Thursday, January 8, 2009

Kisah di R&R Temerloh

Dalam perjalanan pulang dari Kuantan petang semalam, saya dan kawan telah singgah di R&R Temerloh utk solat Maghrib.
Saya masih ingat bagaimana pasukan saya dan kontraktor bertungkus lumus menyiapkan stesen minyak di kedua2 belah kawasan R&R ini pada tahun 2005 supaya ianya dapat dibuka kpd umum apabila LPT ini dirasmikan. Tambahan pula sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Kuantan pada tahun tersebut. Akhirnya kami berjaya menyiapkan kedua2 stesen tersebut dalam masa 56 hari (satu rekod utk stesen sebesar itu). Dengan kerjasama baik dari pihak Majlis Perbandaran Temerloh, sijil CFO telah dikeluarkan dgn cepat dan stesen dibuka sehari sebelum Merdeka. Tapi bukan ini yg hendak saya ceritakan. Ini selingan aje . . .
Apabila saya masuk ke surau di R&R itu semalam, saya dapati ramai jemaah. Sebelum ini tak seramai itu. Tapi sayang kebanyakan mereka solat sendirian. Saya dan kawan saya memilih utk berjemaah. Melihat kami hendak solat jemaah, maka ramailah yg ikut serta. Mungkin mereka segan nak jadi imam dan lebih rela solat sendiri2 agaknya kalau takde sapa2 naik ke depan.
Selepas solat kami ke gerai utk makan malam. Di situpun ramai orang sehingga hampir penuh semua meja. Saya dapati kebanyakan mereka memakai baju atau jaket yg ada lambang parti politik (tak payahlah saya sebutkan parti mana). Lah patut lah ramai. Balik dari berkempen kat KT rupanya! Ketika itu Buletin Utama sedang disiarkan dan banyak berita tentang pilihanraya kecil KT. Berminat sungguh mereka menonton berita tu. Kawan saya telah bertanya kepada sekumpulan org politik ini sebaik berita beralih ke cerita lain. Dgn yakin mereka berkata calon dari parti mereka akan menang. Ini berdasarkan maklumat dari akar umbi dan yg seronoknya mereka mendakwa SB (Cawangan Khas PDRM) pun aje kata macam tu kat mereka!
Untuk mengetahui siapa yg akan menang kita tunggu ajelah hari mengundi. Apapun yg tetap dipanggil YB, tentulah saya kah kah kah.

19 comments:

  1. heheheheh!

    a ah! abg yunus je tetap YB

    sapa yg kalah dan sapa yang menang, kita tunggu saja!

    ReplyDelete
  2. Tak suka betul kalau taim taim mengundi nie .....

    Yup yup

    u always b YB

    ReplyDelete
  3. yeahhh!!!! sohkong YB!!! yang blogging iteewww

    ReplyDelete
  4. one love,
    Pandai emak bapak saya cari namakan?
    Ya kita tunggggggggu.

    pB
    kenapa pulak tak suka? Ramai yg suka terutama para peniaga. Sekarang ni jual apa pun laku kat KT tu.

    Mak Su,
    wow! saya dah dapat 1 undi dari Mak Su. Rasa2nya kalau saya bertanding kalau tak menang pun tentu tak hilang deposit hehehe

    ReplyDelete
  5. ehehe pilihan raya dengan isu palestin sama naik tu..semoga siapa yang menang tu mampu berbuat sesuatu..jgn sekadar jawatan shj..

    en.YB bila lagi???

    ReplyDelete
  6. e-leeyana
    Isu Palestin isu sejagat. Ianya memerlukan usaha dari banyak pihak. Seorg MP dari sesuatu kawasan mungkin tak dapat berbuat banyak utk merubah keadaan.

    Kalau saya bertanding susah org lain nak cari makan (cakap dgn perasan sekali hahaha).

    ReplyDelete
  7. YB tak payah sibuk berkempen pun bleh dpt title ni :D

    ReplyDelete
  8. betullaa tu, walao siapapun yang menang, YB jugak yang tetap pegang title YB... Dari kecik sampai ke tua tuh... Hoh, bukan calang-calang tuh... Kih kih kih kih kih

    ReplyDelete
  9. koleksi masjid....

    1)
    kepingin menyentuh dahi di Masjidil Haram..


    Tambang haji naik lagi
    makin jauhkah panggilan itu

    2)
    sebak perih
    mengingat nasib Masjidil Aqsa

    ...merah lagi Semenanjung Gaza
    dek darah pekat hanyir berbaur
    jerit tangis hiba
    anak isteri pejuang Hamas
    menadah peluru motar zionis
    yang rakus menggerodoti
    segenap ruang dan isi
    bumi Palastine

    Celaka Israel...a

    ReplyDelete
  10. itu senario biase kalau kempen pilihanraya kecil cemtu...
    biar laa...politik mmg gitu...

    ramai org tak berani nk jadi imam, tp ramai yg berani nk jadi makmum...huhu

    ReplyDelete
  11. syah shah
    title YB dah dpt, lepas ni nak title datuk pulak. Tapi anak semua belum habis belajar. Berapa tahun nak tunggu ni? hehehe

    ckLah
    Nak berjihad saya belum ada kekuatan jadi dpt perbanyakan tempat solat (masjid) jadilah. Semoga mereka menjadi saksi saya di Akhirat kelak bahwa saya telah menziarahi rumah2 Mu di dunia ni.
    Saya doakan ckLah dan semua rakan2 blogger termasuk saya dpt menunaikan haji satu hari nanti.
    Malam ni mari kita sama2 membaca Yasin dan berdoa agar Allah menolong sdra Islam kita di sana dan menghancurkan Yahudi laknatullah.

    Chekgu BH
    Sebab tu kadang2 saya teringin diadakan pilihanraya kecil di kawasan saya. Meriah dan macam2 boleh dapat.
    Kalau semua nak jadi makmum dan takde yg nak jadi imam, akhir solat sendiri2.

    ReplyDelete
  12. heheh... YB je ek??

    hooo.. R&R sana mmg sgt sunyi pada hari2 biasa.. huhuhuh

    ReplyDelete
  13. theconfused
    YB malarsegar.
    R&R tu mmg selalunya sunyi. Itu yg saya mulanya terkejut tengok ada ramai org. R&R lain sepanjang LPT tu lagilah sunyi.

    ReplyDelete
  14. Siti,
    Org Wangsa Maju belajar kat Pahang ya?
    Hebat annual dinner kat MS Garden tu.

    ReplyDelete
  15. YB oh YB, rasanya dah boleh start party baru ni. Barisan Blogger, contohnya? :D
    Then again, you tak payah bertanding pun dah dapat gelaran YB secara besar-besaran! :D

    ReplyDelete
  16. org politik ramai ke, org biasa ramai ke..janji org dan yg org yg beruntung dah tentulah pemilik R&R tu..kan?

    ReplyDelete
  17. Akmal,
    Nak buat parti baru? Parti tupperware bolehlah hahaha.

    Nahmy
    Malam tu saya rasa lebih separuh yg singgah kat R&R tu org politik. Setahu saya sebelum ni tempat tu lengang aje. Peniaga kat R&R tu pun ramai yg dah gulung tikar.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails