Sunday, April 5, 2009

Pasar Malam Pengerat Hubungan Kekeluargaan

Petang semalam saya telah membawa anak2 saya ke pasar malam di kawasan AU2 berhadapan AEON yg baru tu. Pasar malam ini antara yg terbesar di sekitar kawasan kami dan paling ramai pengunjung kerana ianya diadakan pada petang Sabtu malam Ahad.

Sebelum pergi saya telah bertanya kpd ibu saya makanan atau minuman yg beliau nak pesan. Beliau cuma nak tau foo fa dan air soya. Seterusnya saya bertanya pula kpd isteri apa pesanannya. Dia nak yong tau foo dan putu mayam. Isteri saya tak dapat ikut kerana Adam tidur. Kalau tak tidurpun takkan nak dibawa, buat susah nak jalan aje. Saya membawa anak2 yg lain iaitu Atikah, Haizam dan Haikal. Hazwan telah balik ke kampus kerana hari ini ada exam sebelah pagi sementara Afifah mengikuti kursus bina semangat anjuran MRSMnya.

Atikah di gerai yong tau foo

Nasib baik ada jual putu mayam. Dah berapa minggu tak ada. Org selalu berbaris nak beli putu mayam ni.

Selain dari benda2 yg saya sebut diatas, anak2 saya nak rangka ayam, cotton candy dan kebab daging. Di samping itu ada satu gerai menjual jam tangan Ben 10. Satu RM10 tapi kalau beli dua RM15. Ramai org berkerumun terutama budak2. Dalam perjalanan pergi saja saya buat tak layan anak2 saya. Tapi dalam perjalanan balik Haikal singgah lagi di situ - nak tengok2 katanya. Tapi saya tahu dia teringin jam tangan tu walaupun mutunya boleh dipertikai. Saya tanya samada dia nak jam itu.

"Boleh ke beli?," tanyanya tak yakin.

"Haikal nak ke?," balas ku dgn soalan jugak.

Dia mengangguk saja. Saya pun bertanya kpd abangnya, Haizam samada dia juga berminat. Memang dia berminat. Maka saya pun suruh mereka memilih yg berkenan. Setelah puas membelek dan mencuba, akhir mereka memilih satu seorg. Senyum puas.

Gerai jam Ben 10. Saja tak ambil gambar penjual sbb dia takut saya pegawai KPDN & HEP. Ini pun dia tanya buat apa ambil gambar ni. Saya kata nak promote jualan dia!

Kami pulang sebelum Maghrib dan sampai di rumah semua happy kerana dapat apa yg masing2 pesan. Belanja tak seberapa di pasar malam tapi dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga. Malam tadi isteri saya tak perlu bersusah payah masak.

29 comments:

  1. owh! suka sgt pasar mlm nih. mcm2 ada...yg penting takyah masak!

    ReplyDelete
  2. salam..wahhh ben10 ek...my nephew punya fav tuh...kat sini mahal teramat...

    ReplyDelete
  3. pengaruh katun kuat bertul ya YB...

    teringat dulu ketagih dengan kereta TAMIYA sebab katun... mahal plak tu

    ReplyDelete
  4. Tijah,
    aku tahu ko pengunjung tetap pasar malam kat sekitar Senawang hehehe.
    Lain kali kalau ko dtg sini aku boleh bawak ko pegi pasar malam.

    arsaili,
    wsalam. Kat sana Ben10 mahal pasal ori kot? Kat KL kalau pegi Lorong Hj Taib lagi murah. Boleh buat bisnes ni jual kat Australia hehehe

    kapten,
    mana tak kuatnya. Siang malam kartun ada kat tv. Dulu pagi Sabtu dan minggu aje.
    Berapa bijik kete TAMIYA ko ada kapten? Ada lagi ke atau dah selamat semuanya? hehehe

    ReplyDelete
  5. betul... beli kat pasr malam memang mengeratkan hubungan kuarga pasal ibu tak perlu terkontang kanting kat dapur... makanya lebih masa dapat spend sama family... bukan selalu kan... :D :D

    ReplyDelete
  6. syah shah,
    sekitar kawasan aku ni ada 3-4 pasar malam dlm seminggu tapi selalunya aku pergi yg kat AU2 tu aje. Kalau pegi situ, mmg sah isteri aku tak perlu masak. hehehe

    ReplyDelete
  7. lama benar x gi pasar malam....
    asyik pegi pasar sebelah siang jerk...
    so x leh panggil pasar malam kan? kan? kan???....kekekekek ;P

    ReplyDelete
  8. dcrysz,
    kalau pasar tu berniaga waktu siang aje apahal nak dipanggil pasar malam. Tapi kalau mereka berniaga sampai ke malam, bolehlah panggil pasar malam walaupun ko pegi sebelah petang hehehe

    ReplyDelete
  9. err...ben10 lorong hj taib? takut plak nak jejak ke sana..ahahaha. Selalu dtg kuching ker...kat Bt 7 tu ok gak mi kolok dia..so next time dtg Kuching, kalau sy ada sana...bole la saya buat...buat order kat kedai ahahahah. Jom la dtg Kuching, awal June sy balik kuching kejap

    ReplyDelete
  10. arsaili,
    semasa saya kerja dgn sykt kulit kerang dulu selalu jugak pegi Kch tapi sekarang dah tak lagi. Kali terakhir ke sana junung 2007. Sempat makan malam di Kg Buntal dan sarapan laksa Swak di kg yg kat tepi Sg Swak tu. apa nama kg tu dah lupa pulak.

    ReplyDelete
  11. bebudak uia semua skang tengah dalam mood exam hehe. :D
    putu mayam, last time yang saya beli kat pasar malam kat indera mahkota ni tak sedap. tertekan betul :(

    ReplyDelete
  12. Akmal,
    dalam mood exam pun sempat melawat blog? Untuk lepas tensen ok. Jadi uncle kena buat n3 yg santai2 kot.
    Hazwan pun tengah exam.
    Selamat berjaya kpd Akmal dan kengkawan.
    Putu mayam kat AU2 tu sedap. Kalau tak percaya lain kali boleh try.

    ReplyDelete
  13. dah lama tak pegi pasar malam... sedapnya yong tau fu... kat sini belum jumpa lagi yg sedap

    ReplyDelete
  14. saya nak jam tangan sailormoon..ada tak?hahaha..

    ReplyDelete
  15. bestnye, dah lame x g pasar malam....teringin nk mkn apam balik yg nipis tu, yg 3 keping seringgit...biase g kt pasar malam wakaf che yeh..mang meriah...klu g duit mang byk abis, sbb tu jarang2 pergi..hehehe

    ReplyDelete
  16. Shifu,
    bolehlah saya buka cawangan yong tau fu kat tempat Shifu hehehe

    Cinta Cukulet,
    Nanti saya cakap kat penjual jam tu lepas habis Ben 10, jual pulak Sailormoon. Jgn ko tak beli sudahlah hehehe

    Yuna,
    kat tempat saya apam balik nipis tu pun dah 40 sen satu.
    Pasar malam kat Wakaf Che Yeh mmg nampak meriah. Sayang masa kami sekeluarga pegi KB tahun 2007 tak sempat singgah situ walaupun lalu kat jalan besar tu 2-3 kali.

    ReplyDelete
  17. pasar chowkit pon besh gak.. hehehe..

    ReplyDelete
  18. sy pun suka g pasar mlm.. mcm2 ada..

    ReplyDelete
  19. aku pun minat pasar malam. tak payah penat2 memasak. he he.

    mc pun sama. asik2 beli. dah 4, 5 bijik jam ada kat rumah tu... haih~


    .

    ReplyDelete
  20. saya bese pegi hari selasa ngan rabu... ari sabtu jarang-jarang... khamis tak pernah... Hihihihih :D :D

    ReplyDelete
  21. wah wah...seronok..tibe2 kepingin yong tau fuu..uhuhu

    ReplyDelete
  22. dah lama tak pegi pasar malam...mcm syok pulak tgk gambo2 ni

    ReplyDelete
  23. Sesekali YB kena perati kot2 ade awek comey kat psr mlm tu ler KTS,kakakka. Bkn jam BEN10 tu YB yg nak ke? Maklumler, kecik2 dulu takde,kekekeke. Mak YB ada kat umah? :D

    ReplyDelete
  24. alhamdulillahh, semua ada bahagia msg2:-)

    ReplyDelete
  25. Jard,
    Ko pegi pasar Chow Kit jugak ke? Aku ke sana hari Sabtu atau Ahad tapi tak pernah jumpa ko pun. Ko pegi kedai yg mana?

    kuina,
    kalau nak cari makanan dah siap masak, pasar malamlah tempatnya. Saya pernah pegi pasar malam kat Jejawi dan Jalan Paip Abi masa kat Perlis dulu hehehe

    tasik,
    aku tahu ko malas masak hehehe
    MC beli banyak2 jam tu nak bagi bakal menantu ko ke?

    syah shah,
    malam Jumaat tak mainlah pegi pasar malam kan. Tapi apahal malam minggu pun ko jarang2 pegi? Ada aktiviti lain ke? hehehe

    Liyana,
    yong tau fu yg sup lagi sedap oh . . .
    Mana tempat yg best kat Skudai kalau nak makan benda ni?

    Ms.Lilies,
    org Msia dan pasar malam tak dapat dipisahkan hehehe

    juliet,
    kalau kts nampak aku pun bukan dia nak tegur aku. Hari tu aku lalu betul2 depan dia boleh dia buat dek aje cis!
    Tak mainlah jam Ben10. Tag Hauer yg org bagi hadiah majlis perpisahan aku tempohari aku belum pakai.hehehe
    Emak aku mmg ikut kita org. Jadi jgn risau kalau ko nak dtg umah.

    ReplyDelete
  26. shaliza,
    Terima kasih kerana sudi beri komen walaupun telah selalu menziarahi blog saya yg tak seberapanya ini.

    Itulah yg membuat hubungan kekeluargaan bertambah erat hehehe

    ReplyDelete
  27. hari sabtu keje half day... masaklaa jawabnye incik YB... Dak pon teruih pi makan kedai aje... bergantung pade ektibiti petang itu... Heheheheheh :D :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails