Thursday, February 19, 2009

Bertambah Lagi Seorang Pemandu Wanita

Isnin lepas Nuratikah telah mengambil ujian memandunya. Pukul 7 lebih lagi dia dah dijemput oleh org dari sekolah memandunya. Dia terpaksa ambil cuti dari mengajar pada hari itu.

Pada pukul 5:45 ptg saya menelefon isteri saya dari LCCT utk memberitahu tetamu2 kami dari Jakarta telah selamat check-in. Kebetulan yg mengangkat telefon itu ialah Atikah. Saya terus bertanya samada dia lulus ujian memandunya. Dia merungut sambil memberitahu saya kena sediakan RM80 lagi gara2 dia calon yg terpaksa tunggu sesi ujian petang. Tester dari JPJ dah penat dan perkara2 yg dia tak buat salahpun tester kata salah. Saya kata takpe lah nak buat macamana.

Bila saya sampai di rumah sebelah malam, dia menunjukkan 2 slip ujian - satu warna biru dan satu lagi merah. Atikah kata yg biru tu dia lulus dan merah kena ulang. Rupanya dia acah saya aje. Dia lulus ujian tu sebenarnya.

Nah kau! Tambah lagi seorang pemandu pompuan di jalanraya. Eeeerrr

24 comments:

  1. Nak mengutuk pemandu pompuan ler tuh? :D

    ReplyDelete
  2. taknak kutuk taknak mengata. tapi orang kata driver pompuan ni menakutkan.
    heheheheh :D
    tapi kalau bawak macam haram, tak payah pompuan pun menakutkan jugak what? biasalah. ramai betul hamba Allah yang terasa diri terer dijalan raya.

    ReplyDelete
  3. kena selalu bagi dia drive kete supaya dia cekap dan berkeyakinan.

    ReplyDelete
  4. Taniah buat adik Atikah, dah ada lesen memandu. Aunt sakura ini dah malas nak pandu kereta kalau leh nak cari pemandu he he he

    ReplyDelete
  5. kat rumah zino ada sorang pemandu pempuan tapi lesen dah lama gantung.. forbia dia langgar satu kereta mamat dulu tak habis lagi..hehe

    ReplyDelete
  6. saya jugak pemandu wanita... tanpa lesen... Hhahahahahahah :P :P

    syyhhh... jangan bitau abang-abang dekat JPJ dan Polis tau... Kih kih kih kih :P :P

    ReplyDelete
  7. hehe saya belum ambik lesen lagi...nanti tambah lagi sorang yek hehehe

    ReplyDelete
  8. ala.. yang selalu tersadai tepi jalan tu kakpah tengok pemandunye lelaki je sume...

    ReplyDelete
  9. pasnih.. kena belikan die kereta plak.. hehe

    ReplyDelete
  10. bulan depan ni, ckLah kena tinggal di 'asrama' kat Lembah Kelang sebab kursus...malam-malam,Atiqah boleh ambik makcikLah, kita ronda-ronda dan berfoya-foya.....errr...jangan lupa mintak duit kat ayah dulu secukup rasa!!

    ReplyDelete
  11. muahahahahahahahaha... aku gelak bangga... :D

    tambah seorang lagi pemandu wanita yg akan membuatkan pemandu2 lelaki tercabar!!

    muahahahahahahahahaha... aku suka :P

    ReplyDelete
  12. zue boleh bawak kereta auto aje klu manual terus darah gemuruh.
    jadi anak yb patut dibiasakan dgn kereta manual dulu.

    ReplyDelete
  13. juliet,
    tahu takpe :)

    Akmal,
    kalau tak habis menuntut ini yg rasa diri dah terer.

    PenyuBiru,
    niat mmg nak bagi dia selalu bawak kete saya tapi takut kaki dia tak sampai pedal hehehe

    sakurasa,
    you nak cari pemandu jutawan ke?

    zino,
    isteri zino tak keseorangan dlm hal ini.

    syah shah,
    patutlah ramai pemandu wanita bawak kete cara berbahaya. Ini geng2 ko ke?

    cinta cukulet,
    pasti dah betul2 cekap baru bawak kete.

    kakpah,
    ada yg tersadai tu pasal nak bagi laluan kpd pemandu wanita. Nak tunjuk gentlemen konon tapi sendiri yg susah akhirnya huhuhu

    tasik,
    ko ajak Atikah ke ayahnya utk race?

    Jard,
    kalau ko nak jual Viva ko tu bagi tau aku. Boleh bagi Atikah pakai hehehe

    ckLah,
    Atikah cakap ayah dia dah tak kerja. Tak kesianke nak ketuk dia?

    kts,
    takde maknanya setakat tambah sorang tu hehehe

    zue,
    nasib baik kete buruk saya tu manual tapi takut kaki dia tak sampai nak tekan minyak dan brek.

    ReplyDelete
  14. dah ade lesen tu, kenela bagi chance bwk kete, dan kene bersedia utk tereksiden...

    kalau tak, susah nk pandai kan, YB??
    pemandu lelaki dlm ruamh tak bertambah??? :)

    ReplyDelete
  15. Chekgu BH,
    Bila balik kampung lain kali boleh bagi Atikah bawa kereta. Di taman perumahan saya banyak sgt kereta yg diletakkan di atas jalan - takut terlanggar pulak nnt.
    Pemandu lelaki dah ada 2 org kat rumah ni. Nak tunggu Haizam ambil lesen baru 12 tahun.

    ReplyDelete
  16. dalam hati dia berkata "nak kete!" hehehe

    ReplyDelete
  17. Salam YB,
    Tak nak komen apa2. Cuma nak beri tahu, mereka masih amalkan ladies first walau di jalan raya.

    ReplyDelete
  18. kapten,
    aku tengah tunggu kalau2 Jard nak jual kete dia - boleh bagi kat Atikah.

    zabs,
    wsalam zabs.
    org lelaki ni mmgramai yg gentlemen - nak kontrol macho hehehe

    ReplyDelete
  19. follow pemandu pompuan ni.... kena selalu hati2.... diorang ni tak sayang nyawa sangat.... memang ganaz bawa kete...


    huhuhu.... kena tunggu kul 2 pg baru la line berokban clear.... baru la boleh tengok gambar kat blog

    ReplyDelete
  20. Shifu,
    saya yakin mereka sayang nyawa tapi nyawa sendiri aje. Nyawa org lain lantaklah. Kalau keluar simpang jarang nak berhenti. Kalau masuk simpan tak bagi signal.
    Tabik springlah kat Shifu - sanggup tunggu sampai pagi buta nak masuk blog!

    ReplyDelete
  21. eh tolong skett... saye bawak kete lagi berhemah daripada incik Firdaus tau... jangan skeptikal ye... Hohohohohohoh :D :D

    ReplyDelete
  22. bertambah lg la roda 4 kat dpn rumah yer

    ReplyDelete
  23. syah shah,
    berhemah ke tidak hakikatnya ko takde lesen memandu hehehe
    Encik Firdaus bawak teruk sgt ke? ish ish ish

    kulna,
    depan rumah saya mmg dah penuh dgn kete tapi bukan saya punya - jiran2 punya.
    InsyaAllah lepas ni tambah lagi satu tapi bukan kete - 4WD utk pegi tapak projek hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails