Saturday, June 6, 2009

Aku Nikahkan Dikau Dengan. . . . .

Petang semalam aku terpaksa bergegas pulang ke rumah setelah menghantar mertua aku balik ke kampung. Aku bertolak ke kampung pukul 3:15 ptg dan tiba semula di rumah sebelum pukul 8 malam kerana jiran aku menjemput ke majlis akad nikah anak perempuannya selepas Isyak. (cerita balik kampung di n3 yg akan datang).

Selepas solat Isyak di surau, para jemaah bergerak ke rumah pengantin. Kami dapati rombongan pengantin lelaki dah sampai - bagus menepati masa dan mungkin semangat pengantin lelaki berkobar2 nak jadi suami!

Kami terus ke khemah yg disediakan sambil beramah tamah dgn jiran2 yg hadir. Tepat pukul 9:15 malam Ustaz Salleh iaitu jurunikah kawasan kami tiba. Dia bertanya samada pengantin lelaki dah tiba - mungkin telah biasa dgn kerenah sebahagian bakal pengantin yg datang tidak menepati masa. Kami memberitahunya bakal pengantin lelaki dan rombongannya sudah tiba dan sudah pun berada di dalam rumah bakal pengantin perempuan. Ustaz Salleh pun masuk ke dalam rumah diiringi beberapa org jiranku dan juga aku. Ustaz Hadi iaitu imam yg juga pengerusi surau di tempat kami telah mengambil tempatnya selaku saksi. Siap bawa photostat IC. Tiba2 aku diminta menjadi salah seorang saksi! Yang lain segan nak jadi saksi sebab tak bawa IC!

Aku sedang mengisi particular aku di borang. Sebelah kiri aku tu Ust Salleh manakala sebelah kanan aku Ust Hadi (saksi yg seorg lagi)

Acara dimulakan dgn khutbah nikah. Peringatan yg baik bukan sahaja utk pengantin baru tapi pengantin lama macam aku ni hehehe.

Akad nikah dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Dia dah pro kerana ini anak perempuannya yg ketiga. Tengok aksi konfiden dia di bawah ni

Bapa pengantin perempuan (terlindung sikit) dan pengantin lelaki semasa ijab kabul sambil disaksikan oleh aku dan Ust Hadi (tak kelihatan dlm gambar)

"Macamana saksi? Sah?" Itulah yg ditanya oleh Ust Salleh. Kalau aku nak sabo, aku suruh ulang sekali lagi! Tapi aku tak sekejam itu kepada kaum sejenis aku.

Menanti jawapan dari saksi

Dengan itu sahlah dua org mempelai ini menjadi suami isteri. Pengantin lelaki seterusnya diminta memunaikan solat sunat.

Usai solat sunat, majlis menyerahkan mas kahwin dan gelang tangan dijalankan sambil diperhatikan oleh semua yg hadir. Ini diikuti dgn 'penyerahan' anak perempuan bapa pengantin kpd menantunya yg baru. Mulai saat itu, tanggungjawab telah berubah dari bapa kepada suami. Senang cakap, geran telah tukar milik!

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 tunai kpd pasangannya

Semoga mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Tugas kami selesailah sudah. Lepas itu dapat makan malam dan dapat upah! Tetapi yg lebih penting, rapport aku dgn Ust Salleh makin rapat. Ini penting untuk urusan masa depan wakakaka

27 comments:

  1. Aku belum baca lg entry ni tp aku nk komen dulu.... harap2 bukan YB yg nikah... huhuhu!

    ReplyDelete
  2. Fuhh... legaaa, aku doakan kepada pasangan pengantin moga bahagia hingga akhir usia...

    dn kepasa 'saksi' tu juga, moga bahagia ke anak cucu... aminnn...

    ReplyDelete
  3. YB
    Taniah kerana dah leh jadi saksi...
    dan Selamat pengantin baru kepada penganti baru tu

    ReplyDelete
  4. waaa..jadi saksi pernikahan..semoga pasangan pengantin tu bahagi hingga ke syurga..duluuuuu pun arwah atah tg nikahkan kami..terasa kelainan bila ayah sendiri yg akadkan..tu yg darling gabra semacam mas akad nikah tu..hikksss..


    a ah..dah d KB..masih fenin2 lalat!! hehe..

    ReplyDelete
  5. SB,
    ceit ko takut org lain jadi yg first lah tu.

    Tak baik speku aku mcm tu huhuhu

    SB lagi,
    Arini kenduri kahwinnya. Semoga mereka bahgia dan semoga pasangan2 yg ada hari ni termasuk aku bahagia bukan setakat ke anak cucu tapi sehingga akhir hayat. Hanya maut yg memisahkan kami! ecece

    sakura,
    Ini sebenarnya kali kedua aku jadi saksi. Kali pertama semasa menuntut diluar negeri dulu jadi saksi rakan sekampus. ngeh 3x
    Kira2 aku dah mula expertlah ni. Kalau ko nak cari saksi masa ko kawen besok, boleh cari aku hik hik hik

    tchersally,
    org ketiga komen tapi komen ke4 hehehe

    tchersally lagi,
    darling gabra tu biasa sbb first time! Jgn ayah Sally yg gabra sudahlah.

    Mana tak pening KL -KB 14jam. Bukan setakat lalat, gajah pun pening hehehe

    ReplyDelete
  6. sekali aje lafaz aqad? hehehehe...
    teringat cerita sepupu. dia hentam "aku terima nikahnya RAHMAN binti Zubaidah dengan mas kahwin..."
    kena gelak ramai2 pulak tu! hahahah :D
    Encik rahman sengih aje memanjang~~~hehehehe :D

    ps. nama disebut diatas hanya rekaan, tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah mati

    ReplyDelete
  7. Akmal,
    Kedua2 saksi kata sah maka sekali lafaz dah cukup. Kalau kami suruh ulang takut tambah gabra pengantin terus kena buat berkali2 atau tersasul mcm dlm cerita Akmal tu hehehe

    ReplyDelete
  8. 19hb ni ada kawan sekelas nak kawin kat maran. saya akan ada masa aqad sebab nak ambik gambar dan nak pedajal dia hehehe...buleh buat bahan kutuk sepanjang hayat :D :D :D
    Yes! Saya kejam!

    ReplyDelete
  9. kalaulah aku boleh jadi saksi...... kompem pengantin lelaki tu kena ulang smpi 4 kali.. hik hik hik..

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    waktu ni la klu ko nak dera pengantin... bila lagi... hikkssss


    elok gak ko rapat dgn ustaz saleh tu... mana tau boleh gantikan tmpt dia nanti....

    errrrkkk... sesuai ke???

    ReplyDelete
  10. Akmal,
    nasib ko jadi cameraman dia aje. Kalau jadi saksi mau tak jadi akad nikah kawan ko tu hehehe

    kts,
    kalau dia ulang lafaz akad nikah tu 4 kali takpe jgn dia ulang nikah sampai 4 kali gara2 ko yg jadi saksi tu muahaha.

    Kalau ko nak nikah ust Salleh tu jugak yg akan jadi jurunikahnya sbb dia cover kawasan rumah ko jugak. Jadi ko nak aku gantikan ust Salleh bila dia pencen esok supaya aku pulak jadi jurunikah ko? oh tidak!!!

    ReplyDelete
  11. salah ke klu dia ulg nikah smpi 4 kali????
    ko nak ulang smpi 4 kali pun boleh... hik hik hik... ada berani??
    teeeeeeeeeeeeeeeeettttt... aku tau ko takut... errr bukan takut tp tak berani.. errr... mcm sama je maksudnya kan... apa2 aje la... hikkksss
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    ko jadi juru nikah aku?? oh tidaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...
    tak sanggup ai!!!!

    ReplyDelete
  12. kts,
    takkan belum sempat nak berbulan madu dah nak kena madu? Apalah ko ni - sungguh tak sesuai hiks

    Mana ko tahu aku tak berani? Oh dari firasat ko ya?

    Aku tahu ko tak sanggup aku jadi jurunikah ko sbb mmg sah aku sabo bakal laki ko tu masa akad nikah. wakakaka

    ReplyDelete
  13. sesekali sesuaikan apa slhnya... boleh masuk guiness book of record... berbulan madu madu madu madu... hikkkkssss...
    aku tgk pengantin lelaki tu kan main hensem... rmi je yg sanggup bermadu tu.. ekekeke
    .
    .
    .
    .
    .

    firasat aku mmg selalu tepat... teeeeeeeeetttt...


    .
    .
    .
    .
    .

    aku tak takut ko sabo kan suami aku.... aku lg suka :D

    tp aku takut ko yg tergagap2... errr... ulang nikah sbb tok kadi yg gabra... hikkkksssss..

    .
    .
    .
    .

    ko nikahkan anak ko cukupla eh..

    ReplyDelete
  14. cantik ... comel...lawooo... cute...

    ReplyDelete
  15. YB memang seorang yg berfikiran jauh ke depan :)

    ReplyDelete
  16. salam....
    heheheh....bagus untuk masa depan anak2 kalau bapak dah baik ngan ustaz nih...
    tp bukan utk masa depan ayah dia yer...... diulang.....
    bukan utk perancangan masa depan ayah dia k.....hehehehe

    ReplyDelete
  17. memang seronok jadi saksi pernikahan nie. pada pengantin tu selamat pengantin baru.

    ReplyDelete
  18. bangg...urusan masa depan apa tu bang??? ni yg buat aku nak ngadu ngan mak adam nihhhh...

    ReplyDelete
  19. Tajuk entry YB dah agak kontrovesi..
    Tambah plak statement last YB yg "rapport" dan urusan masa depan tu cukup utk menimbulkan kemusykilan..hehehe..

    Risau saya.....

    ReplyDelete
  20. kts,
    Ko sesuaikanlah dgn diri ko esok. Jgn perang besar masa nak pergi bulan madu tu sudah.

    Sapa lagi nak puji firasat ko tu kalau bukan ko. Aku puji sikit2 aje ngeh3x

    Sedangkan jadi saksi aku tak sabo pengantin, inikan pulak kalau aku jadi kadi. Aku tak sampai hati menaniaya kaum sejenis ku apatah lagi di hari bahagia mereka.

    InsyaAllah aku akan nikahkan sendiri anak2 perempuan aku yg 2 org tu.

    NL,
    cantik, comel, lawa dan cute tapi dah jadi isteri org! hehehe

    Mak Su,
    Terima kasih kerana memberikan sokongan. hehehe

    dcrysz,
    kenapa pulak tak boleh utk masa depan ayah dia? Ok apa tak payah pegi jauh2 sampai Perlis atau Siam kah kah kah

    haruan tasik,
    mana ko tau seronok? oh boleh memberi semangat baru ke? hehehe

    tijah,
    aku tahulah ko space cop gaban tapi takkan dgn rakan sejawat ko ni pun ko nak sabo muahaha

    ReplyDelete
  21. Faris,
    Apa yg kontrovesi sgt tajuk tu? Dan statement yg last tu ko jgnlah risau sbb emak adam pun ok aje
    ngeh3x

    psst - sbb dia belum baca lagi n3 ni

    ReplyDelete
  22. salam...yea jadi saksi je ye..jgn plak jadi pengantin sekali lagi ahahah

    ReplyDelete
  23. kompius aku..YB jadi saksi ke...jadi potograper?...hehe...aku penah tgk org akad nikah sampai 13 kali kena ulang...aku simpati ngan pengantin lelaki...dah mandi peluh kat ruang tamu...

    ReplyDelete
  24. arsaili,
    Semalam saya mmg jadi saksi. Harap2 jadi pengantin pun cuma sekali hehehe

    suhaila,
    Kenapa ko konfius? Aku jadi saksilah. Kenapa - ko tak percaya?
    Mmg aku ada bawak kamera mlm tadi tapi selepas aku diminta jadi saksi, aku suruh kawan aku yg ambik gambar. Itulah sbb nya gambar aku pun ada. Kalau aku yg ambik muka aku mesti takde dlm gambar ngeh3x

    ReplyDelete
  25. Pernah menyaksikan majlis seperti ini...kat sini ada acara penyerahan anak perempuan kepada si suaminya (ada baca skrip yang telah disiapkan - tak tau la belah2 KL ni )...kita yang mendengar ni pun naik sebak!!! jangan main2 bila dah bernikah oiii.....

    ReplyDelete
  26. sonata,
    Ada beberapa perkara yg saya suka dgn Ust Salleh menjalankan acara nikah ni. Antaranya ialah penyerahan mas kawin di mana pengantin lelaki dan perempuan kena cakap apa yg mereka lakukan itu. Ramai yg kelu walaupun sebelum itu mngkin lancar aje.
    Penyerahan anak oleh ayah kpd menantu juga acara mesti oleh Ust Salleh.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails