Friday, May 8, 2009

Yang Mana Satu Pilihan Hati

Manusia dilahirkan dengan hak untuk membuat pilihan. Setiap hari kita berdepan dgn membuat pilihan. Dan kita akan dipertanggungjawabkan di atas pilihan yg kita buat. Sendiri pilih sendiri tanggung!

Antara situasi yg sering kita hadapi:
Samada kita memilih hendak bangun dan solat Subuh sebaik masuk waktu, atau tarik selimut tunggu sampai pukul 6:45 atau terus tak sembahyang.

Sarapan nasi lemak (biar tambah naik berat badan tu huhuhu), roti canai (lebih kurang mcm nasi lemak kesannya), roti sapu mentega (nampak mcm mat salleh sikit), makan buah aje (jaga badanlah konon tapi pukul 9:30 nanti dah lapar giler) atau cuma minum air milo secawan.

Di atas tadi contoh yg simple tapi hakikatnya kita mempunyai pilihan dalam hidup ini - setiap masa. Hatta tidak memilih juga satu pilihan.

Alhamdulillah anak saya Atikah telah mendapat berbagai tawaran untuk melanjutkan pelajarannya selepas tamat SPM tahun lepas. Dia berminat utk menjadi seorg akauntan bertauliah. Antara tawaran yg datang ialah:

1) matrikulasi di Arau - bermula Isnin depan
2) UPU menawarkan kursus Diploma Perakaunan di UiTM Cendering
3) Kursus ijazah di Uniten di Bandar Muazam Shah
4) Politech Mara di Cheras
5) Certified Accounting Technician(CAT) di UiTM Shah Alam

Semalam berlangsung acara taklimat utk CAT di UiTM. Saya telah menghantar Atikah ke sana. CAT adalah salah satu jalan utk mengambil ACCA. Ia ditadbir dari UK. Menurut pihak UiTM lebih 900 pelajar telah memohon kursus itu tahun ini iaitu lebih ramai dari tahun2 sebelumnya. Sebahagian daripada mereka telah menduduki ujian saringan hari sebelumnya. Hanya mereka yg mendapat 7A keatas di dalam SPM yg dipanggil semalam dan tak perlu menduduki ujian saringan. Ada juga yg mendapat 6A dan pencapaian English yg baik turut dipanggil utk taklimat.

Untuk menamatkan CAT kena mengambil 9 exam. Walau bagaimanapun bagi pelajar yg mendapat A dalam Prinsip Perakaunan semasa SPM mereka tak perlu mengambil exam yg pertama. Jadi Atikah hanya perlu mengambil 8 exam. Biasanya 1.5 tahun boleh tamat pengajian walaupun ramai juga yg habis dalam masa setahun saja (2 semester). Lepas tu boleh ambil ACCA. Menurut pegawai yg memberi taklimat, ada pelajar yg dah dapat ACCA ketika berumur 21 tahun.

Mendengar taklimat dan soal jawab semalam, membuat Atikah teruja utk mengambil CAT. Jadi itulah pilihannya. Semoga ianya pilihan yg tepat dan selamat belajar dan selamat berjaya!

Kami singgah makan tengahari di restoran ini di Seksyen 7 Shah Alam. Saya selalu ke sini semasa terlibat di dalam pembinaan stesen minyak kulit kerang yg terletak berhampiran restoran ini pada tahun 1998. Masa itu, Atikah baru Darjah 1. Sekarang dah nak masuk U.

42 comments:

  1. err... saya tatau nak komen apa... Hohohohohoh :P :P

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat,
    Semoga Dik Atikah membuat pilihan yg tepat utk masa depan, dan semoga restu dan doa ibubapa akan memudahkan perjalanan hidup Dik Atikah nanti.

    ReplyDelete
  3. adik aku memilih utk masuk matriks isnin dpn... hehehe..

    ReplyDelete
  4. good luck la utk dia...utk apak dia jugak...moga pilihan itew tepat gitew...klu minat ada...insyaallah takde prob...



    pstt....pagi2 biasanya sy bekfes gan secawan air je...pemalas..hehe

    ReplyDelete
  5. jangan lupa pilih line Digi. pilihan yg bijak.hehe..

    err..aku pakai line maxis.

    apapun pilihan yg dibuat, dun look back! stick to de plan!

    ReplyDelete
  6. cepat betul masa berlalu kan..
    dulu darjah satu sekarang dah nak masuk U.

    semoga atikah berjaya dalam jurusan yang dia pilih.

    ReplyDelete
  7. pilihan sentiasa ada...
    mungkin juga pilihan itu bukan untuk dipilih!

    *good luck and congrats to your doughter...

    ReplyDelete
  8. belanga? salu lalu tu tapi x penah singgah. best tak??

    ReplyDelete
  9. YB,
    Sally tumpang gembira..YB dianugerah anak yg pintar..semoga apa juga pilihanya..kejayaan akan menjadi milik Atikah..ayah Atikah..ibu Atikah..guru2 Atikah..all the best!!!

    ReplyDelete
  10. bila dia dah boleh memilih, sokongan ibu bapa adalah apa y dia harapkan..

    restui pilihannya.. insyaallah dia akan berjaya

    sis3 masih belum memilih samada alam pekerjaan atau menyambung ke peringkat master

    ReplyDelete
  11. sya rasa berbincang dulu dengan tuan punya badan dan kalo ada kekuatan solat ishtikarah...tidak menyesal org yang berbincang dan tidak rugi org ynag ishtikarah...

    ReplyDelete
  12. pilihlah yang baik2 untuk kebaikan sendiri dan keluarga dan masyarakat :)

    ReplyDelete
  13. Kalau itu yang dipilih, alhamdulillah. Ibu bapa sentiasa di belakang memberi restu. Semuga berjaya.

    ReplyDelete
  14. Ooo...banyaknya peluang, sampai tak terpilih...

    Moga2 Atikah berjaya...esok2 boleh buat duit banyak2, yek !! he he....

    ReplyDelete
  15. nanti ada akauntan la sorang kat dalam rumah uncle ya? boleh keje dengan syarikat uncle nanti hehehehe....

    ReplyDelete
  16. beruntunglah sesiapa yg boleh memilih.. ada peluang utk memilih.. dan ada hati untuk memilih...

    tak mcm aku.. mmg TIADA pilihan..

    err.. betul!! tak tipu..
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    kedai makan tu cuma jual buah je.. pagi petang siang malam.. buah je...

    nasi takde.. terpaksala aku ikut rentak dia..
    pagi petang siang malam : buah..

    hikksss...

    ReplyDelete
  17. tahniah buat atikah dan buat lah pilihan yg tepat.

    ReplyDelete
  18. syah shah,ko masih mc lagi ke arini sampai tak tahu nak komen apa? hehehe

    juliet,Salam Jumaat. Saya solat kat masjid di kpg saya tadi hehehe
    Kami semua harapkan pilihannya tepat dan sentiasa mendoakan kejayaan Atikah dan adik beradiknya yg lain.

    Jard,Adik ko dpt matriks kat mana? Ko dah belikan dia laptop yg ko janjikan tu ke belum? hehehe

    INTAN,terima kasih di atas ucapan itew.

    Nak jaga badanlah ni bekfes minum air aje. Tak lapar ke?

    PenyuBiru,kami pilih streamyx - fix line ma.
    Nak jugak pandang belakang tapi guna rear mirror ajelah.

    ArPPeGiOS,Bila singgah di restoran tu baru teringat dah lama saya buat stesen kat depan tu. Atikah pun dah anak dara sekarang.
    Terima kasih atas doa tu.

    musafirlalu,hendak tak hendak kita berdepan dgn berbagai pilihan dlm hidup kita seharian. Semoga kita diberi petunjuk utk membuat pilihan yg tepat.
    Terima kasih atas ucapan sdra.

    ReplyDelete
  19. saya dah tak MC... pagi tadi saye telahpun membuat pilihan : tak komen pape...

    Buleh dak gitu.. HAhahahahah :P :P :P

    ReplyDelete
  20. anak sulung aku hari tu pun kata nak jadi akauntan juga... dpt matrikkulasi buat akauntan tu... tapi sebagai org kg, aku tak nampak jln utk anak dara aku tu dlm bidang tu.... hehehe. Aku nasihatkannya buat TESL... mujur dia setuju dan alhamdulillah kemudiannya dpt tawaran buat TESL bawah BPG dan kalau ada rezeki tahun depan akan ke UK....

    Memang aku tak memaksa anak2 nak pilih apa.... tetapi sebagai bapa aku cuma cuba tunjukkan jalan dan nasihat utk memilih sambil mengakhiri sesi perbincangan dengan ayat....

    "abah tak sohor kalau korang esok2, kerja gaji beribu2 tapi nak balik ke rumah pun tak sempat... tak de makna"

    Buat atikah... selamat berjaya dan cekalkan hati menempuh cabaran hidup.... semoga menjadi anak yg akan membanggakan ibu dan bapa

    ReplyDelete
  21. tahniah dan selamat berjaya mencapai apa yang diimpikan

    ReplyDelete
  22. Salam...
    Syabas dan mabruk buat anakanda Atikah....
    Moga terus cemerlang....

    ReplyDelete
  23. Tijah,ko selalu lalu situ ke? ko pegi mana tijah?
    Best jugak masakan dia. Lain kali boleh try. Kalau aku ada kat kawasan tu ko roger aku dulu hehehe

    tchersally,saya juga berbesar hati kalau kawan2 tumpang gembira.
    Alhamdulillah, bolehlah anak2 dlm pelajaran walaupun ramai lagi yg lebih pandai dr mereka.

    zonaku,kami beri Atikah kebebasan utk memilih kerana ini utk masa depan dia. Kami hanya mampu memberi sokongan dan doa.

    Pilihan di tangan sis3. Dua2 ada kelebihan dan kekurangannya. Semoga membuat pilihan yg tepat.

    APS,kami dah berbincang dan keputusan akhir kami serahkan kpd tuan punya badan. Betul tak rugi org yg beristhikharah kerana hanya DIA yg maha mengetahui.

    Mak Su,insyaAllah.

    kakpah,kami sentiasa memberi sokongan dan restu. Sekarang terpulang utk Atikah berusaha utk mencapai cita2nya.

    kayteeze,Dia minta juga utk masuk UIAM utk mengambil bidang perakaunan tapi tak terpilih. Jadi terpaksa pilih dari apa yg ditawarkan.

    Akmal,insyaAllah bukan sorang tapi 2. Hazwan juga sedang belajar nak jadi akauntan hehehe

    kts,betulke ko takde peluang utk memilih? Aku tak percaya! Takkan ada satu kedai tu aje kat tempat kerja ko? Kalau ya pun satu kedai, ko boleh memilih utk bawa makanan dari rumah. Ibu kan pandai masak! hehehe

    zue,terima kasih. Nanti saya sampaikan kpd Atikah bila dia balik mengajar kat sekolah agama. Sempatlah dia sambut Hari Guru dgn murid2 kerana CAT bermula bulan Julai.

    ReplyDelete
  24. syah shah,alhamdulillah ko dah sihat.
    tak komen apa2 pun kira pilihan. Tak meninggalkan jejak juga pilihan. Aku berterima kasih kpd kalian yg sudi singgah lebih2 lagi yg membuat pilihan utk berkongsi pandangan dan pendapat.

    Shifu,Anak2 kadang2 terikut2 kawan2 mereka. Itu tak semestinya tak baik tetapi kita sbg ibubapa perlu memberi pandangan dan berkongsi pengalaman supaya pilihan mereka sesuai dgn diri mereka dan persekitaran.

    Tahniah kpd anak ko yg dah nak keluar negeri tu.

    Betul apa yg ko nasihatkan kpd anak2 ko. Aku pun nak cakap mcm tu jugaklah kpd anak2 aku ahaks.

    Ayat akhir ko tu nanti aku suruh Atikah baca sendiri. TQ.

    ONE ZABA,amin dan terima kasih.

    ckLah,Wsalam.
    Bagi pihak Atikah, terima kasih sy ucapkan. Perjalanannya masih jauh.

    Saya doakan awak dah bertambah sihat.

    ReplyDelete
  25. adik ipar saya yang nama Husna jugak tu tak dapat lagi offer kemana-mana, padahal keputusan dia kira bagus juga... Kawan-kawan dia semua dah dapat... Tak tahulah, mungkin ada tersalah isi borang tu kat mana-mana...

    lepas ni nak kena tolong tengok-tengokkan sama le isi borang untuk second intake... Hehehehehe :D :D

    ReplyDelete
  26. hari ni hari jumaat kan...

    errr... tak jadi aku nak tipu ko..

    hikhikhik..
    aku ada peluang memilih.. tapi aku memilih utk tidak memilih..
    paham dak??

    pssstt... aku tak biasa bawak bekal.. sjk zmn sekolah lagi.. rimas la bwk bekal..
    :D

    ReplyDelete
  27. syah shah,eloklah ko tolong tengok2 bila dia isi borang sekali lagi. Ada beberapa tempat kosong termasuk tawaran yg Atikah tak ambil tu hehehe

    kts,Jadi kalau hari lain tu ko suka tipu akulah. Dasar! Ko kijam!! (aku nak kutuk ko pasal ini petang Jumaat hehehe).

    Aku faham ko saja memilih utk tak memilih. Aku faham sgt. Org lain tak faham nasiblah.

    Ko tak bawak bekal sbb ko nak maintain ayulah tu ngeh 3x

    ReplyDelete
  28. ha~~aaa...terlupak pulak tauke hotdog kita tu hehehehe :D

    ReplyDelete
  29. pembetulan:
    aku tak bawak bekal bukan sbb nak menten ayu.. sbb aku mmg alwez ayu..hikhikhik..

    aku tak bawak bekal sbb selalu lupa, tertinggal, tercicir atau hilang bekas tupperware tu..

    hikhikhik... takkan nak beli hari2 bekas tu.. lainlah anak raja..





    pssstt.. : tiba2 aku rasa mcm ko ada nak tnya sesuatu kat aku.. apa dia eh??
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    taknak ckp takpe la.. aku gi jogging dulu... bye

    ReplyDelete
  30. Akmal,tauke hotdog tu bukan kisah sgt dpt jadi akauntan ke tidak. Matlamat utama dia nak jadi jutawan hehehe

    kts,menten ayu dgn alwez ayu tu tak sama ke? Apapun ko mmg ayu (jgn tersedak pulak aku cakap mcm tu).

    Ko tak bagi tahu aku tahu ko pelupa. Itu sbb dah berapa kali ko tertinggal tupperware ibu ko. Jgn risau ibu ko tak bawak kan ko tupperware ori dia bagi ko tipuware aje.

    Tinggi ilmu ko tahu apa yg ada kat hati aku ni. Habis tu apasal tak jawab? Takpelah nanti aje ko jawab. Pegilah jogging dulu.

    ReplyDelete
  31. GOOD CHOICE YB

    Chartered Accountant boleh jadi dengan beberapa cara

    tapi dengan Professional Exam macam tu... kira dia punya lg baik daripada degree.

    Then dapatkan experience

    ReplyDelete
  32. kapten,itulah jugak harapan kami. Tapi masa taklimat pensyarah dah bagi warning tak usah harap nak bodek2 pensyarah kerana paper akan di mark di UK. Mereka tak tahupun siapa murid2nya yg ambil exam tu. ngeh3x

    ReplyDelete
  33. opocot!!

    mcm tak percaya ko puji aku... hikhikhik...

    rasa janggal :P







    pssttt... jawab apa yg ko maksudkan,eh??

    ReplyDelete
  34. Salam YB,

    Pilihan yang tepat. Lepas ACCA, boleh ambil CFA pulak. Hidup Uitm.

    ReplyDelete
  35. pssttt...anak awak belajau dekat ngan KAKAK Dcrysz yer????

    ala....ala....lalalalalallala

    tetibalak dapat adik angkat....
    hehehehehhe

    ReplyDelete
  36. kts,saja aku puji biar ko perasan. Percayalah! Satu hari nanti ko akan biasa jugak dan tak janggal lagi.

    tak bernama,Wsalam. Jauh lagi nak sampai CFA. Awak ex-UiTM ke?

    dcrysz,buka semester baru ni bolehlah awak tengok2kan Atikah tu.

    ReplyDelete
  37. tahniah! moga terus cemerlang dalam kerjaya...

    anak ku konfius! mana nak pegi???masih terus menunggu...tapi sudah dapat 2, satu udah tolak...1 maintain dulu...esok lusa kot ada...tunguuuuuu..................

    ReplyDelete
  38. sonata,eh Muhamad tak jadi ambik tawaran buat medic kat UIAM tu ke? Dia tunggu tawaran mana pulak ni?

    ReplyDelete
  39. salam hormat buat yb sklrga..

    1. dh buat pilihan, smga pilihn itu tepat, n bmanfaat buat hiduonya d masa depan. insya-Allah.
    teman doakn smga anakanda atikah bjaya dunia & akhirat. amiin

    2. nama anakanda yb sama dgn anak sulung teman (atiqah). thn lepas, dia pun tima bnyak tawarn. last2, thn lepas tu dia jadi 'bibik' selama setahun utk tolng umminya dgn krja2 rmh.. cuma awal thn ni br dia tima tawarn. itupun bukan pilihan teman. pilihanny sdiri. teman biasa tk 'tekan' anak2 dlm mbuat kputusn.. skadar mberi pandgn, ada.

    *smga Allah SWT mberikn kejayaan buat anak2 kita- di dunia n akhirat.
    amiin.

    ReplyDelete
  40. amal,wsalam buat amal seklga.

    1. kami semua pun berharap pilihannya tepat dan bermanafaat utk dunia dan akhirat. Ini baru langkah pertama dan jauh lagi perjalanannya.

    2. dpt jugak Atiqah menolong ibunya setahun. Semoga masa itu digunakan utk belajar ilmu rumahtangga kerana satu hari nanti dia akan menjadi isteri dan ibu juga. Tak semua budak2 pompuan sekarang pandai mengurus rumah spt masak dan mengemas.

    Ya semoga Allah memberi kejayaan kpd anak2 kita dan anak2 rakan2 kita. Amin

    ReplyDelete
  41. laaa,
    atikah da besar dah
    cepat betul anak2 ni besar
    x sedar pon,,
    tula ayat y ayahandaku slalu ckp
    huhuhuu

    ReplyDelete
  42. una,umur atikah aje dah meningkat tapi badan masih comel loteh mcm dulu. Kalau una jumpa dia ingat budak form 1 tapi dah nak masuk u rupanya. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails