Monday, April 27, 2009

Aku Dirikan Tugu Buat Kenangan Perhubungan Kita

20 tahun bukan satu jangka waktu yg singkat tambahan pula utk satu2 perhubungan. Untuk memperingati ulangtahun ke 20 perhubungan aku dan dia, aku telah mendirikan sebuah tugu di laman rindu rumahku. Ininya hasil sumbangan dari dia dan aku tambah dgn duitku sendiri. Untuk mencantikkan lagi tugu itu, aku letakkan pasu2 bunga dan melepaskan ikan di dalamnya.

Tugu ini menjadi tempat merehatkan minda dan melepaskan penat setelah seharian bekerja. Tetapi 2 tahun selepas itu, pada Feb 2008 kita berpisah secara baik kerana mencari hala tuju kita masing2. Setelah 22 tahun, begini akhirnya.

Pada Jan lepas, tugu itu menjadi saksi kematian ikan2 di dalamnya. Mungkin ia turut bersedih di atas perpisahan kita. Maka terbiarlah tugu itu di rumah lamaku - berdiri lesu.

Setelah sekian lama ku tinggalkan, akhirnya pada petang Sabtu lepas kami memindahkannya ke rumah baru. Dan pagi semalam, aku melepaskan 9 ekor ikan ke dalamnya. Mungkinkah kita akan menyambung semula perhubungan kita walaupun dalam bentuk yg berbeza?

43 comments:

  1. Emm... DIA itu syarikat kulit kerang ye?? Hahahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  2. err...ikan puyu dah beranak yb?

    ReplyDelete
  3. masih kuingat kematian ikan2 itu..

    hari tu pindah tak bawak sama yer.. sbb ikan dah mati kan....

    berat sangat kot...

    ReplyDelete
  4. kah kah kah....

    aku blues ngan kucing...ko blues ngan ikan.....


    kakakakaka....bebaik...nanti kucing aku makan ikan2 ko tu....

    miowwww.....

    ReplyDelete
  5. erk,,
    tetiba teringat ikna keli kat rumah yang mati sebab adik ku TERtuang dynamo dalam kolam,,,uhuhuhuhuu

    ReplyDelete
  6. perhubungan yang diwarnai dengan ikan-ikan....

    goreng pun sodap.

    ReplyDelete
  7. Uish..boleh tahan ayat2 puitis YB..
    Hehe..tapi lawa la landskap kolam ikan YB..
    Next entry bagi la gmbar details skit pasal landskap tu..

    ReplyDelete
  8. syah shah,Terer ko mengagak. Pagi tadi aku ada meeting dgn DIA utk projek di Tapah, Kuala S'gor dan Klang.
    Kami dah takde hubungan terus kerana melalui pihak ketiga kerana itu jalan yg DIA pilih. Kalau ada jodoh,aku akan lebih kerap berhubung dgn DIA. Pihak ketiga ni jadi posmen aje lah hehehe

    Tijah,tak mainlah ikan puyu nak masuk dlm 'istana'. Aku letak ikan koi

    kuIna,tak bawak kolam dan air terjun buatan tu bukan kerana ikan dah mati tapi kena buat rewiring dan reassembling. Sebelum ni takde org nak buat.

    one love,Dia dtg dgn lenggang lengguknya.
    Lama tak jumpa Nurul hehehe

    ArPeGGiOS,ko jgn nak speku. Hubungan aku dan dia adalah hubungan pekerja dgn majikanlah. Itu dulu. Tapi sekarang kalau hubungan ini disambung semula ianya antara penyedia perkhidmatan dgn pelanggan hehehe

    Ms. Lilies,saya baru sampai rumah lepas meeting dgn DIA. 2 ekor ikan dah gol. Mungkin tak dpt sesuaikan diri di tempat baru. huhuhu

    ONE ZABA,mengapa aku yg perlu dihukum? huhuhu

    dcrysz,jgnlah makan ikan aku. Ko suruhlah kucing ko pegi Serkam makan ikan bakar lagi best hehehe

    una210,cara baru nak basuh kolam ikan ke?
    boleh saya cuba hehehe

    Mak Su,ikan2 tu ada simboliknya hehehe

    ReplyDelete
  9. Faris,puji ke perli ni? Mana ada puitis - saya tak pandai madah berhelah.

    Landskap kat kolam tu belum sempat buat lagi. Pokok2 yg dulu nak kena tukar lain kerana perhubungan jika disambung semula tidak akan sama spt yg dulu. Jadi tak sesuai kekal pokok yg dulu.

    (dah mcm jiwang karat pulak ni hehehe)

    ReplyDelete
  10. Salam,
    bolehlah bersantai bersama keluarga sambil memberi ikan makan yer. Dan lagi indah kalo YB dapat bernyanyi ditepi kolam sambil menggendong Adam.

    ReplyDelete
  11. aisehhh tak paham larr me.. uhuks

    ReplyDelete
  12. yb, dalam kolam kpah ada koi dan talapia. talapia tu slalu kitaorang harvest tiga empat bulan sekali. Goreng je pun dah sedaaapp..
    puyu tak main lah. takuutt sebenarnya sebab kecik-kecik dulu nenek slalu cakap nanti ikan puyu melompat masuk dalam anak tekak. tersangkut, mati. hik..hik.. sampai sekarang phobia bela puyu.

    ReplyDelete
  13. Juliet,Wsalam.
    Mmg seronok rasanya memberi ikan makan sambil mendengar bunyi air terjun bersama keluarga. Ko tak nak join sekali ke?

    Tak payahlah aku nyanyi takut ikan2 tu melompat ke darat nnt.

    Cinta Cukulet,9 ekor itu melambangkan 9 org yg berada di rumah kami - saya, isteri, 6 org anak2 dan ibu saya. Boleh cukupkan 10 tapi kenalah tambah seorg lagi ahli keluarga. Ada ke yg berhajat? ngeh3x.

    psst - ada kawan kita tu kata nak bagi saya ikan tapi dia nak bagi piranha. Habislah ikan lain kena gigit.
    (kalau dia baca komen ni tentu dia faham hikkss).

    ReplyDelete
  14. alaarrr..YB, letak ikan plastik je..mesti hidup (atau mati) selama-lamanya..

    ReplyDelete
  15. kalo ikan tu melompat bleh saya kutip masuk dlm akuarium bapak saya plak,kekekkee.

    ReplyDelete
  16. kakpah,mesti besar kolam kakpah boleh muat banyak ikan. Saya punya besar kankang kera aje. yg penting kolam itu ada nostalgianya - kenangan saya dan DIA. hehehe

    Emak saya pun pernah citer org mati kerana ikan puyu tersekat di tekak. Entah betul entah tidak tapi nampaknya dah jadi citer rakyat emak bapak kita dulu sehingga kita takut dgn ikan puyu ni.

    nahmy,ikan plastik takde feeling. Tak boleh saya nak sandarkan pada kenangan bila tengok ikan plastik tu. Kena ikan betul jugak baru menggamit perasaan hehehe

    ReplyDelete
  17. juliet,bukan ko nak tolong tambah ikan aku, makin yg ada ko nak masukkan kolam bapak ko. Bapak ko tak marah ke? hehehe

    ReplyDelete
  18. alahai sedeyh nyer...
    gasak ajelah uncle. hahahah :D

    ReplyDelete
  19. bab-bab mengagak tuh memang saye pakar... Hahahahah :P :P

    kolam ikan depan rumah ayah saya dah kene kambus... ikan-ikan yang dah besar dalam tu sume pindah masuk dalam kolam talapia merah kat tepi rumah tu... Hihihihihih :P :P

    err... saya tetiba tak tau ape saya nak sampaikan sebenarnye nih... hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  20. ikan oh ikan...
    bestnye dpt bela ikan..
    sy bela kucing..
    dlu bela ikan, habis semua kucing saya wat lambung2..
    kansel truss~

    ReplyDelete
  21. ape ikan kat dalam,ayam kat luar...?





    jwpn: ikan sardin cap ayam

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum :)

    hamba tak pernah membela ikan.. sbb hamba ni spesis PEMALAS!!
    harap maklum ya..

    sebab itu hamba MALAS segala-galanya..

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .


    Arggghhh MALAS hamba nak update..
    Igtkan nak DIAM saja..
    MALAS nak cakap..
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    Hamba minta diri dulu..
    Kenang hamba dalam doamu :)

    Jumpa dilain siaran.. moga2 ada lagi siaran :)

    ReplyDelete
  23. Salam YB,
    Adakah ikan2 puyu yang masih hidup itu juga berpindah ke situ...?

    ReplyDelete
  24. hoh.... cam tuhyer..?? seb bek aku baca komen syah, kalo tak jenuh aku pikir...

    ReplyDelete
  25. Akmal,apa yg sedih tu Akmal?

    Cikgooden,ikan koi. tapi ikan ni tak tahan lasak cuma cantik aje. Semalam dah mati beberapa ekor mungkin kerancunan klorin huhuhu

    syah shah,buat apa kambus kolam tu? kalau masih ada kan tak perlu pegi kolam pancing berbayar utk Incik Firdaus memancing. hehehe

    kapten,ikan laga takde la. Dulu masa kecik saya suka cari ikan laga kat parit tapi sekarang mana ada lagi.

    ReplyDelete
  26. iliana,kesiannya ikan2 iliana. Ikan saya pun pernah kena makan dek kucing jiran kerana kolamnya cetek. huhuhu

    wanhamery,kahkahkah. Selalu kalau org cakap cap ayam maksudnya tak berjenis tapi sardin cap ayam mahal ma. Ada kelas.

    kts,mualaikum salam ustazah.

    Aku tahu ko mmg pemalas. Tapi kalau dah timbul rajinnya, tak terlayan aku hehehe

    Sampai bila ko nak DIAM dan MALAS bercakap? Setahu aku dah masuk 3 hari. Kalau ko rasa nak bercakap semula, ko tahu apa nak buat kan?

    Blog aku masih bersiaran jadi sudi2kan ziarah.

    Zabs,ikan2 puyu masih ditempatkan dlm balang kecik tu.

    cik konfius,mmg aku buat n3 kabur kali ni.

    ReplyDelete
  27. aku tak tahu apa nak buat...

    ReplyDelete
  28. ????????? tetiba payah nak paham!

    ReplyDelete
  29. kts,aku tahu ko buat2 tak tahu! Gadis BIJAK mcm ko takkan lah tak tahu apa nak buat hikkss

    zonaku,susah nak faham sebab ada yg tersurat, tersirat dan tersiat. hehehe

    ReplyDelete
  30. lawa air terjun - kita pun ada gak !Tapi tak la besar mana pun, besar lagi kangkang kera!Air terjun kita guna mulut tempayan....ada ikan puyu , ikan bandaraya & ikan koi...kwang3

    ReplyDelete
  31. sonata,kata air terjun kecik aje tapi ada macam2 ikan. Ini dah mcm rumah setinggan hehehe (jgn marah)

    ReplyDelete
  32. ikan kembung...ikan pari... ikan pirana...x masukkan skali ker???

    ReplyDelete
  33. ala, kolam yang depan rumah tu kene kambus sebab anak-anak jiran suka baling batu, pasir dan sampah sarap dalam tu... kadang-kadang diorang tangguk ikan dalam tu... tu yang kambus, masukkan semua dalam kolam tepi...

    cemana diorang masuk?? Ate, umah kampung... manelaa ade pago... gitulaa adenye... Hohohohoh

    ReplyDelete
  34. YB
    sakurasa suka sekali kata2 yang indah YB tu....."Mungkinkah kita akan menyambung semula perhubungan kita walaupun dalam bentuk yg berbeza..."

    salam dari sakura

    ReplyDelete
  35. zino,mmg seronok dengar bunyi air tapi kat bandar ni cuma yg buatan aje. Kalau dapat yg ori lagi best kan?

    dcrysz,ko ingat rumah aku ni gerai ikan bakar mcm kat Serkam tu ke? hehehe

    syah shah,kalau ko rajin ambiklah gambar dan buat n3 tentang perkara ni. Teringin aku nak tengok. Kalau ada peluang nak jugak aku pergi.

    sakura,terima kasih kerana sakura suka kata2 tu. Sebenarnya saya tak pandai menyusun kata2 mcm org2 lain tu. huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails