Saturday, May 23, 2009

Kalau Takut Dilambung Ombak, Jgn Bekerja Di Pelantar Minyak

Sedang aku membantu isteri aku mengemas rumah baru2 ini, aku terjumpa fail yg mengandungi gambar2 pelantar minyak. Gambar2 ini dirakamkan sewaktu aku baru mula bekerja. Mungkin ramai antara kalian tidak pernah melihat pelantar minyak atau pelantar gas apatah lagi melawat ke sana. Oleh itu izinkan aku berkongsi sedikit pengalaman beserta gambar2 yg ada dalam fail tersebut.

Bagi aku, hampir 10 tahun 'bergelumang' dgn pelantar2 ini kerana aku merupakan seorg jurutera struktur. Aku pernah terlibat dari mereka bentuk (design), fabrikasi, memasang dan memastikan pelantar2 itu selamat walaupun dipukul ribut dan taufan. Alhamdulillah kesemua pelantar yg ada tandatangan aku tu masih berdiri teguh di luar pesisir pantai Miri dan Bintulu.

Okay, tak usah cerita banyak kerana mungkin terlalu teknikal jadinya. Kita layan beberapa keping gambar di bawah ni

Ini medan minyak Tukau. Gambar ini di Tukau A komplek. Dua cara ke pelantar ini iaitu dgn bot dan helikopter. Dulu aku dah naik jemu naik heli. Kalau bot lagilah aku muak dan mual.

Ini pula kompleks E11 iaitu medan gas pertama di Malaysia. Pengeluaran gas bermula pada 1982. Projek aku yg terakhir di Sarawak Shell Berhad ialah membina pelantar E11R-B yg terletak di kedalaman 250 kaki. Pelantar tu setinggi bangunan ibu pejabat Tabung Haji.


Ini pandangan E11Q-A iaitu tempat kediaman pekerja di luar pantai. Gambar diambil dari bot. Selain bekerja kuat, makan juga kuat sbb makanannya sedap2 dan free!



2 buah pelantar ini adalah Baram B Drilling platform dan Baram B Production platform. Ianya untuk menggali dan mengeluarkan minyak (yg kiri tu) dan memproses minyak tersebut sebelum disalurkan melalui paip di dasar laut ke terminal di Miri.

Gambar2 ini diambil semasa laut agak tenang. Tapi selama 10 tahun di sana aku telah merasa dipukul ombak besar entah berapa kali. Adakalanya sampai muntah hijau. Jadi kalau takut dilambung ombak, jgn bekerja di pelantar minyak.

55 comments:

  1. walaupun segala lautan telah ku renangi, tapi aku tak pernah dpt naik kat atas pelantar tu. nak harapkan YB ajak naik, jgn harap la. siapalah aku ni yg hanya seekor penyu yg hanya mampu melihat dr bawah pelantar saje.hehe

    ReplyDelete
  2. apa benda kotak kat depan blog hang....melindung n3...

    ReplyDelete
  3. PenyuBiru,Tahniah kerana menjadi yg pertama

    PenyuBiru lagi,Bravo kerana menjadi yg kedua!

    PenyuBiru lagi dan lagi,Viva.

    Oh ya, mulai minggu ini aku bermurah hati memberi hadiah kpd mereka yg berjaya menjadi pengomen pertama 3 kali BERTURUT2. Oleh itu ko kena tunggu 2 lagi n3 aku dan terus komen bila nampak ianya dipublish.

    PenyuBiru jugak,kalau ko nak naik pelantar minyak susah aku nak tolong sekarang sbb aku dah tak kerja kat sana, tapi kalau ko nak planta magerin aku boleh uruskan hehehe

    ReplyDelete
  4. 3 kali berturut?? adeh! susah skit sebab tentu ramai yg akan sabotaj.haha

    ala..komen 3 kali berturut² pun ok ape.hehe

    ReplyDelete
  5. cikgooden,kotak apa pulak ni? aku punya ok aje
    sapa pulak nak sabo? huhuhu

    ReplyDelete
  6. PenyuBiru,kalau senang mana ada cabaran? Kalau takde cabaran bagi hadiah pun mcm tak berapa best hehehe

    psst - dah ada org yg berjaya lakukan semalam huhuhu

    ReplyDelete
  7. Banyak betul pengalaman uncle nih :D

    ReplyDelete
  8. tuan umah tadek interframe ka... hheheheee...


    *errr YB pernah makan umai tak?

    ReplyDelete
  9. memula nak komen pasal penyu tu..melampau posting sampai 3 kali hehe

    nampaknya profesi kita serupa.. hehe

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Yeay!! Sally dpt no 1...........5..ahaks..jgn mimpila Sally nak dapat 1 st d blog glamer nih..huhu

    wow..mahal ni pengalaman org minyak..semahal income! akekeke..Sally baca n3 ni pun dah penin mabuk lauk..belum lg naik bot ke Pelantar..jangankan muntah ijau..silap2 muntah ijau,biru,oren dan purple tu!!

    ReplyDelete
  12. kita kura2 , sama spesis dengan penyu, tapi penyubiru ni laju bebenor rangkaknya...asyik 1st,2nd,3rd...macamni lambat / tak merasa langsung dapat hadiah.

    apa kata cadangan : beri hadiah yang paling lambat hantar komen!!!he he he, sure sonata la tu!

    pssst: kalau chemical eng. kerja macamana???

    ReplyDelete
  13. naik heli?
    o0h,,ku x pernah naik heli apatah lagi pergi ke pelantar minyak,,,
    ngee~~
    muntah hijau tu betul2 kaler hijau ker?
    nggeee~~:SS

    ReplyDelete
  14. Akmal,Lama hidup banyaklah pengalaman sepatutnya. Kita kena buat perkara yg berbeza utk memperkayakan pengalaman kita. Kalau boleh jgn buat benda yg sama terlalu lama. hehehe

    TMFH,kali ni tak nak interframe. Ada banyak juga gambar saya di pelantar dan di laut tapi tak payahlah tunjuk.

    Saya pernah makan umai masa duduk di Swak dulu.

    zino,Penyu tu nak membalas lawatan saya ke blog dia. Sekarang saya dah leading balik - boleh dpt hadiah lagi bulan ni nampaknya ngeh3x

    zino lagi,malam tadi penyu terlebih steroid gamaknya wakakaka (jgn marah Penyubiru)

    zino masih jurutera tapi saya dah gantung topi putih saya huhuhu

    ckLah,Bukan awak sorang tak pernah pegi pelantar. Ada 26.9876 juta rakyat Msia yg lain tak pernah menjejak kaki ke sana. Tengok gambar cukuplah ya.

    Kalau terlantar tu saya rasa separuh penduduk Msia pernah rasa
    keh 45X

    sally,Kerana berusaha lagi gigih nampaknya kalau nak jadi pengomen pertama.
    Tak semua org kerja minyak bergaji besar huhuhu. Masa saya kerja di Miri gaji cuma 4 angka aje.

    Sally jenis mabuk lauk (ke laut?). Patutlah berwarna warni. hehehe

    sonata,Malam tadi penyu menggila. Itu yg dpt no 1.
    Kura2 kena tunggu depan pc kalau nak no.1.
    Setakat ni belum ada cadangan nak bagi hadiah kpd pengomen terlambat takut tak tutup kotak komen hehehe

    Mcm2 jurusan engineering diperlukan utk bekerja di pelantar minyak dan gas. Boleh berhubung dgn sykt minyak utk mengetahui pekerjaan yg paling sesuai utk Chem. Engr.

    una,kalau nak rasa naik heli (simulator) boleh pegi Petrosains. Mula2 mmg teruja tapi kalau dah biasa mcm naik LRT pulak rasanya hehehe.

    Muntah hijau mmg hijau. Habis isi perut keluar. Bagi yg tak tahan mabuk laut ini biasa.

    ReplyDelete
  15. aaar betul tu YB, jgn tunjuk... ramai anak2 dara kat sini... nanti ada yang bawa rombongan nak minang YB... hehehehee

    * tak merasalah nak jadi pengomen yg 1st... sebelum buat n3 awai2 lagi YB roger kroni2 dia huhu...
    ** cukuplah jadi pangacau kat sini jer heheh

    ReplyDelete
  16. slmt pg YB, slm ujung minggu... aku tk penah ke pelantar minyak atau di lambung ombak, tp kerap jugak muntah ijau... nape erk???? hehe...

    ReplyDelete
  17. kau bekas org minyak la yer bang? eee...tatuttttt...

    ReplyDelete
  18. Err... Walau pun incik Firdaus tak kerja dengan syarikat minyak... tapi dia dah pegi buat kerja dekat syarikat kulit kerang kat Bintulu sanun... Heheheheheheh :P :P

    Naik feri pegi Pangkor pun saya gerun okeh?? Ini pulak nak ke pelantar minyak... Huh... Lagi gila gerunn... Takut boat capsize... Mueheheheheheheh :P :P

    ReplyDelete
  19. sy teringin keja kat pelantr mcm nie.. prnh apply tp mereka ckp x sesuai..

    ReplyDelete
  20. orang minyak ni kaya kaya

    ReplyDelete
  21. masa saya kecik2 dulu selalu nampak ada org lambai dari heli, Yb ke tu? adehhh,dehhh,.

    ReplyDelete
  22. TMFH,betul cakap ko tambahan masa tu aku tengah slim giler. Letih nak layan rombongan meminang ni karang wakaka.

    Mana ada saya roger kroni2. Kalau tak percaya tanya Penyu!

    Ko bukan pengacau tapi memeriahkan lagi blog ni. Terima kasih.

    soca,salam hujung minggu.
    Ko muntah hijau walaupun tak dilambung ombak? Mabuk cinta kot!!

    Tijah,a ah. Lepas puas kerja buat pelantar aku tukar kerja buat stesen minyak pulak selama 12 tahun. Kira habis satu Msia aku round termasuk stesen dekat rumah ko tu (1997) dan yg nak ke tol tu (2004). Apasal ko takut dgn aku?

    ReplyDelete
  23. salam sabtu YB,
    semoga berbahagia di samping keluarga tercinta.

    terima kasih kerana mahu berkongsi pengalaman dgn kami ini..

    sesungguhnya, ilmu itu mmg haruslah dikongsi bersama supaya dpt dimanfaatkan oleh orang lain juga.

    Bukan semua berpeluang melihat apatah lagi menjejakkan kaki ke pelantar minyak. Bertuah kamu.
    .
    .
    .
    .
    .

    Syabas YB!!

    Pengalaman 10 tahun itu tentu byk memberi transformasi dlm hidup YB..
    saya dpt rasakan..
    lihat sahaja kulit YB, seperti org pelantar ooooppsss seperti org minyak layaknya...
    hitam itu menawan ya YB..
    jangan tersinggung pula..
    mulut ini memang begitu. Melepaskan isi tanpa memikirkan perasaan org.. Walaupun bukan itu niat sebenarnya.


    YB,
    tidak rindu pada heli lagi, kah??
    atau pada bot2 di jeti??
    atau makanan sedap yg free??
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    isk.. isk .. isk..
    sebak pula rasa..

    maaf ya..
    saya terkenang2 pada pelantar minyak di sana pula.. bagaimanalah agaknya??
    hurrrmmmm... :( emosi pula..




    yg benar,
    -kts-
    b/p aisy....... waria rai...

    ReplyDelete
  24. Ek eleh..silap taip la pulak YB..mabuk laut! bukan mabuk lauk..hhhikksss..

    ReplyDelete
  25. syah shah,Lain kali boleh suruh Incik Firdaus minta kerja dgn sykt minyak. Seronok tau dan mencabar.

    Pegi Pangkor ko dah gerun? Jadi ko belum pernah pegi Langkawilah?
    Sebelum kami dihantar ke laut kena ikuti kursus 'Sea Survival'

    kuIna,Kenapa tak sesuai? Ramai jugak org pompuan kerja dgn sykt minyak tapi tak ramailah yg kerja kat laut tu.

    pB,tak semua yg kerja minyak kaya raya huhuhu

    ReplyDelete
  26. owhhh ramai jugek geng2 yang mabuk laut nih...

    klu saya tak mabuk laut tapi tak suka mandi laut air dia masin klu masuk mulut rasa nak termuntah ...

    KTS tu kasi komen ka tulis surat cinta wakakakakakaaa

    *saya ada skodeng gambor YB masa YB kat China tu... masa tu pun dah tak baper nak slim ek huhuhu

    ReplyDelete
  27. Adik bongsu saya pun orang minyak.....sebab belajar dulu guna biasiswa Petronas. Tapi sekarang dia di Gebeng.

    Adik suami pula kat Afrika.......kerja 'korek-korek' cari minyak...he...he...Masa kerja kat Malaysia pun jarang jumpa....sebab asyik duduk di pelantar je...

    ReplyDelete
  28. juliet,masa ko kecik dulu tu bukan akulah yg lambai. Lebih baik aku lambai ko dah besar ni! ngeh 3x

    kts,Salam Sabtu buatmu juga. Semoga berbahagia bersama keluarga dan org tercinta. ahaks.

    Pengalaman saya taklah sehebat mana tapi kalau boleh dimanafaatkan dgn berkongsi, saya rela. Begitu juga dgn ilmu saya yg tak seberapa ni.

    Bekerja sbg jurutera struktur utk pelantar mmg mencabar. Kena gunakan semua ilmu yg dipelajari semasa di uni dan ditambah kursus jangka pendek di luar negeri. Harga satu pelantar berpuluh juta malah ada yg beratus juta. Dua projek besar yg saya terlibat bernilai RM1.4Bil dan RM4Bil.

    Kerana pertimbangan keluarga saya behenti dari kerjaya itu dan pulang ke kampung saya di KL. Sebak saya melihat pelantar2 yg saya terlibat membinanya semasa berada di dlm kapalterbang semasa hendak pulang tu. Isteri saya pun sedih kerana ilmu dan pengalaman selama 10 tahun terpaksa kami tinggalkan. Demi keluarga. Saya tak menyesal. Hidup ini bukan hanya utk mencari wang.

    Ya banyak transformasi selama 10 tahun bekerja. Sebenarnya dlm tempoh itu saya pernah dipinjamkan ke Petronas Carigali selama 5 tahun membantu mereka yg masih baru ketika itu. Kawan2 sejawat sy yg tak kena secondment kebanyakan telah naik pangkat lebih dulu dr sy semasa sy di PCSB. Saya anggap itu sebagai sumbangan dan pengorbanan saya utk negara.

    Kulit saya dulu saya cerah mcm Adam tapi kerana selalu terdedah kpd mentari demi mencari rezeki, sy tak kisah ia menjadi gelap huhuhu

    Saya tak rindu pd heli mahupun bot2 kerana itu semua barang. Tapi adakala sy rindu dgn kawan2 yg masih di sana dan suasana bekerja.
    aah biarkan ia berlalu. Hidup harus diteruskan.

    Bila saya lalu di Pasir Gudang dan terlihat pelantar yg sedang dibina di sana, saya akan berkata dlm hati " aku juga pernah membina pelantar spt ini".

    Maaf jawapan yg panjang kpd komen yg panjang.

    tchersally,masih teringat makan2 dgn kawan2 lama baru2 ini tu ke sampai tersilap taip? hehehe

    TMFH,mmg ramai yg mabuk laut.Saya yg dah biasa ke laut pun kadang2 mabuk bila ombak terlalu tinggi dan laut bergelora. Dah balik ke darat pun rasa goyang lagi hehehe

    Eloklah kalau ko tahan tak mabuk laut. Tapi cuba duduk atas kapal dalam seminggu ketika musim tengkujuh. Harus tak tahan jugak!

    Saya dah balas komen kts tu. kalau dia tulis surat cinta dia tak tulis kat sini. Dia hantar direct ahaks (jgn jeles!)

    Saya pergi China tahun lepas. Mmglah dah tak seslim dulu. Berat badan saya dah tambah 17 kg sejak saya tak kerja di sana.

    ReplyDelete
  29. Ada juga minta YB... Tapi mungkin bukan rezeki dia kat sana... Heheheheh :D :D

    Err... Langkawi memang tak sampai lagi kot rasanya... Tak taulaa kot-kot penah pegi masa kecik-kecik dulu... Tapi Penang kompom penah pegi naik feri yang bawk kereta tu... Itupun masa zaman kecik-kecik dulu jugak... Hohohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  30. ckLah,Untung org yg dpt biasiswa Petronas - habis belajar boleh terus kerja dgn sykt minyak negara kita kalau keputusan baik dan ada kekosongan. Di Gebeng di kilang petrokimia lah ya?

    Adik Pak Zahan di Afrika bawa keluarganya sekali ke? Saya pernah ditawarkan cross posting di Eropah tapi saya tolak dgn baik kerana memikirkan keluarga.

    Tempat kerja luar dari Miri yg saya terima hanya KL (tentunya sbb kampung saya) dan JB.

    ReplyDelete
  31. syah shah,Incik Firdaus minta kerja dgn kulit kerang ke? Mmg bukan mudah nak dpt kerana mereka ambil yg terbaik sahaja.

    Kalau ko nak ke Langkawi tapi takut mabuk laut, naik aje kapalterbang hehehe

    Naik feri Penang tak lah goyang sebab laut tu tak dalam dan terlindung pulau.

    ReplyDelete
  32. OOoOowh pjg juga kisah hidup YB kat pelantar tu...

    erkk kena duduk sampai seminggu ker baru buleh mabuk laut.. klu gitu saya kena try lagilah nampaknya... sbb tak pernah ler sampi berminggu atas bot...

    pengalam saya naik bot adalah masa pi Tioman 1x, Pangkor 2x dan Langkawi 1x...

    oit takper mmgtak jeles dah klu ngan KTS sbb dia malas nak masak huhuhuu

    ReplyDelete
  33. Bukan setakat kulit kerang, tempat lain pun ade... Tapi sampai sekarang belum dapat mana-mana lagi... Heheheheh :D :D

    Takpa... Tak kisah... Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik... :D :D

    Err... Saya takde perasaan nak pegi Langkawi pun... Tak tau kenapa... Hahahahahah :P :P

    Tapi saya memang teringin nak pegi Pangkor lagi... Heheheheheh :D :D

    ReplyDelete
  34. aku kerja panaskan minyak je...nak goreng keropok.

    ReplyDelete
  35. TMFH,Sebenarnya saya tak duduk atas pelantar sepanjang masa sbb kerja saya di pejabat di atas darat. Sy akan hanya ke laut jika ada kerja2 ubahsuai struktur atau masa memasang pelantar baru. Yg duduk kat laut lama2 org operasi.

    Tak masa naik bot yg bergerak dan duduk, tidur dan makan di atas bot, kapal atau tongkang yg disauh di laut. Goyangnya lain. Itu yg boleh buat ramai org tak tahan nk muntah. Pelantar ok sbb kakinya lekat pada dasar laut.

    Komen akhir sy biarkan kts yg balas hehehe

    ONE ZABA,ko berdiri atas pelantar tak masa nak panaskan minyak tu? hehehe

    ReplyDelete
  36. assalamualaikum,
    tuan rumah, sy betul2 minta keizinan nak lalu ni..
    saya dah tak boleh tahan dah..
    tumpang lalu ya..



    POKCIK!!!!!!!
    itu bukan surat cinta ya..
    langsung tiada aroma kasih dan sayang seorang dara kepada teruna..

    sila baca dan amati sekali lagi..
    mungkin pocik perlu banyak membaca surat cinta lagi..

    oooppppssss... lupa.. pokcik tak pernah dapat surat cinta ya??

    nanti la... bila2 ada masa, sy bagi pokcik pinjam surat cinta yg sy terima... 120 guni ada.. masih saya simpan.. nak???
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    dan saya rasa tersangat gembira bila pokcik tak jeles dengan saya..
    syukur alhamdulillah...
    LEGA!!!!!!!!!!

    hik hik hik..
    nak masak apa ya hari ini??

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. hmm....

    terus speechless saya YB.... huhu

    ReplyDelete
  39. " Kulit saya dulu cerah mcm Adam tapi kerana selalu terdedah kpd mentari demi mencari rezeki, sy tak kisah ia menjadi gelap huhuhu "
    .
    .
    .

    opocot!!
    minta maaf ya YB..
    saya terperanjat..
    tak dpt bygkan kulit YB yang cerah itu... betulkah mentari yg menggelapkan kulit YB??

    errr... pasti betul..
    sebab saya tahu YB jujur orangnya..

    .
    .
    .
    .

    YB,
    nampaknya ada seorang pokcik yang sudah tak terkata di sini..

    baru saya bagi sikit sahaja.. sudah mengalah!! itu baru tempiasnya saja...

    sabar ya pokcik.. sesungguhnya DIAM itu lebih sesuai dengan pokcik..

    jika ada sebrg kemusykilan, jgnlah malu2 utk membawanya 'ke depan'.

