Friday, March 20, 2009

Balik Tanjung Karang - Bahagian 3

Saya nak sambung siri Balik Tg Karang setelah terhenti seketika kerana memberi laluan kpd n3 yg lain.

Tanjung Karang merupakan bandar kedua terbesar di dalam daerah Kuala Selangor sehingga ia dijadikan sebuah daerah kecil. Bagi orang awam macam saya ni ada satu kaedah mudah utk mengukur kemajuan sesebuah pekan atau bandar.

Di tahun2 1960an dan 1970an
Sesebuah pekan itu boleh dianggap maju jika terdapat stesen minyak di situ! Pada masa itu kebanyakan stesen adalah milik sykt Kulit Kerang dan mereka akan hanya membuka stesen di bandar dan pekan yg mempunyai cukup bilangan kenderaan terutama kereta.
Tanjung Karang telah ada sebuah stesen sejak sebelum Merdeka lagi walaupun kecil. Kira majulah tu.

Di tahun2 1980an
Sesebuah pekan itu boleh dianggap maju jika terdapat bank terutamanya Bank Kepala Rimau. Tambah glamour lagi kalau bank tu ada ATM. Ini kerana bank akan membuka cawangan di tempat di mana org2 nya boleh dianggap berada dan ada duit lebih utk disimpan.
Di samping kehadiran bank, juga mesti ada Tabung Haji di kawasan yg ramai org Melayu (termasuk Jawa, Banjar, Boyan dan yg sewaktu dgnnya hehehe).
Tanjung Karang ada beberapa bank dan Tabung Haji sejak tahun 80an lagi. Kira majulah tu.
Maybank di Tg Karang

Tabung Haji pun ada juga

Di tahun2 1990an
Sesebuah pekan itu boleh dianggap maju jika terdapat restoran KFC. Ini kerana mereka akan membuka cawangan di tempat yg pendapatan penduduknya agak tinggi sehingga mampu makan ayam goreng dan bukan nasi campur saja. Cawangan pertama KFC di Tg Karang dibuka pada awal tahun 1990an. Kira majulah tu. Baru2 ini KFC terpaksa berpindah ke premis lebih besar kerana sambutan yg sentiasa hangat mcm ayam baru digoreng. (kalau tak percaya, di cawangan lama mesti kena berbaris kalau nak beli ayam goreng. Kadang2 sampai 30 minit masih belum dapat)

Stesen minyak Shell dan KFC berhampiran antara satu sama lain. Saya dah cantikkan stesen ni beberapa tahun lepas semasa masih kerja dgn sykt tersebut hehehe

Apakah ciri2 kemajuan di alaf baru? Lu fikirlah sendiri! (malas nak fikir dah malam2 ni) hehehe

37 comments:

  1. senawang pun dah maju. sebab ada mekdi...drive-thru! bleh gitu?

    ReplyDelete
  2. YB, saya ade memori yang nostalgik pasal TK nih...
    mase TK tak semaju dan sepesat sekarang nih, saya selalu singgh masjid TK tu, selalu singgah stesen bas TK tu sebab naik bas loncat kalau nk balik shah alam dari simpang lima...

    seronok dan adventurous...

    ReplyDelete
  3. TK ni yg zino ingat masa student dulu datang melawat ke sawah sempadan tu.. tengok sistem pengairan yg di perkenalkan oleh mamat2 jepun tu.. guna ke lagi entah le.. org TK je yg boleh jawab..

    ReplyDelete
  4. Agak-agak boleh bukak branch aulad tak kat situ haha...

    ReplyDelete
  5. salam pg... nk tmbah sikit nih, dn jgn lupa yg tg karang dah mula jam lebih2 lg time cuti perayaan, banyak traffic light dn seumpamanya... maleh aku nak meraun pekan tuh, jauh na nk wat u-turn... nunn kat seberang sg dpn sekolah menengah tuh... leceh!

    ReplyDelete
  6. Tijah,
    Senawang mmg maju kerana ada ciri2 yg saya sebut. Kalau ada mekdi drive-thru dah sampai tahap metropolitan hehehe

    Chekgu BH,
    Kuih pau depan stesen bas tu pun sedap.
    cikgu sedara dgn Khir Toyo ke?

    zino,
    sawah mertua saya tak guna sistem tu lagi.

    kakpah,
    tak tahulah saya kalau tadika aulad boleh bersaing dgn tadika kemas dan pasti yg banyak terdapat di sana.

    Tera,
    traffic jam tu satu lagi ciri2 kemajuan hehehe.
    Mmg leceh nak pusing kat SMK Dato Harun tu. Lain kali lipat aje depan hospital.

    ReplyDelete
  7. err... bila ade kete-kete cap bintang tiga , dan bmw atau lain-lain kete mewah mula lalulalang kat situ, tandanya dah cukup maju le tu... hihihihihih :P :P

    dan bila orang luar asek duk sebut-sebut dan promot, tu pon kire maju la jugak tu... Hihihihihihih :P :P

    amacam, buleh gunepakai dak teori nih?? Kikikikik :P :P

    ReplyDelete
  8. syah shah,
    saya rasa teori ko tu lebih sesuai utk bandar besar dan bukan pekan kecik mcm Tg Karang. Ini kerana aku belum pakai kete2 jenis yg ko sebut tu kah kah kah

    ReplyDelete
  9. taknak ke sotan selangor bg pingat kat ko... kan main duk promote Tg Karang...

    aku pun nak promote gak la kg aku.... :D

    ReplyDelete
  10. YB belum pakai, belum tentu orang-orang Tanjung Karang pun belum pakai... Manelaa tau kot kot menjalar aje sebijik dua kat depan umah dorang tu... Hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  11. semestinya pnduduk tg karang ni speaking jawo...majoriti keturunan jawo kan...

    ReplyDelete
  12. susah org2 kg nak melinteh jalan pun ye... teracah2 bimbang trsondol dek org belakang. klu johor trkenal ngan "parit", TK trkenal dgn "sungai"... moh singgah umah kat sg gulang2

    ReplyDelete
  13. ukuran kemajuan... errr... ukuran sebenar ada kat diri kita sebenarnya.... dulu pakai seluar saiz 34 sekarang dah pakai saiz 38... tu kerana dah maju ke depan la tu... hehehe

    ReplyDelete
  14. tolong maju kan rumah aku pulak bulih tak bang? hahaha...


    .

    ReplyDelete
  15. skang PASARAYA... saiz yang dibina... :)

    ReplyDelete
  16. masa dolu kat tempat saya ada pos opis jer and kedai runcit mamak. kira town dah lah :)

    lepas tu kita pun bukak savings, kat pos opis, kira hebat lah :)

    ReplyDelete
  17. kts,
    tak bagi pingat pun takpe. Aku ikhlas promote kampung isteri aku.
    Bila ko nak promote kg ko? Yg aku nampak ko asyik promote diri ko aje sehari dua ni. hehehe

    syah shah,
    kalau setakat sebikik dua tu belum boleh dijadikan kriteria mengukur kemajuan.

    zue,
    spt yg pernah saya catatkan dlm n3 yg lalu, Sgor mempunyai penduduk keturunan Jawa yg teramai di Msia. Dan Tg Karang mungkin yg terpadat dgn org Jerman ni sehingga ada org Cina yg pandai cakap Jawa.

    Tera,
    sekarang jalan dah jadi 4 lorong lagi susah nak melintas.
    Sg Gulang2 kat rumah Herman Tino ke?

    Shifu,
    itu kemajuan yg menonjol hehehe

    tasik,
    apa kata ko tukar sofa ko yg koyak tu. Itu dah kira maju setapak. hehehe

    kapten,
    ada betulnya cakap ko tu.
    psst - kat Kuala Sgor dah ada Tesco. Tg Karang cuma boleh berbangga dgn Billion. pergh

    Mak Su,
    Rembau tu kira majulah sejak dulu lagi kerana terletak di laluan utama ke utara dan selatan sebelum ada highway PLUS.

    ReplyDelete
  18. Bertambah lagi P & P sonata tentang TK ni. ( cikgu2 tahulah maksudnya P & P ni). Secara praktikalnya sonata tak pernah jejak ke bumi TK ni! Yang tahu sebab kito ni major Geografi - baca buku Geografi je, tahu sebab banyak padi je...Betul ke? Atau tapak2 padi tu dah tak ada, sebab nak membesarkan/memajukan bandar TK...

    ReplyDelete
  19. sonata,
    padi masih banyak ditanam di TK terutama di Sawah Sempadan dan Sg Burung. Kilang Bernas pula terdapat di Tiram Buruk atau nama sekarang Seri Tiram Jaya.

    ReplyDelete
  20. Belum pernah menjejakkan kaki di situ....., lama tak ke selangor...

    ReplyDelete
  21. umah pak man lorong sebelah, tau sgt la umah dia tu. YB kat area mne pulak?

    ReplyDelete
  22. yeah last:D

    teringin nak ke tg .karang tapi taktau ada yg sudi bawak saya tak?

    ReplyDelete
  23. wah wah..YB cantikkan ek..terror btol..hu hu hu

    ReplyDelete
  24. Tie,
    ada banyak tempat menarik boleh dilawati di sekitar Tg Karang dan Kuala Sgor spt kelip2 di Kg Kuantan, Bukit Melawati dan sawah padi. Jemputlah berkunjung ke Sgor. Bunyi mcm lembaga penggalakkan perlancongan pulak aku ni. hehehe

    Tera,
    oh kat situ. Duduk dgn keluarga atau dgn kengkawan? Saya selalu jugak pegi beli kerepek bawang kat rumah kak Salimah.
    Mertua saya duduk di Seri Tiram Jaya. Tak jauh dari Sg Gulang2 cuma 4 km aje.

    juliet,
    yeah ko bukan yg terakhir.
    Ko nak aku jawab soalan ko tu ke? Offline lah ya.

    Liyana,
    apa yg cantik? tolong jelaskan utk mengelakkan kontrovesi hehehe

    ReplyDelete
  25. TQ 4 info...kat Melaka ni, dah banyak padang sawah padi diratakan...jadilah padang perumahan.negri kecik tak cukup tanah katakan - laut pun pi tambak buat pulau...

    ReplyDelete
  26. sonata,
    kalau ada masa cuti bulan Mei/Jun bolehlah bawa keluarga ke sana. Kalau nak seronok lagi boleh duduk homestay di Sg Sireh, Tg Karang.
    Saya terkilan tengok pantai Klebang dah jauh dari laut kerana kerja2 menambak.

    ReplyDelete
  27. YB
    Tg.Karang dah hebat ya
    pasti orang2 Tg.Karang pun hebat

    ReplyDelete
  28. kalau setiap sebijik umah ade sebutir dua kete cap bintang tiga, kire maju laa tuuu... kikikikik :P :P

    ReplyDelete
  29. sakurasa,
    org TK mmg hebat. Tengok ajelah mak Adam hehehe

    syah shah,
    saya menjejaki kemajuan TK sehingga penghujung alaf lepas saja.
    Kat sana tak banyak kete cap bintang tiga. Kalau di kawasan perumahan saya ni berlambak. Rumah saya aje takde kete jenis tu huhuhu

    ReplyDelete
  30. kecik bebeno ropenye mesia ni ye... pusin2 jumpe, sri tiram tu dulunye org kg panggil tiram burok... hehe, oleh sbb cina tk reti nk sebut btl, tu yg gomen tuka nama lain, komersil sket gitu

    ReplyDelete
  31. Tera,
    masa saya kecik dulu pernah lalu kat Tiram Burok tu kerana menghantar bapa saudara kawen dgn org Sabak. Rasanya jauh betul masa tu sampai saya kata kalau dpt org sini jadi isteri susah jugak. Akhir entah mcmana bertemu jodoh dgn org Seri Tiram Jaya.
    Tera dulu belajar di Sek Dato Harun ke?

    ReplyDelete
  32. sejarahnye gini, masa kecik2 skola kat sk parit serong, darjah 3 pindah ke sk tg karang yg kat selekoh maut tuuu... form 1 kat SDH, form 4 kat smt klang, pastu masuk maktab jd ckgu, temu jodoh ngan org mlk trs dok mlk smpai skrg ni... sekian tima kasih. hehe

    ReplyDelete
  33. sebelum merdeka sebuah pekan dianggap moden kalau ada sekolah convent...atau sekolag missionary yg lain....macam VI VIVA VIVA awak tule...

    ReplyDelete
  34. Tera,
    terima kasih kerana sudi menceritakan dgn pjg lebar sejarah persekolahan. Sekarang kat Melaka duduk kat mana? Dah berapa lama kat sana?

    ckLah,
    ko nak bagi tau TI tu majulah kan? Mmg Teluk Anson lebih besar dan glamer dr Tg Karang.

    ReplyDelete
  35. ngeeee... ni mesti nt tau dh brape lama kawen ni, anak brape atau pendek soklan umo brape.... huhu, sumer ade dlm blog tera... rajin2 le membaca nnt boleh rekod dlm buku NILAM... ngeeee!

    ReplyDelete
  36. Tera,
    tak perasan info tu ada dlm blog Tera kerana belum habis baca semuanya. Apapun nak tanya kenapa gambar Tera disengetkan? hehehe

    ReplyDelete
  37. Foг hottеst news you have to go tο ѕee thе web and on web Ι
    found this web site as a best ωeb pagе for newest uрdates.
    Also see my webpage :: referencement

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails