Hari ini hari terakhir Atikah mengajar di Sekolah Agama sbg guru sandaran. Setelah lebih kurang 6 bulan mengajar banyak pengalaman dapat ditimba.
Sempena hari terakhir Ketua Guru dan guru2 lain telah mengadakan jamuan perpisahan ringkas. Atikah juga telah diberi cenderahati tanda terima kasih dan sbg kenangan. Ada anak2 muridnya yg sedih terpaksa berpisah dgn guru mereka. Cuma guru aje juga kontrol ayu hehehe
Sempena hari terakhir Ketua Guru dan guru2 lain telah mengadakan jamuan perpisahan ringkas. Atikah juga telah diberi cenderahati tanda terima kasih dan sbg kenangan. Ada anak2 muridnya yg sedih terpaksa berpisah dgn guru mereka. Cuma guru aje juga kontrol ayu hehehe
Esok dia akan mula mendaftar di UiTM Shah Alam utk mengikuti kursus CAT sbg langkah pertama utk mendapatkan ACCA. Ayah dan keluarga semua mendoakan kejayaan cemerlang kamu.
semoga berjaya di UITM nanti....murid mestih sedih
ReplyDeleteagak2 ayah dia bleh ganti tak bang?? aa...subject apa ek??
ReplyDeleteharuan tasek,
ReplyDeleteTQ kata Tikah.
Murid yg tak sedih pun ada sbb Atikah cikgu yg garang. Lega dia dah tak ngajar kat situ kata budak2 tu agaknya hehehe
Tijah,
Bukan aku tak boleh gantikan dia tapi lebih baik aku ngajar kelas dewasa. Dapat pulak murid mcm ko dan tasik merah, mesti havoc kelas.
Bila nak mula wei? ngeh3x
pengalaman bermakna tu, buat bekalan utk masa depan... moga atikah terus sukses.
ReplyDeletelo0l,,,YB
ReplyDeletebangga betul anak dapat jadik cg,,,
hehehe,,
samat berjaya kat uitm ceekgo0
ishk.... ishk... dah ada cikgu da YB belum terlambat kan kan kan nak ucap Selamat Hari GURU and sukses selalu
ReplyDeletekirim salam ngan cikgu
semuga Atikah terus mengukir kejayaan amin..
ReplyDeleteGud luck untuk Atiqah...
ReplyDeleteBersedia untuk minggu suaikenal pulak...
huiii...6 bulan yang bermakna! tak gitu tikah? :D
ReplyDeletegud luck utk atikah..tak nak blogging maxam ayah dia ke? hehehee
ReplyDeleteBagus dapat timba pengalaman...
ReplyDeleteSemoga atikah berjaya mencapai cita-citanya.
semuga pengalaman mengajar dapat membantu pada masa depan. selamat mengadap buku dan asignment Atikah.
ReplyDeleteseb baik atikah dah abis dah jadi cikgu sandaran. kalu lama lagi, aku takut dia dapat karangan hantu blakang pintu.pahtu taruk kat blog macam err.. sape ek. kih3..
ReplyDeleteTo Atikah...
ReplyDeletethe last day became the most special day... in your life. may it becomes the sweetest memory.! enjoy your next seasons at new place and bring the joy to all the world... be the success one, the greatest amongs the great and grab for you glorious!
P-E-A-C-E
ACCA terbaik!
ReplyDeletetak rugi ambik... dia lebih ok dr degree accounting
moga tiqah tabah....awat tak terus jadi cikgu ja?..
ReplyDeleteTeja,
ReplyDeleteSelain menjadi pengalaman berguna semoga bakti yg dicurah mengajar anak2 (adik2 kot) menjadi amal jariah.
una,
Arwah datuk Atikah dulu pernah menjadi cikgu tapi berhenti kerana tak minat. Ustazah Atikah (sbb mengajar di Sek Agama) berhenti kerana mau menyambung pelajaran.
TQ di atas doa. Semoga dia sukses.
adnel,
Nanti sy sampaikan.
Sempat jugaklah Atikah merasa sambutan Hari Guru dan menerima hadiah2 dr anak2 murid hari tu. ngeh3x
zino,
Itulah yg kami semua harapkan. Sekejap lagi kami akan bertolak ke Shah Alam.
Na Shari,
TQ. Kawan2 dia ramai yg dah sampai awal pagi dan telah memilih bilik masing2. Dia takut kalau dpt tingkat 4 - teruk nak angkat barang katanya. hehehe
Tahniah Atikah... Semoga terus sukses selalu... :D :D
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteDah lar pejabat ayah pun kat Shah Alam , anak belajar pun kat Shah Alam gak ...
Nanti Atikah tinggal dimana???
Best of Luck buat Atiqah
Akmal,
ReplyDeleteBetul tu - terisi jugak masa dgn berfaedah di samping terisi poket hahaha
Cinta Cukulet,
Cukuplah ayah dia yg mencatit peristiwa keluarga. Atikah sibuk layan YM dan FB hehehe
Kak Long,
mungkin nasib dia baik sbb ada kekosongan di sek agama tu. Dia pun rapat dgn Ketua Guru sejak dia belajar di situ lagi.
kakpah,
Benar apa yg kakpah cakap tu. Mulai hari ini Atikah akan merasa hidup sebagai siswi pulak.
PenyuBiru,
Rasanya tak lah sampai dpt karangan mcm tu sbb dia mengajar di sek agama.
psst - kalau kawan kita yg dpt karangan tu baca komen ko ni, aku tak masuk campur kalau dia mengamuk hehehe
Mungkin dia sibuk ke pasar lagi ni.
NL,
ReplyDeleteWow ko speaking omputih. Tak payahlah aku komen lagi sbb dah cantik apa yg ko tulis tu. TQ. ngeh 7x
kapten,
Ramai jugak yg kata mcm ko ni. Itulah sbb Atikah ambil CAT dari menerima tawaran2 lain. Harap ini keputusan yg bijak.
psst - ko dah dpt ACCA ko ke?
Cikgooden,
InsyaAllah pengalaman selama 5 tahun di MRSM boleh membantu mengharungi hidup di kampus. UiTM pun bawah MARA jugak hehehe
Dia tak sambung jadi cikgu kerana minatnya nak jadi akauntan. Tolong kira duit org.
syah,
terima kasih. Kami harap sukses itu berterusan.
pB,
Walaupun pejabat ayahnya kat Shah Alam tapi jarang sgt pegi sana sbb kerja dari rumah aje most of the time.
First year duduk dlm kampus. Ini nak pergi mendaftar kejap lagi.
Sekadar nasihat & peringatan sesama muslim.
ReplyDeleteBerhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)
View Profile: Rantong™
All the best to Atikah..may u find success in whatever u do in life..ur 6 months experience as a teacher will definitely brings good impact in life..take care and make mom n dad proud of u!!
ReplyDeletetahniah, kerana dapat menyambung pelajaran ke UiTM Shah Alam...ok la tu, tak jauh ...
ReplyDelete..bagus2..sama2 la kita kat sana nanti heheh..
ReplyDeleteRantong,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah dan juga di atas nasihat itu.
tchersally,
I hope she will read your comment using her hp.
sonata,
tq. Itu tawaran yg paling dekat hehehe
Macamana pendaftaran Muhammad tadi? Budak cerdik mcm dia tentu tak susah nak menyesuaikan diri.
Maaf tak sempat jumpa semalam kerana lepas siap tugasan dah pukul 11 lebih. Takut mengacau org nak tidur hehehe
zaren,
ko kat asrama mana? Atikah duduk kat Melati.
Pendaftaran berjalan lancar...semuanya on time - briefing pun hampir tepat mengikuti masa. tidak ada perlengahan masa...(mungkin tak seperti IPTA - ramai) - kumpulan Mohd di sini 22 orang - lain2 scholars bilik lain.
ReplyDeleteActually hubby ada meeting - Perst.Anak Johor - TPM sebagai penaung di Wisma Sejarah. While sms last night - we're meeting with somebody at coffee-hse & so tak kisah la - may be some other time...goin' to JB t'morow!
heheheh.. selamat kembali blajo... aku tgh pening abihkan thesissss.. tulungggg!!!
ReplyDeletesonata,
ReplyDeleteItu permulaan yg bagus. 22 org aje tentu pensyarah boleh beri lebih tumpuan kpd setiap siswa. Tambahan semua pelajar cemerlang kan?
Mungkin boleh jumpa kat JB! Saya bertolak esok pagi sampai Rabu.
Salam dari kami seklrga di O.L
ReplyDeleteTahniah 2 Atikah n all the best.
Tahniah to Atikah .
ReplyDeletebelajor rajin2 okeh . ( isskk... sesuai lagike nasihat camtuh ekkh..)
cik konfius,
ReplyDeleteDah 7 bulan rilek Atikah eloklah belajar balik sebelum sel2 otak kembali tak bersambung hehehe
Aku tabiklah kat ko. Belajar sambil kerja. Semoga thesis ko tu siap mengikut jadual.
Kata nak menyate, jadike? Jgn lupa roger aku kalau ko roger Syah.
Has_mimi,
Sampaikan salam paman kat keluarga di OL.
TQ atas ucapan tu. Kami baru balik dari hantar barang kat Atikah. Ada yg tertinggal semalam. Nasib dekat ngeh3x
LiNda,
Terima kasih sudi ziarah.
Pesanan tu boleh pakai lagi rasanya. Cuma mcm work smart vs work hard lah kot hehehe
tak duk asrama dah..degree duk luar..sec 7, pagar belakang jalan nak ke klang tu..tu je la yang termampu..
ReplyDeletezaren,
ReplyDeletetapi ada pelajar yg aktif masih dapat duduk asrama walaupun sedang buat degree.
Sek 7 tu oklah. tak jauh sgt dari kampus.