    Insyaallah.. Saya sedia meleraikannya..







    sekian..

    Mangkuk jorong pinggan jorong,
    Si jorong berisi buah jati,
    Dua tiga kata terdorong,
    Jangan di bawa masuk ke hati.

    ReplyDelete
  40. ermmm... tunggu YB buka pintu...

    ReplyDelete
  41. kalau berenang

    berapa lama baru sampai ek

    ReplyDelete
  42. YB...ada tak email,blog atau facebook wan azhar(wawa)

    TQ

    ReplyDelete
  43. kts,banyaknya surat cinta ko? Zaman sekarang ko masih pakai surat lagi ke? Aku ingat ko YM, emel dan sms aje. hehehe

    ckLah,Di Pasir Gudang opis saya di SSE tapi selain dari SSE saya juga jaga projek membina pelantar di MSE, AYE, Teluk Ramunia, Pulau Jerjak dan Batam.

    Ramai suku sakat awak di sana rupanya. Senanglah kalau awak ke JB.

    ReplyDelete
  44. TMFH,Takkan kena sikit dah speechless? Walaupun kts mmg pandai menyusun kata2 tapi jgnlah tak membalas. Ayuh, tunjukkan kejantanan ko hehehe

    kts,Allah tak melihat paras rupa atau warna kulit tapi ketakwaan hambaNya.

    Ko mmg pandai bermain kata2. Tak semua org dapat menepis kecuali org2 yg diberi sedikit kelebihan oleh Allah.
    Apapun terima kasih kerana menjawab bagi pihak aku komen pokcik tu. Baru aje aku minta tolong, tup2 ko dah jawab. Mcm sehati sejiwa pulak wakaka.

    TMFH,Pintu apa yg ko nak aku buka ni?

    kapten,kalau berenang rasanya takkan sampai kerana banyak jaws sedia menunggu hehehe

    amir,aku ada emel dan no phone wawa. Sila kontek aku punya gmail
    yunus.badawi@gmail.com

    ReplyDelete
  45. aku selalu lalu tepi pelantar minyak tgk steady je oil rig tu...goyang ke kalau kena ombak? dok kapal konpom melambung-lambung..

    ReplyDelete
  46. salam encik yunus..
    sya pelajar lepasan politeknik mengambil jurusan sijil elektrik petroleum.Dalam perkara disini,sya ingin memohon pertolongan dari encik,bagaimana ingin bekerja dgn petronas dalam bidang oil n gas???

    ReplyDelete
  47. ni nombor tlefon sy 0178077860,sy harap encik yunus dapat membantu sy.

    ReplyDelete
  48. macam mana nk dapatkn kerja offshore....dah lama saya mencube...xdapat2 lagi..~~

    ReplyDelete
  49. salam abg YB, bestnye time baca exprience abg kije off shaw,sy asal ganu, teringat zaman remaja dulu,sy memang gila sgt nak kije ptronas,dah dpt study kat ILPP(institut Latihan Per.Ptronas), skrg Insteps.papun semua rezeki dari Tuhan blake, bonda beria2 sgt nak tgok anak bongsunye jd cikgu, so apply STPm ,masuk UM.jadi cikgu..hehe.Bila tgok logo ptronas sampai hari ni jadi sayu,kwn2 seme kete best2(Gaji besar katakan)..alahai ptronas...tu je dpt kongsi ngan abg YB..tq..smoga abg YB ok2 sokmo.salam

    ReplyDelete
  50. huhu..saya tak takot..teringin rasa nak keje kat offshore..=)

    ReplyDelete
  51. salam,sebenarnya saya tak ada pape yg nk di ceritakn cuma saya nk minta tlg saudara , carikn saya en adbul hassan dari melaka.. sebenarnya saya terlalu risau dgn dia,, terus menyepi 4 bln yg lalu,, tnpa khabar berita di maklumkn abd hassan tellah di hantar ke bintulu utk bekerja disana, saya cll n msjlansung tak berjwb,, tolonglh saya, saya tak tahu bagaimana lg cara utk saya mengesan abd hassan utk maklumat saudara,, En abd hassan ni berasal dari melaka,umur 56 thn,, jika sekiranye beliau masih sihat, syukur alhamdulilah, saya terlalu risau akn kesihatan nya,,,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails