Thursday, June 18, 2009

Selepas Seminggu Masih Terangsang!

Ingat tak pakej rangsangan yg aku ceritakan beberapa hari lalu?

Setelah seminggu bekerja (bukan bekoje tau) keras, rangsangan masih berterusan. Lihatlah hasilnya di bawah ni.

Pandangan hadapan setor. Sebelah pintu tu cadangan asal utk letak tingkap. Tapi dah mcm bilik pulak jadinya. VO no.1 - ganti dgn dinding bata

Pandangan belakang dan sisi

Kemajuan keseluruhan lebih kurang 75%. Kerja2 yg masih belum dijalankan termasuk:

1. melepa (plastering) dinding
2. mengecat
3. memasang jubin lantai
4. pendawaian dan memasang lampu
5. pasang pintu
6. membayar kontraktor! huhuhu

Aku sedang berusaha mendapatkan najib utk merasmikan bangunan baru ini tapi menurut setiausahanya, beliau agak sibuk sikit sekarang. Ada sapa2 rasa nak gantikan beliau? hehehe

48 comments:

  1. saya BOLEH!!!tgh free ni..xtaw nk watpe

    ReplyDelete
  2. saya BOLEH!!!tgh free ni..xtaw nk watpe

    ReplyDelete
  3. siddiq,
    Bukan main semangat sampai 2 kali hantar komen yg sama ngeh3x

    Ko tolong bawak budak2 silat utk majlis perasmian boleh tak? hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau Najib tak boleh...mintak Rosmah la tolong rasmi... :)

    ReplyDelete
  5. aku pun tak bleh jugak. takut terangsang. haha

    ReplyDelete
  6. chaittt..ingat apa yg teransang tadi..suspen

    ReplyDelete
  7. Na Shari,
    kalau jemput dia takut ramai yg tak terangsang ngeh3x

    PenyuBiru,
    bangunan itu utk setorlah bukan bilik hotel. Takkan itu pun ko nak terangsang hik hik hik

    MENTIBANG LAUT,
    Mentang2 dah nak malam Jumaat cepat aje ko terangsang hehehe

    ReplyDelete
  8. saya tak nak rasmi... tapi kalau ada makan2 jgn lupa jemput tau ngeh5x

    kuali besar kat luar tu masih disitu, untuk apa sebenarnya tu... klu tak guna saya nak pinjam... buat dulang emas kat mersing! hhehehehe


    untuk pembayaran kotraktor tu tak payah susah2 YB transfer jer ke akaun mayabank saya... jgn kata tak igt no akaun huhuhu

    ReplyDelete
  9. ajak Najib???

    naper tak ajak Tok Guru???

    ReplyDelete
  10. buat setor rupanya. Kalo berubah fikiran nak buat bilik utk disewa saya sudi jadi pemyewanya.

    ReplyDelete
  11. aku dh agak... Mentibang mesti fikir ngarut punye... wakaka!

    ReplyDelete
  12. saya pun boleh YB...free sesangat ni...:-)

    ReplyDelete
  13. lagi.... klu dh siap stor tu, tlg buat stor kat umah aku pulak ye... tgh terangsang nih... hehe

    ReplyDelete
  14. ada tak calon lain yang merasmikan. calon itu belum cukup merangsangkan..

    ReplyDelete
  15. ada majlis makan2 tak? kalau ada nak la saya rasmi muahahahaa

    ReplyDelete
  16. yb, panggil jiran dia aje ler....

    ReplyDelete
  17. err... setor pun kena pasang jubin ke?? buat lantai simen sudahlaa... kang tercalar jubin dek barang-barang, sayang wooooo~~~

    ReplyDelete
  18. pakej rangsangan najib utk merangsang ekonomi negara... pakej rangsangan YB utk menjana apa agaknyeee..... huhuhu

    ReplyDelete
  19. YB mintak la sesapa yg jadi calon kat manek urai nanti rasmikan. aku gerenti diorang sanggup punya..

    ReplyDelete
  20. Tajuk yang mendebarkan. haha.
    Well, salam ziarah.

    ReplyDelete
  21. abg naj tabley..kak ros kan ada? hahahaa

    ReplyDelete
  22. panggl sj sapa2 yg bernama NAJIB g rasmi... blogger pn ramai..

    ReplyDelete
  23. smlm kebetulan najib rasmikan kuching international airport - sampai terdelay flight ghitewww..

    ReplyDelete
  24. NL,
    Tadi sebelum aku keluar pegi jumpa kontraktor besar kat luar aku dah balas komen korang. Tapi entah apa hal tak keluar pulak. Aku tak sempat nak taip balik sbb dah lambat. Ini aku balaslah komen korang bermula dgn ko punya.

    Setakat nak makan bila2 ada makanan kat rumah aku ni. Ko roger aku sebelum ko dtg.

    Kuali besar tu akan menjadi penghuni setor tu bila siap kelak.

    Minggu lepas aku dah transfer ke akaun ko. Takkan dah habis sbb ada dlm 3 juta jugak aku transfer hehehe

    pB,
    Najib rajin mendahulukan rakyat mcm aku ni.

    Tok Guru kata jauh sgt dia nak dtg tambahan dia sibuk nak ke Manik Urai. Bila aku nak rasmikan rumah aku kat KB esok aku jemput dia ngeh3x

    ReplyDelete
  25. Nurul,
    elok betullah tu. Boleh tolong bawa bunga telor keh keh keh

    juliet,
    kalau ko sudi nak sewa, sekarang jugak aku berubah fikiran. Jgn lupa ptg ni ko singgah utk tengok kalau ada apa2 ko nak tambah dan kita boleh runding kadar sewa sekali hehehe

    teja,
    ko dan mentibang kan sehati sejawa hik 3x

    shaliza,
    sorang lagi volunteer. Ko tolong bawa bunga manggar boleh? hehehe

    teja lagi,
    aku pulak yg tak terangsang! Ko cari ajelah kontraktor kat tempat ko tu hehehe

    ReplyDelete
  26. ArPeGGiOS,
    Barrack Obama ok tak? ngeh 3x

    Cinta Cukulet,
    bukankah ko sedang diet sekarang? hehehe

    mak su,
    muhyidin tu ke? dia nak pegi mydin beli barang masa sy nak buat majlis tu hehehe

    syah,
    kalau simen takut basah air dr tanah meresap. Pasang jubin tak basah dah nampak lebih kemas. Kalau Juliet nak sewa pun senang aku nak cas dia lebih sikit keh 3x

    ReplyDelete
  27. kalau tak de sape2 nak rasmikan - saya boleh tolong rasmikan. Nanti, semak jadual saya di bawah ni....

    Jadual sejak buka sekolah ni dah penuh hingga Sabtu 20 hb, 21 hb pun dah ada booking 2 buah rumah

    Isnin perasmian kat sekolah...
    Selasa - Khamis pun penuh dengan meeting.

    Ok - Jumaat petang saya akan ke KL sebab - Sabtu 27 hb saya kena perasmian kat Taylor's College (pagi) - sebelah petang pulak saya belum konfem merasmikan di KMS Seremban , konfem ke tidak tapi lepas tu terpaksa balik ke Melaka juga sebab 28 hb - 1 Julai perlu berada di JB...

    Kalau gitu - tengok lah malam Jumaat tu - nampak nya perasmian sebelah malam tu boleh? InsyaAllah boleh ambik saya kat Vistana Hotel, KL....ngeh3x

    Jadi, saya beri peluang siapkan dulu sekemas2nya bangunan tu....reben sediakan yang besar kalau boleh ikut lilitan saiz bangunan tu...

    Ok konfem!

    ReplyDelete
  28. Shifu,
    Pakej rangsangan sy utk merancakkan pakej rangsangan kerajaan yg mcm tak berapa memberansangkan. Ramai dah komplen tak nampak kesannya pakej kerajaan tu. Jadi sy cuba jadi pemangkinnya hehehe

    ONE ZABA,
    Lambat sgt nak tunggu mereka umumkan calon. Kementerian Dalam Negeri saya dah nak pakai dah kompleks itu bila siap ngeh3x

    Pontianak Degil,
    Sedegil2 pontianak pun tahu berdebar jugak? hehehe

    Terima kasih kerana sudi menziarah blog ni.

    Tijah,
    Dari kak ros yg itu, lebih baik ros aku aje yg rasmikan.
    psst - emak adam pun ros jugak hehehe

    ReplyDelete
  29. kuIna,
    kalau sy panggil blogger nama najib utk rasmikan, blogger yg bukan nama najib pulak kecik hati nanti. hehehe

    en_me,
    setahu sy bukan rasmikan airport kuching tapi rasmikan runway yg dah bertambah panjang. Lebih kurang mcm projek rangsangan aku nilah jugak ngeh3x

    sonata,
    mak ai sibuk kalahkan najib. nak kena hantar polis trafik pengiring ke kalau nak jemput sonata dari Vistana tu? hehehe

    Kalau majlis sebelah malam ni mungkin saya kena cari org main bunga api sekali - baru meriah!

    haruan tasek,
    bukan tambahan rumah tapi setor kat luar. Tapi kalau silap tengok kalah rumah cantiknya ngeh3x

    ReplyDelete
  30. aku mls nak rasmi2 nihh.. almaklumlahhh.... kang terlebih glemer lak.. tp kalo mkn2 sila ajak aku yek!!

    ReplyDelete
  31. siddiq jarang komen pun dapat no 1..
    ..aritu uncle ajak wat 'majlis' masuk stor kan, boleh la skali hehe..

    ReplyDelete
  32. ko ajak je top komentor ko bulan ni rasmikan....penghargaan gitew...hehehe

    ReplyDelete
  33. ooo... ko pilih bulu ye, tk nk kawan la camtu. sobb.. sobb..

    ReplyDelete
  34. Hye!!! YB..jarang sangat dah Sally singgah di sini..haaa..lepas ni bole la dtg kerap2 sikit..semua urusan exams students dah settle..hehe

    Erm..YB..Sally suka bangat satu drpd respon YB kpd soklan pengomen kat atas tu..akekeke..hambik kau!!!!..kan..

    ReplyDelete
  35. Lepas rasmi, dapat bunga ke dapat buah2an. Kalau boleh dapt yang ungu, ijau, merah2 tuh ndak gak! Hiks ..

    ReplyDelete
  36. Tu lah tugas saya sejak dah mula kerja penggal baru ni...PM tau dah...tu sebab dia mintak saya wakilkan dia!!!

    Kalu nak rasmi malam tu nanti - jam berapa? tak payah susah2kan polis trafik ni - biar depa rehat udah le...jadi boleh jemput tanpa polis...lambat2 sikit pun tak pe...jangan lambat sangat pulak - sebab perasmi kena tidur - kang nak rasmi esok hari mata kuyu je!!!

    bunga api tak payah - zaman ekonomi nak merudum ni , jangan membazir nak bakar2 bunga api - lebih baik peruntukan bajet untuk jamuan ! Jamuan lebih penting!!!ngeh3x

    ReplyDelete
  37. Cik Konfius,
    aku pun malas nak jemput ko merasmikan setor tu takut cik abg opps encik Cayang ko jeles pulak.

    Kalau ko nak dtg makan no hal punya. Roger aje aku sblm ko dtg.

    zaren,
    itulah namanya ada aura. Sekali sekala Siddiq komen terus no 1 (dan no 2)!

    Korang dua2 uncle jemput utk tolong angkat barang. nanti uncle bagi upah rangka ayam + air soya hehehe

    INTAN,
    mcmana aku nak suruh top komentor aku rasmikan sbb awal2 lagi NL dah cakap kalau rasmikan dia tak mau. Kalau makan mmg dia hendak.

    Kalau nk suruh KTS dia tak dtg pulak arini. Mungkin dia sibuk dgn minyak wangi dan minyak angin dia hehehe

    teja lagi & lagi,
    mana aku ada pilih bulu sbb aku takut nanti ada yg berbulu pulak kuang 3x

    oklah ko roger aku, nanti kita bincang hehehe

    ReplyDelete
  38. tchersally,
    Patutlah sejak bookinng no 6 hari tu terus hilang. Sibuk tahap gaban rupanya mcm kebanyakan cikgu2 lain di minggu pertama ni.

    Komen yg mana satu? hehehe

    Precious,
    bunga yg kaler2 tu selalunya utk penanggah.

    Org yg datang nanti sy bagi buah aje. Pompuan dpt pisang: lelaki dpt papaya kah kah kah
    (alah buah2an tempatan aje)

    sonata,
    Patutlah masa saya pergi kenduri tahlil tadi ada miss call dr dia. Mungkin nak bagi tahu hal inilah. Sy nak call dia balik malam2 Jumaat ni takut ros marah hehehe

    Ok kita start lepas Maghrib. Kalau nak jemaah kat sini pun elok jugak.

    Bunga api tu ada tauke sorang tu sanggup sponsor. Duit panas katanya ngeh3x.
    Nak buat beli makanan pakai duit tu rasa tak sedap pulak hehehe
    Makan saya sponsor.

    ReplyDelete
  39. saya pun pernah jadi gitu... penat2 jer taip reply lepas tu bila dah publish... entah kemana dia pergi...
    terus hilang idea nak taip semula...

    terasa sangat ler nak hangin nyer tapi apakan daya... dunia IT mmg penuh dengan bugs yang tak terduga!

    wokeh nanti saya roger... makan punya pasal buleh sajer huhuhu

    haaaa dah transfer ke duit tu... RM 3 juta...! tapi betul ker RM atau rupiah huhuhuhu...

    kalau betul lah ada rm 3 juta dalam akaun, esok gak nak pi beli helikopter hehehe

    ReplyDelete
  40. YB...

    kalau saya dah tentu jemput Samy...
    dah lama dia tak rasmi apa-apa. Tentu gian...! Hal bina-bina ni kan kerja dia dulu..

    ReplyDelete
  41. NL,
    entah2 bug dari pc ko dah jangkit kat sini huhuhu
    ai tak rela you!

    Jgn lupa roger sekurang2 23 jam lebih awal.

    Duit 3 juta tu bukan RM atau rupiah tapi duit Zimbabwe. Sana duit sebanyak tu nak buat beli roti pun tak dpt hehehe

    ragbar,
    ko aje lah jemput dia. Kat sini ramai penentang Hindraf - aku takut tak balik in one piece org tua tu kan ngeh 3x

    ReplyDelete
  42. alaaa yg tu laaa...u know which one..akekeke..bernas!

    ReplyDelete
  43. Bukan saya tak nak rasmikan sempena stor yang dirangsang tu cuma saya hanya tahu baca doa makan jer hehehee

    nak baca doa selamt yang lain saya tak baper ingat kena buka buku dulu...

    kan tak profesional cam tu heheheee

    ReplyDelete
  44. dan lagi pasal bugs tu saya rasa berjangkit dari KTS lah agaknya heheheee

    nanti siasat semula saper punya bugs tu ngeh3x

    ReplyDelete
  45. Dah konfem ke ni nak mintak saya rasmi bangunan tu? kalau konfem , saya kena tempah baju ni....biasanya kalau pegi2 rasmi ni - baju tukar kaler sokmo...sebab kekadang tu, yang sama2 mengiringi ni orang yang sama!

    rasanya kalau kat KL ni, tak de orang sini yang ikut...jadi konfem tak payah buat baju baru....baju yang biasa2 je....

    ReplyDelete
  46. tchersally,
    takpalah. harap dia tak kecik hati hehehe

    NL,
    doa makan tu penting. Kalau tak semua org tak jadi makan nanti ngeh3x

    NL lagi,
    nasib dia tak dtg sini semalam. Lepas ko siasat ko bg tahu aku sapa punya ankara. Semalam satu hari aku tak dpt masuk blog ko huhuhu

    sonata,
    Nanti aku konfemkan. Ko jadikan dtg sini Jumaat depan?

    Baju kerja pun ok tapi kalau dpt warna purple sbb tema aku purple ngeh3x

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails