Sunday, February 8, 2009

Alahai Perak

Pagi Jumaat baru ni, saya bersiap2 hendak ke Perak kerana ada perkara penting di sana. Ramai rakan2 yg tahu hasratku ke sana kerana aku telah memberitahu sebahagian drp mereka. Aku juga telah mengambil cuti pada hari tersebut kerana hal di Perak itu tiada kena mengena dgn urusan pejabat. Seorang rakanku yg tinggal di Batu Caves telah pergi pada Khamis lagi. Dia merupakan seorg kontraktor kecil2an dan juga seorg katerer. Tapi bagi misinya kali ini dia tidak mengenakan sebarang bayaran - demi anak bangsa gamaknya.

Isteri saya tidak mahu ketinggalan kali ini. Setelah menyiapkan anak2 yg nak ke sekolah dan juga Adam Hakimi, kamipun bertolak. Walaupun baru berusia 5 bulan, kami terpaksa membawa Adam bersama kerana bekalan minuman dan makanan ada pada tubuh ibunya.

Dipendekkan cerita, kami sampai di Plaza Tol Kuala Kangsar pada pukul 11:15 pagi. Kelihatan pekerja2 Propel sedang mencantikkan plaza tol berkenaan. Ada yg mengecat penghadang jalan (road kerb), ada yg memasang tiang mudah pantul di tengah2 jalan dan ada yg meletakkan pasu bunga jenis Bali di depan dan belakang rumah tol. Para kontraktor selalunya suka kerja2 tergempar mcm ini bukan sebab harga yg lebih tinggi (kadangkala memang ya) tapi nama mereka akan naik kalau dpt menyiapkan kerja2 yg memerlukan siap dgn cepat ini dlm masa yg ditentukan. Bila nama dah naik, kalau ada kerja2 lain di masa depan, mereka akan diberi keutamaan. Senanglah cari makan.
Keadaan di Plaza Tol Kuala Kangsar. Masa mcm inilah pulak mereka sibuk nak buat kerja

Kami meninggalkan para pekerja tu di sana dan terus ke destinasi kami. Sesampainya kami di sana, tetamu undangan baru habis berucap. Saya mencari tempat kosong dan terus duduk. Tak lama selepas itu, acara rasmi pun tamat dan semua hadirin dijemput makan. Org lelaki di satu tempat buffet station dan org pompuan di stesen kedua. Biasalah bila time makan, ada org yg akan berebut dan tak tahu nak berbaris dgn betul. Menunya nasi briyani dgn lauk ayam dan daging. Dengarnya 2 ekor lembu telah ditumbangkan petang Khamis tu utk majlis ini.

4 periuk besar yg digunakan utk memasak nasi briyani dan lauk pauknya. Sedap nasinya - pandai kawan saya tu masak. Kalau ada yg nak ambil dia buat katering boleh hubungi saya ngeh3x





Selepas makan saya ke masjid utk solat Jumaat. Saya tak ke Masjid Ubudiah (walaupun cantik utk dimasukkan dlm blog hehehe) tetapi memilih Masjid Kg Kenayat.

Isteri saya dan Adam juga turut ke masjid walaupun tak bersolat Jumaat

Selepas solat, kami sempat singgah di ladang buah naga. Ladang ni seluas 5 ekar dan telah beroperasi lebih kurang 2 tahun. Pokoknya dah berbuah beberapa kali.

Macam nilah pokok buah naga (bagi yg tak pernah tengok) dan buahnya ada di dahan

Memandangkan keadaan tegang di pekan Kuala, kami hanya 'menunggu' di simpang berhampiran plaza tol utk melihat org kenamaan yg akan ke istana.


Kenderaan yg membawa pembesar2 melalui di depan kereta kami.

Selepas mereka ke istana, kami pun bertolak balik ke KL kerana ada majlis tahlil utk Allahyarham pakcik saya yg meninggal dunia minggu lepas.

Oh ya, takut ada yg salah faham. Perkara penting yg saya maksudkan ialah . . . .



Afifah meninggalkan Akademi Fantasia MRSM Gerik utk menyambung pelajaran Tingkatan 4 di MRSM Serting

17 comments:

  1. gaya Afifah tarik beg tu cam peserta AF yg terkeluar.hehe..

    ReplyDelete
  2. ooo... jadi gak le masuk mrsk kat gerik tu eiii.... selamat datang la. Batul tak... kat sana tenanggg je kann... 'panas' kat area sebelah tu pun tak lama lg tenang gak le tuu!

    ReplyDelete
  3. napa tak bg tau aku? kalau tak aku undi AFIFAH untuk kekal!

    ReplyDelete
  4. buat saspens je yb punya tajuk ni.

    ReplyDelete
  5. haishhh...punyalah panjang storinye...ingatkan nak cerita psl politik la td...cit

    ReplyDelete
  6. ooo...kk....i didn't saw that coming hahaha :D
    but nevertheless, urusan family tu. equally penting lah kan? ;)
    Buah naga, dah lama tak kena nih. Esok rasa nak gi cold storage lah kejap. Bley angkut barang sebijik dua. Lepas gian. :D

    ReplyDelete
  7. ingatkan ulasan selari dari istana tadi hehe..

    ReplyDelete
  8. Tak singgah Teluk Intan kenapa?Kalau singgah...bolehlah ckLah tumpang agah-agah kan Adam Hakimi tu...
    .
    .
    .
    .
    .agah-agahkan bapak Adam Hakimi sekali..he..he.. Eh..sorry kak...main-main je...wong iki sukak mbanget njaraki nyong lah kak...ada jugak terasa macam nak merajuk je...tapi tak pe...tahankan selagi boleh...tak taham kalu..babai le..

    ReplyDelete
  9. semoga pemandangan & suasana di Perak terus indah dan damai wlupun camna sekalipun gelora politiknya...

    ReplyDelete
  10. PenyuBiru,
    gaya tu ada tapi kalau ada pak nil tentu lebih bergaya.

    Shifu,
    bukan masuk mrsm gerik tapi meninggalkannya selepas 3 tahun sbb di situ takde tingkatan 4 & 5. PMR tahun lepas ada 153 org pelajar dpt straight A's tapi semua kena pindah tempat lain.
    Gerik mmg 'tenang & damai'.

    kapten,
    tahun ni dan tahun depan pastikan ko AFUNDI Afifah tau.

    kakpah,
    eh tak betul ke tajuk tu? Kan saya ke Perak.

    e-leeyana,
    minat ke citer politik? Saya bukan org politik walaupun merupakan seorg YB hehehe

    Akmal,
    kalau pilih buah naga ni elok yg isi merah. Sedap berperisa. Di tempat yg saya pergi tu harga sekilo antara RM6 - 8 mengikut saiz.

    zino,
    saya tak layak buat ulasan dari istana Perak (takut ada yg kecik hati). Tapi kalau ada peluang saya nak buat ulasan dari istana Alam Shah hehehe

    ckLah,
    Adam kata, "kalau nak agah dia dtglah ke rumah."
    Isteri saya kata, "de'ei mmg kayoh ku'e. Ku'e sitik, nek karo aku teruk meneh."
    ckLah jgn merajuknya. Usik2 sikit2 ok kan?

    nahmy,
    begitulah hendaknya.

    ReplyDelete
  11. mrsm serting antara marsm yang top ten..baguih dia dok situ...harap tergolong dalam mereka yang top ten jugak....

    ReplyDelete
  12. bagus anak2 ko bang. semua masuk mrsm. ko rasuah kementerian pelajaran ke bang? erkk....! hehehehe....



    .

    ReplyDelete
  13. cikgooden,
    Afifah pilih Serting sbb itu antara MRSM yg paling dekat dgn rumah. Nak pilih Kuala Kubu kami takde kabel. Nak tunggu yg kat kampung (Tg Karang) entah bila nak siap.
    Semoga dia dpt top ten spt yg cikgooden doakan.

    tasik,
    cuma yg pompuan aje masuk MRSM. Yg lelaki tak minat masuk asrama. Tak baik tau nak rasuah2. Kalau tak layak tapi masuk ikut pintu belakang akhirnya akan kantol jugak.

    ReplyDelete
  14. "bekalan minuman dan makanan ada pada tubuh ibunya"
    huhu..statement tak bulih bla...haha

    siap berposing dgn pokok nage lagik...

    ReplyDelete
  15. ku gelak ja tgk gegambo tuh.... amik gambo dgn pokok nage tuh.. isk2....tak bleh blah btoi... hahahahah...

    mmg dah de job, tgh tgu bln 3... so sebulan nih ternak badanlaa... ehhh.. bukan.... aaaa.. asah minda... heheheheh

    ReplyDelete
  16. Chekgu BH
    susu ibu kan yg terbaik utk bayi?
    Nasib posing dgn pokok buah naga - kalau dgn naga lagi rock hehehe

    cik konfius,
    cakap ajelah ko jeles tengok aku di kelilingi pokok naga tu.
    Wah ko lepak sampai sebulan! Jgn lupa ko ambik timbangan berat badan sekarang dan bulan 3 besok.

    ReplyDelete
  17. salam semua ,masjid kampung saya tuu..saya copy pic buleh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails