Friday, June 19, 2009

Jodoh Dari Langit?

Malam semalam selepas aku pulang dari majlis tahlil di rumah jiran setaman aku, aku terus mengunci pintu pagar kerana jam sudah pukul 10:30 malam. Setelah aku mengunci pintu pagar depan aku mengunci pula pagar tepi - alah yg sebelah setor terangsang aku tu lah.

Tiba2 aku terpandang sebijik belon berwarna biru di longgokkan sampah. Belon tu terikat dgn benang dan pada hujung satu lagi ada sekeping papan. Kalau takde papan tu mungkin dah terbang kerana belon tu diisi dgn gas helium atau gas ringan yg sewaktu dgnnya.

Berdebar jantung aku kerana dari mana pulak datang belon malam2 ni. Tambahan malam Jumaat kliwon pulak tu. Anak2 aku takde yg main belon semalam.

Setelah mengunci pintu tepi aku terus masuk ke dalam rumah. Seram jugak aku kalau2 ada org berniat tak baik terhadap aku atau keluargaku. Aku tak memberitahu sesiapa tentang penemuan belon misteri itu.

Pagi tadi aku lihat belon itu telah berada di dalam rumahku! Adam dan Haikal sedang bermain dgnnya. Bila aku amat2i belon itu terikat ke sekeping polistairin (gabus putih) yg aku sangkakan sekeping papan malam tadi. Sebenarnya aku 2 bijik belon tapi satu dah pecah. Pagi tadi belon itu sudah tak boleh terbang kerana heliumnya dah banyak keluar. Ini gambar belon tu


Pada gabus tu ada tertulis "SEMOGA AJ DAPAT JODOH"

Di sebelah satu lagi tertera no hp (korang bacalah sendiri no tu)

dan pesanan "pls call"

Aku tak tahu AJ tu pompuan atau lelaki. Aku tak call lagi no tu. Tapi kalau ada sesiapa berminat, silakan panggil no tu! Mana tahu dapat jodoh dari langit hehehe

38 comments:

  1. haaaaaaa sipalah org tu... hehehe
    cm desprte sangat jer... kalau SB dah tentu saya kenal...

    negeh3x

    ReplyDelete
  2. ..hehehh..uncle try le call..mana tau ada ________ ke..
    AJ = mungkin 'aku jejaka'
    atau 'aku ja_ _ a' ke?

    siapa yang tahu..

    ReplyDelete
  3. NL,
    Mungkin bukan AJ yg buat benda tu. Kawan dia kot yg simpati dgn nasibnya.

    ko ada kawan kerja sbg SB ke?

    zaren,
    Uncle tak nak call kalau AJ tu 'aku ja--a' tapi kalau AJ tu tukar jadi AD mahu rasanya uncle call hehehe

    ReplyDelete
  4. klu aku bujang aku torai dh...sbb dulu2 aku mmg minat AJ...(salah sorang ahli group BSB)...

    syukur aku dh kwin..hehe

    ReplyDelete
  5. aku syak cam kerje ko je YB. ko saje taruk nama samaran AJ takut kantoi ngan wife ko. hik3..

    ReplyDelete
  6. saya dah tadek idea nak sambung komen pasal jodoh belon helium tu...

    sbb saya tgh gigih renovate site saya nih... untuk kasi ringan!

    biar ringan macam belon tu ngeeee

    ReplyDelete
  7. hahaha..gelihati den..
    tak abis gelak lagi ni..

    ReplyDelete
  8. hahahaa

    ko usya ler

    lelaki ker perempuan

    ReplyDelete
  9. Alamak...
    Ni taktik lama yang diperbaharui...
    Kalaulah ditempekkan gambar kat polisterin tu...

    Tak berhenti berbunyi hp dia ni...!

    Tak nak cuba-cuba?

    ReplyDelete
  10. yaikksss..desprado btol dah tu!!!

    psst!! YB..AJ tu kan..nama singkatan panggilan anak2 buah kat Sally..AJ=Alang Jay!!..hikksss..tapi sumpah! bukan Sally yg punya belon tu!!! siapa yg punya???man belon punya!!! akekeke..

    ReplyDelete
  11. mcm tau2 je belon tu pegi ke rumah YB, kan aku dh kata, ekot line tenet pon leh sampai, inikan pulak lalu langit... try le kol, mne tau no hp aku tu... wakaka!

    ReplyDelete
  12. siapa yg jumpa jodoh dia lah tu.. YB call la hehe

    ReplyDelete
  13. Macam-macam gelagat ye zaman sekarang ni.. Ada plak main letak belon kat rumah orang. Hehehehe..

    ReplyDelete
  14. Kesian kan mesti dah terdesak sangat tuh... YB cuba2 ar call hik hik mana tau....

    ReplyDelete
  15. INTAN,
    sekarang kalau ko nak torai pun apa salahnya? hehehe

    PenyuBiru,
    kalau aku yg buat aku lepaskan belon tu kat kawasan Bangsar atau Damansara Heights. Sana ramai org kaya hehehe

    NL,
    cepat sikit siapkan renovation tu. Aku nak masuk tengok ni hehehe

    zaren,
    apa yg gelihati sgt ni? Ko dah call no tu ke dan bapok yg jawab kah kah kah

    kapten,
    bab2 usha ni mana aku boleh lawan ko? ko ajelah dipersilakan ngeh3x

    ragbar,
    Syyys gambar aweks tu aku dah tanggalkan muakaka

    ReplyDelete
  16. eeerrrr En Yb pasti bukan En YB yg punya belon? hihihihi

    ReplyDelete
  17. tchersally,
    saya panggil kreatif. Cuma nasib kurang baik sbb jatuh kat kawasan rumah saya. Tapi mungkin ada blogger yg akan call dia.

    Dari mana dtg Jay tu?

    Teja,
    bukan aku tak nak call ko tapi aku takut ramai yg jeles nanti ngeh3x

    zino,
    takut org setaman aje nanti. Sama2 malu hehehe

    haruan tasek,
    dulu org masuukkan nama dlm botol dan hanyutkan botol tu.

    S-a-B-r-I-n-A,
    Dia tak letakkan belon tu kat rumah paman tapi belon tu jatuh setelah satu darinya pecah. Tak kuat nak terbang lagi. hehehe

    adnel,
    saya tak gemar cari org yg terdesak muahaha

    ReplyDelete
  18. Ms.Lilies,
    sudah tentu bukan! No tu pun bukan saya punya ngeh3x

    ReplyDelete
  19. wakakak... sapa yg sdng mecari jodoh tu sila jgn buat cara nie.. nanti glamour kat blog aja...

    ReplyDelete
  20. saje je tuh...belon tu letak kat umh yb...yb ada anak bujang n dara tak?...

    ReplyDelete
  21. kah kah kah kah kah kah (ketawa smbil berguling2).....
    ko time2 cenggini ada lagi yg nak tackle ko yer yb.....ke kekekeke

    ReplyDelete
  22. kah kah kah kah kah kah (ketawa smbil berguling2).....
    ko time2 cenggini ada lagi yg nak tackle ko yer yb.....ke kekekeke

    ReplyDelete
  23. Salam,
    AJ tu ape?
    Anak jantan ke anak janda?

    ReplyDelete
  24. kalau 4 digit...aku beli dah no tu.

    ReplyDelete
  25. sape le yg nk jeleskan aku YB weyy... ko kn tau yg aku masih blm brpunya... hehe!

    ReplyDelete
  26. dia dh boring guna cara biasa


    so


    dia guna caa luar biasa

    ReplyDelete
  27. YB
    sakura tak berapa nampak no hp tu... leh tolong salinan semula tak...he he he

    ReplyDelete
  28. hik hik hik..
    sampai gak belon ni...
    dah 3 hari dilepaskan...
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    errrr... errrr... tapi apasal sampai kat umah ko????

    cis!! belon tak sekolah!!
    lain aku bg arahan, lain yg dia buat!!

    hikkksssss..


    .
    .
    .
    .

    psssttt : dah 40 org tepon no aku tu... thanx la eh.. jasamu dikenang.. tak tau nak pilih yg mana :P

    hik hik hik

    ReplyDelete
  29. yeahhh dah berjaya buat renovation...
    tapi YB kena update link dalam bloglist YB tu sbb dah ada perubahan kan dulu...

    follower pun dah jadi error kena update semula.....

    *saya guna base template cam YB, cuma renovate sekadar yang termampu huhuh.... kiranya lebih kurang jerlah
    dengan template YB nih... terpaksa buat sbb untuk kasi ringan!

    ReplyDelete
  30. kuIna,
    Glamer sbb ramai blogger yg terbaca n3 ni call dia? hehehe

    sue,
    Saya mmg ada anak teruna dan anak dara tapi saya tak rasa belon tu sengaja diletakkan di rumah sy.

    dcrysz,
    kalau betullah ada yg nak tackle aku, aku harap bukan ko. Tak pasal2 aku kena laser ultraman ngeh3x

    ikan emas,
    aku pun tak tahu AJ tu apa. Mungkin singkatan nama org yg nak cari jodoh tu.

    Mungkin AJ = Asal Jodoh keh3x

    ReplyDelete
  31. tchersally,
    oh dalam keluarga mereka panggil Jaja.

    ONE ZABA.
    ko trylah guna empat angka terakhir!

    teja,
    ko belum berpunya? ramailah yg akan masuk jarum lepas ni. Mungkin ada yg akan hantar belon jugak kot wakaka

    pB,
    cara luar biasa hasilnya pun luar biasa hehehe

    ReplyDelete
  32. AJ tu lelaki.. hehehe..

    mcm2 dah skang neh utk carik jodoh...

    ReplyDelete
  33. sakura,
    ko berminat nampaknya! ngeh3x
    Ko klik aje kat gambar tu. Besarlah jadinya.

    kts,
    kah kah kah aku gelak guling2.
    Ko ke yg pakai taktik zaman flinstone ni?
    Nasib jatuh kat rumah aku boleh jugak aku sebarkan kat blog. Kalau jatuh kat Zoo Negara apalah agak jadinya ngeh3x.

    psst - aku tepon tapi emak ko yg angkat. Dia kata sejak semalam ko dah tak berani nak angkat tepon.

    NL,
    tahniah dah siap renovation. Ko tak nak jemput sapa2 rasmikan rumah baru ko ke?

    Nanti aku link balik. Ko tiru cara aku ni kena bayar royalti tau hehehe

    Jard,
    mana ko tahu? Ko dah call dia ya?
    aku ingat AJ tu Aku Jard hehehe

    ReplyDelete
  34. kreatif sungguh..cara baru mencari jodoh ni heheee

    ReplyDelete
  35. Cinta Cukulet,
    Lain kali ko boleh cuba hehehe

    ReplyDelete
  36. cetttt!!!! hahaha.. aku Jard la plak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails