Malam Jumaat lepas sedang saya menikmati mee kari bersama2 jemaah yg lain selepas solat Isyak dan majlis tahlil di surau, isteri saya telah menelefon saya.
"Lama lagike kat surau tu? Adam demam, panas betul badannya!" kata isteri saya di hujung talian.
"Ini tengah makan ni. Malam ini kan ada ceramah lepas Maghrib tadi dan lepas Isyak pula ada tahlil dan doa selamat Kak Dayang yg nak pergi umrah tu." jawab saya.
Selalunya cuma ada satu acara pada malam Jumaat di surau kami tapi kebetulan malam tu ada dua pula. Head-to-head kalau istilah sukan hehehe
Saya pun bergegas pulang dan terus start kereta pergi ke farmasi. Tapi kerana dah pukul 10 malam semua dah tutup. Saya ke sebuah klinik utk membeli ubat demam. Doktornya seorg wanita Melayu ada di tempat pendaftaran. Saya pun terangkan sakit Adam dah dia memberi saya sebotol ubat demam.
Hari Jumaat tu demam Adam datang dan pergi. Sebelah petang Jumaat semasa saya sedang mesyuarat isteri saya telefon lagi.
"Badan Adam panas betul ni dan dia muntah2," kata isteriku.
"Lama lagi ke meeting nak habis?" sambungnya dgn pengharapan.
"Takpe saya akan cuba balik secepat mungkin." kataku.
Petang tu setelah pulang ke rumah, kami membawa Adam ke Klinik Khairat di Kg Datuk Keramat. Kebanyakan anak2 serasi di situ.
Setelah diperiksa oleh Dr Khairat, Adam dikatakan kena jangkitan kuman di kerongkongnya. Dia telah diberi ubat demam, ubat tahan muntah dan antibiotik.
Dipendekkan cerita, semalam satu hari satu malam demam Adam tak kebah. Rancangan kami hendak balik kampung melihat saudara kahwin pun terpaksa dibatalkan. Malam tadi isteri saya tak tidur kerana suhu badan Adam sangat tinggi dan dia muntah2. Saya hanya boleh tolong apa yg patut.
Pagi ini saya membelikan sarapan kerana isteri saya tak larat nak buat sarapan. Utk tengahari pula saya beli nasi ayam aje. Ini kami nak makanlah ni.
Semoga Adam cepat sembuh. Risau kalau kanak2 demam panas.

ye ye first!!!
ReplyDeletesaya jugak seken....
ReplyDeletejaramlah kepala dia ngan air asam jawa....
bg kuar panas tu...
Bang... kalo budak demam nih... memang ghisau dibuatnya....
ReplyDeletedcrysz,
ReplyDeletetahniah kerana berjaya menjadi yg pertama! kts, juliet, ckLah dan sakura semua kalah kali ni hehehe
dcrysz lagi,
dah jaram kepala dia malam tadi. Sejuk sekejap aje.
Letak cool fever kat dahi pun tak lut. huhuhu
dcrysz lagi dan lagi,
betul tu. Dah dengar macam2 kes budak demam panas ni. Sekarang alhamdulillah ada kurang nampaknya. Adam sedang tido syyy jgn bising2.
kalo demam virus di tekak mmg suhu tggi...kena selalu tuamkan towel lembab kat ketiak n leher di samping ubat2 yg lain...yg penting bancuhan susu YB kurangkan sukatannya....kalo biasa 5 scoop kurangkan 3 scoop dgn kadar air yg sama...anak saya pernah demam mcm ni...paeditrician dia yg cadangkan...boleh juga minum 100 plus yg dibuang gasnya...cubala
ReplyDeleteassalamualaikum YB,
ReplyDeletesemoga Adam cepat sembuh.
semoga Adam cepat besar.
semoga Adam cepat dapat adik baru...
amin amin ya rabbal alamin...
pergi dulu ya..
assalamualaikum :)
Ms Lilies,
ReplyDeletedah puas tuamkan tuala kat ketiak, badan dan leher. Kat kepala pun tuam jugak walaupun doktor kata tak efektif sbb ada tengkorak kepala.
Adam minum susu ibunya aje. Tak nak susu formula. Tapi sejak demam ni selalu muntah lepas minum susu. Takut badan dia tak cukup air.
kts,
mualaikum salam.
Semoga doa ko yg pertama dan kedua tu makbul. Yg ketiga tu ???
Ko nak pegi mana? Tak nak tengok Adam ke?
psst - komen ko yg paling inesen setakat ini. Bunyi mcm ustazah. hehehe
bacterial infection kat kerongkong ni biasa aje kalau dengan orang dewasa. Tapi budak2 lain ceritanya. Adam pun baru aje 7 bulan kan? Immune system dia baru nak develop elok.
ReplyDeleteBagus kalau bagi susu ibu. Colostrum membantu defense system dia yang tak matured lagi :)
(datang sambil berjengket-jengket...takut bising adam ngah tido...)
ReplyDeletekekekeke.....terkujat jap bila KTS bg nasihat cenggitu.....
Dah kembali kepangkal jalan ghupanyer....kkekekeke
tak cuba taruk ubat demam yg masukkan ikut buntut tu. ubat tu paling cepat tuk mengurangkan kepanasan demam panas. biasanya aku pakai ubat tu tuk waktu malam atau bila makan ubat muntah.
ReplyDeletesemua ibubapa takut dan susah hati kalu anak demam panas.demam panas ni tak bleh dibuat main dan sambil lewa.kesannya jika terlambat amat menakutkan. mintak anak² kita semua dijauhkan dari perkara tidak elok itu.
Akmal,
ReplyDeletenasihat yg baik dari seorg bakal doktor. Sejak demam ni Adam kurang nak menyusu. Kalau menyusu pun sikit aje. Tapi kami akan terus berusaha bagi dia susu.
dcrysz,
patutlah saya tak perasan ko dtg. hehehe
Boleh percaya ke kts dah kembali ke pangkal jalan. Mari kita sama2 tengok berapa lama dia boleh tahan.
PenyuBiru,
Doktor tu tak bagi pulak ubat yg sumbat kat bontot tu. Dulu saya selalu simpan utk anak2 kalau demam kuat. Mmg cepat turun suhu badan.
Mmg ibubapa risau kalau anak demam panas tak henti2 atau tinggi sgt. Isteri saya nampak betul risaunya hingga tak tidur dah 2-3 malam ni. Kesian jugak tengok dia. Inilah pengorbanan seorg ibu.
1. Semoga anakanda Adam Hakimi segera sembuh.
ReplyDelete2. "....kts, juliet, ckLah dan sakura semua kalah kali ni hehehe..."
Errrr...saya pernah berlumba ke kat sini?
3. Tak sudi baca pun tak apa. Entri2 di xiiinam tu tidak semeriah blog lain kan! Semua menyebalkan....
ckLah,
ReplyDelete1. terima kasih di atas doa ikhlas tu. InsyaAllah dimakbulkanNya.
2. maaf saya tersalah org kot.
ckLah tak perlu berlumba. Bakal besan buat apa nak berlumba kan? hehehe
3. siapalah saya ni. Komen selalu lari dari topik pulak tu.
xiiinam kan dah ramai pengikut!
(saya akan terus buat muka tak tahu malu nak baca jugak n3 ckLah walaupun mungkin secara senyap dan/atau sambung2).
apa-apa aje le labuuuuuuuu
ReplyDeleteSalam....Adam demam lagi ke ?
ReplyDeleteTeringat masa anak2 kecil dulu. Bila sorang sakit, susahnya hati...tengah malam tercari2 klinik 24 jam...
Harap2 Adam cepat sembuh, ya..
susahnya jadi ibu bapak
ReplyDeleterajin-rajin suapkan obat tu.
ReplyDeleteckLah,
ReplyDeletesemalam baru makan labu masak lemak dgn pucuk manis.
tie,
alhamdulillah nampaknya Adam dah kurang sikit panas badannya.
Dulu tak banyak klinik 24 jam kan Tie. Nasib sekarang dah banyak. Tapi walaupun dah pergi jumpa doktor kalau tak kurang2 juga demamnya mmg kita risau yg amat.
kapten,
jgnlah pasal itu ko tak nak kawen pulak. Dulu pun ibubapa kita susah payah jaga kita masa kita kecik. Kena kenang jasa mereka.
ONE ZABA,
emak Adam yg tukang suapkan ubat. Saya tukang ambil air dan basuh sudu aje hehehe
panas badan tu bahaya juga kena di basahkan selalu supaya suhu turun semula..
ReplyDeletekadang2 kalau hazwan panas badan minta dia main air.. biar dia sentiasa sejuk..
semua adam cepat sembuh..
Smoga adam cepat smbh ye YB;)
ReplyDeletejgn lupa rest n mkn ubt tepat pd wktunya;)
semoga adam cepat sembuh dari demamnya, kalau tak kebah2 jugak baik bawak gi specialist huu
ReplyDeletesemoga Adam cepat sembuh... bahaya kalau budak-budak demam panas ni...
ReplyDeleteErr... Biarlah KTS nak jadi ustazah atau insaf... Orang berubah jadi baik kita kne sokong.... Tak baik tau cakap macam-macam... Heheheheh :D :D
zino,
ReplyDeletemalam tadi kami suami isteri bergilir2 basahkan badan Adam supaya suhunya turun. Tapi sekejap aje lepas tu panas balik. Siangnya mmg kami rendam dia dlm basin biar sejuk.
Alhamdulillah dah mula reda demamnya.
Liyana,
Adam dah mula sembuh. Ubat masih makan lagi kalau dia tak muntah.
Cinta Cukulet,
masih dah nak sembuh nampaknya. Specialist tu mahal cas nya. Dulu takpe juga masa kompeni bayar. Sekarang semua sendiri. Tapi kalau dah sakit dan mmg perlu, terpaksalah jugak pegi huhuhu.
psst - ko dah jadi Superwoman tak boleh ubatkan ke? hehehe
syah shah,
ReplyDeletealhamdulillah dah nak baik. Mmg merisaukan kalau tak baik2.
Saya org yg pertama sokong kalau kts nak jadi ustazah. Dia mmg GADIS yg baik cuma kadang2 nakal. Itu biasalah org sedang meningkat dewasa.