - aku tukang supply kuih-muih dari Negara Hang Tuah - aku tumpang tuwi ko....

    ( aku agak dah - pinggan mangkok dari Belanda - mahal punya...tak payah - tak payah - susah2kan ko nak gi runding harga nak supply kat aku...)

    ReplyDelete
  4. Teja,
    Takkan ko baru tahu aku kerja lama giler dgn sykt kulit kerang tu. Kalau aku luka darah aku warna merah dan kuning mcm kaler sykt tu jugak hehehe

    Teja,
    Kalau ko nak hadiah kena jadi first 3 kali berturut2. Lepas ni ko cuba lagi jadi first. ngeee

    Teja lagi,
    Aku tak minat meniaga kuih muih walaupun masa aku kecik dulu aku pernah buat benda ni. Aku tak berapa gemar membuat perkara yg sama berulang2 dlm hidup aku ngeh3x.

    sonata,
    Alang2 nak cari kiosk kena kat tempat yg ramai org lalulalang. Walaupun sewanya mahal tapi jualannya juga tinggi.

    Ko nak supply kuih apa? Aku takut harga pengangkutan terlalu tinggi kalau hantar dari negeri Hang Tuah tu. Kata org mahal rantai dari beruk hehehe

    Pinggan dari Belanda kalau nak murah ko pegi selam kapal Belanda yg tenggelam kat Selat Melaka tu kah kah kah.

    ReplyDelete
  5. oh kat sini masih ada kuih huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  6. YB,

    saya kenal dengan seorang SA yang jual kuih muih tradisonal kat kiosk depan Carrefour Midvalley, selalu berbual dengan beliau, income jualan harian kadang2 mencecah 2k, memang kagum

    ReplyDelete
  7. Salam.. rezeki YB dlm bisness lain pulak nanti.

    ReplyDelete
  8. Salam YB.

    Betul !. Dimana2 dan apa2 juga bidang, KABEL mesti kuat, barulah ada peluang . Pastu bila dah ada peluang jangan dilepaskan ...

    Tapi takper..bukan rezeki YB. Tapi lainkali, roger2 kat saya tau . Saya pun nak untung rm70 ghibu. wahh..mokcik kaya ! hehe

    ReplyDelete
  9. salam...wahh gi la business...semuanya ada risk,,sapa yg berani, kemungkinan berjaya tu tinggi, tapi kenala disertakan dengan minat..tak minat tak guna gak kan

    ReplyDelete
  10. mesti gaji yb lebih besar dari "Gajinya yg lebih besar dari di sykt kulit kerang".. sbb yb kan bos dia ngeh3x.. ehehe, salamm yb ittewww

    ReplyDelete
  11. NL,
    Kuih kat sini kena beli hehehe

    NL,
    Org lain berebut nak jadi no 1 ko pulak nak jadi no 7. Nanti aku trek berapa kali ko jadi no 7 ngeeee

    faraulah,
    Kalau kita tak survey mmg tak sangka jual kuih kat kiosk kecik mcm tu boleh dpt ribu2 sehari. Tapi sewa tempat tu pun ribu2 sebulan. No pain no gain.

    Zaidon,
    wsalam. Harap2 mcm tu lah. Tolong doakan utk saya ya.

    ReplyDelete
  12. LiNda,
    wsalam. Kabel penting tapi kena ada karannya iaitu semangatnya jugak. Semangat saya nak berniaga makanan dah pudar sbb emak Adam yg boleh dikatakan pandai masak tak berminat berkecimpung dlm arena ini.

    Kalau awak duduk kat KL mungkin kita boleh join venture. Saya boleh tanya dgn kabel saya. ngeh3x

    arsaili,
    wsalam. Bila tengok atau dengar org bisnes yg berjaya ni kita semangat. Tapi ramai jugak yg bisnes ni hidup segan mati tak mahu atau mmg terus gulung tikar.

    Kena pandai cari lubang dan berusaha gigih kalau nak berjaya.

    en_me,
    Itu dulu. Sekarang dah 6 bulan ni saya takde gaji huhuhu

    ReplyDelete
  13. mak ai, murah sungguh rejeki ye

    ReplyDelete
  14. Memang murah rezki dia. Aku pun ada minat gak nak bukak kiosk ni tapi tak tau kat mana. tahu lobang ke!!

    ReplyDelete
  15. Best giler b`niaga mcm tu....
    Dapat berpuluh-puluh riban..

    Tapi,bisnes minded mau ada la. Keyakinan juga penting.

    ReplyDelete
  16. Kalau business makan, memang cepat capai breakeven point...Nak maintain tu yang susah sikit...Pokok pangkalnya, keyakinan dalam diri...

    p/s: Business YB sekarang ni dah capai breakeven ke belum?

    ReplyDelete
  17. alaa YB, ngan aku pun ko nk brkira 3 kali 1st... nnt aku deal ngan ko kat lua la... susah beno. ngeeeeee...

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. salam YB,
    dulu sapa tak terfikir jual kueh boleh 'potong' gaji org korporat...skrg?? itulah adat meniaga...

    ReplyDelete
  20. errrr zaman sekarang nak jual kuih pun kena pakai kabel juga heheheheheeee...

    betul tu kalau tadek karan tak panas nanti oven huhuhuhuhuu


    jual kuih bulan puasa dan raya nih mmg masyuuuk huhuhuh


    *** Teja tu pandai nasak kuih ke tidah heheheee

    ReplyDelete
  21. nk kata cam en_me kata jugak...hehe....

    ReplyDelete
  22. kueh apo dia jual tu bang? agak2 aku jual ayam rosmeri laku tak?

    ReplyDelete
  23. ayyooo...
    sehari 3K??
    haha...
    sewa je dah 20K....
    gile2...

    ReplyDelete
  24. Rozita,
    Allah memberi rezeki kpd sesiapa yg Dia kehendaki. Tapi kita kena berusaha.

    kakpah,
    Dia berani mencuba dan mengambil calculated risk.

    Saya percaya kalau kakpah meniaga tentu boleh laku sbb kakpah pandai masak. Kakpah nak berniaga di mana? Kalau saya ada kabel yg boleh digunakan nanti saya bagi tahu. ngeh3x

    Zyma Saad,
    Berniaga ni kalau laku mcm tu mmg seronok disamping masyuk kencang. Semoga citer ni membangkitkan semangat kita utk berjaya dlm perniagaan.

    Na Shari,
    Meniaga makanan dan minuman margin mmg besar. Kawan ni outsource sebahagian dari kuih muih kpd org lain.

    Saya dengar citer yg membekalkan kuih muih tu juga dah nak kaya hehehe

    Perniagaan saya lambat nak breakeven sbb bukan mcm jual makanan. Saya punya laksana peladang yg menanam pokok. Lama nak tunggu tumbuh dan berbuah. Harap2 bila dah berbuah esok tak habis makan ngeee.

    ReplyDelete
  25. Teja,
    Kalau setiap kali ko jadi pengomen pertama ko nak hadiah Bill Gates pun boleh bangkrap hehehe. Dah lah tu nak hadiah cincin pulak tu. huhuhu

    nahmy,
    Itulah agaknya kenapa Nabi bersabda 9/10 pintu rezeki ada dlm berniaga.

    NL,
    Bukan nak jual kuih tu yg nak kena ada kabel tapi nak dpt tempat yg strategik tu yg perlukan network yg baik. Kalau setakat depan rumah sendiri mungkin tak perlu kabel. Tapi silap haribulan kena angkut di PBT.

    Sekarang ramai org mengaku ada kabel. Kalau tak sambung tak guna jugak kabel ni sbb karan tak boleh jalan.

    Ko tak nak jual kuih di bulan puasa ni ke? Kuih raya minggu depan org dah mula bawak sample hehehe

    Teja mana tahu masak kuih. Tiap2 hari beli aje kat cafe. Tak caya cuba tanya dia. ngeh3x

    INTAN,
    komen aku sama mcm apa yg aku komen kat en_me ahaks.

    Oklah aku tambah sikit:
    Gaji besarpun masih jadi kuli org lain. Org yg jadi majikan kita tentu untung berganda2 sehingga sanggup bayar gaji tinggi kpd pekerja2nya. Makanya, cubalah jadi majikan kalau nak lebih hehehe

    Tijah,
    kuih muih Melayu aje yg dia jual. Itupun boleh dpt ribu2 hinggit.

