Saturday, May 30, 2009

Tahun Melawat NS 2009

Tahun ini merupakan tahun melawat Negeri Sembilan bagi aku kerana Afifah belajar di sana mulai Jan tempohari. Di samping itu aku ada sikit projek di Nilai.

Semalam aku ke NS lagi. Ada mesyuarat Muafakat (PIBG) di sekolah Afifah di MRSM Serting. Biasalah mesyuarat macam ni. Ada yg semuanya nak cepat dan ada pula yg nak ikut prosidur. Yang lain duduk merungut macam baung dalam bangkar di belakang. Selesai mesyuarat dah pukul 12 lebih.

Aku lalu membawa anak aku dan kawannya utk pulang bercuti - yahoo.com lah budak2 ni.
Aku rancang nak solat Jumaat kat Senawang - boleh lepaskan budak2 tu merayau2 dan makan tgh di Giant sementara aku solat. Tapi kerana waktu kami bertolak dari maktab dah pukul 12:20 tgh, kami hanya sempat sampai ke Terachi semasa masuk waktu Jumaat.

Jemaah kelompok pertama (yg tak tunggu doa) mula keluar dari masjid Kg Ibol

Tghari aku ingat jalan di Bukit Putus tu lapanglah. Ternyata sangkaan aku meleset. Tengok gambar bawah ini.Bukit Putus pun jam jugak semalam

Kerana aku banyak menggunakan lebuhraya bertol, baki Touch n Go aku pun cepat susut. Baru aje aku top up Selasa lepas semasa aku ke Klang tapi semalam masa nak masuk tol Senawang, tinggal RM319 saja. huhuhu

Baki Touch n Go aku tinggal ciput walaupun baru 4 hari aku top up

Sebelum meninggalkan NS, kami berhenti menjamu selera di R&R Seremban. Ramai yg singgah di situ semalam. Nak cari parking kereta bukan senang. Nak cari parking orang (tempat nak duduk makan) lagi susah. Akhirnya aku duduk satu tempat manakala Afifah dan rakannya duduk tempat lain. Masa aku makan ada org tumpang duduk di meja yg sama dgn aku. Bukan awek walaupun ada seorg awek hampir2 nak duduk sebelah aku (ish tak kuasa ai!). Yang duduk sebelah aku seorg pemandu bas yg membawa org2 pejabatnya balik berkursus dari PD.

Kebanyakan meja dan kerusi penuh

33 comments:

  1. adat musim cuti camtu le yg... klu takot jem, dok umah je kepit bantal peluk.... haha,

    borang dh email... ngeeee!

    ReplyDelete
  2. biasala cuti sekolah. jalan memang jem (bukan untuk roti).

    ReplyDelete
  3. argh~~~orang dah cuti, kitorang nak exam~

    ReplyDelete
  4. soca,semalam cuti baru nak mula. Hari ni mau lagi tenat jam tu.

    ko tolong cek betul2 alamat emel tu. takut tersalah tempat, lain jadinya ngeh3x

    ReplyDelete
  5. haruan tasek,ini yg untung sykt lebuhraya dan sykt minyak hehehe

    Akmal,aik nak exam ke? Selamat menjawab soalan dan semoga score A utk semua mata pelajaran.

    psst - kurang sikit jem kat jlnraya kalau ramai lagi yg exam sekarang ni hehehe

    ReplyDelete
  6. eh... aku 1st ke td??? yg, nk hadiah.... exora! ngeeeeeeeee...

    ReplyDelete
  7. aku lg.... pasni klu jln memane jgn lupe bawak roti.. huhuhu!

    ReplyDelete
  8. soca,takkan ko tak perasan ko first tadi? Kalau nak hadiah syaratnya kena jadi first 3 kali berturut2. Tawaran sah sehingga hujung bulan ni aje. Itu pun dah ada yg menang. Hadiah sungguh menarik dan beharga ngeh3x

    soca lagi,betul cakap ko tu. Hari tu punyalah lapar perut aku huhuhu

    ReplyDelete
  9. elehhh... nk putar alam le tu, ari tu kata 2 kali brturut2.... yg, smbil pejam mate kire je yg aku dh 3 kali brturut2.... hehehe!

    ReplyDelete
  10. mujur tk no 4... wakakaka!

    ReplyDelete
  11. soca,pihak penganjur berhak mengubah peraturan dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

    Biasakan baca syarat mcm ni? Aku pun cuma ikut mcm depa hehehe

    soca lagi dan lagi,kalau lambat2 harus ko no 4 wakakaka

    ReplyDelete
  12. aku nk no 5 blh tk... atau 6, 7, 8..... n/

    ReplyDelete
  13. aiks... kite brdua je ke dlm rumah ni??? nk balik arr... kene tangkap kering kang susah pulak.... wakaka!

    ReplyDelete
  14. sonata sentiasa dapat nombor corot...
    sebab? nak bagi peluang orang lain dulu & memang selalu dapat yang last2...he ehe he...kita saban tahun lawat NS, tak ada tahun khusus...

    ReplyDelete
  15. kalau cuti skolah...aku yg bukan cikgu nak cuti tak hengat boleh tak?kuang kuang kuang...

    ReplyDelete
  16. lagi2 soca,ko punya pasal, no apa2 pun boleh! keh keh keh

    soca lagi & lagi,mana pulak kita berdua aje. Ko sorang aje sbb aku pergi surau solat asar tadi.
    Tak tunggu minum dulu ke sebelum balik? hehehe

    sonata,ceh dah tak dapat jadi yg first tu katalah nak bagi peluang kat org
    lain. ngeh 3x

    Tahun lepas tahun melawat Melaka dan Perak sbb anak2 di sana. tahun ni NS pulak

    ReplyDelete
  17. balance touch n go pun ko sempat snap.....dasat le ko ni...aku tabik toing toing...

    ReplyDelete
  18. last aku gi NS, kereta kena tow dgn abg PLUS... malam plak tu..
    nasib abg2 tu baik...

    pengalaman yg tak semua org dpt...
    hik hik hik..


    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    errr.. kad touch n go ko tu aku yg guna.. tu yg baki tggl ciput..


    hik hik hik...

    ReplyDelete
  19. usah kan kat jalan raya...kat dalam umah pun jem gak. semua pakat kumpul

    ReplyDelete
  20. memang sesuai kalau dapat makan makan kat segemban tu.. makan lauk perut tembusu.. atau jangek masak lomak.. sure bepeluh nanti.. hehe

    ReplyDelete
  21. kalau dah solalu poie nogori sombilan, konolah bolaja cakap bahaso nogori. Nak bolaja mo kakpah pun buleh. tapi tijah laie ekspet keh..keh..

    ReplyDelete
  22. suhaila-ab,Ramai yg ambil cuti masa cuti sekolah walaupun mereka bukan cikgu kerana anak2 mereka adalah pelajar.

    Tapi kalau ko nak cuti samapun elok jugak - tambah kemeriahan yg ada hehehe

    INTAN,susah nak dpt gambar yg clear sbb jadi jalur2 setiap kali aku snap huhuhu

    kts,tayar kereta akupun pernah pecah semasa melalui highway PLUS di NS lebih 10 tahun dulu. PLUS Ronda tolong aku tapi kena tunggu punyalah lama.

    Oh ko yg belasah T&G aku ya? Ciput2pun ada > RM300 hinggit lagi tau. Jgn ko gunakan utk pegi dating dgn boyfriend ko dahlah. hehehe

    ReplyDelete
  23. ONE ZABA,eh anak2 ko duduk asrama jugak ke? Mmg riuh kalau semua dah berkumpul hehehe

    zino,dulu masa kerja dgn sykt kulit kerang saya kerap jugak makan kat persatuan bolasepak tu. mcm2 masakan negeri yg saya makan kat situ.
    tempat yg zino cakapkan hari tu, saya belum sempat cuba lagi.

    kakpah,kalau cakap nogori sikit2 tu saya bolehlah mcm jugak slang negeri2 lain sbb saya ramai kawan dari seluruh negara. Kalau nak tulis sama slow sikit. Eloklah kalau kakpah nak tolong ajarkan.

    Dgn tijah saya tak sanggup takut kena pelangkung dek carlos hehehe

    harap2 tijah tak baca komen ni ngeh3x

    ReplyDelete
  24. tak kuasa ai??

    keh3.. yelah2.. sbb afifah adekan?? :P

    blk penang jumaat ritupun sgt jem, kat bridge saja 2 jam, cuti sek la katakan...

    ReplyDelete
  25. walopun r&r seremban tewww baru di upgradekan kannns.. yb kena propose soh buat r&r seremban 2 fulakks.. vollleee

    ReplyDelete
  26. cik konfius,ko mana nak percaya cakap aku kan?

    Jambatan Penang tu bukan hari2 pun jam ke? Aku pernah cancel nak pergi ke island sbb jambatan tu jam teruk. Feripun lebih kurang mcm tu.

    psst - ko belum balik Pendang ke? Kat ada kenduri kawen.

    en_me,Saya terlibat juga masih upgrade R&R ni dulu. Kami bina stesen minyak kulit kerang siap dgn surau dan highway toilet. Bila melihat org solat di situ, saya berdoa agar dptlah pahala membinanya.

    Sepatutnya ada satu R&R baru di Bangi arah utara. Ada gerai2 satay dan kraftangan di samping 2 buah stesen minyak. Tapi projek tu mungkin tak jadi sbb dah tukar kerajaan ngeh 3x

    ReplyDelete
  27. wes mangan lunch opo urung kuwi... aku mangan neng umah wong kawen... nasik minyak... hehe!

    ReplyDelete
  28. jambatan PP tu jem dia sukar d ramal...bkn time kritikal je..kkdg dia jem kui 2pm....kui 3pm.....kui 12am pun pnh..keliru aku



    ehhh...sori le aku nyampuk tiba2

    ReplyDelete
  29. serting? sungguh hutan, kan?

    ReplyDelete
  30. ..uncle yb, nape tak kuasa pulak?
    awek duduk sebelah ada peluang yg tak harus dilepaskan!

    ReplyDelete
  31. bestyer jalan2 huhu

    ReplyDelete
  32. soca,aku pun enek rong enggon kie dino hehehe

    INTAN,kadang aku ingat jambatan jem, aku naik feri. Tapi rupanya lagi teruk huhuhu

    tasik,Serting dah majulah sekarang. Dah ada Bandar Baru Jempol kat situ.

    zaren,uncle kan baru lepas solat Jumaat jadi tak sesuailah. Tambahan pula awek tu tak cun sgt kahkahkah

    TMFH,apa yg bestnya. Jalan pegi ambil anak balik bercuti huhuhu

    ReplyDelete
  33. hehee lainkali lepas pi amik anak, melencong ler ke tempat lain jap hehehe....


    sekali sekala pi cuci mata kan...
    errr awek tak cun duduk sebelah!
    tadek rezekilah tu YB...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails