Lepas minum petang, isteri saya meminta saya pergi menjemput Atikah dari sekolah kerana hari nak hujan. Sesampai saya di sekolah, murid2 dah mula keluar. Lama saya menunggu tapi bayang Atikah pun tak nampak. Saya telefon isteri saya takut2 Atikah dah sampai rumah ikut jalan lain tapi isteri saya memberitahu, belum sampai. Akhirnya saya telefon Atikah dan dgn tersengeh2 dia melangkah keluar dari sekolah. Semangat 'ustazah' baru ni!
Sampai di rumah, anak sulung saya Hazwan telah berada di laman rumah dgn minum petangnya. Atikah masuk ke dalam dan membawa adik bongsunya Hakimi keluar rumah. Oh dah bangun ko nya. Tadi tidur aje.
"Dulu masa kitaorg masih kecik, ayah selalu main dgn kami lepas ayah balik kerja. Tapi sekarang ayah selalu balik lambat dan tak sempat nak main dgn kami," kata Hazwan memulakan bicara.
"Yalah, dulu ayah ajak kami main badminton tepi rumah walaupun kami tak terer," tambah Atikah.
"Nak buat macamana? Nak cari rezeki. Tempat kerja pun jauh," kata saya cuba memberi justifikasi.
"Dulu ayah selalu bawak kami pergi kat taman kat Jelatek tu. Jalan kaki lagi sampai Afifah jatuh dan ayah panggil dia anak gajah sebab dia montel." sambung Atikah mengimbas kenangan silamnya.
Jgn ingat bila anak dah dewasa dorang dah tak perlukan perhatian lagi. Jln2 dalam keta pun dah ok :D
ReplyDelete:)
ReplyDeleteanak-anak memang selalu perlukan perhatian
ReplyDeletesaya sampai sekarang pun masih ngikut parents pegi jenjalan... Hahahahah :P :P Bess tauuu... :D :D
ReplyDeleteaku - hanya 10 tahun bersama abah
ReplyDelete:(
uihhhh... tu baru satu keluarga... satu isteri...dah tak sempat...
ReplyDeletejadi moral of the story:
jgn mimpi ko nak ada 2,3,4 isteri... :P
juliet,
ReplyDeleteSaya tau mereka masih perlukan perhatian tapi masa menjadi penghalang (blueek masih cuba bagi alasan).
Kalau pegi jalan jauh sampai muak mereka naik keta. Nampaknya mereka lebih suka jalan dekat2 tapi kerap.
ab geldofg,
terima kasih kerana sudi jengah.
crazy beautiful88,
bukan anak2 aje tapi emak mereka pun macam tu jugak! ahaks
syah,
Give them a break! You ikut suami jenjalan sudahle. hehehe
tasik,
aku tumpang sedih.
kts,
saya tak (opps belum) mimpi nak ada 2,3 atau 4. Yg ku cari hanyalah kebahagiaan (ecece).
selalu semasa anak kecik kita peluk cium..tapi bila dah besar, kita selalu terabaikan depa....ntah la
ReplyDeletekesian kat budak2 :(
ReplyDeletekesian gaks kat yb... tak per, yb boleh! caiyuk caiyuk
dulu lain, sekarang lain...
ReplyDeletedulu budak, skrg dah bapak/mak budak...
sampai sat mase nanti nnti, YB akan berdua je kat rumah....terkontang-kanting taktau nk buat ape...
aku pndang ko, ko pndg aku...
huhu...
Dulu ayahnya tak pandai berblog...he..he...
ReplyDeletesweetnya ayah ni!
ReplyDeletehaih... :)
cikgooden,
ReplyDeletemasa kecik depa comel dan montel. Ajak gelut pun best. Dah besaq macam anak ayam dah tumbuh kepak.
Mak Su,
budak2 tu dah besar panjang - dah bujang dan anak dara. Tetapi mereka masih menagih perhatian dari ibubapa mereka. Saya akan cuba buat apa yg terdaya.
betul cakap Chekgu BH. Mereka dah besar. Tapi mungkin masa utk saya pandang isteri dan dia pandang saya masa lama lagi (kalau kami hidup sampai tua) kerana anak yg kecik baru 4 bulan. Mungkin dia baru kat sekolah rendah masa abg dan kakaknya dah ada anak esok lusa.
ckLah,
adusss bisa sekali. (ckLah pun apa kurangnya - belum subuh dah mula, nanti tengah malam tak tutup pc tu lagi hehehe)
one love,
meh sini ambik 10 sen.
bizi sungguh abah ittewww.. kannns
ReplyDeleteWah, alright la tu uncle. Masih boleh berkawan dengan anak-anak. Kadang-kadang ada yang tak nak dilihat bersama abah dalam jarak 3 kilometer. Haha~~
ReplyDeleteTapi betul tu uncle, bagus kalau boleh bersama-sama dengan keluarga ni kan? Takleh buat benda-benda yang memenatkan, buat lawak, berbual kosong, sambil makan goreng pisang ke, seronok apa? ;)
*sekarang sudah ada di kajang. nak round kajang, bangi and putrajaya plak esok*
hahahahah :P :P
ReplyDeletebukanlaa setiap masa berkepit... tapi kalau diorang ajak, mana boleh tolak kan... Heheheheheheh :P :P
Seronok tau berjalan satu family...
en_me,
ReplyDeletedari masa ke semasa kita kena bermuhasabah diri dan membetulkan priorities kita. Kalau tak, kita akan hanyut di dlm kesibukan kita seharian.
Akmal,
Satu cabaran bagi uncle utk 'berkawan' dgn anak kerana perbezaan umur antara yg sulung dan yg bongsu 20 tahun! Mereka memerlukan perhatian yg berbeza.
Lepas round Putrajaya esok jgn lupa singgah rumah uncle. pB pun insyaAllah akan datang jugak.
syah shah,
Mmg seronok jalan satu famili. Saya kena beli bas mini nampaknya sbb famili dah semakin membesar.