Di hadapan PZS selepas menunaikan tanggungjawab
Setiap kali membayar zakat saya akan teringat semasa saya di Tingkatan 5. Masa itu saya hendak menduduki peperiksaan MCE. (peristiwa ini berkurun yg lalu sebab hanya mereka seusia saya atau lebih purba yg ambik MCE). Semua murid di kelas saya telah membayar yuran peperiksaan kecuali saya, adik saya (yg ada dalam gambar 2 hari lepas di n3 saya) dan seorg murid lain. Guru kami mengingatkan kalau lambat bayar nanti tak boleh ambik peperiksaan. Bukannya kami sengaja melewatkan membayar tapi kami tak mampu! Bayarannya dalam RM150 (kalau tak silap kerana kami mengambil satu kertas tambahan ie English 121) tapi bagi kami yg miskin ini ia satu jumlah yg besar. Untuk 2 beradik dah RM300. Bapa kami hanya seorang tukang kebun dgn gaji pokok kurang RM300 sebulan. Walaupun saya mendapat biasiswa kecil Persekutuan sebanyak RM75/bulan dan adik saya pula mendapat biasisiwa kecil Selangor sebanyak RM25/bulan tapi ianya dibayar setiap 3 bulan. Nak tunggu pembayaran biasiswa berikutnya, tarikh akhir utk membayar yuran peperiksaan akan luput. Jadi kami dua beradik dan rakan kami telah memohon bantuan dari Pejabat Zakat (masa tu belum ada PPZ). Rancangan Bersamamu pun belum ada sebab TV3 pun belum wujud!
Alhamdulillah permohonan kami diluluskan. Sebaik diberitahu berita gembira ini, kami bertiga telah berjalan kaki dari sekolah kami di Jalan Hang Tuah ke Pejabat Zakat di sebelah Dataran Merdeka. Kami telah diberi bantuan sebanyak RM90 seorang. Dengan wang itu dan sedikit simpanan dapatlah kami membayar yuran MCE.
Kami menduduki MCE pada bulan Oktober tahun itu dan pada Disember (sebelum keputusan diumumkan) kami ditawarkan melanjutkan pelajaran keluar negeri. Selebihnya sudah menjadi sejarah (the rest is history, kata org putih).
Apapun setiap kali saya membayar zakat, saya akan teringat peristiwa ini. Alhamdulillah dgn pertolonganNya dan berkat wang zakat, orang yg pernah termasuk dalam asnaf yg layak menerima zakat kini telah mampu utk membayar zakat. Semoga zakat yg saya keluarkan dapat menolong mereka yg memerlukan dan menyuburkan rezeki yg Allah beri kpd saya.
Gambar hiasan. Haikal di hadapan Pejabat Kadi Daerah Gombak Timur yg selalu keluar kat berita apabila artis2 bercerai. PZS tu sebelah Pejabat Kadi ini
Salam. Ramai orang yang berkemampuan tidak menunaikan zakat. Semuga Allah memberi hidayah kepada mereka ini.
ReplyDeleteantara zakat dan cukai pendapatan, aku pilih bayar zakat.
ReplyDeletewahh...pasti bermakna sekali kan..apa pun, keluarga saya suka bayar zakat dan kalau dah kenalpasti mana-mana target, mereka akan terus ke sana. macam ada jiran tu, memang susah, jadi terus bantu dia dan bagitahu pada org zakat. sekurang2 nya tahu kemana arah tuju duit tu..
ReplyDeletekakpah,
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah dan beri komen.
Ya semoga Allah memberi hidayah kpd mereka yg mampu utk membayar zakat. Tahun lepas S'gor dan WP berjaya kutip > RM200 juta setiap negeri tapi kalau semua org bayar zakat mungkin RM1 billion.
PenyuBiru,
bayar zakat insyaAllah untung dunia dan akhirat. Pahala dapat, income tax pun boleh dapat rebate.
e-leeyana,
Itulah berkatnya zakat.
Mmg ada org yg lebih suka memberi zakat terus kpd mereka yg layak kerana pasti ianya dapat kpd yg memerlukan. Yg penting nawaitu mesti kerana Allah.
besar berkatnye zakat nih...
ReplyDeletekalau satu menyumbang, semua akan merasa..
sebab harta tu bukan milik mutlak kite...ade bhgiannye utk org yang memerlukan...
hebatnye sistem zakat ni kan??
Chekgu BH,
ReplyDeleteBetul kata Chekgu. Berkat kpd sipemberi dan sipenerima. Allah yg menjadikan kita sudah tentu Dia mengetahui apa yg terbaik utk kita.
berat sama dipikul,
ReplyDeleteringan sama dijinjing ..
tapi bukan semua orang islam sekarang ni INGAT nak bayar zakat.
Bayar zakat bila nak raya jer yang tahu ..
Salam kenal bang YB...Nak ucapkan tahniah kerana melengkapkan rukun Islam yang Lima ittew...
ReplyDeleteko telah membersihkan harta2 ko... bagus...
ReplyDeleteko juga telah membantu org2 yg memerlukan... bagus...
ko juga telah menjadi umat Islam yg tak lupa... bagus...
bila ko nak belanja aku... hari ni??? ... bagusss :P
Moga YB sentiasa diberkati Allah.
ReplyDeleteWah! Smpt bergamba dpn PZS yer dan yg paling tak tahan gamba Haikal dpn pejabat kadi yg glamer tuh.
ReplyDeleteBila dah bayar zakat, baru rasa senang nak berbelanja or plan apa nak bli...anyway, aku dah kembali. Sudi2 la singgah kat blog aku k...
ReplyDeletepB,
ReplyDeleteHari raya itu kebanyakannya bayar zakat fitrah aje. Ramai yg lupa nak bayar zakat harta termasuk yg gelang sampai ke siku hehehe
HABIHA69,
Salam kenal dan terima kasih kerana sudi singgah.
Ada 1 lagi rukun Islam yg belum saya tunaikan ie haji. Baru setakat buat umrah. Doakan saya dpt mengerjakannya secepat mungkin.
kts,
Bagus betullah ko asyik puji aku. Ingat kenapa, rupanya nak mintak belanja. Hari aku pun dapat belanja makan oleh pegawai2 ATM kat mes mereka.
Lain kali ko calling2 - aku belanja. Tinggalkan ko punya detail kat gmail aku.
sakurasa 2,
Amiiiin.
juliet,
Mujur hari tu cuti X-mas, kalau tak mahu terserempak dgn Abby dan Norman. Tapi Haikal lebih berminat nak tengok Memey hehehe
BurungBelatuk,
Yei ko dah kembali.
Betul kata ko. Lepas aje bayar zakat kami pegi beli perabot sbb pindah rumah baru!
ingat haikal nak p menikah tadi... hehehe...
ReplyDeletetasik,
ReplyDeleteko biar betul. Budak tu bersunatpun belum lagi. Ko nak kenen bapak Haikal ke tapi segan nak tulis ya?
yg saya ni, kejap bayar selangor, kejap bayar kolumpo, sebab guna online thru kawanku itewww
ReplyDeleteheheh.. ingatkan nak ckp... inilah contoh pejabat kadi tmpt org-org seperti sy yg telah dinikahkan, and the rest is already history.. keh3..
ReplyDeletePZS ada kemudahan potong gaji tetiap bulan.. :)
ammvoiii, encek camry tewww.. mancongkaammmm
ReplyDeletetheconfused,
ReplyDeletestatement tu bagi pihak ko ke?
en_me
Ala Camry tua aje. Tak wajib pun pakai tali keledar belakang. Lainlah kalau mcm Camry exco Perak atau S'gor.