Wednesday, March 11, 2009

Balik Tanjung Karang - Bahagian 2

Saya nak sambung kisah kami balik kampung hujung minggu yg baru lalu ini.

Selepas siap mengemas barang2 yg digunakan utk majlis kenduri, kami ke pekan Tanjung Karang utk membeli barang. Antaranya beras kerana harga di sana lebih murah jika dibandingkan dgn KL; maklumlah Tg Karang kan jelapang padi Selangor.

Jarak dari rumah mertua ke pekan lebih kurang 10 km kalau ikut jalan pintas iaitu jalan Masjid Baruh. Dari situ ada lagi satu jalan pintas - Jalan Adam namanya. Wah anak kami yg kecil ni siang2 dah ada jalan sempena nama dia.

Bila pula kerajaan nak letak nama Jalan Yunus?

Selepas membeli beras, kami ke gedung kain Jakel. Dulu Jakel terkenal di Segamat. Org ramai terutama org pompuan dari satu Malaya pergi ke sana nak beli kain murah. Saya pernah bawa isteri ke sana semata2 nak tengok kain dan langsir kerana dia begitu teruja melihat iklan di tv. Beberapa tahun lepas Jakel telah membuka cawangan di Jalan Bunus KL. Tuanpunya Jakel ini org Melayu. Jadi baguslah ada org kita berniaga kain utk menyaingi kedai milik bangsa asing spt Nagoya dan Tewah. Pekerjanya pun semua org kita. Setidak2nya dapatlah org2 ini mencari rezeki.

Pemandangan gedung Jakel di Tg Karang. Ada jualan cuti sekolah walaupun cuti belum bermula

Tujuan isteri saya ke sana adalah untuk membeli kain utk dibuat uniform Afifah yg belajar di MRSM. Kesian dia hanya ada satu baju kurung warna beige. Masa di MRSM Gerik baju tu hanya dipakai 2 hari dlm seminggu tapi di Serting 3 hari/minggu. Tetapi dah alang2 cari kain tu, terus beli kain utk Raya! Isteri saya beli, Atikah beli utk 2 pasang dan utk Afifah pula 3 pasang. Tukang jahit kat kampung kakak ipar saya. Murah aje upah jahitnya. Kalau di KL, mahal upah dari bahan. Apa kata org tu - mahal rantai dari beruk!

Banyak pilihan hingga rambang mata

Langsir ni potongan harga gila2. Dah pegang2 tapi tak jadi beli takut bajet lari

Tudung Ekin yg menjadi kegilaan sekarang

Setelah dikira semuanya, beratus ringgit juga kopak. Takpelah niat tolong bangsa. Agak2nya mahu tak tauke Jakel ni bagi saya diskaun sbb saya dah promosikan kedai dia?

20 comments:

  1. heeh.....bg2... diskaun 0.001 peratus. nak? <<< tlg jawab bg pihak, hehe~!

    ReplyDelete
  2. awalnye beli kain... raya lambat lagi ni

    errr... tebeli tudung ekin gak ke.... hehehe.... ciklah teringin gak nak pakai tu...

    ReplyDelete
  3. sy suka tg karang sebab ada kedai bundle best kat situ! hehehhee

    ReplyDelete
  4. kEy,
    tolong bagi tahu tauke tu kalau 0.001% takpe lah. Suruh dia sedekah kat masjid aje hehehe. Dpt jugak saya saham sedekah dia hehehe

    Shifu,
    takut kalau dah dekat sgt dgn raya, tukang jahit dah tak nak terima tempahan.
    Tengok2 dan pegang2 aje tudung Ekin tu. ckLah bolehlah pergi ke Tg Karang kalau dia teringin nak tudung tu.

    one love,
    wah dah balik dari Sandakan!
    Kedai bundle yg mana satu ni? Kami selalu beli pakaian kat Sakan (kedai org Melayu jugak).

    ReplyDelete
  5. Kalo nak ke Tg.Karang lalu mana? Tak penah sampai ke daerah sebelah sana, Sabak Bernam ngan K.Selangor tau lah.

    ReplyDelete
  6. dedulu mak suka bawak pegi Sungai Besar pasal rege barang murah-murah... Heheheheh

    Baru bulan tiga dah beli kain?? WAaahhh... Awalnya... Kikikik :P :P

    Tahun ni saya ingat nak anto lah kain ela yang saya dapat masa saya kawen dulu... Ade tiga pasang... Kikikikikik :P :P

    ReplyDelete
  7. wah

    dah mula bersiap untuk raya ..

    poso pun belum

    ReplyDelete
  8. curi2 tulis dari dewan peperiksaan via nokia e90...
    Err..tudung ekin tu apa? Sejenis kuih atau tudung saji yg org pakai pi bendang tu??
    Shifu...sadap you!!

    ReplyDelete
  9. Juliet,
    la buta geografi rupanya ko ni hehehe.
    Tg Karang tu antara K Sgor dgn Sabak Bernam.

    syah shah,
    sekarang pun barang2 kat Sg Besar tu murah. Org gelar pekan tu Golok M'sia sbb banyak barang dari Siam.
    Ko nak hantar kain tu pergi mana?

    pB,
    biar siap awal. Last minit kalau nak buat baju selalu tukang jahit tak nak terima. Kena pulak tempat yg harga patut ini.

    ckLah,
    hebat org ada E90 ni! Saya pun curi2 blogging sebelum pergi outstation ni. Pagi tadi ada breakfast mtg dgn rakan niaga. Ini nak bertolak ke Pantai Timur. Petang ni ada mtg dgn subkontrackotr kat KL lepas balik dari outstation. Loteh den huhuhu
    Tudung ekin ni bukan ke tudung saji buat tutup nasi. Rasanya pernah nampak kat rumah Mawi hehehe

    ReplyDelete
  10. antar dekat-dekat sini aje... ngape?? YB nak tolong jahitkan ke?? Hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  11. sekampung ropenye kite ye... ekeke!

    ReplyDelete
  12. Golok Malaysia? Hahaha. No thanks, rantau panjang lagi dekat.
    Muahahahaha :D

    ReplyDelete
  13. slm yb..
    (smga Allah memanjangkn usia sdra dgn rahmat keberkatan-Nya. amiin.
    -tlewat nk ucap b/day sbb hr tu tk masuk blog...)

    1. teman 'respect n salute' pd semangat gtg ryg yb n sdra mara tu dlm kduri kdara..
    memg pstinya akn dwarisi zmn bzaman.
    patut org lain kena 'tiru' semangat tu..
    :D

    2. bab beli membeli pakaian dll, teman memg ler dak reti. slaluny wife yg uruskn.. tp d sg besar tu, teman pnah beli t-shrt lengan pnjg utk anak2 (pmpuan), memg hrganya murah brbanding di kl @ kajang..

    3. cuma nk tau, kat area kuala slgor, sg besar @ sbk bnam, kat mana tmpat makan yg mnarik utk fmly..?
    t/ksh utk jwpn itu..
    :)

    ReplyDelete
  14. "Jalan Bunus KL"

    Ko pi pada B ganti Y... dah ada jalan nama ko... hik3

    ReplyDelete
  15. saya tak tahu pun tokei jakel tu orang melayu. tapi saya mmg selalunya beli kain kat nagoya jer. sebb jakel mahal skit, tak tercapailah bajet saya. memandangkan yb dah promot kat sini dan dah habaq ni kedai melayu, mungkin saya akan paw laki saya banyak2 sikit lepas ni. ok tak niat saya tu?

    hhmmmm, apa lagi ek, bila pulak nak namakan satu jalan utama sebagai jalan coretan maksu.

    ReplyDelete
  16. dah shoping raya? cepatnye. Tapi masa sekarang ni rasa macam cepat je berlalu. ni dalam diam tak diam dah masuk pertengahan bulan 3. Minggu depan dah cuti sekolah dah...

    ReplyDelete
  17. kalau 'kanda' ajak ke jakel ni, pasti segera 'dinda' ikut...

    bila kita mahu pergi??


    uiiittt... macam best jek... member aku slalu promote kg dia.. kat sg besar... katanya brg2 kat situ mmg murah... tapi tak pernah plak aku smpi...

    ni yg kena pergi ni...


    juliet,
    yuk kita serang kg YB.. :D

    ReplyDelete
  18. kts, kat sungai besar memang barang-barang dia murah-murah tau... pegilaa... memang tak rugi... kateku tolong promot kampung YB... Heheheheh

    ReplyDelete
  19. ....
    tak jadilah nak tulis...
    ada nampak sesuatu
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    balik dululah!

    ReplyDelete
  20. syah shah,
    kalau ko teringin baju raya ko jadi mcm sarung tutup kereta silalah hantar kpd aku.

    tera,
    kpg mu kpg ku jua hehehe

    Akmal,
    bagi org yg kgnya kat Rantau Pjg, mmglah pilih tempat sendiri. Bagi yg tinggal sekitar Lembah Klang, Sg Besar boleh menjadi alternatif yg menarik kpd Golok yg sebenar.

    amal,
    terima kasih atas ucapan.
    1. alhamdulillah semangat gotong royong masih menebal di kpg.
    2. kami pun rasa di Sg Besar banyak barang2 yg lebih murah dari di sini. Mungkin sewa kedai di sana murah.
    3. boleh cuba di pantai Jeram utk makanan seafood.

    kapten,
    geligalah otak ko. Kalaulah ko ni Datuk Bandar KL bolehlah idea tu dipraktikkan.

    Mak Su,
    Harga kain di Jakel di Tg Karang lebih murah dari di KL. Ini diakui oleh penjualnya sendiri dan isteri saya pun sedar perkara ini. Kalau Mak Su dpt pau suami bolehlah ke Tg Karang terutama masa ada sales ni.
    Apa kata letakkan nama jalan coretan Mak Su tu di Rembau?

    kakpah,
    dah terlanjur beli kain utk uniform Afifah beli lah sekali utk raya. Tak berpusu2.

    kts,
    apa kata lepas dinda dpt gaji bulan ni kita pergi shopping. Kanda boleh tunjukkan tempatnya hehehe
    ko nak ajak madu ko sekali ke? Macam nilah baru rukun dan damai kah kah kah.

    syah shah,
    sapa lagi nak promote Sgor kalau bukan rakyatnya mcm ko dan aku. Hidup Selangor!

    ckLah,
    ko nampak hantu ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails