Tuesday, January 13, 2009

Majlis Makan Malam MCIEA 2008

Malam tadi saya telah menghadiri majlis makan malam Malaysian Construction Industry Excellence Award 2008 di Pusat Konvensyen CIDB, Jalan Cheras. Majlis ni lebih kurang Anugerah Hari Guru peringkat kebangsaan tapi utk para kontraktor (kalau saya boleh buat perbandingan begini). Harap cikgu2 yg baca n3 ni tak marah.
Tempat berlangsungnya majlis

Mengikut aturcara, para jemputan dikehendaki masuk ke dewan pada pukul 7:30 malam kerana tetamu kehormat iaitu Menteri Kerjaraya dijadualkan tiba pada pukul 8:00 malam. Kerana waktu Maghrib hari ni pukul 7:21, saya sengaja datang awal sikit utk rikie kat mana surau. Nasib baik surau hanya di tepi dewan utama.

Melihat senarai nama dan meja, ternyata saya ditempatkan di meja 59 iaitu di baris paling belakang. Semuanya ada 63 meja. Takpalah, siapalah saya dibandingkan dgn big boys seperti UEM Builders, IJM dan Sunway Construction. Saya ini baru bercadang nak bertapak di dalam industri ini. Belum pun mula.

Semasa makan malam, hadirin dihiburkan oleh penyanyi Nurin Aziz.

Nurin sedang membuat persembahan dilihat dari meja saya yg nun di belakang

Selepas selesai makan, majlis penyampaian anugerah pun dijalankan. Berbagai2 kategori dipertandingkan. Antara yg menarik perhatian saya ialah anugerah utk kontraktor dari gred G1 (paling cemeh) hingga gred G7 (tiada had kontrak - iaitu kontraktor Kelas A). Yang saya teruja ialah pemenang bagi G3 iaitu Rohana Landscape and Trading dari Kerteh, Trengganu. Kakak tu bermula dgn modal RM600 saja dan sekarang telah berjaya. Saya kata kpd diri saya, dalam masa 5-7 tahun saya nak naik ke pentas utk memenangi salah satu anugerah tersebut. Kalau saya masih blogging masa tu, insyaAllah saya akan bagi tahu samada saya berjaya mencapai impian ini.

Anugerah G1 dimenangi oleh Ahmad Zaki Resources. Saya rasa memang syarikat ni layak menerima anugerah tersebut. Kontraktor tersohor bagi 2008 pula dimenangi oleh MMC-Gamuda JV yg antara lain berjaya menyiapkan terowong SMART.

Acara terakhir ialah sessi bergambar oleh para pemenang dgn YB Menteri. Sementara mereka sibuk bergambar, YB yg satu lagi ini pun cabut sebelum orangramai bersesak2 keluar.

14 comments:

  1. Salam YB


    Insyaallah , satu hari nanti impian YB akan dimakbulkan Allah ...

    ReplyDelete
  2. adakah YB kuar cpt sbb nak bersalam ngan Nurin Aziz? hahahhaha. Di mana ada usaha di situ ada jln.

    ReplyDelete
  3. ahmad zaki & gamuda tu memang layak pn. Dh tersohor.
    suatu hari nanti YB pun akan dpt anugerah tu... insyaAllah.
    sy klu dh retird nanti tak nk terlibt dlm constction dh, pilih bidng pertanian.. dh mula sikit2 dh.

    ReplyDelete
  4. 4,5 tahun lagi entri ko mesti berubah...

    ko dah duk kat meja depan...
    ko yg naik pentas terima hadiah...
    ko yg dpt perhatian...

    amin...

    (tu pun klu ko berusaha... klu tak.... smpi bila2 pun entri ko tetap sama... duk je la kat meja no.59 tu... takpun no.63..)

    hikssss...

    ReplyDelete
  5. pB,
    Wsalam. Terima kasih di atas doa ikhlas tu.

    one love,
    Yes I need a lot of luck selain dari berusaha keras.

    juliet,
    Rasanya Nurin yg nak salam dgn saya sbb saya smart semalam. Siap pakai kot dan tie lagi. Beli masa sales kat Suria KLCC ahaks.

    jentayutiara,
    Sykt you tak hantar wakil ke semalam?
    Terima kasih atas ucapan. Niat utama saya bukanlah nak dpt anugerah tapi kalau dpt lagi baguskan?
    Eloklah you dah mulakan bidang yg you minat dari sekarang lagi.

    KTS,
    Kalau saya dah duduk meja depan mungkin dah takde masa nak blogging hehehe. Atau mungkinkah kalau saya sibuk blogging takde masa nak tumpu pada projek dan seterusnya dapat duduk meja depan?
    psst duduk meja belakang senang nak cabut cepat wei.

    ReplyDelete
  6. saya tiap pagi lalu depan cidb sambil lena2 ayam atas motor, dari bangunan tu masih dibina sampai ler dah siap, dok tunggu apa event menarik kat situ, rupanya ada yb! ahaks... ada nurin aziz! wow! ada YB! wow wow!

    ReplyDelete
  7. wah wah wah...

    xpe, biar bermula dari bawah..mula2 duduk belakang, lps ni duduk di depan pula. aminn~

    chayok! chayok!

    ReplyDelete
  8. Kalau tahu Mak Su lalu situ hari2, boleh suruh CIDB lantik Mak Su jadi mandornya utk pastikan kontraktor buat kerja dgn betul.
    Tempat tu tersorok sikitlah. Semalam ramai yg tersesat. Sayapun first time masuk situ mcm Nurin Aziz jugak hehehe

    e-leeyana,
    Sykt sayapun masih dalam proses pendaftaran tapi saya dah dapat join dinner tu diharap petanda baik. Kalau tak dapat sebaris dgn Ahmad Zaki, dpt saing Rohana Landscape tu pun oklah utk permulaan ini.

    ReplyDelete
  9. mmc gamuda tewwww.. me kenallls.. ekeke

    ReplyDelete
  10. en-me,
    sapa tak kenal MMC-Gamuda. Mereka yg telah membina terowong SMART sehingga nama M'sia dikenali serata dunia dlm bidang kejuruteraan. Sekarang mereka sdg membina landasan berkembar dari Ipoh ke Pdg Besar.

    sakurasa 2,
    Terima kasih kerana datang lagi. Selalulah jenguk ke sini.

    ReplyDelete
  11. Salam Uncle,
    Alah, boleh punyalah. InsyaAllah, doa rakan-rakan blogger disini mengiringi :)

    ReplyDelete
  12. Akmal,
    Wsalam. Terima kasih atas kata2 semangat itu. Akan uncle jadikan azimat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails