Saturday, March 21, 2009

Apa yg dilarang, itu yg dibuat

Macam sudah menjadi budaya, perkara2 yg dilarang itu pula yg mahu dibuat. Mungkin telah 'terdidik' begitu sejak dari kecil sehingga terbawa2 bila dewasa.

Cuba tengok gambar di bawah ini. Perhatikan papan tanda tu.

Papan tanda itu bertulis "Zon Sita Dilarang Menjaja"

Di kawasan yg dilarang menjaja inilah pulak ramai peniaga membuka gerai mereka. Pada mulanya ada 2 saja gerai. Sekarang dah banyak macam foodcourt.

Ada yg menjual nasi kukus ayam dara, nasi campur, minuman, jambu batu Muar, goreng2an spt pisang, keledek dan sukun.

Tiada nampak sebarang tindakan dari PBT. Kalau macam tu lebih baik jgn letak papan tanda itu atau benarkan saja peniaga ini beroperasi di situ secara sah. Sekarang ni dah ramai org takde kerja dan ingin memulakan perniagaan makanan secara kecil2an.

29 comments:

  1. sign tu ngadap blah cni la YB tu psl peniaga tu tk nmpk... erm, atau mmg mereka buat2 buta... hehe! ape lg panggilkan je org majlis le...

    ReplyDelete
  2. salam..bagus la dia orang berniaga...org kita juga tu...patutnya pihak majlis kena lebih peka seperti menyediakan tempat proper untuk dia org berniaga...klu byk pelangan maksudnya tempat tu strategic...

    ReplyDelete
  3. YB
    kts n juletchun xder....
    sakusa 1st he he he

    ReplyDelete
  4. YB
    "Zon Sita Dilarang Menjaja" kekadang juga memudahkan kita kalau ada banyak gerai2 kan

    ReplyDelete
  5. Haha. Ironi namanya nih. Biasanya ada sebab PBT tak bagi menjaja tampat2 macam tu. Jadi mungkin lebih sesuai adhere pada peraturan tu. Tapi takleh la pulak main tak bagi berniaga tapi tak bagi lokasi alternatif. Tengok gambar pun macam ada potensi jadi meriah tu :D

    ReplyDelete
  6. uik jgn la.....biar jela di0rg niaga~ papan tanda tu yg patut dicabut... kal0 kat sne dilarang niaga atas sebab2 keselamatan, xpela, carikan tmpat bru... sy stuju dgn arsaili~!

    ReplyDelete
  7. inilah malaysia tanahairku. ade yg pernah ku nampak, ade sign "dilarang membuang sampah di kawasan ini" tapi kat area sign tu penuh orang buang sampah.huhu

    ReplyDelete
  8. ada org kata...rules are made to be broken.

    mmm...aku rasa cam nak pegi pancitkan tayar org lah hari nih...

    hikhik

    ReplyDelete
  9. fuhhh....peniaga tu remaja ke bukan ye? biasanya remaja yang suka memberontak hehe ;p

    apa pun, mungkin karenah birokrasi negara membuatkan mereka bertindak mcm tu..ye la kan..nk buat yang betul byk sgt halnya..sampaikan ada yg sengaja menyusahkan mereka sbb nk under table payment..

    ReplyDelete
  10. diorang tak salah sebenarnya.. yg salah papan tanda tu... tulis dilarang menjaja... diorang bukan menjaja.. diorang buka gerai... hehehe

    (buka Kamus Dewan ms 509, lihat makna.... jaja; mencari rezeki dengan membawa barang dagangan berkeliling untuk dijual)

    ReplyDelete
  11. Salah sape ni? Orang yang letak papan tanda / orang berniaga? Saya kata orang letak papan tanda. Klu dah letak papan tanda, tengok2 la selalu, jangan pakai biar je... Ko dah tak bagi orang berniaga/berjaja kat situ, bila nampak, cakap baik2...berikan tempat khas untuk berniaga/berjaja...ni tak, dah letak pakat tinggal gitu..Itu tak bekerja namanya! tu fasal, orang tak kisah...nak berniaga ke / berjaja ke , berniaga la/berjaja la...janji tak miss soru!

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Patut letak sign.. sila berjaja di sini.. mesti diorg takkan berjaja dah kat situ.. heheheh

    ReplyDelete
  13. ala...encik YB jugak yg jadi pelanggan tetap diorang kan hahahha

    ReplyDelete
  14. Salam En YB.

    Orang kita macam itulah. Yang dilarang itulah yang suka dibuat.

    Buat malu orang Muar la jual jambu batu di situ. Hehehe!

    ReplyDelete
  15. sama lah mcm sign "di larang buang sampah, denda RM 500"...kat situ la dia org gantungkan plastik smpah

    ReplyDelete
  16. Tera,
    betul jugak cakap Tera tapi yg sebelah cni pun ada org berniaga. Saya tak sampai hati nak panggil org DBKL kerana yg berniaga tu org Melayu. Saya telah merasai betapa peritnya ketika gerai tempat kami sekeluarga berniaga utk mencari rezeki diangkut oleh DBKL masa saya kecil dulu huhuhu

    arsaili,
    tempat proper dah ada di medan selera tapi tak strategik kerana jauh dari laluan utama dan hypermarket. Mungkin itulah sbbnya mereka mengambil risiko berniaga di tempat tu.

    sakurasa,
    mesti mereka jeles bila tengok ko dah potong trip hehehe

    sakurasa lagi,
    saya belum pernah beli dari mereka ni tapi selalu beli char keuh teow dari gerai sebelah jalan (juga zon dilarang menjaja) pada waktu malam.

    Akmal,
    Lokasi alternatif ada tapi tak berapa strategik. Ini mcm nak kasi bungkus peniaga. Mungkin itulah sbbnya ada yg berniaga di situ. PBT kena buat kajian lebih di masa akan dtg utk mengelakkan perkara serupa berulang.

    kEy,
    saya harap ada org DBKL baca (zino boleh tolong kot kalau baca n3 ni). Mungkin boleh beri lesen sementara utk berniaga di situ.

    PenyuBiru,
    tanahair kita bersama. Jgn lupa org yg parking kereta di tempat dilarang meletakkan kereta. perghh

    Tijah,
    tayar sapa pulak ko nak pancitkan?

    ReplyDelete
  17. iliana,
    peniaga tu ada yg masih remaja dan ada juga yg remaja purba hehehe.
    Kerenah birokrasi bukan saja dlm hal spt ini tapi dlm banyak perkara. Nak dpt kelulusan utk membina bangunan dan nak dpt CFO (sekarang CCC) mengambil masa terlalu lama sehingga ada pelabur yg fed up dan lari ke negara lain.

    Shifu,
    tabiklah dgn guru bahasa ni. Tapi jgn lupa ada gambar gerai bergerak yg dipangkah di papan tanda tu kuang3x

    sonata,
    jgn emo! Saya rasa yg pasang papan tanda tu bahagian lain dan yg menguatkuasakan undang2 bahagian lain. Ini kes tangan kanan tak bercakap dgn tangan kiri. Tiada kordinasi dan menghabiskan wang rakyat. Lebih baik jgn pasang papan tanda (eh apasal aku pun terikut emo) hehehe

    iina,
    saranan yg patut dicuba. Nanti saya cakap dgn Dato Sri Zulhasnan Rafigue, Menteri WP merangkap MP kawasan itu.

    Cinta Cukulet,
    mana ada? Tapi kalau mereka terus2an berniaga di situ tak mustahil saya juga akan menjadi pelanggan mereka hehehe

    JP,
    apa nak malu pulak org Muar. Patut ko bangga kerana dia seorg opportunis yg pandai mencari/mengambil peluang.

    Rozita,
    orgramai dilarang membuang sampah di tempat tersebut tapi tak disediakan tempat alternatif. Inilah jadinya. Kat Ipoh pun banyakkan kes mcm ni.

    ReplyDelete
  18. kat mana-mana pun memang macam tu... selalunye kat mana yang dilarang, dekat situlaa berderet orang meniaga...

    ReplyDelete
  19. ..mmg tmpat dah ada disediakan..tp agak mahal sewanya..lagipun bertingkat2..
    sape rajin nak naik atas semata2 nak makan angkat tangan!..(bukan makan free tau, kalu free mmg rajin!)

    lagi satu, kat setiawangsa tu jenuh la jem dia..pastu nk parking pun susah..kalu ada kedai mamak corner lot, mmg sampai atas jln meja diorg..mujur kat jumma tu ada space tepi dia..

    ReplyDelete
  20. dah takder kawasan tuk diorang kot... atau kawasan yg ada mahal... jadi gamble jer ler..

    ReplyDelete
  21. Kadang2 rasa kesian kat peniaga2 kecil ni... Mula2 nak dapatkan lesen, susahnya bukan main. Lepas tu nak cari tempat berniaga pulak...

    Mungkin mereka terpaksa, dah tak de tempat lain nak cari makan...

    ReplyDelete
  22. syah shah,
    tempat yg dilarang tu selalu tempat orgramai lalu lalang. Mungkin PBT dan persatuan penjaja kecil kena duduk berbincang

    zaren,
    betul kata zaren.
    psst - ko pelanggan tetap Jumma ke?

    kapten,
    kat medan selera dah penuh. Jadi dari tak berniaga mungkin mereka belasah aje jual di kwsn larangan tu.

    13may,
    rasa mcm uncle baru balik luar negeri pulak setelah bertahun2 di perantauan hehehe

    ReplyDelete
  23. normal la tu...
    sign yg suh org jangan buang sampah, kt situ la org nk buang sampah...
    huhu

    ReplyDelete
  24. hmmm bg jela mereka bniaga scr sah..tak salahkan?hmmm dr buat benda merepek2 ;P

    ReplyDelete
  25. mesti pihak berkuasa kena rasuah nih... pasal tu takde tindakan.. hehe

    ReplyDelete
  26. Chekgu BH,
    mcm budak sekolah jugakkan - apa yg cikgu tak kasi buat itu yg mereka nak buat. hehehe

    Liyana,
    kalaulah saya ada kuasa, bolehlah saya mengikut saranan Liyana tu huhuhu

    Jard,
    tak baik menuduh tanpa bukti. Nanti ada yg marah hehehe

    ReplyDelete
  27. ..haha..tak..pelanggan tetap giant..tapi parking payah punya pasal, smpai depan jumma kadang2 parking..

    ReplyDelete
  28. zaren,
    mak ai jauhnya parking! Patutlah uncle nak pergi Jumma takde parking hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails