Monday, March 30, 2009

Ulu Bendul Here We Come!

Semalam saya membawa sebahagian keluarga ke Hutan Rekreasi Ulu Bendul. Bagi yg tak tahu kat mana tempat tu, ia terletak di penghujung Bukit Putus kalau kita datang dari Seremban menghala ke Kuala Pilah. Bagi org mcm Tijah, Kak Pah dan Zino ini kampung mereka.

Lama dah saya tak ke situ. Dah ada banyak kemudahan terutama utk kanak2 (dan org dewasa yg berjiwa kanak2) bermain air. Tak perlu saya tulis panjang2. Lebih baik tengok gambar hehehe

Haizam dan Haikal di jambatan ke kawasan rekreasi

Air sungai dialirkan ke kawasan kolam jadian. Ada 3 kedalaman berbeza

Seronoknya Haikal bermain gelongsor

Aliran air yg semulajadi. Sedap mata memandang kebesaran Ilahi

Bagi yg tak boleh berrenggang dgn internet, wifi percuma disediakan

Dah puas berendam, perutpun lapar. Jgn risau ada banyak gerai2

Solat di Masjid Kg Ranjau Hantu, Parit Tengah. Baru cukup 2 marhalah nak buat jamak qasar

26 comments:

  1. patut la macam pernah dengar je nama tmpt ni..sy pernah pergi..seronokk~ tp, kne kaver2 sket..sbb skrg da bsr..huuuu~

    ReplyDelete
  2. hari ni kat kelantan cuti... duk bekelah atas katil je... hehehe

    ReplyDelete
  3. cantiknya, zaman dulu saya pegi ada air terjun biasa je. Pandai abang2 tu dokong adik adam yer. :D

    ReplyDelete
  4. ulu bendul??

    lurus cam bendul tak???

    yg pasti bukit putus tak lurus mcm bendul...


    uweeeeekkkkkkkk...
    muntah aku klu lalu bukit putus...
    meraung nak balik....

    ReplyDelete
  5. Tengok cara bakal menantu tu pegang baby....makcik bagi 4 bintang...he..he..

    Err...ini ke Haizam?

    ReplyDelete
  6. next trip nak balik baling, pi terjun lata plak... siapla YB, saya tayang abes abesan... Kikikikik :P :P

    Hahahah :P :P tetibe emo... YB laa punye pasal... saya sangat suka berendam... jadi sila jangan tunjuk gambar begini, bisa buat saya meroyan... kikikikik :P :P

    ReplyDelete
  7. Last time gi sana, masa first year kat matrik pj dulu :D
    Nanti buleh gi lagi nih. Asal bunyi berendam ni, mana boleh tahan hehehe....

    ReplyDelete
  8. bendul?? sbb org2 sana bendul ker?? hehehe.. gurau ja.. =p =p

    ReplyDelete
  9. hik hik, ada kolam jadian gaks kat situ

    ReplyDelete
  10. sonoknyerr yb tewww.. me tak sampai lagikkks

    ReplyDelete
  11. sonoknyerr yb tewww.. me tak sampai lagikkks

    ReplyDelete
  12. Iliana,
    mesti masa dulu Iliana mandi pakai t-shirt aje. Auw seksinya hehehe

    Shifu,
    apa kelas bekelah atas katil. Pantai kan banyak yg cantik kat sekitar Bachok?

    juliet,
    ini tempat riadah rakyat bawahan mcm kami. Kalau yg berada bolehlah ke taman tema air yg kena bayar huhuhu.
    Haizam dah 2 org adiknya jadi dah pandailah dokong. Tunjuklah gambar ko dokong anak sedara ko. Ada berani ke?

    kts,
    nama aje bentul tapi kat ulu lagi dah tak lurus. Kat kuala dia lagilah teruk kot?
    Itulah sbb aku tak nak roger ko kali ni sbb aku tahu ko kuat muntah. Nnt org ingat lain pulak muahaha.

    ckLah,
    "4 bintang aje ke emak opps makcik?" tanya Haizam

    syah shah,
    bila ko nak balik Baling? Entah2 bulan puasa esok. Puasa mana boleh berendam hehehe
    Kalau aku tahu ko alegik tengok gambar begini, sudah tentu aku masukkan gambar2 budak2 tengah berenang dan menyelam. Biar ko meroyan. ngeh 3x

    Akmal,
    uncle suggest bawa khemah sekali. Lagi best. Dan jgn lupa bawa laptop atau iPhone sbb ada internet free.

    Jard,
    kena tanya Tijah soalan ni. Saya pun tak tahu jawapannya.

    Mak Su,
    jgn harimau jadian sudah hehehe

    en_me,
    budak2 tu yg seronok habis. Mereka cadang nak pergi lagi lain kali.
    en_me banyak travel bolehlah plan pergi situ.

    ReplyDelete
  13. lama benar dah x kesana...lebih 5 tahun...
    byk perubahan ghupernya...

    ReplyDelete
  14. ade wifi??
    waa...techie sungguh ulu bendul nih...
    kagum, kagumm...

    ReplyDelete
  15. Dah cantik tempat ni, dah moden katakan. The 1st & the last sonata ke sini tahun 1998 - berkhemah Commonwealth Camp (Girl Guide - dengan negara2 C.wealth ) - wow best! bertugas sebagai Ass.QM. selama 8 hari - tunggu Queen Elizabeth & lepas tu ke Opening Ceremony C.wealth Games di Stadium KL...

    "Serik" & puas lalu kat Bukit Putus , almost every week / 2x /week - cos anak belajar kat MRSM...

    ReplyDelete
  16. dcrysx,
    kalau ada kesempatan pergilah jengah tempat tu.

    Chekgu BH,
    saya nak minta Dato Najib sambung MSC sampai ke Ulu Bendul hehehe

    sonata,
    kenangan manis tu. Masa tu belum ada kolam dan gelongsor tu kan?
    Anak sonata di MRSM Serting ke? Si Mohd tu ke atau adik dia?

    ReplyDelete
  17. aku dah lama tak masuk ikut main entrance tu. tak perasan plak dah cantik. salu ikut jln s.cut terus ke belakang...air sungainya lagi dalam dan bersih!

    err..dah bleh lalu eh? aritu tanah runtuh kat bkt putus...ke yb gi nek helikopter? hehehe

    ReplyDelete
  18. Ye betul, kakak si Mohd, sekarang dok berulang ke Kolej Mara Seremban pulak dah...buat A level TESL.
    Mohd di SM Sains Muzaffar Syah (MOZAC).

    ReplyDelete
  19. salah-salah-salah....MRSM Kuala Klawang, dok ingat Serting pulak...

    ReplyDelete
  20. Tijah,
    ko kena ajar aku jalan short cut tu. Masuk ikut main gate nak parking pun susah.
    JKR tahu aku nak pergi Ulu Bendul semalam, dan2 tu mereka clearkan tanah yg runtuh hari tu hehehe

    sonata,
    Wah pandai2 anak sonata. Saya tumpang gembira.
    Kuala Klawang ikut Bukit Putus ke?

    ReplyDelete
  21. YB: anak YB pun sama. Ye la, itu la jalan yang paling dekat dari M'ka, berbanding jalan lama dari belah mana ntahlah,Kuala Pilah kot...anak habis belajar, baru jalan baru siap mcm highway dah...

    ReplyDelete
  22. ..last pegi pun masa darjah berapa ye..tak ingat sebab dah purba sangat dah..mungkin darjah 4 = tahun 1998..uncle kalu free singgah la blog ni tinggalkan komen huhu..

    http://zarenclyde.wordpress.com/

    ReplyDelete
  23. pernah pegi situ..tapi 17 tahun nan lalu. tak ada apa pun masa tu.

    ReplyDelete
  24. waaaaaaaaaaaaaa..... lama aku takpi sana... huhuhuhu.. masa kat seremban dulu, tetiap bln aku pi.. lindu.. linduuu

    ReplyDelete
  25. satu spot baru untuk cuti-cuti malaysia. Terimakasih.

    ReplyDelete
  26. sonata,
    itu yg banyak org rimas dgn bukit putus tu. Nampaknya sekarang giliran saya pulak utk 2 tahun ni menempuh liku2 tu huhuhu. Tak tahulah bila nak siap jalan baru tu.

    zaren,
    apakata buat rombongan budak2 ex-smkts pegi sana. Perjalanan sejam lebih sikit aje. Lagi best dari pegi bukit belacan kuang 3x
    InsyaAllah bila berkesempatan uncle ziarah blog zaren.

    ONE ZABA,
    bila2 turun dari pertapaan di gunung tu singgahlah ulu bendul ni. Dah cantik dan meriah.

    cik konfius,
    ko sentiasa sibuk tambahan dah jauh susahlah ko nak melepaskan rindu ko tu. Kalau ko nak jugak melempiaskan rindu ko terhadap tempat tu aku boleh email kat ko gambar2 lain yg aku ambik hari tu.

    DrSam,
    saya pasti berbaloi kalau ke sana.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails