Anda Dihargai ...

Kalau Pergi Kuala Kubu  

Posted by Yunus Badawi

Kalau pergi Kuala Kubu
Tulis nama atas batu

Semalam aku pergi ke Kuala Kubu Baru. Tujuan aku bukanlah utk menulis nama atas batu tetapi utk bertemu dgn seorg kontraktor Bumiputera Kelas A yg agak berjaya. Dia sedang menjalankan beberapa projek kerajaan dan aku berhasrat membekalkan barangan utk salah satu daripada projek tersebut. Tak payah aku sebut apa barangan itu tetapi ianya berjenama terkenal yg telah berada di Malaysia lebih dari 60 tahun. Aku telah menjalinkan smart partnership dgn syarikat antarabangsa tersebut utk menjadi wakil mereka bagi projek2 kerajaan. Semalam aku pergi bersama Pengurus Negara sykt yg berpengkalan di Eropah tersebut.

Berbalik ke pekan Kuala Kubu. Pekannya kecil saja. Hanya ada dua baris kedai.

Kedai2 di Jalan Dato' Muda Jaafar yg merupakan jalan utama di pekan ini

Pasar Awam Kuala Kubu Baru

Perhentian bas

Kuala Kubu merupakan hentian terakhir sebelum ke Bukit Fraser. Kali terakhir aku di sini lebih kurang 6 tahun lepas utk singgah solat Jumaat. Ketika itu aku bersama 2 org rakan sekerja pulang dari Ipoh ke KL menggunakan jalan lama kerana melawat stesen2 minyak kulit kerang di sepanjang perjalanan.

Semalam aku mengambil jalan Rawang utk pergi dan jalan Ulu Yam utk pulang. Takde keladi pun di Ulu Yam. Yang ada pekan kecil yg didiami kaum Cina. Sebelum sampai di Ulu Yam kami melalui Batang Kali. (Batang kedua di Selangor selepas Batang Berjuntai!). Banyak pondok2 menjual buah2an kerana sekarang musim buah. Apabila rakan aku (Pengurus tu lah) bertanya harga pulasan seikat yg tak sampai sekilo, penjual tu kata RM5. Pagi semalam isteri aku beli di Pasar Tani cuma RM5 utk 2 kilo. Kalau di Chow Kit RM5 dapat 3 kilo. Kerana harganya mahal dan buahnya agak kecil, rakan aku akhirnya tak jadi beli walaupun dah pergi 2 gerai.

Pondok menjual buah di sepanjang jalan di Batang Kali

Sampai di Empangan Batu kami berhenti sebentar utk menikmati pemandangannya yg indah disambil makan goreng cempedak yg ada dijual di situ. Aku hairan kenapa tiada pihak yg mahu memajukan tempat itu macam di Tasik Kenyir. Senanglah sikit org KL nak pergi - tak payah ambil cuti lama2 kalau takde masa berbuat demikian. Kalau aku kaya aku nak buatlah projek ni hehehe

Kerana tempat yg nyaman ada juga couple yg bercekerama di situ. Di tempat kami behenti semalam ada dua pasangan. Tak tahu samada mereka suami isteri atau tidak. Cuba lihat gambar di bawah ini (klik utk besarkan gambar dan nampaklah pompuan baju merah dan pasangannya). Korang rasa mereka ini suami isteri ke? Rajin pulak tengah2 hari pergi makan angin.

This entry was posted on Sunday, July 19, 2009 at Sunday, July 19, 2009 . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

56 ikut mencoret

mungkin baru bernikah... masih hangat bercinta...
lum ada anak kecik kat rumah........

*aku berbaik sangka*

Sunday, July 19, 2009 9:04:00 AM

Aku pun cuba nak berbaik sangka semalam. Tapi masa aku baru nikah dulu tak terbuat aku benda ni huhuhu

Sunday, July 19, 2009 9:25:00 AM

amboiiiii..skodeng la pulaksss..tp kalu dlm gmbor tu Sally n darling logic je!! berbaik sangka..ahakss..

Sunday, July 19, 2009 9:32:00 AM

tchersally,
Mana ada skodeng? Aku nak ambik gambar tasik tu tapi mereka yg enterframe. hehehe

Kalau Sally n darling aksi mesti lebih ganaz ngeh3x

Sunday, July 19, 2009 9:36:00 AM

boring arr syik citer kontraktor je... citer cintan xde ke YB... aku nk balik smbung tido le gini.... huhu!

Sunday, July 19, 2009 9:36:00 AM

mudah2an dah nikah le tu ,, tp klu sebaliknya camna ?..doakan supaya cpt nikah n banyak2 btaubat la wahai muda mudi oooiii..ingat dosa pahala ...ya Allah jauhi lah sikap begini daripada anak2 ummi dan rakan blogger yg lain.

Sunday, July 19, 2009 9:37:00 AM

Teja,
Dah banyak blog citer kisah cintan. Sapa2 nak baca boleh pegi blog ko tu. Aku bukan mat jiwang jadi kalau aku citer kisah cintan mesti tak boleh tangkap syahdu huhuhu

Sunday, July 19, 2009 9:39:00 AM

cuba try test skali sekala YB citer psl cintan... kenangan masa tngkap lentuk ngan mak adam kew, tentu tngkap syahdu giler punye... amacam??

Sunday, July 19, 2009 9:40:00 AM

ummi humaira,
Harapkan dah nikahlah tu. Ini kat tempat terang dan ramai org. Yg buat sembunyi2 lagi ramai agaknya.

Semoga mereka sedar dan insaf sebelum terlewat. Kita kalau tak mampu mencegah dgn tangan atau mulut, dlm hati pun jadilah walaupun itu selemah2 iman.

Sunday, July 19, 2009 9:41:00 AM

Teja,
ko nak pembaca blog aku ni ketawa guling2 ke?

Sunday, July 19, 2009 9:42:00 AM

pastinye aku org prtama gelak guling2... hehe, dn nnt aku ajak beberapa org lg utk gelak guling2 gaks... hehe

Sunday, July 19, 2009 9:44:00 AM

Teja,
itu yg aku malas nak tulis kisash cintan2 ni. kalau ko nak sgt ko makan mee cintan ajelah hehehe

Sunday, July 19, 2009 9:46:00 AM

tk best la YB... mee cintan tk sama ngan tngkap cintan... hehe.

tp kn YB, mak aku penah citer masa diorg brtemu wat kali prtama... aku plak yg tngkap syahdu... wakaka!

Sunday, July 19, 2009 9:50:00 AM

Teja,
Kalau tak nak mee cintan ko dtg rumah aku sekarang. Mak Adam sedang masak mee goreng tu. Dah nak siap. Aku nak pegi tolong makan ni. Tentu dia seronok kalau aku makan banyak masakan dia hehehe

Sunday, July 19, 2009 9:53:00 AM

ye la YB, mkn le dgn sopannye jgn gelojoh... trcekik nnt nk tulun CPR jauh pulak... muahahaha!

Sunday, July 19, 2009 9:56:00 AM

Salam, aku dapat agak,kalu ko jadi cikgu geografi memang budak tangkap lentok punya...dengan gaya cikgu YB yang bersahaja....he3x aku kan dah kenal sape ko....ok ni 1 cite.

Cite seterusnya....

Aku sangat2 setuju kalau ko nak 'komersilkan' tasik tu...TETAPI ingat...landscaping ko ajak aku ....kita kan boleh ngam!!!

Sunday, July 19, 2009 10:00:00 AM

uncle jeles ke?

Sunday, July 19, 2009 10:22:00 AM

Teja,
aku dah habis makan ni. Pembetulan: bukan mee goreng tapi mee hoon goreng. Pergh.

Lain kali kalau ko ada dekat aku bolehlah (pura2) tercekik. Ko jgn tak buat CPR pulak masa tu muahahaha

sonata,
Aku kena ajar sekolah pompuanlah mcm tu baru ada maknanya hehehe

Nanti kalau aku jadi komersialkan tasik tu aku ajak ko buat landscapenya. Ko boleh supply anak2 ikan sekali tak? Ini anak2 ikan betul tau utk tarik org pergi mancing - bukan anak ikan yg mcm citer PenyuBiru tu hikks

zaren,
takde jelesnya. Emak Adam lagi mengancam ngeh3x

Sunday, July 19, 2009 10:45:00 AM

hahahah lawaklah jawaban statement YB yang first tuh . saya sukaaa..

Wah.. Kuala Kubu dah berubah wajah . Last saya pergi 10thn yg lalu and tq YB sbb saya dpt melihatnya kembali selepas 10 thn .

Sunday, July 19, 2009 10:57:00 AM

salam..agaknya dia org tengah bercerekarama..shooting drama ..ahahaha

Sunday, July 19, 2009 11:04:00 AM

bincang nak kawen la tu. nikah jauh sekali.

Sunday, July 19, 2009 11:06:00 AM

LiNda,
Terima kasih kerana ko rajin baca komen2 balas aku yg mmg kadang2 mcm lawak sewel hehehe

KKB mcm pekan koboi. Banyak kereta kemek2 pintu kat sana - tak tahu apa yg mereka langgar ngeh3x

arsaili,
takde org shooting drama kat tepi tasik tu. Badar shooting di KKB. Sungguh aku cakap ni. Dari aku dtg sampai aku nak balik tak habis lagi dia dan crewnya shooting. Aku tak tegur walaupun aku kenal dia sbb dia tak kenal aku! hehehe

ONE ZABA,
Mesti hangat 'perbincangan' tu hehehe

Sunday, July 19, 2009 11:19:00 AM

YB...
Kami (dgn geng DBP)pernah singgah kat Empangan Batu tu dulu. Cantik waktu pago masih berkabus...

Memang ramai "couple" pelik kat situ.
kebanyakan yang jantannya tak de tangan...

Ke mana? Tu kenalah agak-agak...

Sunday, July 19, 2009 11:26:00 AM

ragbar,
Itulah antara sebab aku ikut jalan tu semalam walaupun jauh sikit. Pemandangan mmg cantik tapi ada 'pemandangan' tambahan.

Masa aku singgah tu tengahari buta. Mungkin sbb tu hanya ada 2 couple pelik aje. Kalau petang harus lebih lagi. Jantan yg aku nampak tu belum hilang lagi tangannya. Baru sampai belum sempat beraksi sepenuhnya kot ngeh3x

Sunday, July 19, 2009 11:36:00 AM
Mentibang  

maintain je story2 camni YB, ramai yg ikut. seronok semua org baca.

Sunday, July 19, 2009 11:42:00 AM

..haha..bagus2..
lain kali bawak2 le dating..
budak2 tu hazwan boleh jaga ngeh3..

Sunday, July 19, 2009 11:47:00 AM

Mentibang,
Terima kasih kerana memberi semangat. Seronok ke korang baca?

zaren,
Apa kelas dating dgn emak adam kat tepi tasik batu. Paling koman kena naik gondola kat Venice atau dinner di Paris wakakaka

Nak suruh Hazwan jaga adik2 dia? Kirim salamlah. huhuhu

Sunday, July 19, 2009 11:57:00 AM

..romantik pe..
hah, kalu gitu, nanti gi lah venice n paris tu...

kalau nak save bajet naik je gondola kat tasik putrajaya tu huhu..

tidak kuduga kau begini wan..huhu

Sunday, July 19, 2009 12:00:00 PM

zaren,
Nak jimat lagi naik gondola kat Genting.

Baru ko tahu sekarang hehehe

Sunday, July 19, 2009 12:06:00 PM

..kat genting tempat judi..banyak bala hehe..

..takpe..dia tetap menjadi pojaan haha

Sunday, July 19, 2009 12:59:00 PM

zaren,
Jgnlah pergi kasino. Tempat utk main pun banyak kat sana termasuk gondola tu.

Kalau Hazwan baca komen ko ni bolehlah dia belanja ko ahaks

Sunday, July 19, 2009 1:03:00 PM

huhu... Mentibang risau YB bukak kisah cintan, lileks la tibang... aku taw YB tkkan bukak citer camtu, saje je aku nk provok kasi latah... hehe!

**psttt, marah ko kat aku tk reda lg ke tibang?? lama ko majuk ye...

Sunday, July 19, 2009 1:18:00 PM

YB, pastikan ko gosok gigi dulu sblm pura2 tecekik ha!... muahaha

Sunday, July 19, 2009 1:19:00 PM

..tak best..dah tak sejuk macam 20 tahun dulu..

apa yg pasti, nnt kena link kan commen tu ke email hazwan..

gurau je..
tak kemana2 ke cuti ni?

Sunday, July 19, 2009 1:34:00 PM

Salam kat mak adam bgtew yg ayh adam sokdeng pompuan baju merah kt tasik KkB..

Sunday, July 19, 2009 2:49:00 PM

terangsang tak tgk couple2 tu

haha

Sunday, July 19, 2009 3:00:00 PM

bincang nak kawin la tu hahaha :D

Sunday, July 19, 2009 3:38:00 PM

Teja,
Kalau aku bukak citer2 cintan, takut ramai yg tangkap leleh. Tak cukup tisu muka kena pakai tisu tandas pulak nanti hehehe

Teja lagi,
Aku akan pastikan ko ada dekat aku dan bersedia utk beri CPR sebelum aku pura2 pengsan ahaks

zaren,
Kalau nak sejuk masuklah rumah salji dia hehehe

Kami baru balik dari Olak Lempit ada majlis kenduri kahwin anak sepupu uncle. Jumpa ramai bloggers pulak kat sana. ngeh3x

Hazwan masuk Hospital Ampang Puteri tgh tadi sbb kaki dia koyak kena kayu semasa menyertai Treasure Hunt di Lake Garden. Doktor dah benarkan dipulang ke kampus.

Sunday, July 19, 2009 5:19:00 PM

ikan emas,
Mana aku ada skodeng budak baju merah tu. Dari skodeng pasangan org lebih baik cari yg single mingle keh3x

kapten,
Aksi belum panas nak aku nak terangsang hehehe

Akmal,
Kalau bincang nak nikah takpe juga

Sunday, July 19, 2009 5:22:00 PM

:D

Sunday, July 19, 2009 6:42:00 PM

..sedih..salam simpati pada dia..
..dia excited tu nak harta karun tu..

Sunday, July 19, 2009 7:18:00 PM

ckLah,
:P

zaren,
Dia dalam keadaan stabil sekarang (maknanya insyaAllah tak bahaya).

Terlampau excited tu lah ini jadinya. Dah nak kena nak buat mcmana. huhuhu

Sunday, July 19, 2009 8:46:00 PM

sangka baik YB... baru kawin kot... hihihihih

Orang dulu dengan sekarang lain... Alangkan belum kawen dah sakan menunjukkan kemesraan, ape lagi yang dah kawen... Hanya yang masih ada sifat malu je tak mesra melebih-lebih cemitu.. Heheheh... :D :D

Sunday, July 19, 2009 8:53:00 PM

Ha..ah..kan syah...
Aku dulu dah 7 hari nikah pun masih lari-lari lagi dari Pak Zahan.....Pandang mata dia pun segan lagi....





Sampai mak mertua 'tolong jampikan'..
Kih..kih...



Tapi sekarang tak lari-lari dah...
Kita kejar mengejar pulak....ahakkksssss...

Sunday, July 19, 2009 9:01:00 PM

..tak pelah..

..janji kaki masih ada..
jangan sampai kuman berjangkit..bahaya

Sunday, July 19, 2009 9:02:00 PM

angagap le pasangan suami isteri tak payah nak fikir panjang hehe

Monday, July 20, 2009 1:22:00 AM

sayang sungguh takdok keladi di ulu yammm kannns abang yb teww..

Monday, July 20, 2009 4:16:00 AM

kenapa rambutan harga dia lain2....

apa bezanya lah tu... semalam saya dapat rambutan free ada member kepada member kasi huhuh

best juga tulis nama atas batu huhuhu

duduk atas batu tepi tasik tu pun best hehehee

Monday, July 20, 2009 10:03:00 AM

syah,
aku mmg cuba bersangka baik. Kalau aku jadi pegawai pencegah maksiat, ramailah yg terlepas gamaknya hehehe

ckLah,
aku tahulah ko wanita pemalu.

zaren,
kaki dia masih ada tapi hari ni pegi kuliah kena pakai tongkat

Monday, July 20, 2009 10:46:00 AM

zino,
ahha betul kata zino.

Dlm banyak2 perkara saya citer, itu pulak yg menjadi fokus kawan2 mengomen. hehehe

en_me,
Cina di Ulu Yam tu pun sibuk tanam pokok2 buah. Tak kan mereka tak tahu keladi dah mahal sekarang ahaks

NL,
itu bukan rambutan tapi pulasan. Harga tepi jalan tu mereka ingat nak sembelih pembeli yg datang naik kereta. Harga pasar tani tinggi sbb takde economy of scale. Harga kat Chow Kit rendah sbb saingan hebat. Ok tak teori aku tentang harga ni? hehehe

Malam tadi pun aku dapat rambutan, pulasan dan dukung free dari jiran yg ada kebun buah kat Rembau. Besar2 pulasannya. Tapi semut dia pun boleh tahan banyaknya. Aku tak pasti semut Rembau tu boleh berkomunikasi tak kalau jumpa semut kat rumah aku ni. Takut loghat mereka berbeza hahaha

Kalau ko tulis nama atas batu aku takut penguatkuasa dr PBT tangkap ko kerana vandalisma. Duduk atas batu kat tepi tasik tu ok.

Monday, July 20, 2009 11:21:00 AM

kalau ikut hukum ekonomi betulah tu sbb bila penawaran melebihi permintaan atau banyak persainagn harga aku jatuh...

tapi pasal sembelih atau cekik darah tu susah ler nak cakap... saper yang kena sembelih tepi jalan tu nasib ler heheheheee

pasal semut tu saya rasa dorang guna bahasa Jawa kot hahahaa, tapi kalau dorang dah mengamalkan kahwin campur habislah rumah YB kena serang semut nanti hehehee

errr ada penguat kuasa juga ker kat situ... alah setakat tulis nama pakai marker paint jer takkan kena cekup juha huhuhu....

Monday, July 20, 2009 4:11:00 PM

Paman, setuju dengan Paman. bangunkan area situ so orang KL tak perlu pergi jauh2 untuk berhujung minggu. Ina pun kalau dah bosan dan tension sgt, just drive dari Ampang ke Tg Malim, ikut jalan ni laa.. Sampai Tg Malim, pekena pau Yik Mun, then balik KL ikut highway.. hehehe...

Monday, July 20, 2009 5:04:00 PM

NL,
Aku pun pernah belajar Econ dulu. Satu guru dgn Adam Smith hehehe

Org yg beli once off ni kena sembelih pun ok sbb dia tak akan dtg lagi biasanya. Jadi penjual tu tutuh cukup2.

Semut NS mana tahu cakap Jawa? Sebahagian semut2 tu dah kena sembur mcm di Bophal.

Mana ada kelas tulis pakai marker paint? Kena buat yg kekal baru tahan bertahun2.

S-a-B-r-I-n-A,
Ini boleh buat usaha sama antara Al-Bajuri dan Al-Badawi. Boleh awak usulkan dlm mesyuarat keluarga yg akan datang.

Jauhnya nak pergi makan pau? Tapi yg penting dpt kepuasan. hehehe

Monday, July 20, 2009 11:53:00 PM

Adam Smith... suspek sungguh hehehee
dah berkurun tu patutlah YB femes hehehehehe

kalau gitu lain kali saya pergi situ atau Ulu Yam nak bawa pahat lah pulak, biar terpahat nama kat situ untuk selama lamanya...

kalau YB ada jumpa jgn pula nak tulis nama YB kat situ... nanti hilang populariti saya heheheheee

*air terjun Sungai Sendat pun best!

Tuesday, July 21, 2009 8:12:00 AM

NL,
Aku drop kelas yg ada Adam Smith. Sekarang aku nak ajar anak aku si Adam ttg ekonomi pulak hehehe

Ko pahatlah nama ko kat atas batu. Aku nak tulis nama aku atas kertas kontrak. Masyuuuuk.

Air terjun t best pasal sg dia sendat hehehe

Tuesday, July 21, 2009 8:20:00 PM

errr betul3x, saya sokong kalau YB ajar si Adam tu ttg ekonomi lagipun saya buleh rasa yang dia berminat pasal ekons dan berbakat...

kalau pasal kontrak tu saya tak akan kacau... heheee biar YB masyuuuk nanti saya juga yang tumpang gembiar hehee....

*janji dapat last komen...

Thursday, July 23, 2009 6:52:00 AM

Post a Comment