    Kalau ko jual ayam rosmeri tentu boleh laku terutama kalau ko tayang muka ko kat kiosk tu. Tapi ko kiralah sendiri berapa ekor ayam ko kena jual sehari kalau nak dpt RM3000 tu. Kalau seekor RM10, tak 300 ekor ko kena jual sehari! Ada berani? kuang3x

    Chekgu BH,
    Hanya mereka yg bersemangat waja dan berjiwa besar saja sanggup mengambil risiko sedemikian.

    ReplyDelete
  26. errr itulah pasal YB saya nak jual kuih macamana tadek sape yang nak buat kuih... harapkan Teja... hmmmmmmmmm main tenet ajer dia reti...


    susah nak cari rakan partner yang kamcing huhuhu...



    setakat masak cucur untuk bulan puasa tak berapa nak mari ler hehehhee


    kalau pandai buat kuih pelita barulah ada masyuuuk huhu... kuih pelita dalam daun pisang tu mmg best ler....



    YB pandai masak kuih apa...

    ReplyDelete
  27. NL,
    Teja main tenet dan main benda lain pandailah dia. Dia dah tido ni kita boleh mengata dia sikit hehehe

    Aku rasa dah ramai org meniaga tepung pelita pada bulan puasa. Ko kena cari kuih yg unik dan sedap. Baru ada kelainan dan boleh laku.

    Aku tak pandai sgt buat kuih. Kalau emak Adam mcm2 kuih dia boleh buat hehehe

    ReplyDelete
  28. buat kuih pelita perisa strawberry bervitamin c dan kaya zat besi huhhu ada kelainan tu ngeh3x


    aarlah ramai yg tido awal malam nih.... Yb tak nak tido lagi ke...

    saya pun nak pi makan jap pastu nak tido gak ...

    gud nite to YB gud to everybody..................

    ReplyDelete
  29. maleh nak pikir.... cukupla dgn gaji 3angka keje dgn gomen... :)

    petang2... tanam sayur... jimat belanja dapur... hehehe

    ReplyDelete
  30. huhu.... YB, NL, klu korang tunggu aku masak alamat kebuluran la jwbnye... klu setakat rebus telo tu aku tau le.... ngeeee!

    aku bukan tkmo blaja masak YB, NL... tp bg peluang kat makcik2 kat lua tu yg meniaga kueh... kesian kat diorg kan3.

    klu tk dsbbkan org2 mcm aku ni, tntu diorg xde pendapatan... hehehe

    ReplyDelete
  31. kalau dh bukan rezeki kita, dalam mulut pon boleh tumpah lagik.. takpe YB, Allah simpan rezeki lain utk ko ok.. :)

    ReplyDelete
  32. masa tu gaji anak buah 5 angka..agaknya masa tu bos kpd anak buah tu punya gaji berapa puluh angka la ya..? huhu..

    berpegang pd konsep rezeki..maka kita takkan terkilan dengan apa yg org lain dapat..

    ReplyDelete
  33. NL,
    Kos membuat tepung pelita yg ko cadangkan itu akan menjadi terlalu tinggi sehingga susah utk dijual.

    Eloklah belajar tido awal dah nak bulan puasa ni.

    Semalam ko tido awal jugak ke? Tapi rasanya tak berapa elok makan sebelum tido sbb boleh jadi gemuk hehehe

    Shifu,
    Lain org lain cara pemikirannya. Yg penting kita bahagia. ngeh3x

    ReplyDelete
  34. Teja,
    Ko ni pengguna contoh yg dicintai oleh semua penjual hehehe

    cik konfius,
    Aku mmg tak ada niat nak berniaga kuih di Mid Valley. Tapi aku tumpang gembira dgn kejayaan kawan kpd kawan aku tu.

    tchersally,
    takde lah berpuluh2 angka. Nama pun dah makan gaji. Setakat 5 angka jugak ngeh3x

    Rezeki semua makhluk dah ditentukan oleh Allah. Kita kena berusaha dan redha dgn apa yg diberi kpd kita.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails