Friday, June 26, 2009

Hari Terakhir

Hari ini hari terakhir Atikah mengajar di Sekolah Agama sbg guru sandaran. Setelah lebih kurang 6 bulan mengajar banyak pengalaman dapat ditimba.

Sempena hari terakhir Ketua Guru dan guru2 lain telah mengadakan jamuan perpisahan ringkas. Atikah juga telah diberi cenderahati tanda terima kasih dan sbg kenangan. Ada anak2 muridnya yg sedih terpaksa berpisah dgn guru mereka. Cuma guru aje juga kontrol ayu hehehe

Melangkah keluar dari pagar sekolah buat kali terakhir pukul 5:45 ptg tadi

Esok dia akan mula mendaftar di UiTM Shah Alam utk mengikuti kursus CAT sbg langkah pertama utk mendapatkan ACCA. Ayah dan keluarga semua mendoakan kejayaan cemerlang kamu.

34 comments:

  1. semoga berjaya di UITM nanti....murid mestih sedih

    ReplyDelete
  2. agak2 ayah dia bleh ganti tak bang?? aa...subject apa ek??

    ReplyDelete
  3. haruan tasek,
    TQ kata Tikah.

    Murid yg tak sedih pun ada sbb Atikah cikgu yg garang. Lega dia dah tak ngajar kat situ kata budak2 tu agaknya hehehe

    Tijah,
    Bukan aku tak boleh gantikan dia tapi lebih baik aku ngajar kelas dewasa. Dapat pulak murid mcm ko dan tasik merah, mesti havoc kelas.
    Bila nak mula wei? ngeh3x

    ReplyDelete
  4. pengalaman bermakna tu, buat bekalan utk masa depan... moga atikah terus sukses.

    ReplyDelete
  5. lo0l,,,YB
    bangga betul anak dapat jadik cg,,,
    hehehe,,
    samat berjaya kat uitm ceekgo0

    ReplyDelete
  6. ishk.... ishk... dah ada cikgu da YB belum terlambat kan kan kan nak ucap Selamat Hari GURU and sukses selalu
    kirim salam ngan cikgu

    ReplyDelete
  7. semuga Atikah terus mengukir kejayaan amin..

    ReplyDelete
  8. Gud luck untuk Atiqah...
    Bersedia untuk minggu suaikenal pulak...

    ReplyDelete
  9. huiii...6 bulan yang bermakna! tak gitu tikah? :D

    ReplyDelete
  10. gud luck utk atikah..tak nak blogging maxam ayah dia ke? hehehee

    ReplyDelete
  11. Bagus dapat timba pengalaman...
    Semoga atikah berjaya mencapai cita-citanya.

    ReplyDelete
  12. semuga pengalaman mengajar dapat membantu pada masa depan. selamat mengadap buku dan asignment Atikah.

    ReplyDelete
  13. seb baik atikah dah abis dah jadi cikgu sandaran. kalu lama lagi, aku takut dia dapat karangan hantu blakang pintu.pahtu taruk kat blog macam err.. sape ek. kih3..

    ReplyDelete
  14. To Atikah...
    the last day became the most special day... in your life. may it becomes the sweetest memory.! enjoy your next seasons at new place and bring the joy to all the world... be the success one, the greatest amongs the great and grab for you glorious!

    P-E-A-C-E

    ReplyDelete
  15. ACCA terbaik!

    tak rugi ambik... dia lebih ok dr degree accounting

    ReplyDelete
  16. moga tiqah tabah....awat tak terus jadi cikgu ja?..

    ReplyDelete
  17. Teja,
    Selain menjadi pengalaman berguna semoga bakti yg dicurah mengajar anak2 (adik2 kot) menjadi amal jariah.

    una,
    Arwah datuk Atikah dulu pernah menjadi cikgu tapi berhenti kerana tak minat. Ustazah Atikah (sbb mengajar di Sek Agama) berhenti kerana mau menyambung pelajaran.

    TQ di atas doa. Semoga dia sukses.

    adnel,
    Nanti sy sampaikan.
    Sempat jugaklah Atikah merasa sambutan Hari Guru dan menerima hadiah2 dr anak2 murid hari tu. ngeh3x

    zino,
    Itulah yg kami semua harapkan. Sekejap lagi kami akan bertolak ke Shah Alam.

    Na Shari,
    TQ. Kawan2 dia ramai yg dah sampai awal pagi dan telah memilih bilik masing2. Dia takut kalau dpt tingkat 4 - teruk nak angkat barang katanya. hehehe

    ReplyDelete
  18. Tahniah Atikah... Semoga terus sukses selalu... :D :D

    ReplyDelete
  19. Salam


    Dah lar pejabat ayah pun kat Shah Alam , anak belajar pun kat Shah Alam gak ...

    Nanti Atikah tinggal dimana???


    Best of Luck buat Atiqah

    ReplyDelete
  20. Akmal,
    Betul tu - terisi jugak masa dgn berfaedah di samping terisi poket hahaha

    Cinta Cukulet,
    Cukuplah ayah dia yg mencatit peristiwa keluarga. Atikah sibuk layan YM dan FB hehehe

    Kak Long,
    mungkin nasib dia baik sbb ada kekosongan di sek agama tu. Dia pun rapat dgn Ketua Guru sejak dia belajar di situ lagi.

    kakpah,
    Benar apa yg kakpah cakap tu. Mulai hari ini Atikah akan merasa hidup sebagai siswi pulak.

    PenyuBiru,
    Rasanya tak lah sampai dpt karangan mcm tu sbb dia mengajar di sek agama.

    psst - kalau kawan kita yg dpt karangan tu baca komen ko ni, aku tak masuk campur kalau dia mengamuk hehehe
    Mungkin dia sibuk ke pasar lagi ni.

    ReplyDelete
  21. NL,
    Wow ko speaking omputih. Tak payahlah aku komen lagi sbb dah cantik apa yg ko tulis tu. TQ. ngeh 7x

    kapten,
    Ramai jugak yg kata mcm ko ni. Itulah sbb Atikah ambil CAT dari menerima tawaran2 lain. Harap ini keputusan yg bijak.

    psst - ko dah dpt ACCA ko ke?

    Cikgooden,
    InsyaAllah pengalaman selama 5 tahun di MRSM boleh membantu mengharungi hidup di kampus. UiTM pun bawah MARA jugak hehehe

    Dia tak sambung jadi cikgu kerana minatnya nak jadi akauntan. Tolong kira duit org.

    syah,
    terima kasih. Kami harap sukses itu berterusan.

    pB,
    Walaupun pejabat ayahnya kat Shah Alam tapi jarang sgt pegi sana sbb kerja dari rumah aje most of the time.

    First year duduk dlm kampus. Ini nak pergi mendaftar kejap lagi.

    ReplyDelete
  22. Sekadar nasihat & peringatan sesama muslim.

    Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

    "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  23. All the best to Atikah..may u find success in whatever u do in life..ur 6 months experience as a teacher will definitely brings good impact in life..take care and make mom n dad proud of u!!

    ReplyDelete
  24. tahniah, kerana dapat menyambung pelajaran ke UiTM Shah Alam...ok la tu, tak jauh ...

    ReplyDelete
  25. ..bagus2..sama2 la kita kat sana nanti heheh..

    ReplyDelete
  26. Rantong,
    Terima kasih kerana sudi singgah dan juga di atas nasihat itu.

    tchersally,
    I hope she will read your comment using her hp.

    sonata,
    tq. Itu tawaran yg paling dekat hehehe

    Macamana pendaftaran Muhammad tadi? Budak cerdik mcm dia tentu tak susah nak menyesuaikan diri.

    Maaf tak sempat jumpa semalam kerana lepas siap tugasan dah pukul 11 lebih. Takut mengacau org nak tidur hehehe

    zaren,
    ko kat asrama mana? Atikah duduk kat Melati.

    ReplyDelete
  27. Pendaftaran berjalan lancar...semuanya on time - briefing pun hampir tepat mengikuti masa. tidak ada perlengahan masa...(mungkin tak seperti IPTA - ramai) - kumpulan Mohd di sini 22 orang - lain2 scholars bilik lain.

    Actually hubby ada meeting - Perst.Anak Johor - TPM sebagai penaung di Wisma Sejarah. While sms last night - we're meeting with somebody at coffee-hse & so tak kisah la - may be some other time...goin' to JB t'morow!

    ReplyDelete
  28. heheheh.. selamat kembali blajo... aku tgh pening abihkan thesissss.. tulungggg!!!

    ReplyDelete
  29. sonata,
    Itu permulaan yg bagus. 22 org aje tentu pensyarah boleh beri lebih tumpuan kpd setiap siswa. Tambahan semua pelajar cemerlang kan?

    Mungkin boleh jumpa kat JB! Saya bertolak esok pagi sampai Rabu.

    ReplyDelete
  30. Salam dari kami seklrga di O.L

    Tahniah 2 Atikah n all the best.

    ReplyDelete
  31. Tahniah to Atikah .

    belajor rajin2 okeh . ( isskk... sesuai lagike nasihat camtuh ekkh..)

    ReplyDelete
  32. cik konfius,
    Dah 7 bulan rilek Atikah eloklah belajar balik sebelum sel2 otak kembali tak bersambung hehehe

    Aku tabiklah kat ko. Belajar sambil kerja. Semoga thesis ko tu siap mengikut jadual.

    Kata nak menyate, jadike? Jgn lupa roger aku kalau ko roger Syah.

    Has_mimi,
    Sampaikan salam paman kat keluarga di OL.
    TQ atas ucapan tu. Kami baru balik dari hantar barang kat Atikah. Ada yg tertinggal semalam. Nasib dekat ngeh3x

    LiNda,
    Terima kasih sudi ziarah.

    Pesanan tu boleh pakai lagi rasanya. Cuma mcm work smart vs work hard lah kot hehehe

    ReplyDelete
  33. tak duk asrama dah..degree duk luar..sec 7, pagar belakang jalan nak ke klang tu..tu je la yang termampu..

    ReplyDelete
  34. zaren,
    tapi ada pelajar yg aktif masih dapat duduk asrama walaupun sedang buat degree.

    Sek 7 tu oklah. tak jauh sgt dari kampus.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails