Saturday, April 25, 2009

RM3000 Untuk Membeli Syurga?

Semasa solat Jumaat semalam, seperti biasa petugas2 di masjid di kampung saya yg terdiri dari budak2 sekolah menengah membawa tangguk untuk mengutip derma atau sedekah dari para jemaah. Saya perhatikan ramai yg menderma RM1. Ada yg memberi wang syiling saja dan ada juga yg pura2 tidur ketika budak2 tersebut lalu di hadapan mereka!

Saya membuat kiraan berikut jika seseorang itu menderma RM1 setiap Jumaat:

Setahun ada 50 minggu (tahun Islam lebih pendek) jadi derma setahun RM50.
Jika mereka mula menderma setelah bekerja (student selalu sengkek - nak makan pun tak cukup) iaitu ketika umur 22 tahun dan katakan mereka hidup hingga 72 tahun maka mereka akan ke masjid selama 50 tahun.
Jadi jumlah derma ialah: RM50/tahun x 50 tahun = RM2500
Dalam 50 tahun itu mereka pergi solat sunat hari raya sebanyak 100 kali. Kalau mereka menderma RM5 setiap kali solat hari raya, jumlah derma ialah: RM5 x2 x50 = RM500
Jadinya jumlah keseluruhan derma ketika dia hendak meninggal dunia (katakan mati umur 72 tahun) ialah RM3000.

Kalau hidup lebih 72 tahun mungkin dah tak kuat nak pergi masjid.

Ya dengan derma seumur hidup sebanyak RM3000 inilah kita berharap nak masuk syurga! Begitu murahke nilai syurga itu?

Katakanlah seseorg ini menderma RM10 setiap Jumaat (tak mainlah RM1) dan RM50 setiap solat Raya (bila lagi nak bagi banyak sikit kat masjidkan?) jumlah keselurahannya meningkat 10 kali ganda kepada RM30,000.

Banyakke tu? Rumah murah pun dah RM35,000!

Takkan syurga taraf rumah murah saja?

Untuk akhirat kita sangat berkira. Bila saya fikirkan perkara ini saya merasa sungguh malu kepada Allah. Saya sentiasa meminta berbagai2 perkara daripadaNya tetapi terlalu sedikit yg saya beri utk agamaNya. Ya saya malu. Tapi kepada siapa lagi saya hendak meminta kalau bukan kpd Dia.

Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa aku.

23 comments:

  1. astaghfirullahal'azim...

    menyedarkan... Terima kasih YB.

    ReplyDelete
  2. Salam,
    semoga kita akan jadi manusia yg selalu berpesan untuk kebaikan dan kebenaran.

    ReplyDelete
  3. kadang2 dgn derma singgit tu pun ada rasa riak tak tentu hala kan...


    .

    ReplyDelete
  4. YB,
    a good n3 ..a good reminder to all of us..syukran..

    ReplyDelete
  5. saya suka N3 ni.... cai yok2...YB

    ReplyDelete
  6. nilai bukan ukurannya, yg penting ikhlas dari hati...tapi kalau rezeki lebih apa salahnya menderma lebih sikit..saham untuk akhirat kan..huuu

    ReplyDelete
  7. syah shah,saya terkedu fikirkan perkara ini semalam. Kalau kita boleh beli hp sampai beribu2 ringgit, kenapa nak derma utk agama ciput sgt. Kalau bagi RM10 rasa dah besar sgt.

    juliet,Wsalam.
    Berpesan2lah kita utk mengelak dari termasuk dlm golongan manusia yg rugi.
    psst - apa pesanan ko kat aku hari ni?

    tasik,mana tak riaknya. Sebelah kiri, bagi 20 sen, yg sebelah kanan langsung tak bagi. RM1 aku tu besarlah. hehehe

    tchersally,just sharing my thought yesterday. Hope you can share with your loved one and your students.

    dcrysz,banyak sangat n3 saya yg merapukan?

    Cinta Cukulet,semua amalan mestilah ikhlas kalau ingin diterima oleh Allah. Tapi kalau gaji beribu takkanlah sebulan cuma sedekah RM4. Sekotak rokok pun tak dpt bagi mereka yg merokok.

    ReplyDelete
  8. kalau terpampang senarai semak dosa & pahala - tak akan ada pemungut derma...tapi tak tau betapa ramainya penderma...

    ReplyDelete
  9. YB
    tidak ada nilai dan perbandingan dunia yg boleh kita buat dengan nikmat yg Allah bagi.. apa lagi nikmat surga..

    semuga kita semua mendapat rahmatNya dengan apa yg kita lakukan.. hanya dengan rahmat Nya kita akan selamat..amin..

    ReplyDelete
  10. menderma mesti dengan hati ikhlas. Allah mungkin menerima derma orang yang memberi seringgit tetapi ikhlas berbanding dengan orang yang menderma seratus ringgit tapi riak. Banyak mana pun kita bagi pokok pangkalnya datang dari hati kita.

    Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
  11. sonata,senarai tu takkan ada di dunia ini. Itulah kena beriman dgn perkara2 ghaib ini.
    Hisablah diri sebelum diri kita dihidab.

    zino,terima kasih. Sesungguhnya tanpa rahmatNya tidak bermakna hidup kita. Dunia ini tak ada nilai walaupun sebelah kepak nyamuk.

    kakpah,sapalah saya utk mempertikaikan keikhlasan amal org lain. Hatta yg tak menderma kpd masjid tu pun mungkin telah menderma ke tempat lain.

    Saya hanya cuba membandingkan betapa sedikit yg kita infaqkan ke jalan Allah jika dibandingkan dgn apa yg kita dapat.

    Segala yg baik dtg dari Allah dan yg silap itu adalah kelemahan saya semata2

    ReplyDelete
  12. merapu x per.... jgn penyapu sudah ler....kekekekke

    ReplyDelete
  13. Aduh, tertikam rasanya dada nih.
    Sifat pemurah ni sangat besar manfaat dia. Bagi saya, tak payah bagi banyak pun takpa. Ikut kemampuan. Yang penting istiqamah.

    ReplyDelete
  14. Kenapa ye? Kalau nak menderma berkira benar? Tapi kalau buang ke lain, beli macam2, itu ini begitu begini ... laju jer! (Tak semua orang la ...)

    ReplyDelete
  15. Salam YB,
    Bagi saya walaupun jumlah tu penting, tetapi lebih penting, keihklasannya.
    Jika dia ada cuma RM2 pada hari itu, tetapi sedekahkan RM1, saya angap dia lebih dermawan dari seorang kaya yang ada RM1,000 tetapi dermakan RM50 je.
    Nikmat Allah dan RedhoNya tidak boleh teranilaikan. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  16. dcrysz,terima kasih kerana ko antara yg setia membaca rapuan (ckLah: adakah perkataan mcm tu?) aku. Kalau penyapu aku buat kejar ko hehehe

    Akmal,Ada seorg sahabat Nabi saw yg sedekahkan sebiji tamar yg merupakan satu2 makanan yg dia ada utk jihad. Itulah saja yg dia termampu tetapi kerana keikhlasannya Nabi meletakkan tamar itu di tempata paling atas dlm longgokkan tamar2 yg disedekahkan oleh sahabat2 lain yg lebih berada.

    Saya masih belum sampai peringkat itu. Alhamdulillah masih banyak makanan di rumah saya tetapi teragak2 bila hendak menderma. Kelemahan jiwa saya.

    Precious,mungkin ini yg dikatakan oleh Nabi sbg 'cinta dunia dan takut mati'. Penyakit umat akhir zaman mcm sebahagian dari kita.

    Zabs,Wsalam. Betul apa yg Zabs katakan tu.
    Kalau ada RM100 tapi yg ikhlas cuma RM1, kita kena fikir di mana kita letakkan kepentingan agama berbanding kepentingan yg lain.

    ReplyDelete
  17. berapa harga sebuah keihkhlasan?...

    kekadang kita nampak org tu macam kedekut taik idung masin sebab tidak menghulur duit derma di masjid ketika jumaat..tapi hari-hari lain adakah kita nampak?..

    tapikan..kira2 YB buat ni agak logik jugak!...

    ReplyDelete
  18. Thanks YB..Insaf...hmm sama2la kita beringat...

    ReplyDelete
  19. sebenarnya kan YB , entry yb ni menginsafkan ramai orang. Sapa yang kedekut taik idung masin tu agak-agak terkena gak la ha..ha..

    ReplyDelete
  20. cikgooden,keikhlasan tidak ternilai. Hanya yg empunya diri tahu samada perbuatannya ikhlas kerana Allah atau kerana yg lain dariNya.

    Kalau ikut logik, macam tu lah lebih kurangnya.

    Liyana,ya, kita kena ingat mengingati utk kebaikan bersama.

    kapten,mungkin sbb ko sibuk fikirkan tetamu2 ko yg cantik tu kot hehehe

    kakpah,semoga benar2 membawa keinsafan dan menjadi permulaan utk berubah kpd yg lebih baik.

    ReplyDelete
  21. RM3000 utk org lelaki..

    org pompuan camane?
    tak solat jumaat pun
    nanti tolong kirakan eh :)

    ReplyDelete
  22. kts,aku tak arif sgt macamana org pompuan menderma. Nanti tersalah andaian ada yg merajuk hehehe

    psst - ko ajelah yg tolong buat n3 tentang ni. Tentu ramai nak tahu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails