Friday, December 5, 2008

Peluang Berniaga - Baik Punya!

Petang2 Jumaat ini saya nak kongsi satu peluang perniagaan atau di dalam Al-Quran disebut tijarah. Saya bukan mengajak masuk skim cepat kaya, MLM, menternak lembu dan kambing, tanam serai atau memelihara lintah. Bukan semua tu. Dan peluang ni datang hanya setahun sekali.

Nak tahu apa dia? Berpuasalah sunat pada hari Arafah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Puasa pada hari Arafah menghapuskan dosa setahun yang lalu dan yang akan datang."
(hadis riwayat Muslim.)


Satu tawaran yg cukup hebat. InsyaAllah saya nak puasa Ahad ni. Saya ingin mengajak rakan2 blogger sama2 berpuasa (dapatlah saya sahamnya jugak he he he).

10 comments:

  1. Tazkirah di kelas kelmarin;
    Malam terbaik; Malam Lailatulqadar
    Bulan terbaik; Ramadhan
    Hari Terbaik; Hari wuquf
    InsyaAllah, sama-sama kita berdoa agar diberi kemampuan dan semangat untuk berpuasa pada hari yang tak ternilai ini :)

    ReplyDelete
  2. Akmal,
    Semoga Allah beri kekuatan utk kita sama2 berpuasa dan semoga Dia mengampunkan dosa2 kita yg terlalu banyak ni.

    ReplyDelete
  3. May,
    Salam Aidil Adha kpd anda juga. Raya balik mana?

    ReplyDelete
  4. berapa hari bulan tu bang? tolong kabor sikit.

    ReplyDelete
  5. tasik,
    Hari Arafah = 9 Zulhijjah. Kalau nak puasa sunat esok (Ahad) boleh puasa. Ko dah sihat betul ke? Kalau belum sihat tapi ada niat nak puasa insyaAllah Dia tahu isi hati ko.

    ReplyDelete
  6. Selamat bersahur...
    ckLah makan 'berkat' kenduri je malam ni...

    Tangan cedera kena minyak panas...ketam yang digoreng 'meletupkan' diri.....

    ReplyDelete
  7. Kesian ckLah!. Ketam digoreng tu nak masak apa? Selalunya ketam org buat sup atau masak lemak aje.
    Saya sahur simple aje. Makan apam yg mertua bawa dari kampung.

    ReplyDelete
  8. Tolong orang masak lauk pengantin kat rumah kakak Zahan....

    Pengantin yang 'control' ayu tak makan pun ketam yang sebesar gedabak tu... anak2 buah dia yang meratah . Berani mati punya ketam!!

    ReplyDelete
  9. ckLah
    Dah alang2 nak jadi korban lebih baik dia letupkan dirinya. Sib kena kat tangan, kalau kat muka ckLah kena pakai topenglah raya2 ni.

    ReplyDelete
  10. dibaca.. terima kasih...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails