Kisah ini dah lama saya nak tulis tapi tak berkesempatan kerana memberi laluan kisah merepek saya yg lain. Kisah ni sebagai tribute saya kpd penjual roti di kawasan taman perumahan tempat saya tinggal. Kisah insan kerdil yg begitu gigih mencari rezeki utk diri dan keluarga. Kalau satu masa dulu kebanyakan penjual roti adalah dari India tetapi sekarang sebahagian mereka adalah anak tempatan berketurunan India.
Harinya bermula seawal Subuh. Selesai solat di tempat kediamannya di Jalan Hj Hussein di kawasan Chow Kit, dia dan kawan2 serumah yg juga penjual roti akan menuju ke tempat jualan masing2. Hj Jalal cover kawasan Kg Datuk Keramat (itu kampung saya) dan kawasan perumahan di sekitar tempat tinggal saya sekarang. Dia akan masuk setiap lorong utk menjual roti dan barangan dagangannya yg lain. Menjelang pukul 10 pagi habis pusingan pagi. Lepas itu dia akan balik ke markasnya di Jln Hj Hussein utk mengambil barangan yg baru sebelum berehat.
Pusingan sebelah petang bermula selepas solat Asar. Kebiasaannya dia akan sampai ke kawasan kami selepas Maghrib. Tiba waktu Isyak dia akan ke surau utk sama2 solat berjemaah.
Dia biasanya tidak ikut jemaah berwirid kerana mahu menyambung pekerjaannya. Walaubagaimanapun, dia akan solat sunat dulu sebelum meninggalkan surau
Kebiasaannya pusingan petang akan berakhir pukul 11 malam.
Begitulah kehidupannya setiap hari mencari rezeki dan memberi kemudahan kpd pengguna. Di dalam menjalankan tugasnya dia tak lupa tanggungjawabnya utk beribadat kpd yg memberinya rezeki itu.
Memang kagum, bangsa lain begitu rajin mencari nafkah di sini. Kiranya anak2 muda kita ambil ikhtibar darinya, tentu bagus kan...
ReplyDeletekadang-kadang kita tak perasan penjual roti tu sebenarnya lebih tinggi darjatnya dari kita yang gah kerjaya tapi kekadang terlalai tanggungjawab dengan tuhan
ReplyDeleteall i can say.. di sebalik kekalutan masyarakat skang.. keruntuhan akhlak pemuda-pemudi... dan kegawatan ekonomi...
ReplyDeleteade jugak yg masih ingat pada agama.... dlm mencari rezeki yg halal..
kenapa manusia tidak ambil pelajaran?
Syukur... Masih ada muslim yang menyayangi agamanya di celah hiruk-pikuk kota... Di akhir-akhir zaman yang semakin pesat dengan maksiat, masih ada muslim yang menjaga Islamnya... Alhamdulillah... Syukur...
ReplyDeleteSemoga kamu, kamu, kamu dan kamu beserta aku juga tak terus lalai dan hanyut dari menunaikan tanggungjawab kita kepada Allah s.w.t.
aminnn...
"adeqqqqq,ini ari apa roti mau?",kata mamak sambil bunyikan hon beberapa kali dpn rumahku.Dan saya akan jerit,"jap mamak,jap mamak,carik duit dulu",kekeke.
ReplyDeletebeautiful!
ReplyDeletekisah teladan yg baik....mencari rezeki tanpa melupakan Pencipta & Pemberi rezeki pada dia
ReplyDeletesy mmg suka beli roti jual kat atas motor ni, suam-suam mesra giteww :)
ReplyDeletekayanya pun sedap.
kagum.. mereka gigih berusaha tp tak lupa tuhan & tangungjwb
ReplyDeletekayteeze,sebahagian anak muda kita lebih suka merempit dan buat kerja yg tak berfaedah. Tak tahulah apa kesudahan mereka. sob sob sob
ReplyDeletearpeggios,mereka mungkin tak kaya harta tapi kaya jiwa. Kejayaan kita di sisi Allah bukan diukur dgn tingginya pangkat tp nilai ketakwaan.
Jard,pada analisa terakhir, kita perlukan agama utk hidup sempurna di dunia dan lebih2 lagi di akhirat.
aku harap jiwa ko dah tak kacau lagi Jard.
syah shah,amiiin. Kita wajib berusaha ke arah itu dan berdoa kpdNya agar dikekalkan keimanan.
juliet,ko pun mcm isteri aku jugak. Mamak roti tu dah lalu depan rumah baru kelam kabut cari duit hehehe
bicycle wallpaper,yes beautiful if we follow our Creator's rule.
Ms.Lilies,dah selalu sgt kisah tentang saya dan keluarga. Kali ini berkongsi kisah org lain yg boleh memberi keinsafan kpd kita, harapnya.
Mak Su,suam2 mesra mcmana tu maksu?
Kami pun selalu beli kayanya. Malam tadi pun beli satu hehehe
kuIna,tiada alasan utk kita lalai menjalankan tanggungjawab kita kerana org mcm penjual roti ni dah tunjukkan contoh.
Wajib dicontohi....
ReplyDeletekalau kita nih...
kalau dah namanya kerja...
kekadang solat pun terlupa...
saya suka N3 nih!!!
bagus pakcik tu..kerja,kerja jugak tapi ibadat tak tinggal..camtu la yg kita nak huhu
ReplyDeleteni iklan berbayar ke tak??
ReplyDeleteberapa byk roti yg hj jalal bagi kat ko suh promot ni?
hik hik hik....
bagusnya insan ini... pasti rezeki yg dperoleh utk anak isteri brtambah2 berkat... aminn!
ReplyDeletemamak tu pun kekdg dtg cam ribut, nak cpt jek.
ReplyDeleteSalam YB,
ReplyDeleteSebenarnya Hj. Jalal ni ada pesaing juga di kawasan kita tu.
Rezeki mereka di sana dan mungkin ada pelanggan tetap yang mungkin berbeza.
Satu yang perlu dicontohi, beliau masih ada waktu untuk sama berjemaah apabila tiba waktunya
hanya menjual roti..dah naik haji tau. aku yg kerja makan gaji pun tak sampai2 kesana. huhuhu
ReplyDeletePenuh handle motor dia. Boleh ke buat u-turn tu...Masih pakai trompet yang picit-picit macam zaman dulu lagi ke YB?
ReplyDeletedcrysz,kita ni selalu suka menangguhkan kerja terutama solat. Akhir buat setakat lepaskan kewajipan huhuhu
ReplyDeleteCinta Cukulet,kisah sebagai teladan kita bersama
kts,kan semalam aku dah kata dia jual twistees 20 sen aje kat aku yg ko selalu beli 30 sen tu.
Malam ni rasanya dia nak bagi roti free sbb aku dah buat kisah tentang dia. Tapi taklah sampai 278 keping sayang ooi hehehe
soca,saya pun rasa mcm tu. Saya tengok wajah dia tenang aje walaupun mungkin dia taklah kaya raya.
juliet,banyak tempat mamak tu nak cover. Ko pun bukan beli roti dia hari2 ngeh 3x
Zabs,wsalam.
Mmg ada 2 org penjual roti. Kadang2 saya beli dari yg muda tu dan kadang2 dr Hj Jalal. Takpe kedua2nya Islam dan mereka dari pot yg sama kat Chow Kit tu.
Satu yg satu tabik Hj Jalal ni mesti singgah solat jemaah kalau masuk waktu. Semoga kita dpt mencontohi dia.
zue,itulah berkat rezeki dia namanya. Mamak roti ini selalunya pandai berjimat. Kalau dulu mereka akan hantar duit balik India tiap2 tahun. Ada ladang pinang lagi kat sana.
ckLah,u-turn takde masalah besar rasanya tapi merempit tak bolehlah. Trumpet tu masih dikekalkan kerana itu identiti mamak roti. Takkan nak pakai tape recorder mcm paper lama kot kahkahkah
rasa kecil aku pada insan tua itu
ReplyDeleteinsaf
kapten,alhamdulillah timbul keinsafan di dirimu.
ReplyDeletekagum aku bukan pada jalaluddin tu..tapi pada kegigihan TB meneliti perjalanan hidup jalal...tahniah bang!..
ReplyDeletecikgooden,itu aje yg saya mampu lakukan dan berkongsi dgn rakan2 blogger. Semoga ada pengajaran utk kita semua.
ReplyDeleteTerima kasih atas penghargaan ko.
Salam YB..
ReplyDelete1. baca ksh ini, tringat teman pd sorg pjual roti di kwsan teman. tp entah di mana gerangannya krna sudah btahun tdk kelihatan. sstu yg myentuh, pjual roti tu dh brumur- mgkin lewat 60an, - dia tidak mengayuh basikal tuanya, tapi menolak basikalnya sepanjang dia mjual..langkauan laluannya bukan dekat, tapi jauh. kasihan teman, n kwn2 lihat keadaannya. bgitulah, tuntutan hidup memerlukn bnyak pgorbanan..
2. syabas- krna entri ini seakan mhargai sorg hamba-NYA yg tau tggjwb wp sibuk mcari rezeki. patut dicontohi org lain yg tdk mahu mluang masa thdp al-Khalik dgn alasan sibuk bkrja.
(smga rezekinya n rezeki YB dimurahkn n diberkati Ilahi. amiin)
amal,wsalam.
ReplyDelete1. generasi terdahulu lebih menghayati erti pengorbanan demi kesenangan anak2 (generasi sekarang).
2.n3 ini mmg tribute atau sanjungan saya kpd Hj Jalal dan mereka yg tak lupa beribadat kpd Allah di dlm mencari rezeki spt yg dinyatakan di dlm Surah An-Nisa ayat 36 (kalau tak silap saya).
Semoga rezeki amal juga dimurahkan dan diberkati Allah.
Saya dapat tahu, ada orang cakap (bukan saya), kekayaan seseorang adalah berapa banyak dia ada simpanan dalam bank!
ReplyDeleteJangan pandang 'sengkek' penjual roti seperti ini, entah2 dia lebih kaya dari kita! Cuba congak2 berapa dia untong sehari? katalah purata Rm30 , sebulan? mahu RM900 - RM1000, bersih tu!