Tuesday, March 3, 2009

40 Riche$t Malaysians

Dalam edisi Malaysian Business 16 -28 Feb 2009 tersenarai 40 orang Malaysia yg terkaya di negara ini. Dari 40 orang itu hanya 8 orang Melayu/Islam.

Dalam senarai 10 orang terkaya alhamdulillah terdapat 2 orang kita. Mereka ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di tangga ke7 dgn kekayaan RM3.18 billion dan Tan Sri Azman Hashim di tangga ke10 dgn kekayaan sebanyak RM1.42 billion.

Kalau kita ikuti latar belakang org2 terkaya ini, sebahagian besar daripada mereka bermula dari bawah. Tetapi kerana usaha kuat (dan mungkin nasib) mereka telah menjadi kaya raya. Sayangnya hanya segelintir orang Melayu.

Ustaz di surau saya pernah berkata orang yg menjadi usahawan ini lebih baik dari orang yg menderma kerana bayangkanlah berapa ramai orang yg dapat bekerja dan mencari rezeki dgn mereka yakni usahawan tersebut. Kalau niat mereka hendak menolong saudara2 seIslam tentu akan diberi pahala dan mereka akan dibangkitkan bersama para anbiya, syuhada dan solehin.

Menurut satu kajian hanya 2.4% graduan kita menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sebaik tamat pengajian mereka. Dari jumlah yg terlalu sedikit ini, bilangan orang Melayu lagi lah sedikit. Nampaknya kita kena anjakan minda utk mengubah nasib bangsa.

Rasanya cukuplah utk n3 kali ini. Kalau saya tulis banyak sangat takut ada orang marah hehehe

24 comments:

  1. buka bisnes utk mendpt sedikit keuntungan & dpt berbakti sedikit sbyk adalah matlamat yg utama sepatutnya. jadi kaya?? itu bonus tuann....tp selalunya yg jadi ialah yg sebalinya sbb tulah byk kesilapan dibuat dan semakin hilang fokus...

    ReplyDelete
  2. Tak lama lagi nama YB termasuk ler dlm senarai dan masa tu dah tak sempat nak berblog dah,hahahaha.

    ReplyDelete
  3. Jard,
    ko nak join aku ke? Bolehlah jadi Business Development Mgr aku sbb ko ramai kontek. Lagipun org penyiaran pandai cakapkan?

    nahmy,
    nawaitu mesti betul dari mula. Kita cuma berusaha dan kejayaan serta kekayaan terserah padaNya.

    juliet,
    insyaAllah. Masa tu mana2 rakan blog yg berminat boleh join.

    ReplyDelete
  4. Nak meniaga nasi dagang lar lepas nie


    usahawan jugak tu

    ReplyDelete
  5. menarik! saya akan berusaha, untuk menjadi usahawan yang berusaha :)

    yea, caiyuk caiyuk

    ReplyDelete
  6. YB
    moga 1 hari nama YB
    adalah didalam senarai 10 orang terkaya
    tapi jangan xkenal sakura n member blogger ya!!

    ReplyDelete
  7. me takk ffandai niaga one uooolssss.. uhuhu

    ReplyDelete
  8. projek dalam perancangan... hohoho... bile ntah nak execute... tensen btol... Kikikikikik :P :P

    ReplyDelete
  9. tlong jenguk sekali lg, nama sy tersenarai tak?

    ReplyDelete
  10. org yang ke 41 terkaya Pak Yus kann.... yeee... pakcik kayo... pakcik kayo...

    ReplyDelete
  11. pB,
    Berniaga makanan bagus sbb semua org perlu makan tak kira masa senang atau susah.
    Org terkaya M'sia si Robert Kuok tu pun kaya pasal meniaga gula.
    Bila nak mula jual nasi dagang? Boleh kami serbu.

    Mak Su,
    mari kita sama2 berusaha.

    sakurasa,
    semoga doamu dimakbulkan. InsyaAllah saya takkan lupa kengkawan semua.

    en_me,
    tak semestinya kena berniaga utk jadi kaya. 1/10 rezeki ada pada bidang lain selain perniagaan. Pekerjaan en_me pun dah mantop sekarang. Mana tahu satu hari nanti boleh jadi CEO.

    syah shah,
    projek besar ke? Kalau nak cari pembekal atau kontraktor boleh kol saya. hehehe

    kulna,
    yg ada Raja Eleena di tangga ke33. You ke tu? hehehe

    ckLah,
    saya masih org kecik. Kalau kayapun insyaAllah saya akan kekal tawaduk. Kita terus kawan ya?

    ReplyDelete
  12. Shifu,
    ramai lagi org yg kaya raya tapi tak tersenarai sbb harga mereka bukan di Bursa Msia. Saya pun ingat nak buat mcm tu jugak hehehe

    ReplyDelete
  13. alaaa YB...

    tu yg mereka senaraikan..
    sebenarnya ramai lg melayu yg terkaya kat mesia ni..
    harta kat luar negara bertimbun2... tp dirahsiakan...

    pak menteri... ooooppppssss... takleh komen pjg2, nanti ada yg marah ...

    hehehehehe...

    peace no war!!

    ReplyDelete
  14. Salam.....

    Hmm....teringin gak tapi nak bukak business apa, ya ?

    ReplyDelete
  15. kts,
    betul cakap ko. Ada di antara mereka yg kaya raya tu baik dan ada yg sebaliknya.
    psst - kalau ko nak cepat kaya, ko tangkaplah sorang jadikan laki ko hehehe

    tasik,
    ko suami isteri kerja boleh cepat kaya.

    tie,
    terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen.
    Ada mcm2 bisnes kita boleh buat. Kaji apa yg org perlukan dan kita sediakan barang atau perkhidmatan tersebut.

    ReplyDelete
  16. kalo kontraktor bina-binaan, daripada panggey YB, bek saye panggey abah saye dulu... bile lagi nak kayakan kroni... hahahahahah :P :P

    ReplyDelete
  17. aku pun pernah pikir pasal bisnes kecik2 jer...

    takper cukupkan ilmu dulu...

    dah sedia nanti br pikir

    ReplyDelete
  18. syah shah,
    kalau ko panggil abah ko, nanti dia sub jugak kat aku. Lebih baik ko panggil aku direct. Harga boleh runding hehehe

    kapten,
    bagus prinsip ko tu. Kumpul ilmu banyak lepas tu boleh kerja sendiri. Lebih baik dari kayakan org lain.
    psst - Datuk Mohzani Mahathir pun dulu kerja Shell sama dgn aku walaupun lain dept. Tapi sekarang dia dah jadi org ke24 terkaya di Msia. Aku baru nak mula huhuhu

    ReplyDelete
  19. semua orang nak jadi kaya, kan? :D
    kalu dah naik nama dalam list tu, agaknya sempat lagi tak nak berblog? hehehe...
    saya? berniaga? errr....nantilah dulu. sekarang biar abis baca buku yang sumpahtaktipu bertimbun-timbun, tebal-tebal dan kurang gambar!
    Kat kelantan ada sorang dokter bukak hotel. Needless to say, sekarang kaya raya lah huhuhu.

    ReplyDelete
  20. nak sgt buat bisnes sendiri. tp mungkin belum masanya lagi. nak kena belajar banyak benda. insyaAllah, termasuklah nurul dlm 2.4% itu.
    kekekekeke. ;p

    ReplyDelete
  21. Akmal,
    Mmg semua org mau kaya tapi tak semua tahu macamana caranya.
    Eloklah teruskan belajar dulu sehingga mendapat segulung ijazah. Lepas tu kerja jadi doktor sebelum boleh buka klinik sendiri. Ini jalan tradisional - jalan selamat. Tapi kalau nak kaya lebih cepat, mungkin kena cuba laluan yg lebih 'daring' hehehe

    Nurul Harun,
    mulakan dgn minat dulu. Nanti kalau ada peluang boleh menceburkan diri dlm bidang keusahawanan ini.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails