Jumaat 24/7/09 aku meminta anak sulong aku Hazwan mengambil Atikah dari UiTM utk cuti hujung minggu. Aku berada di Kulim dan Sg Siput pada hari tersebut. Apa yg sepatutnya hanya cuti hujung minggu bertukar menjadi cuti seminggu kerana UiTM Shah Alam ditutup utk membendung wabak selsema babi.
Ahad 2/8/09 sekali lagi aku meminta tolong Hazwan. Kali ini utk menghantar Atikah balik ke Shah Alam kerana aku, isteri dan 3 org anak kami berada di kampung utk majlis kenduri tahlil. Disebabkan badan Atikah agak panas Hazwan menyarankan dia berjumpa doktor di kampus. Akibatnya Atikah diberi cuti seminggu kerana doktor khuatir terkena virus H1N1. Selepas sehari di rumah suhu badan dia dah normal. Tapi masih tak boleh balik ke kampus utk sambung belajar kerana doktor dah beri salinan surat mc dia kpd pihak atasan.
Pada hari yg sama iaitu Ahad tersebut Afifah menelefon dari sekolahnya di MRSM Serting memberitahu dia dan rakan2 yg (masih) sihat telah dipindahkan ke blok lain kerana blok tempat tinggal dia digunakan sebagai pusat kurantin pelajar perempuan. Ada satu blok lagi menjadi pusat kurantin pelajar lelaki. Sudah 200 pelajar menghidap demam walaupun bukan H1N1. Tetapi Pengetua belum mengarahkan maktab ditutup walaupun beberapa MRSM lain seperti di Jasin sudah ditutup.
Semalam, semasa aku hendak menghadiri mesyuarat di Klang, Afifah menelefon memberitahu maktab dia diarah tutup dan semua pelajar kena balik ke rumah masing2. Tetapi mereka tak dibenarkan menggunakan kenderaan awam walaupun mereka tidak demam. Hanya ibubapa saja dibenarkan membawa pulang anak2 mereka. Oleh kerana aku ada satu lagi perbincangan pada sebelah petang/malam semalam aku memberitahu Afifah aku akan datang hari ni.
Pagi tadi aku batalkan semua temujanji dan bergegas ke Serting.
Langkah2 pencegahan adalah baik tetapi di dalam beberapa hal, mungkin pihak yg berkenaan agak 'over-reacted'.
Bila aku nampak gambar cili api di jalan Kuala Pilah - Seremban ni, aku rasa inilah penangan penyakit ni huhuhu
Ahad 2/8/09 sekali lagi aku meminta tolong Hazwan. Kali ini utk menghantar Atikah balik ke Shah Alam kerana aku, isteri dan 3 org anak kami berada di kampung utk majlis kenduri tahlil. Disebabkan badan Atikah agak panas Hazwan menyarankan dia berjumpa doktor di kampus. Akibatnya Atikah diberi cuti seminggu kerana doktor khuatir terkena virus H1N1. Selepas sehari di rumah suhu badan dia dah normal. Tapi masih tak boleh balik ke kampus utk sambung belajar kerana doktor dah beri salinan surat mc dia kpd pihak atasan.
Pada hari yg sama iaitu Ahad tersebut Afifah menelefon dari sekolahnya di MRSM Serting memberitahu dia dan rakan2 yg (masih) sihat telah dipindahkan ke blok lain kerana blok tempat tinggal dia digunakan sebagai pusat kurantin pelajar perempuan. Ada satu blok lagi menjadi pusat kurantin pelajar lelaki. Sudah 200 pelajar menghidap demam walaupun bukan H1N1. Tetapi Pengetua belum mengarahkan maktab ditutup walaupun beberapa MRSM lain seperti di Jasin sudah ditutup.
Semalam, semasa aku hendak menghadiri mesyuarat di Klang, Afifah menelefon memberitahu maktab dia diarah tutup dan semua pelajar kena balik ke rumah masing2. Tetapi mereka tak dibenarkan menggunakan kenderaan awam walaupun mereka tidak demam. Hanya ibubapa saja dibenarkan membawa pulang anak2 mereka. Oleh kerana aku ada satu lagi perbincangan pada sebelah petang/malam semalam aku memberitahu Afifah aku akan datang hari ni.
Pagi tadi aku batalkan semua temujanji dan bergegas ke Serting.
Langkah2 pencegahan adalah baik tetapi di dalam beberapa hal, mungkin pihak yg berkenaan agak 'over-reacted'.
Bila aku nampak gambar cili api di jalan Kuala Pilah - Seremban ni, aku rasa inilah penangan penyakit ni huhuhu
YB2... masukkan dlm planner tu lusa appointment ngan aku pulak ye... ngeeeeeeeeee!
ReplyDeletemencegah lebih baik dr mengubat gitew....
ReplyDeletesorang student aku td pagi dtg opis mai hantar salinan surat kata dia +ve H1N1 gitew.....voleh?...dtg hantar sndiri.....ayo!!
cop! no 3!
ReplyDeleteermmm..Sally blurr nih..nape cili api tu kena mengena ngan H1N1?..
ReplyDeletemahap la ye..kurang menangkap plakss..
Makin teruk wabak ni..Macam dah tak dapat dikawal lagi....Harap2 YB sekeluarga tak dijangkiti...
ReplyDeleteiskk... makin menakutkan wabak vavi ini . Telah meragut banyak nyawa . Harap semuanya berlalu dan kembali normal .
ReplyDeletemember aku cakap, kat hospital skang ni dah takde bhgn saringan H1N1. diorang sudah kembali seperti biasa.hmm
ReplyDeletealang baru balik ke UiTM shah alam, setelah bercuti seminggu.. wabak macam tak tak boleh di kawal.. dan pihak berkaitan macam kehilangan punca..
ReplyDeletelama-lama nanti kena pakai kelambu kalau keluar rumah....
ReplyDeletekat area aku dah 3sekolah terlibat... walaupun belum sampai tahap kena tutup... tapi nampaknya dah macam rasa tak selamat jeee... dah dekat.. hari tu tak pe la... rasa jauh lagii
ReplyDeleteemmm... orang lain yg makan BABI.... kita pulak yang dapat susah.... org susuh tutup... diorang marah pulak... kalau org yang makan babi je kena demam babi ni lantak diorang laa... masalahnya, ni dah menyusahkan org lain yg tak makan babi.... cisss babi sungguh diorang ni
ReplyDelete(babi= sesuatu yg tidak menyenangkan bagi yg tak makan babi... hehehe)
teja,
ReplyDeleteMaaflah ko terlambat booking diary aku. Lusa dan tulat aku ke Perak ngeh3x
INTAN,
Betul tu tapi sekarang bukan mencegah tapi menyusahkan. Kesian pelajar2 yg tinggal jauh terpaksa ibubapa susah payah jemput anak mereka pulang. Kalau yg tak berapa berkemampuan, bukankah menambah beban.
Ayo kenapalah pandai sgt student ko tu! Kalau dia dtg naik kenderaan awam, lagilah naya org lain. Ko ok ke?
tchersally,
no 3 tak payah nak cop hehehe
tchersally lagi,
Aku panas mcm cili api tu kpd org yg berlebih2an. Aku rasa kena keluarkan garis panduan yg jelas. Jgnlah pantang demam panas aje terus kena kurantin seminggu.
Ini bukan bermakna aku tak sokong langkah berjaga2 tu tapi kena ikut prosidur.
hehehehhehheeeee...... apa y boleh kita buat, jaga tahap kebersihan diri, cuci tgn ngn kerap n PAKAI MASK! ini tidak, org pakai mask tgk cam org tu y sakit, then sesuka hati g tgk wayang la, pasar malm la..
ReplyDeletelain² cara, dok dalam kebuk wasap!
giler kejam! errr.. leh ke duduk dlm tu?
H1N1 ni attack bdk2 sekolah dgn U je ke..? asyik2 sekolah dgn universiti je tutup..ofis dgn kilang ke xde plak kan..
ReplyDeleteNa Shari,
ReplyDeleteSaya pun rasa mcm dah susah nak dikawal penyakit ni. Kita kena berdoa Allah jauhkan kita dan negara kita dari bala. Mungkin boleh buat solat hajat lepas solat Jumaat dan bacaan qunut masa solat subuh minta dijauhkan dari wabak H1N1 ni.
Alhamdulillah kami sekeluarga tak kena penyakit ni lagi. Cuma demam panas biasa.
LiNda,
Mmg menakutkan terutama bila dah ada org kita yg meninggal kerananya. Kalau bangsa asing aje masih boleh tahan huhuhu
PenyuBiru,
Di hospital mana tu?
Kat airport pun menurut jiran aku yg baru balik luar negeri, ada yg disaring dan ada yg tidak.
zino,
Saya tak pasti adakah UiTM dan lain2 institusi pengajian akan tutup lagi sekali jika wabak ini terus merebak?
Setuju cakap awak mcm mereka dah hilang punca ngeee
ONE ZABA,
ada peluang buat bisnes tu hehehe
Shifu,
Aku risau bila dengar makin ramai pelajar yg kena demam walaupun tak disahkan positif demam babi.
MRSM Serting cuba bertahan walaupun dah 200 org pelajarnya demam tapi akhirnya terpaksa juga tutup seminggu. Kalau lepas ni masih ramai yg demam aku tak tahu apa mereka nak buat seterusnya.
Shifu lagi,
Ko pun emo jugak! Mungkin patut dimusnahkan aje ladang2 babi bersama2 babi2nya sekali jika di situlah tempat pembiakan wabak ini.
zonaku,
ReplyDeleteApa yg ko cakap tu betul. Itulah sbb nya dlm Islam kita disuruh berwudhu 5 kali sehari supaya anggota kita bersih. Sekarang baru sibuk org nak cuci tangan hehehe
Ada ke org yg sanggup duduk dlm kebuk wasap tu? Org yg kena kurantin pun ramai yg keluar berjalan kerana boring duduk kat rumah ngeh3x
ML,
Kalau opis atau kilang tutup sapa pulak nak bayar gaji pekerja yg ramai2 tu? huhuhu
Sekolah anak saya pun ditutup 1 minggu....
ReplyDeletePenutupan premis ini adalah ikut prosedur oleh pihak kesihatan - ini dijelaskan semasa saya meeting dengan pengarah kesihatan negeri last week...
Tapi cara MRSM Afifah tu tatau la pulak....Kalau tak demam - jika terpaksa naik kenderaan awam - pakai la mask macam saya suruh anak2 saya bila balik last week...
influenza A ni susah nak handle uncle. Semua virus influenza ada property yang kita panggil antigenic drift dan antigenic shift; antigen baru buleh keluar bila-bila masa, dan body takde defense against it. tapi kalu dah ada antibody, at least kita dah ada mounted defense.
ReplyDeletelangkah yang diambil yang orang demam kena kuarantin tu sebab diorang perlukan masa untuk dapat result throat swab dengan blood test. lagipun symptoms ambik sikit masa menunjukkan tanduk mereka. tapi tetap kena kuarantin sebab viral infection; especially yang tersebar dengan mouth/nasal droplets ni, paling infectious masa incubatory period ie. infectious tapi takde symptoms.
huhu... camtu tunda next week je la, cmtu kempunan la aku nk mamam... ngeeee
ReplyDeleteerrr.. aku jd blur lak nak komen..
ReplyDeletemakan cili buleh hilangkan panas badan dan mungkin buleh
ReplyDeletemembunuh virus H1N1 huhuhu
saya dah makan semalam sebiji cili...
uwaaaaaaaaa pedas...
baru cili biasa belum lagi cili api huhu
laju btol tersebar skang nie...
ReplyDeletekekadang nak keluar pun khuatir...
mintak jauh la selsema nie
dah ramai yg terkorban kerana penyakit ni..
ReplyDeleteBiar takutkan H1N1 jangan takutkan B1N1 hehe...
ReplyDeleteAritu ramai yg hantar email kat buletin utama cakap dorang pegi hospital utk buat pemeriksaan H1N1 tapi tak dilayan dan pihak hospital suruh balik. Tak cukup kakitangan atau pihak hospital pun dah pening kepala kot.
ReplyDeletesonata,
ReplyDeleteKalau sekolah terpaksa tutup kerana ikut prosidur aku tak kisah. Sekolah harian mungkin takde masalah sbb murid2 tinggal dekat dgn sekolah. Yg problem sikit sekolah asrama atau IPT.
Ada pelajar yg tak tahu nak pergi mana sbb tak cukup duit nak balik kampung huhuhu
Akmal,
Terima kasih kerana memberi penerangan dgn panjang lebar. Mmg menakutkan kerana tak kena gaya boleh merebak satu dunia.
Cuma satu: kebanyakan vaksin atau ubat dibuat oleh org bukan Islam. Sudah tiba masanya org Islam buat R&D dan keluarkan ubat.
Teja,
Ko tunggu ajelah kalau mcm tu. Ko roger aku bila ko ready hehehe
cik konfius,
Aku ingat ko nak tambah aku yg Akmal tulis tu. Ini kan line ko ngeh3x
NL,
Makin panas badan rasanya kalau makan cili. Tak tahulah boleh mati tak kuman tu kalau kena cili. Mungkin ada org yg boleh buat kajian.
Ko makan cili macam tu aje ke? Org Kelantan kan kuat manis tapi ko pulak kuat pedas! Oh gula dah takde lah ni hehehe
~O~,
ReplyDeleteDah semakin ramai pembawa virusnya mana tak laju. Yg mati pun dah 9 org. Minta2 tak bertambah teruk.
Rozita,
Yang aku risau org Melayu pun ada yg dah jadi mangsa walaupun kita tak makan babi. Virus ni mmg tak kenal bangsa huhuhu (virus 1 Malaysia!)
kakpah,
Kebanyakan suami tak takut B1N1 tapi B1N1 tu pun tak takutkan mereka wakaka
juliet,
Kalau pergi hospital kerajaan menunggu tu perkara biasa. Hospital swasta dan klinik pun sekarang kena tunggu lama sbb ramai sgt pesakit. Doktor jugak yg buat duit ngeh3x
bahaya kannns..
ReplyDeleteen-me,
ReplyDeleteBila dengar dah makin ramai yg mati, mmg bahaya.
Tapi setakat ni denggi lagi ramai yg mati tapi mcm dah tak dapat fokus kerana H1N1 lagi glamer huhuhu
cukup kan 30 komen
ReplyDeleteSemoga seisi keluarga terpelihara dari wabak...
ReplyDeletepB,
ReplyDeleteLain kali cukupkan 44 komen hehehe
ckLah,
Amin. Terima kasih di atas doa awak tu dan semoga awak sekeluarga dan semua rakan2 blogger terpelihara dari wabak ini.
YB... ngah penin nih....
ReplyDeleteadiknyer opis mate admitted hospital pasal wabak nih....
pas tu.... skang nih....
satu family nih...ngah bingung....
risau betul nih.... semua kena follow up kat spital....
tp.... ..kat spital nak kat 100 org ngah nunggu nak check....
rasanya macam tenat menunggu nih....
dcryz,
ReplyDeletekalau ramai sgt kat hospital tu nak check aku rasa elok cari tempat lain. Takut sementara menunggu tu ada yg menyebarkan virus tu huhuhu