Wednesday, May 6, 2009

Semua Dah Antarabangsa

Hari bermula pameran makanan dan produk halal antarabangsa (MIHAS). Tahun lepas saya sekeluarga pergi ke pameran tersebut dan ada buat catitan sikit - antara n3 terawal saya dalam dunia blogging. Masa itu tak kenal sesiapa pun lagi di alam maya ni. Kalau nak baca n3 sempoi tu klik link di atas. hehehe

Dua minggu lepas ada pameran buku antarabangsa.

Kalau di Sepang kita ada Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Nasi lemak yg femes di KL ini adalah Nasi Lemak Antarabangsa. Bermula dgn satu warung di Kg Baru, kini telah ada beberapa cawangan. Tapi belum ke peringkat antarabangsa mcm mekdi atau kepsi.

Pantulan papantanda nasi lemak antarabangsa di keretaku semasa saya dalam perjalanan mencari tempat parkir utk makan steamboat malam Ahad lepas (Julietchun makan kat situ rupa malam tu)

Di kawasan Chow Kit ada sebuah hotel dinamakan KL International Hotel atau Hotel Antarabangsa KL.

Ini gambar papantanda yg sempat saya ambil Ahad lepas

Saya rasa kalau letak perkataan 'Antarabangsa' dalam perniagaan kita ada ummph agaknya. Mungkin ini juga yg difikirkan oleh pemilik kedai gunting rambut berhampiran pasar Datuk Keramat ini.
Tengok betul2 tulisan di kedai tu

Mungkin selain pelanggan tempatan ramai juga Mat Indon gunting rambut di sini. Itulah yg jadi ANTARABANGSA!

36 comments:

  1. assalamualaikum..

    daripada wanita ANTARABANGSA :)

    ReplyDelete
  2. international la konon2nya kan....global n tanpa sempadan kaedahnya...

    ReplyDelete
  3. penjenamaan antarabangsa untuk ANTARABANGSA! mmg kelass heheh

    ReplyDelete
  4. sesuai la dengan orang kat malaysia nih yang berbilang bangsa

    tapi yang semakin bersepah sana sini warga indon ngan negro

    ReplyDelete
  5. aritu lalu dpn kedai gunting tu saya dah gelak sensorang.mungkin pelangganya antarabangsa juge.Dik juliet tu asek makan luar je, tak reti masak kot?kekekee.

    ReplyDelete
  6. bagus la kalau dah berjaya ke peringkat antarabangsa hehe

    ReplyDelete
  7. tikus² yg berlari kat dapur nasi lemak antarabangsa agaknya tikus antarabangsa gak kut. pasai besor² kesemuanya.

    ReplyDelete
  8. kts,mualaikum salam wanita antarabangsa.

    dari aku yg tepat aku.

    INTAN,begitulah kononnya. tapi masih peringkat jaguh kampung huhuhu

    musafirlalu,Penjenamaan itu penting tapi kenalah realistik

    ReplyDelete
  9. heheh... realistik pada dia yang buat bisnes. tgk sajer rest. mamak, macam2 ada hehehe. jadi tak terkecualilah pada kedai gunting rambut pun. rata2 kedai gunting rambut bukan juga org melayu! :)

    ReplyDelete
  10. ArPeGGiOS,rakyat Msia berbilang bangsa tak bermakna kita antarabangsa. Mungkin antarakaum aje.

    Selain warga Indon dan negro, Bangla pun ramai hehehe

    juliet,tahu tauke kedai gunting tu yg ko gelak tengok nama kedai dia, siap ko. Silap haribulan rambut ko kena gunting hehehe

    Ko tak cakappun aku tahu ko tak reti masak. Anak sedara ko kata Acik masak tak sedap!

    Cinta Cukulet,peringkat antarabangsa apanya kalau setakat kat Chow Kit dan Keramat? hehehe

    PenyuBiru,mungkin betul apa yg ko cakap. Janggut sotong tu macam ekor tikus

    ReplyDelete
  11. musafirlalu,betul cakap ko. Mamak2 ni kira antarabangsa sbb dah menyeberangi lautan utk sampai ke sini. Cawangan restoran dan kedai gunting mereka dah merata.

    ReplyDelete
  12. Antarabangsa boleh juga diambil dari kependekan 'antara' dan 'bangsa'. Sesuailah tu. Banyak bangsa mencantas rambut di situ. Hehehe!

    ReplyDelete
  13. Akekekeke..ini cikgu antarabangsa meninggalkan jejak di blog YB nih..

    ReplyDelete
  14. waaa.. aku org bajau dari sabah.. kira aku men blog nih kontek dgn org2 lain bangsa..

    boleh dikatakan antara bangsa jugak kan? kan? ehehehe

    ReplyDelete
  15. JP,ko mmg pakar bahasa.
    Aku gunting rambut kat kedai gunting Atan. Mmg kedai Melayu sejati hehehe

    psst - bila ko free jom kita ngeteh.

    tchersally,kalau mcm tu blog ni pun dah jadi antarabangsa lah hehehe

    Saya ingat lagi Haizam pernah melabelkan adiknya ie Haikal dgn taraf antarabangsa. Dia sendiri mendakwa bertaraf 5 bintang.
    Setakat cakap ramai org boleh cakap ngeh 3x

    Jard,kat tempat kerja ko kan ramai org pelbagai bangsa? Itu barulah taraf antarabangsa sebenar. Blog aku ni kebanyakan Melayu, Jawa dan Bajau hehehe

    ReplyDelete
  16. kat sini semua boleh panggil antarabangsa. tandas awam pun sama. ada org indon, bangla, nepal, yang tukang cuci tandas.

    ReplyDelete
  17. Pergh..kedai gunting pun antarabangsa..

    btul agaknya kata YB..
    antarabangsa ni ade umph..

    ReplyDelete
  18. nanti nama anak2 letak siap2 antarabangsa hehe...

    ada kwn sy nama Ar.. wlupun dia bkn seorg akitek

    ReplyDelete
  19. ONE ZABA,mmg hebat tahap ke'antarabangsaan'di atas gunung tu. Karam Singh buat laporan pun sampai 3 malam berturut2.

    faris,tentulah ada ummph. cuba bandingkan sekolah kebangsaan dgn sekolah antarabangsa hehehe

    ReplyDelete
  20. kuIna,cadangan yg baik bagi yg masih nak beranak.

    AR Tompel pandai dlm hal ini kerana anak2nya dan dia ada AR walaupun bukan akitek. hehehe

    ReplyDelete
  21. nasib baik ada 1 universiti antarabangsa....kalau tak asyik malaysia je...

    ReplyDelete
  22. salam yb..

    bg teman, 'mengantarabangsakn' sstu produk, menamakn sstu institusi @ firma @ apa sj yg bkaitn dgn pniagaan, pdagangn, n yg bkaitn dgn ekonomi- baguih! tarikan ke arah mpopularkn hasil buatan msia dll..

    cuma yg agak teman risau- a/bl pdatang 'antarabangsa' yg kian ramai kat bumi msia ni.. yg dtg cari rezeki scra betul n halal, blh la dmaafkn..
    tp yg datang mpdagangkn diri, mjalankn bisnes haram n pnipuan (spt 'black money'), yg mgusik anak2 dara kita, yg mrompak dsb- amat mganggu ktnteramn n kharmonian..

    patut kajaan kawal skit kemasukan 'antarabangsa' kat negara kita..

    apa komen yb..?

    ReplyDelete
  23. Ada lawak antarabangsa lah YB. Lawak ada kelas haha...

    ReplyDelete
  24. Mak Su,blogger Msia pun dah ada yg bertaraf antarabangsa mcm Mak Su ni caiyok2.

    sonata,dan nasib baik jugak anak sonata dan anak saya dpt masuk sana hehehe

    amal,wsalam.
    Betul apa yg amal cakapkan itu. Sayangnya dulu kerajaan tak tegas menangani masalah pendatang antarabangsa ni. Sekarang mcm dah tak terkawal.

    kakpah,selain lawak antarabangsa jgn lupa bukit antarabangsa ngeh 3x

    ReplyDelete
  25. Salam...

    Ini mokcik antarabangsa dah sampai, oopps tercicir lagik !! Lain kali kena naik jet antarabangsa, ekekekee.....

    ReplyDelete
  26. kayteeze,wah mokcik dah naik taraf antarabangsalah. Caiyok2.

    Eloklah lain kali naik jet antarabangsa biar cepat sikit sampai. Lambat sikit tadi saya dah nak tutup kedai hehehe

    ReplyDelete
  27. aha .. Lembu punya susu, Sapi dapat nama

    memanglar entri terawal takdok saper yg nak komen tewww yb.. ekeke

    ReplyDelete
  28. ha ha..nama blog pun nak tukar jugak la..
    Rozita ANTARABANGSA...sure ramai yg dtg baca..

    ReplyDelete
  29. err... saya bertekak ANTARABANGSA... Tapi yang HALAL SAJA... Hohohohohohoh :P :P

    ReplyDelete
  30. en_me,sapi pun tak minta nama dia dipopularkan. Manusia aje yg konfius antara lembu dan sapi.

    Saya mula berblog dulu utk suka2 sendiri aje. tak sangka sekarang dah ramai kawan termasuk en-me.

    Rozita,cadangan yg baik. Bila nak mula tukar tu? hehehe

    syah shah,nasi lemak antarabangsa tu sesuai sgtlah utk ko yg bertekak antarabangsa hehehe

    ReplyDelete
  31. YB : insyaAllah, moga kita dapat bersama2 meraikan anak2 grad!...best kan? jumpa lagi....ha ha ha

    ReplyDelete
  32. sonata,insyaAllah. Anak2 awak jadi lawyer dan doktor anak2 saya jadi akauntan. Anak awak kalau dah banyak buat duit dan tak tahu nak kira, bagilah anak2 saya tolong kirakan hehehe

    ReplyDelete
  33. Jard,terima kasihlah ko sudi ziarah walaupun aku belum update masa ko dtg tu. Nasib ko dtg semula lepas aku update. Kalau tak penat aje aku buat hehehe.
    Ko tak nak buat n3 tentang adik ko yg nak masuk matriks minggu depan tu ke?

    Akmal,sekadar mengambil kesempatan dari globalisasi hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails