Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Guru

Sebelum org lain ucapkan lebih baik saya ucapkan dulu "Selamat Hari Guru" kpd semua guru2 dan mantan2 guru terutama kpd guru2 yg selalu atau sekali sekala singgah di blog saya ini antaranya:

ckLah, cikgooden, ONE ZABA, Shifu67, kakpah, sonata, tchersally, amal, Chekgu BaniHashim, Faris Ibrahim, Tera, HABIHA

(kalau ada yg tertinggal tu saya minta maaf banyak2)

Masa saya sekolah dulu antara acara menyambut hari guru ialah jamuan. Murid2 dikehendaki membawa makanan atau minuman secara potluck. Saya dan adik saya (kami satu kelas) akan membawa cokelat Snap. Itu yg senang tak payah nak dimasak! Hampir setiap tahun itulah yg kami bawa sehingga murid2 lain (yg malas mcm kami) jeles dan membawa benda yg sama. Menjelang kami darjah 6, cokelat Snap telah diharamkan dari menjadi menu huhuhu.

Bagi murid2 yg ada ciri2 mat lembut (sekolah kami semua pelajar lelaki) mereka akan membuat kek sendiri. Masa itu belum ada kedai Secret Recipe sbb taukenya pun masih tak habis belajar (tauke tu lebih kurang baya saya rasanya). Kalau ada 3-4 org dalam kelas tu, maka ada 3-4 biji kek. Boleh tahan sedap kek mat lembut ni! Jangan mereka jampi dahlah.

Tahun ni buat pertama kali (dan mungkin inilah sekali aje) anak saya Nuratikah akan menyambut Hari Guru selaku seorng guru. Diantara sebab dia tak nak menerima tawaran ke kursus Matrikulasi yg bermula Isnin lepas kerana mengharap hadiah dari anak2 muridnya! Serius ni (harap percaya). Kepada cikgu2 yg dah season, betulke macam tu sekali?

Inilah di antara hadiah yg telah disediakan oleh Haikal utk guru2nya. Ada mcm2 jenis dan bentuk

Akhir sekali saya nak beritahu satu rahsia. Jeng jeng jeng

Sebelum saya dan isteri bernikah, isteri saya telah mendapat tawaran ke maktab perguruan. Memang cita2nya hendak menjadi seorg guru. Tetapi saya berjaya mengayat dan memberi tawaran yg lebih baik dari tawaran Kementerian Pelajaran. Maka jadilah dia guru di rumah saja.

Sekian celoteh saya hari ni.

Sekali lagi kepada semua guru2 "Selamat Hari Guru"

46 comments:

  1. assalamualaikum..


    huhuhuhuhu..
    nape nama aku tak tersenarai dlm ucapan ko??

    ReplyDelete
  2. oh...

    dulu2 pun dah ada mat lembut, ek...

    igtkan skrg je...


    selamat hari guru utk isteri ko juga... :D

    ReplyDelete
  3. kts,opps lupa pulak. Mmg banyak yg ko ajar kpd aku. ahaks!
    Selamat Hari Guru, wahai cikguku hehehe

    ReplyDelete
  4. kts lagi,mat lembut ni rasanya dah ada sejak azali.

    ReplyDelete
  5. YB hehe.. emotional lak kejap sebab ada yang nak ucapkan selamat hari guru nih...

    dulu ada mat lembut ni yang jadi guru kpah. slalu kena ejek. kesian dia.

    ReplyDelete
  6. salam...ooo begitu cerita nya...berjaya mengayat wife agar jadi guru di rumah ek...dan YB jadi guru besarnya..ehehehe
    Selamat hari guru

    ReplyDelete
  7. kakpah,Guru yg mcm kakpah ni lagi istimewa sbb menjadi guru yg terawal utk murid2 ni.
    Saya dulu tak berpeluang masuk tadika huhuhu

    Siapa yg ejek cikgu lembut tu? Harap kakpah bukan salah seorg dari mereka hehehe

    arsaili,wsalam.
    eh saya bukan guru besarnya tapi guru pendidikan jasmani hikks

    ReplyDelete
  8. Salam Yb,
    tak sangka mak Adam bakal guru ye. apalah agaknya ayat power yg diucapkan sampai sanggup Kak Lina tolak tawaran tu. pstttt: ajar le saya, nak cuba mengayat romeo keramat nih,kekekkekeke.

    ReplyDelete
  9. anak saya pun dah kecoh suruh carik hadiah utk cikgu dia...weekend ni mcm kena kuar je pi hunting gift :p

    ReplyDelete
  10. hairan jugak...kenapa hari guru mesti dikaitkan dgn hadiah. kat sini pun sama. kekadang ada mak bapak yg mengamuk dtg sekolah kerana anak mereka sibuk nak beli hadiah utk guru. sedangkan tak ada sesapa pun yg suruh bagi hadiah (tapi aku pasti ada guru yg mintak). dan kekadang aku rasa tiada keberkatan atas hadiah atau makanan yang diberi kalau mak bapak atau individu yg terbabit mengungkit kembali cerita atau pemberian.

    mujur aku ni dah dok ofis...hari guru berlalu sepi sahaja.

    ReplyDelete
  11. YB...terima kasih atas ucapan itu.

    ReplyDelete
  12. YB

    Wah hebat ya YB
    pasti ada ayat power ni
    mengayat hingga isteri menolak tawaran dari tawaran Kementerian Pelajaran.....

    ReplyDelete
  13. YB,

    TQ for including me in your list..terharu bila diingati..

    bila tiba hari guru..bukan hadiah yg dnantikan..sekadar ucapan dan ingatan lebih bermakna utk kami insan bergelar guru..

    Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik!!!

    ReplyDelete
  14. juliet,mmg emak adam minat nak jadi guru ni. Tapi minat kpd hidup berkeluarga lebih besar. Lepas kami nikah, terus saya bawa dia ke Miri.

    Ayat power dulu dgn ayat sekarang mungkin tak sama. Tapi kalau ko bersungguh2 nak try kat mat keramat tu, ko emel aku.

    Ms.Lilies,selamat berburu! Jenuh jugak hari tu nak carikan hadiah utk guru Haikal tu. Ada 12 org cikgu yg dia nak bagi hadiah. Ada 4 jenis hadiah dia beli.

    ONE ZABA,Mungkin kalau dah kawan2 satu kelas bagi cikgu hadiah, murid lain rasa tertekan kalau tak bagi. Akhirnya emak bapak pulak tertekan huhuhu

    ONE ZABA,terima kasih kembali kerana guru2 spt awak ni lah yg telah mendidik kami dan anak2 kami.

    ReplyDelete
  15. sakura,itulah saya kata rahsia. Tak boleh citer terlampau detail hehehe

    tchersally,guru2 yg ikhlas mmg tak mengharapkan hadiah. Ucapan dan ingatan serta kejayaan dlm pelajaran sudah cukup utk menunjukkan penghargaan kpd guru2.

    psst - arini tak berebut nak jadi no 1 ke?

    ReplyDelete
  16. chop..chop..chop..

    aku kompius jap!!

    masa bila aku ajar ko eh??

    ReplyDelete
  17. kts,Ramai guru tak ingat murid yg pernah mereka ajar, tapi murid yg baik tak akan lupa guru yg telah mengajarnya.

    ReplyDelete
  18. selamat hari guru utk semua guru dan 'selamat' tak jadi guru kpd wife pak YB....selamatlah jugak kan??

    ReplyDelete
  19. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

    Bersedia melangkah megah
    Walaupun sukar baktiku curah
    Demi mu ibu pertiwi
    Sumpah ku lafaz janji kukota

    Berikrar eratkan bangsa
    Kukuhkan cinta kepada Negara
    Berjasa terus berjasa
    Menyebarkan ilmu tiada batasnya

    Guru Pembina Negara Bangsa
    Gagah perjuangkan visi Negara
    Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
    Demi agama dan nusa tercinta

    Guru Pembina Negara Bangsa
    Tetap Unggul senadakan suara
    Sehaluan menggapai matlamatnya
    Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


    sapr yang sora sedap buleh ikut nyanyi sama2 hehehe

    klu nak dengar lagu pi sini -->http://zaidjaffar.multiply.com/journal/item/121/lagu_hari_guru

    ReplyDelete
  20. Dah ready nak rebut..tp tak dengar tiupan wisel la pulak!!

    ReplyDelete
  21. hari guru... jugak hari jadi kepada crush aku mase sekolah menengah.. errrkk...

    ReplyDelete
  22. ramai betul cikgu-cikgu kat blog uncle nih :)
    hepi hari guru to all cikgu-cikgu :D

    ReplyDelete
  23. nape ko satu kelas gan adik ko? pasangan kembo ke ni?

    ReplyDelete
  24. sampai ati abang yb tewww.. ekeke

    ReplyDelete
  25. hahaha...kalau tak isteri yb dah jadik cekgu dah sekarang nih hehe

    ReplyDelete
  26. mesti ayat masa tu cukup power kan .. hehe

    selamat hari guru kepada guru kat rumah tu dan gugu2 di seluruh malaysia..

    ReplyDelete
  27. aslkm..
    smga yb sklrga dlm rahmat kberkatan Ilahi..
    amiin..

    1. t/ksh- myenaraikn nama teman..
    ucapn ptama yg teman tima- wp mlalui blog.
    :D

    2. memg jd lumrah- mrd/pljr akn beri hadiah kpd guru (ksukaanny).. wlhal ada guru yg tk minta pun..
    (n sbg ibu bapa- teman n istri pun psti mbelikn hadiah buat anak2 beri kpd guru mrka..)

    spt teman, dh 20 thn lbh mgjr, rasa segan n tharu a/bl ada mrd/pljr yg bg hadiah. pulak tu yg bg, drpd klgn yg susah..(tp stiap pberian tu smstinya dhargai..)

    teman scra prbdi, amat tk bstuju- di sklh, guru2 buat hadiah utk dijual kpd mrd. mrd akn beli n bg kat guru.
    (aduhai..napa trend tu bertahun2 berlaku..)

    3. anak yb pun bakal guru..? alhmdlh..
    teman memg tringin jk dlm 5 org zuriat teman, ada yg jd guru. tp nmpakny anak2 teman minat bidang lain..

    4. apapun, ucapan 'slmt hr guru' - kpd yb n isteri jg, krna mjadi 'guru' kpd anak2, kpd rkn, n sesiapa sj yg yb/istri pnah beri ilmu..
    :D

    ReplyDelete
  28. hahahaha. kuat mengayat ropanyer brader nihhh!!! err...boleh turunkan ilmu???

    ReplyDelete
  29. nahmy,guru dan bukan guru masing2 ada sumbangannya.

    TMFH,aku belum nyanyi pun dah mula hujan sehari dua ni. Kalau aku nyanyi takut banjir terus hehehe

    tchersally,saya punya posting tak main tiup wisel. Masa keluar pun tak menentu - ikut dan aje. Baru seronok berebut hehehe

    Jard,ko masih tak boleh lupakan dia ke? Lupakan aje. Mamat yg rambut belah sebelah kanan tu nak letak mana?

    psst - kalau ko nak anak 10 org ko kena kahwin cepat mcm isteri aku hehehe

    ReplyDelete
  30. aku pun cikgu gak. cikgu kpd anak² aku dan kekawan. bukankah sesorang yg mengajar seseorang itu dikira cikgu.hehe..

    ReplyDelete
  31. Akmal,ini blog tak rasmi KPM hehehe marah TPM nnt.

    Uncle berbesar hati guru2 ni sanggup mengikuti citer2 merepek uncle. Begitu juga yg bukan guru. TQVM.

    intan,jawapan ringkas: ya.
    ko kena baca n3 aku yg dulu2. Siap dgn gambar kami masa kami 5 bulan dan gambar terkini masa besday terbaru.

    en_me,maksud en_me sampai hati saya tak benarkan isteri saya meneruskan hasrat ke maktab? Ini persetujuan bersama.hehehe

    ReplyDelete
  32. klu tak tentu YB pun dpt tumpng adiah..

    ReplyDelete
  33. Cinta Cukulet,mungkin jugak. Bila beli barang ramai jugak penjual yg tanya kalau dia seorg guru. Mungkin ada gaya cikgu kot hehehe

    zino,cukuplah rasanya utk mengalahkan tawaran KPM.

    Nanti saya sampai ucapan hari guru kpd Atikah bila dia balik mengajar.

    amal,mualaikumsalam.

    Memberi hadiah tanda ingat. Tapi kalau terpaksa, tentu takde keikhlasan. Tapi secara umumnya murid2 ni mmg menyangjung jasa guru2 mereka.

    Anak saya cuma jadi ustazah sandaran di Sek Agama Rakyat sementara menunggu menyambung pelajaran di IPTA.

    Terima kasih kerana memberi ucapan Slmt Hari Guru kpd saya dan isteri tapi rasanya kami tak layak diberi gelaran itu.

    tijah,ko nak buat apa ilmu tu tijah kalau aku turunkan kat ko? Tak pasal2 abg carlos ko cari aku pulak nanti wakaka

    PenyuBiru,betul tu cikgu. Ko mmg banyak mengajar ttg blogging kpd kami. hehehe

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. eh, bukan saya dah komen ke pagi tadi?? Ilang laa plak...

    Takpe, saya komen lagi sekali...

    Err... Nak komen apa ya... Hmm...

    ReplyDelete
  36. aku kena study balik le ye?...halamak....xpe....aku mmg suka study...

    up upah kopek koci tau..jadi rm50

    ReplyDelete
  37. takpe...isteri YB buleh jadi guru pada anak-anak sendiri..

    psttt.... apa la yang YB ayat kat isteri tu yer

    ReplyDelete
  38. terima kasih wat YB kerna masih ingat pada diri ini..
    muehehehe...ni 1st year tau sambut hari guru sebagai seorang guru..Hehe..

    Papepun, Selamat Hari Guru gak wat anak YB..
    Sy tau betapa girangnye dia menanti hadiah.. :)

    ReplyDelete
  39. ERRRR...ADA HARI GURU KE???
    TAK PERNAH DENGAR PULAK..



    Ehehehe....
    gurau je...


    TERIMA KASIH KERANA MENCATAT NAMA CKLAH DI DEPAN SEKALI....Hikkkkssss.
    ......ada hadiah tak?

    Hazwan......tak ada lebih untuk makcik ke?

    Anak-anak ckLah belikan 2 kotak epal Washington.....dan reben serta plastik pembungkus. Pandai-pandai dia oranglah nak pilih cikgu yang dia orang suka...

    ReplyDelete
  40. YB... ajar ler camana nak mengayat

    hehhe

    ReplyDelete
  41. kuIna,tak sampai hati rasanya saya nak tumpang hadiah cikgu2 ni termasuk isteri saya. Hadiah tu penghormatan utk mereka.

    syah shah,ko banyak sgt makan ubat ni. tu yg ko konfius. yg ko komen pagi tadi kat blog cik konfius hehehe

    intan,dah mula study ke? kalau tak dpt nak katam semuanya saya boleh bagi tips n3 mana nak baca hehehe

    up sampai RM50! upah kopek kelapa pun tak sampai mcm tu punya tinggi huhuhu

    ArPeGGiOS,mmg dia jadi guru kpd anak2 kami. Awakpun mcm tu jugak kan?

    mana boleh bagi tahu apa ayat yg saya guna. Kalau berani tanyalah isteri saya ngeh3x

    ReplyDelete
  42. Faris,mana saya boleh lupa kengkawan yg selalu singgah kat blog saya ni. Seronok agaknya jadi guru ni ya. Tiap2 tahun ada sambutan hari guru dan dpt hadiah lagi dr murid2.

    Atikah frust sikit kerana sambutan di sek dia ditunda hingga hujung bulan kerana minggu depan exam pertengahan tahun.

    ckLah,mmg saya sengajakan letak nama awak depan sekali.

    Yg beli hadiah tu bukan Hazwan tapi Haikal. ckLah tanyalah dia kalau2 ada extra hehehe

    Apple for teacher? mcm nak bodek aje larikks

    kapten,ko kan lagi terer bab ayat mengayat ni? hehehe

    ReplyDelete
  43. Slmt hr guru untk smua guru di slrh dunia.huhu pst:yanapun bkal guru gak.hehe

    ReplyDelete
  44. Liyana,Selamat Hari Guru utk Yana jugak yg bakal jadi guru TESL. Bila mula mengajar?

    ReplyDelete
  45. mana n3 baru niiii? lenguh dah standby tunggu nak jadi pengomen 1st!! akeke..

    ReplyDelete
  46. tchersally,tak sempat nak update n3 sbb pagi tadi bawa anak saya si Adam jumpa doktor pakar kerana dia jatuh semasa didukung oleh abgnya.

    Kalau ada masa petang nanti saya buat n3 tentang itu. Terima kasih kerana masih setia mengikuti blog saya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails